Ponteng

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ponteng as PDF for free.

More details

  • Words: 267
  • Pages: 1
Ponteng menurut Kamus Dewan edisi ketiga didefinisikan sebagai lari dari tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Secar umumnya, ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah. Gejala ini adalah sejenis penyakit yang lama yangtelah berakar umbi semenjak masyarakat mengenal alam persekolahan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala ini berlaku. Antaranya adalah persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah di kalangan remaja. Pelajar yang sedang meniti usia remaja lebih cenderung dalam meneroka perkara yang baru. Justeru, mereka akan lebih tertarik dengan persekitaran yang baru lagi memberangsangkan. Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan ini menyebabkan gangguan dalam suasana pembelajaran. Suasana sekolah yang menarik dari segi kemudahan, pengajaran guru dan perlaksanaan disiplin yang efektif dapat menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar. Berdasarkan faktor yang dihuraikan, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengelakkan gejala ponteng sekolah terus berakar umbi dari generasi ke generasi. Pihak sekolah dan ibu bapa seharusnya berganding bahu dalam mengatasi gejala ini. Kesepakatan yang harmoni serta pemantauan yang berterusan membolehkan pelajar disekat dari melakukan perkara yang tidak berfaedah. Selain itu, pihak media juga boleh menghulurkan bantuan dari segi penyebaran meklumat mengenai gejala ini. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras gejala yang tidak mendatangkan faedah ini. Melalui persepakatan yang padu, segala usaha akan menjadi mudah dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Related Documents