Potensi Diri

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Potensi Diri as PDF for free.

More details

  • Words: 735
  • Pages: 5
POTENSI DAN MOTIVASI DIRI MASA

2 jam

PENGENALA N

Manusia dijadikan Tuhan dengan sebaik-baik kejadian. Ia dilahirkan seperti seorang JAGUH. Namun begitu potensi diri anugerah Tuhan itu akan terpendam dan seterusnya luput jika tidak diketahui dan digunakan dengan sepenuhnya.

OBJEKTIF

Setelah menjalankan aktiviti ini murid-murid akan dapat: 1. memahami maksud potensi diri. 2. mengenali potensi yang ada pada diri mereka. 3. mengenalpasti perkara-perkara yang dianggap sebagai peluang atau pendorong untuk mengembangkan potensi diri bagi meningkatkan prestasi mereka.

BAHAN

Bahan aktiviti Bingo (Lampiran 1) Borang aktiviti klasifikasi potensi diri (Lampiran 2) Borang Potensi Diri (Lampiran 3) Bahan (Disket) cermah/rumusan Potensi dan Motivasi Diri

AKTIVITI

Mengandungi lima aktiviti seperti berikut: 1. Saya dan Rakan Baru 2. Bingo 3. Klasifikasi Potensi Diri 4. Mengenali Potensi Diri 5. Rumusan / Ceramah Potensi dan Motivasi Diri

1

AKTIVITI 1

: SAYA DAN RAKAN BARU

MASA ALATAN

: 15 minit : Tiada

LANGKAH-LANGKAH: 1. Semua ahli duduk dalam bentuk bulatan yang kemas. 2. Fasilitator memberi kata-kata aluan dan memperkenalkan diri. 3. Fasilitator minta setiap ahli memperkenalkan diri masing-masing seorang demi seorang sehingga semua ahli terlibat, mengikut sususan jam atau sebaliknya atau mengikut apa cara giliran sekalipun. Contoh: Nama saya Rohani bin Husain. Panggil saya Ani. 4. Fasilitator minta semua ahli dapat mengingat nama-nama dan mengenali ahli-ahli kelompok. 5. Seterusnya fasilitator membincangkan peraturan kelompok seperti; - penglibatan yang aktif - menghormati ahli-ahli lain - ketepatan masa - dan sebagainya yang sesuai.

AKTIVITI 2

: BINGO

MASA ALATAN

: 25 minit : Bahan aktiviti Bingo (Lampiran 1)

LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator mengedarkan bahan aktiviti Bingo kepada semua ahli. 2. Fasilitator memberi penerangan bagaimana aktiviti Bingo ini dijalankan. 3. Fasilitator memberi masa 10 minit untuk ahli-ahli mencari nama rakan-rakan yang bersesuaian dengan pernyataan-pernyataan tersebut. 4. Fasilitator memaklumkan hanya ahli yang sudah menyiapkan semua aktiviti itu dibenarkan duduk. PROSES:

2

Fasilitator meminta maklumbalas ahli-ahli terlebih dahulu berkenaan aktiviti itu. Kemudian menjelaskan kepada ahli-ahli mengenai bagaimana tingkah laku serta usaha dan kemampuan mereka berinteraksi untuk menyiapkan tugasan tersebut. Apakah faktor pendorong tersebut? Bincangkan. AKTIVITI 3 : KLASIFIKASI POTENSI DIRI MASA ALATAN

: 20 minit : Borang Klasifikasi Potensi Diri

(Lampiran 2)

LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator mengedarkan borang Klasifikasi Potensi Diri kepada semua ahli. 2. Fasilitator memberi penerangan bagaimana aktiviti ini dijalankan. 3. Ahli-ahli diminta menyusun pernyataan-pernyataan yang telah digunakan dalam aktiviti Bingo tadi ke dalam kotak-kotak klasifikasi potensi diri, dengan betul. Masa yang diberikan 5 minit. 4. Fasilitator meminta ahli-ahli berpasangan dan bertukar kertas aktiviti dengan pasangan masing-masing. Minta mereka bincang jawapannya. 5. Fasilitator mengajak ahli-ahli membincang jawapannya. 6. Kemudian fasilitator mengajak pula ahli-ahli membincangkan potensi-potensi tersebut dan kaitkan dengan diri sendiri. PROSES: Adalah penting setiap orang mengetahui dan memahami apa itu potensi diri supaya dia dapat mengenali dirinya sendiri.

AKTIVITI 4

: MENGENALI POTENSI DIRI

MASA ALATAN

: 30 minit : Borang Mengenali Potensi Diri

(Lampiran 3)

LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator mengedarkan borang Mengenali Potensi Diri kepada semua ahli. 2. Fasilitator memberi penerangan bagaimana aktiviti ini dijalankan. 3

3. Ahli-ahli diminta duduk dengan relaks sambil menariik nafas panjang. Pejamkan mata rapat-rapat dan cuba fokuskan fikiran sepenuhnya kepada diri sendiri. (Suara fasilitator perlu lembut nadanya, jelas dan perlahan tutur katanya). Bayangkan segala kekuatan diri seperti bakat……kemudian bayangkan kejayaan-kejayaan dalam bidang bakat masing-masing. Tahniah atas kehebatan anda itu. Bayangkan segala kekuatan diri seperti kehebatan otak…… kemudian bayangkan kejayaan-kejayaan kehebatan otak khususnya kecemerlangan akademik. Tahniah dan teruskan kecemerlangan anda itu. Bayangkan segala kekuatan diri seperti kepemimpinan…… kemudian bayangkan ciri-ciri kepemimpinan yang menonjol dalam diri anda. Gilapkan kepemimpinan anda. Bayangkan segala kekuatan diri dari segi fizikal……kemudian bayangkan kejayaan-kejayaan dalam telah dicapai dalam aktiviti kokurikulum. Tahniah. Anda sememangnya hebat. Anda JUARA. Tarik nafas perlahan-lahan (ulang 3 kali) dan bukalah mata anda. 4. Fasilitator meminta ahli-ahli menulis potensi diri masing-masing seperti mana yang difikirkan sebentar tadi mengikut klasifikasinya di dalam borang tersebut. 5. Perbincangan potensi diri dibuat dengan semua ahli. PROSES: Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri. Jadi setiap ahli perlu mengenali diri masing-masing. Gilapkan potensi diri untuk membaiki kelemahan yang ada supaya kecemerlangan sentiasa tercipta.

AKTIVITI 5

: CERAMAH / RUMUSAN POTENSI DAN 4

MOTIVASI DIRI MASA ALATAN

: 30 minit : Disket Potensi dan Motivasi Diri

LANGKAH-LANGKAH: 1. Fasilitator meminta pandangan ahli-ahli tentang aktiviti-aktiviti tadi khususnya berkaitan potensi diri. 2. Kemudian fasilitator memberi ceramah/rumusan potensi dan motivasi diri. # Adalah digalakkan Aktiviti 5 ini dijalankan dalam kelompok masing-masing dengan penggunaan LCD (Sebuah LCD bagi setiap kelompok). Sekiranya LCD tidak mencukupi, bolehlah dikumpulkan semua kelompok di dalam dewan untuk sesi rumusan/ceramah.

5

Related Documents

Potensi Diri
June 2020 17
Potensi Diri (1).pdf
June 2020 28
Potensi Diri Bagian 2.docx
October 2019 30
Potensi
June 2020 31