Kajian Tindakan Oum Gejala Ponteng Sekolah

  • Uploaded by: Ultraman Toyep
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tindakan Oum Gejala Ponteng Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 5,149
  • Pages: 18
ISI KANDUNGAN

Subtopik

Muka surat

ABSTRAK

i

Penghargaan

ii

Abstrak

1

Pengenalan

2

Objektif Kajian

3

Persoalan Kajian

3

Batasan Kajian

3

Tinjauan Literature

5

Metodologi

5

Analisis Data

7

1

Kecenderungan Responden Dalam Ponteng Kelas Mengikut Ceraian Punca Ponteng Kelas

10

Tinjauan Persepsi Responden Tentang Cara Menangani Masalah Ponteng Kelas

11

Implikasi dan Cadangan

12

Kesimpulan

12

Rujukan Lampiran

ABSTRAK

2

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah faktor-faktor seperti masalah pelajar, latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, suasana sekolah dan persekitaran mempengaruhi masalah gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar di Sk seri Chempaka Kota Bharu, Kelantan. Seramai 20 orang pelajar dikaji yang dikenalpasti dalam gejala ponteng. Hasil kajian menunjukkan pengaruh persekitaran merupakan faktor utama yang mendorong gejala ponteng di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Selain faktor persekitaran, faktor-faktor lain yang turut menjadi pendorong terhadap kegiatan ponteng ialah masalah diri pelajar, diikuti dengan masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan peranan sekolah. Hasil kajian mencadangkan beberapa langkah perlu diambil oleh kesemua plhak yang terlibat iaitu ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan dallam usaha menangani gejala ponteng yang semakin serius jika tidak dibendung.

3

ABSTRACT (ENGLISH) The study presents the latest findings on truancy among secondary schools in di Sk seri Chempaka Kota Bharu districts. The study examined the relationship between truancy and disciplinary problems, school atmosphere, family background, peer groups, and the general environment itself The respondents for this study are 20 samples problematic students. The results of his study showed that the environment factor as major influence to truancy among the problematic students. Beside -that, the study also found that, other factors such as disciplinary problems, school atmosphere, family background, peer groups do influence truancy problems among tlhe students. Therefore, this study recommends few suggestions to overcome this truancy problem where, all the party including parents, schools, society as well as government have to cooperate each other to overcome these truancy problems.

PENGENALAN Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap disiplin pelajar di sekolah berkenaan. Ini bermaksud disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan juga imej

4

sesebuah sekolah. Disiplin pelajar merosot boleh merangkumi semua aspek perlanggaran peraturan sekoloh (Disiplin Sekolah) dari segi salah laku pelajar di sekolah. Terdapat Surat Pekelilingi dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988) yang telah menggariskan dengan jelas setiap bahagian atau kategori disiplin pelajar di sekolah. Dalam kes disiplin dalam persekitaran sekolah termasuklah merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah, ponteng kelas, mencuri dan sebagainya. Dalam tinjauan kajian ini hanya tertumpu kepada kes ponteng kelas pelajar sekolah rendah di salah sebuah sekolah rendah Daerah Kota Bharu. Tinjauan ini dilakukan di atas sebab pengkaji mendapati kes ponteng kelas pelajar tahap 2 di sekolah yang berkenaan begitu ketara dan merunsingkan (berdasarkan bilangan kes oleh guru-guru mata pelajaran dan kelas). Terdapat juga pelbagai rungutan dan aduan daripada guru-guru yang mengajar mengatakan bahawa bilangan pelajar yang ponteng kelas amat serius dan sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Masalah ponteng kelas ini telah terserlah apabila diperhatikan ramai pelajar yang berkeliaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah mahupun ketidak hadiran sekolah berkenaan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu langkah proaktif guru di sekolah berkenaan dalam menangani masalah ponteng . Semoga maklumat tentang punca-punca dan cara mengatasi masalah ponteng kelas dapat difahami dengan lanjut, menyeluruh dan mendalam. Dengan adanya panduan ini kelak bolehlah mengambil langkah-langkah yang positif dan lebih berkesan dalam menangani masalah ponteng kelas di sekolah yang dikaji khasnya dan sekolah lain amnya. Maklumat tentang kekerapan ponteng kelas pelajar diperolehi dan dikumpul dengan melalui pertama, rekod Buku Kawalan Kelas dari setiap tingkatan seperti yang dicatatkan oleh guruguru mata pelajaran yang mengajar kelas berkaitan. Kedua, berdasarkan maklumat yang dikumpul, sebilangan pelajar atau di sini dikenali sebagai responden akan menjalankan ‘pilottest’. Seterusnya, senarai semak dan borang soal selidik diberi kepada responden yang terlibat dalam kes ponteng kelas. Analisis data yang akan dikumpul akan digunakan untuk mengukuhkan sumber maklumat yang berkaitan dengan punca-punca dan cara mengatasi ponteng kelas di kalangan pelajar menengah atas. Di samping itu juga pemerhatian dengan tindak-tanduk pelajar ponteng kelas juga diambil kira dalam kajian ini. Oleh yang demikian, maka kajian ini ingin mengenal pasti dan mendalami sejauh manakah tahap kecenderungan punca-punca masalah ponteng kelas ini menular. Ianya dikaji dari perspektif pelajar. Diharapkan daripada dapatan ini agar dapat menyenaraikan caracara/langkah-langkah untuk mengatasi masalah ponteng kelas dan seterusnya pihak pentadbir sekolah akan mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah ponteng kelas ini pada masa akan datang. Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap disiplin pelajar di sekolah berkenaan. Ini bermaksud disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan juga imej sesebuah sekolah. Disiplin pelajar merosot boleh merangkumi semua aspek perlanggaran peraturan sekoloh (Disiplin Sekolah) dari segi salah laku pelajar di sekolah. Terdapat Surat Pekelilingi dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru

5

(Kementerian Pendidikan Malaysia,1988) yang telah menggariskan dengan jelas setiap bahagian atau kategori disiplin pelajar di sekolah. Dalam kes disiplin dalam persekitaran sekolah termasuklah merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah ponteng kelas, mencuri dan sebagainya. Kes ponteng kelas bagi pelajar rendah menjadi satu yang amat serius. Dapatan kajiian kes tersebut amat membimbangkan di peringkat sekolah yang berkenaan. Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu langkah proaktif guru dalam megesan punca dan langkaj mengatasinya di sekolah berkenaan. Semoga maklumat tentang punca-punca dan cara mengatasi masalah ponteng kelas dapat difahami dengan lanjut, menyeluruh dan mendalam. Dengan adanya panduan ini kelak dapat mengambil langkah-langkah yang positif dan lebih berkesan dalam menangani masalah ponteng kelas di sekolah yang dikaji kahsnya dan sekolah lain amnya. Objektif Kajian 1.

Mengenal pasti kekerapan ponteng kelas pelajar

2.

Mengenal pasti punca-punca ponteng kelas pelajar menengah atas di salah sebuah sekolah menengah Daerah Sarikei.

3.

Mengenal pasti cara mengatasi masalah ponteng kelas pelajar Persoalan kajian

1.

Sejauh manakah kekerapan ponteng kelas

2.

Apakan di antara punca kadar ponteng kelas pelajar?

3.

Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas pelajar atas mengikut faktor berikut: a. Faktor diri (minat) b. Faktor Guru c. Peranan rakan sebaya d. Keceriaan Keluarga e. Factor persekitaran

4.

Apakah persepsi pelajar terhadap cara mengurangkan masalah ponteng kelas pelajar Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut: i. Responden pelajar yang terlibat dalam ponteng kelas di sekolah yang dikaji. ii. Lokasi kajian hanya melibatkan salah sebuah sekolah rendah kebangsaanyang terletak di kota bharu iii. Pemerhatian dilakukan berdasarkan kelas yang banyak pelajar yang terlibat kes ponteng kelas.

6

iv. v.

Maklum balas instrumen bergantung kepada kesungguhan dan ketelusan responden bergantung kepada skala likert. Oleh kerana kajian ini perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat sahaja, maka bilangan responden yang terlibat hanya 20 orang sahaja. Tinjauan Literature

Di sekolah, ponteng kelas memang merupakan salah satu masalah disiplin yang tidak boleh dielakkan. Ponteng kelas adalah disiplin yang dianggap sebagai suatu penyakit berjangkit. Berdasarkan Panduan bagi Mengikut Mengatasi Ponteng di Sekolah (KPM:1994) mendefinisikan ponteng kelas: ‘……sebagai perbuatan keluar atau tidak berada di dalam kelas tanpa kebenaran daripada guru.’ Abdullah (2005:18) menjelaskan bahawa ponteng kelas adalah tindakan seseorang pelajar yang tidak mengikut sesuatu pelajaran pada waktu yang sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Ismail (1992:3) menjelaskan bahawa masalah ponteng kelas boleh menyebabkan pelajarpelajar ketinggalan dalam pelajaran. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995 (5 Sept. 1995) telah menjelaskan bahawa: ‘Laporan salahlaku pelajar sekolah …ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar….’ Begitu juga, ‘……jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi tabiat dan amalan, ianya boleh membawa kesan negatif… ketinggalan dalam pelajaran …… tindakan yang sewajar perlu diambil bag ’ membanteras salahlaku ponteng di sekolah…’ Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 (1 Ogos 1986) menjelaskan langkah-langkah keberkesanan disiplin sekolah. Dalam pekeliling ini dinyatakan bahawa : ‘…tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah, seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah….’ Dalam Surat Pekeliling Ikthsas Bil. 18/1998 (2 Sept. 1998) telah menyarankan tentang penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 (24 Sept 2001) memaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, semua guru adalah guru disiplin. Setiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib. Namun keseriusan kes ponteng kelas masih lagi berterusan. Dengan itu kajian ini dilakukan demi untuk mengenalpasti pelbagai punca dan cara penyelesaian ponteng kelas mengikut

7

pandangan pelajar menengah atas. Jadi apakah faktor kecenderungan mengikut kadar ponteng kelas? Menurut persepsi pelajar, apakah cara penyelesaian terhadap ponteng kelas adalah paling berkesan di sesebuah sekolah? Berdasarkan Abdullah (2005:110), sikap pelajar yang mudah bosan mendorong salah laku disiplin di bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu diubah supaya seiring dengan perkembangan minda pelajar pada masa kini supaya tiada tekanan dan bosan. Kaedah yang menarik akan dapat menarik pemerhatian pelajar agar memberi respons positif dan berminat dengan mata pelajaran yang diajar. Dalam Panduan bagi Mengatasi Masalah Ponteng di sekolah (1994:5-9) telah menjelaskan bahawa faktor yang menyebabkan salah laku ponteng kelas termasuklah diri sendiri, guru, kemudahan bilik darjah dan pengurusan sekolah. Manakala langkah-langkah bagi mengatasi ponteng kelas adalah faktor guru dan peranan pentadbir. Kerjasma antara guru dengan pihak pentadbir (pengetua, PK pentadbiran, PK HEM dan juga PK KK) yang erat dapat mempertingkatan dan mencorakkan budaya dan iklim sekolah yang akan memberangsangkan pelajar datang ke sekolah dan menjauhi salah laku ponteng. Metodologi Maklumat tentang kekerapan ponteng kelas pelajar diperolehi dan dikumpul melalui rekod Buku Kawalan Kelas (Jan-Apr) 2009 dari setiap tingkatan seperti yang dicatatkan oleh guruguru mata pelajaran yang mengajar kelas berkaitan. ‘Pilot-test’ dijalankan berdasarkan alat kajian tertentu, iaitu soal selidik dan temubual. Kemudian maklumat dalam soal selidik telah dimurnikan dan diubahsuaikan. Seterusnya, borang soal selidik diberi kepada responden yang terlibat dalam kes ponteng kelas. Responden yang terlibat dalam kajian semuanya pernah ponteng kelas. Antaranya responden juga didapatkan daripada senarai pelajar yang dirujuk kaunseling atas sebab ponteng kelas. Respon terhadap soal selidik adalah dikumpul semasa menghadiri sesi kaunseling dan juga semasa pengkaji “sit-in” dalam kelas yang berkaitan. Responden diberi penerangan satu demi satu semasa menjawab borang soal selidik ini. Analisis Data Data yang dikumpul dianalisis dengan bantuan pengisian perkomputeran. Diskritif statistik seperti peratus, min dan sisihan piawai dapat dikonstruk dan mengenal pasti tahap kecenderungan punca ponteng kelas pelajar dan menentukan peratusan persepsi pelajar dalam cara menangani ponteng kelas di sekolah. Jadual 1: Pengelasan Ponteng kelas Responden Kepada Sangat Kerap, Kerapkali, dan Sekalisekala. Sangat Kerap

-11 kali dan ke atas

Kerapkali

- 5 – 10 kali

Sekali-sekala

- 4 kali dan ke bawah

8

Jadual 2: Perbezaan Peratusan Kekerapan Ponteng Kelas Mengikut tahun Kekerapan Sangat Kerap darjah darjah 6 darjah 5 darjah 4 Jumlah Besar

18 8 0 26

75.0% 66.7% 0.0% 63.4%

Kerapkali 3 1 4 8

12.5% 8.3% 80.0% 19.5%

Sekali sekala 3 3 1 7

12.5% 25.0% 20.0% 17.1%

Peratus Keseluruhan 24 100% 12 100% 5 100% 41 !00%

Berdasarkan Jaduai 1, petunjuk skala di atas menunjukkan bahawa apabila seseorang pelajar yang ponteng kelas lebih daripada 11 kali adalah dikategorikan dalam sangat kerap ponteng kelas. Pelajar yang dikatakan kerapkali ponteng kelas adalah ponteng kelas antara lima hingga 10 kali dalam tempoh berkenaan. Manakala pelajar yang ponteng empat kali dan ke bawah dikategori ponteng kelas sekali-sekala. Sehubungan itu, maklumat tersebut adalah berkaitan dengan peratusan kekerapan ponteng kelas pelajar mengikut tingkatan yang dipetikan daripada Buku Kawalan Kelas sesi persekolahan dari bulan Januari hingga April 2006. Ianya melibatkan kelas tingkatan empat, lima dan enam atas. Seramai 41 responden dipilih daripada 177 populasi yang terlibat dalam ponteng kelas. Semua responden yang terlibat pernah ponteng kelas dalam tempoh berkenaan. Responden dipilih secara rawak dari setiap kelas. Antara responden ini, 15 orang daripada tingkatan empat, 21 orang daripada tingkatan lima dan 5 orang daripada tingkatan enam atas. Hanya 41 responden yang dipilih adalah disebabkan kesuntukan masa dalam mengumpul data. Ini menyebabkan pengkaji tidak sempat memberi borang soal selidik untuk pelajar yang lain. Begitu juga terdapat responden yang tidak mahu memberi pendapat dalam kajian ini. Kumpulan pelajar ini merasa ragu-ragu dan takut tindakan diambil terhadap mereka walaupun pengkaji menjelaskan bahawa nama mereka tidak akan didedahkan. Berdasarkan analisis Jadual 2, secara keseluruhannya peratusan kekerapan ponteng kelas mengikut tingkatan menunjukkan bahawa responden adalah dianggap sangat kerap ponteng kelas. Antaranya didapati pelajar tingkatan empat mempunyai peratus kekerapan ponteng kelas paling tinggi, iaitu 75.0% berbanding dengan 66.7% bagi tingkatan 5. Didapati juga 4 orang pelajar tingkatan 6 atas yang kerapkali ponteng kelas. Secara keseluruhannya, terdapat 17.1% pelajar yang sekali sekala ponteng kelas. Daripada analisis data tersebut, jelaslah terdapat perbezaan kadar kekerapan ponteng kelas mengikut tingkatan. Fenomena ini mungkin disebabkan pelajar tingkatan 4 yang berumur 17 tahun merupakan alam aliran pertukaran dari segi fisiologi dan mereka belum lagi menyesuaikan diri dengan suasana sekolah menengah atas. Manakala pelajar tingkatan 6 atas sudah berfikiran lebih matang maka kadar kekerapan ponteng kelas jelas kurang secara perbandingan. Antaranya yang melibatkan 15 orang responden perempuan dan 26 orang responden lelaki. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa responden lelaki adalah lebih kerap ponteng kelas berbanding dengan responden perempuan (sila rujuk Lampiran 1). Berdasarkan analisis kajian ini (sila rujuk Lampiran 1) menunjukkan bahawa dalam tempoh empat bulan ini responden kekerapan ponteng kelas yang paling tinggi ialah sebanyak 41 9

kali, ,manakala yang paling kurang ponteng kelas adalah dua kali. Maklumat ini adalah berdasarkan maklumat yang tercatat dalam buku kawalan kelas oleh guru mata pelajaran. Responden yang dicatat lewat 15 minit masuk kelas tanpa alasan adalah dianggap ponteng kelas dalam kajian ini. Daripada maklumat yang didapati, waktu yang paling kerap responden ponteng kelas adalah waktu ketiga dan waktu kelapan, iaitu masing-masing 102 kali dalam tempoh empat bulan. Waktu itu adalah waktu akhir bagi kelas tingkatan 4 yang berkaitan dalam kajian ini. Manakala waktu kesembilan adalah waktu akhir bagi tingkatan 5. Apabila diteliti dalam catatan Buku kawalan Kelas, didapati hanya sesetengah guru yang mencatatkan pelajar yang ponteng kelas, begitulah diberitahu oleh ketua tingkatan apabila ditanya (sila rujuk Lampiran1). Daripada analisis data yang dikumpul, boleh dikatakan bahawa kekerapan ponteng kelas bagi pelajar tingkatan menengah atas di sekolah yang dikaji berada di tahap yang tinggi. Maka faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kelas juga disoal selidik dan dianalisis sebagai tindakan proaktif bagi mengenal pasti punca-punca ponteng kelas. Kecenderungan Responden Dalam Ponteng Kelas Mengikut Ceraian Punca Ponteng Kelas Untuk menjawab soalan kajian : Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas pelajar menengah atas mengikut faktor berikut: a. Faktor Budaya dan Persekitaran b. Faktor Guru c. Peranan Pentadbir d. Keceriaan Kelas e. Keberkesanan Sistem Merit Demerit Analisis dibuat berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar yang pernah ponteng kelas dari tingkatan 4 (15 orang), Tingkatn 5 (21 orang) dan 6 atas (5 orang). Kajian ini adalah merujuk kepada persepsi pelajar yang pernah ponteng kelas sebagai responden. Ianya terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Melanau, Cina, Iban dan Bidayuh di salah sebuah sekolah menengah di Bahagian Sarikei. Data ini boleh memberikan maklumbalas kepada pihak sekolah tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kelas memandangkan kes ponteng kelas yang kian menular. Jadi, ia akan memberikan amanat sejauh manakah faktor-faktor yang dikenalpasti dapat membantu pihak sekolah dalam menangani kes ponteng kelas. Dalam soal selidik yang berkaitan adalah berdasarkan Skala Likert dari tidak setuju kepada sangat setuju. Singkatan yang digunakan seperti berikut: TS KS SD S SS

= = = = =

Tidak Setuju Kurang Setuju Sederhana Setuju Sangat Setuju

10

Konstruk 1:

Kecenderungan Responden Dalam Ponteng Kelas Mengikut Ceraian Punca Ponteng Kelas

Bil

Faktor

1

Faktor Budaya dan Persekitaran B1a. Ponteng kelas kerana mudah terpengaruh dengan rakan. B1b. Pelajar ponteng kelas kerana ingin mencari keseronokan/ bermain. Purata Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00 Faktor Guru B2a. Pelajar ponteng kelas kerana konflik dengan guru-tidak suka guru berkenaan. B2b. P&P membosankan menyebabkan pelajar ponteng kelas. Purata Rendah=1-2.17; Sederhana=2.18-3.34; Tinngi=3.35-4.50 Peranan Pentadbir B3a. Tindakan disiplin tidak adil yang diambil oleh guru menyebabkan pelajar ponteng kelas. B3b. Sistem pentadbiran tidak konsisten dalam mengambil tindakan disiplin menggalakkan pelajar ponteng kelas. B3c. Pihak pentadbir sekolah jarang meronda menjadikan pelajar berani ponteng kelas. Purata Rendah=1-2.22; Sederhana=2.23-2.45; Tinggi=2.46-3.68 Keceriaan Kelas B4a. Suasana dalam kelas tidak memotivasikan menyebabkan pelajar ponteng kelas. B4b. Fasiliti atau kemudahan dalam kelas yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. Purata Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00 Keberkesanan Sistem Merit-Demerit B5a. Sistem merit-demerit tidak berkesan dalam menangani kes ponteng kelas. Purata Rendah=1-2.33; Sederhana=2.34-3.67; Tinggi=3.68-5.00

Min Taburan 2

Min Taburan 3

Min Taburan 4

Min Taburan 5 Min Taburan

Min

Sisihan Piawai

3.73 3.85

1.43 1.15

3.58

2.52

3.68 3.88

1.45 1.17

3.78

1.31

3.90

1.11

3.90

1.17

3.41 3.74

1.41 1.24

3.32

1.25

3.10 3.21

1.24 1.24

3.93 3.93

1.17 1.17

Tahap Kecenderungan

Sederhana

Tinggi

Tinggi

Sederhana

Tinggi

Scale Reliability: 0.749 Cara pengiraan tahap kecenderungan berdasarkan Lau (2005)* ___________________

*Faktor 1: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 10-2=8; 8÷3=2.67 yang akan digunakan untuk menentukan sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=2 - 4.67; Sederhana=2.34 - 4.34; Tinggi=2.18 - 4.18. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00. Faktor 2: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 9-2=7; 7÷3=2.33. yang akan digunakan untuk menentukan sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=24.33; Sederhana=4.34-6.67; Tinggi=6.68-9.01. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.17; Sederhana=2.18-3.34; Tinggi=3.35-4.50. Faktor 3: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 14-3=11; 11÷3=3.67. yang akan digunakan untuk menentukan sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=36.67; Sederhana=6.68-7.35; Tinggi=7.36-11.03. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.22; Sederhana=2.23-2.45; Tinggi=2.46-3.68

11

Faktor 4: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 10-2=8; 8÷3=2.67. yang akan digunakan untuk menentukan sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=24.67; Sederhana=4.68-7.35; Tinggi=7.36-10.03. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.34; Sederhana=2.35-3.68; Tinggi=3.69-5.00 Faktor 5: Nilai maksimum - nilai minimum, iaitu 5-1=4; 4÷3=1.33. yang akan digunakan untuk menentukan sempadan kelas untuk tiga tahap kecekapan tukaran seperti dinilai oleh responden. Nilai sempada kelas: Rendah=12.33; Sederhana=2.34-3.67; Tinggi=3.68-5.00. Min taburan skor diperolehi dengan membahgikan nilai sempadan dengan bilangan item. Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah: Rendah=1-2.33; Sederhana=2.34-3.67; Tinggi=3.68-5.00

Data yang dikumpul dari soal selidik adalah dianalisis untuk menentukan tahap kecenderungan pelajar ponteng kelas melalui pengiraan min taburan skor seperti konstruk 1 di atas. Dalam kajian ini, punca-punca ponteng kelas telah dibahagikan kepada 5 kategori utama, iaitu budaya dan pengaruh persekitaran, faktor guru, peranan pentadbir, keceriaan kelas serta sistem merit-demerit. Antara setiap punca tersebut diceraikan kepada ceraian tertentu. Berdasarkan analisis kajian, didapati bahawa faktor yang mempunyai tahap kecenderungan yang paling tinggi ponteng kelas adalah sistem merit-demerit yang dikatakan tidak berkesan (purata min=3.93). Faktor guru dikatakan kurang memberi dorongan kepada pelajar untuk ponteng kelas (purata min 3.78). Ini kerana konflik / tidak suka dengan guru berkenaan, seterusnya responden tidak minat dengan subjek berkenaan dan juga pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Seperti yang dijelaskan oleh Abdullah (2005) bahawa guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas dan memberi nota semata-mata. Mempelbagaikan kaedah mengajar dan juga aktiviti dapat memotivasikan pelajar untuk belajar. Faktor lain yang mempunyai tahap kecenderungan tinggi dalam mempengaruhi responden ponteng kelas adalah peranan pentadbir berdasarkan analisis min taburan skor, 3.74. Peranan pentadbir di sini merujuk kepada sistem pentadbiran tidak konsisten dalam mengambil tindakan disiplin dan tindakan disiplin tidak adil yang di ambil oleh guru terhadap responden juga menggalakkan pelajar ponteng kelas. Di samping itu juga pihak pentadbir yang jarang meronda menjadikan responden berani ponteng kelas. Abdullah (2004:11) menjelaskan bahawa pihak pentadbir perlulah bertindak adil dan tegas serta menguatkuasakan kuasa yang ada pada mereka dengan sebaiknya. Faktor budaya dan persekitaran (purata min =3.58) dimana pelajar mudah terpengaruh oleh rakan sebaya dan juga sifat pelajar yang ingin mencari keseronokan / bermain. Seterusnya keceriaan kelas (purata min =3.21) juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng kelas. Ini disebabkan oleh suasana dalam kelas tidak dapat memotivasikan pelajar menyebabkan mereka ponteng kelas. Di samping itu, fasiliti atau kemudahan dalam kelas yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. Ini selaras dengan pendapat Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya adalah ketara dan dapat mempengaruh nilai-nilai seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan sebaya cenderung kepada negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Pendek kata, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada diri sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.

12

Begitu juga dengan pendapat Mohamed (2004:8) menjelaskan bahawa remaja berkecenderungan menolak piawaian yang ditentukan oleh ibu bapa dan guru kerana mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. Mereka suka bercuba-cuba untuk membebaskan diri, berdikari dan membina keyakinan diri. Atas sebab inilah mendorong pelajar suka ponteng kelas kononnya untuk mencari identiti sendiri. Tinjauan Persepsi Responden Tentang Cara Menangani Masalah Ponteng Kelas Kajian ini juga ingin mengenalpasti persepsi responden tentang cara mengurangkan masalah ponteng kelas. Untuk itu, tinjauan penyelesaian cara dikategorikan kepada 5 cara utama dan diceraikan kepada ceraian kecil tertentu. Taksiran data adalah berdasarkan pengiraan peratusan dan seterusnya membandingkan peratusan dalam tiga kategori iaitu cenderung (sangat setuju dan setuju), neutral (sederhana ) dan tidak cenderung (kurang setuju dan tidak setuju). Di sini peratusan yang tinggi menunjukkan lebih ramai responden cenderung menggunakan cara penyelesaian itu dan sebaliknya. Bagi kategori sederhana bermakna pendapat responden boleh jadi cenderung ataupun sebaliknya. Konstruk 2:

Meninjau Persepsi Responden Tentang Cara Menangani Masalah Ponteng Kelas PERATUS (%)

ITEM (N=41) 1. Pengurusan dan Pentadbiran C1a. Berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah berkesan dalam menangani kes ponteng kelas. 2. Peranan Pentadbir C2a. Peraturan sekolah perlu diketatkan lagi bagi mengelakkan pelajar ponteng kelas. C2b. Mengadakan pemeriksaan mengecut yang lebih kerap dapat mengurangkan pelajar ponteng kelas C2c. Pihak pentadbir perlu memantau aktiviti pelajar agar mengelakkan pelajar dari ponteng kelas. 3. Peranan Guru C3a. Kaedah P&P harus dipelbagaikan dapat memotivasikan pelajar dan mengurangkan pelajar ponteng kelas. C3b. Program Keagamaan / Kemoralan sangat perlu dijalankan bagi memotivasikan pelajar dan mengelakkan kes ponteng kelas 4. Program Motivasi C4a. Program Keagamaan/ kemoralan sangat perlu dijalankan bagi memotivasikan pelajar dan mengelakkan ponteng kelas. C4b. Kem motivasi boleh mengelakkan pelajar ponteng kelas. 5. Keceriaan Kelas C5a. Peningkatan keceriaan bilik darjah tidak dapat memupuk suasana belajar dalam kelas bagi mengelakkan pelajar ponteng kelas.

Sangat Setuju

Setu -ju

JUMLAH

Sederhana

Kurang Setuju

Tidak Setuju

JUMLAH

19.5

34.1

53.6

19.5

17.1

9.8

26.9

34.1

29.3

63.4

9.8

12.2

14.6

26.8

29.3

24.4

53.7

12.2

17.1

17.1

34.2

31.7

34.1

65.8

9.8

9.8

14.6

24.4

41.5

24.4

65.9

22.0

7.3

4.9

12.2

22.0

24.4

46.4

26.8

17.1

9.8

26.9

22.0

24.4

46.4

26.8

17.1

9.8

26.9

41.5

24.4

65.9

22.0

12.2

0.0

12.2

29.3

24.4

53.7

19.5

7.3

19.5

26.8

57.2

Neutral (18.7)

24.1

Scale Reliability: 0.849

13

Jika diteliti, dapatan menunjukkan peranan pentadbir khasnya guru dalam kelas memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah ponteng kelas (65.9%). Untuk mengelakkan ponteng kelas, pelajar lebih cenderung kepada memperbaiki kaedah P&P oleh guru dalam kelas. Ini selaras dengan pandangan Abdullah (2005:29) bahawa kelpelbagaian teknik-teknik yang dititikberatkan oleh guru dapat menarik minat pelajar belajar. Guru yang tidak berwawasan akan menyebabkan pelajar mengambil jalan ponteng. Begitu juga responden inginkan motivasi bagi mengelakkan ponteng kelas yang juga memperolehi sebanyak 65.9 peratus seperti dalam data analisis. Faktor ini secara langsung berkaitan dengan pihak pentadbir melalui pemantauan aktiviti pelajar dan memberi galakan positif dari semasa ke semasa (65.8%). Seterusnya, peraturan sekolah perlu juga diketatkan lagi bagi mengelakkan pelajar ponteng kelas. Sebanyak 63.4% responden cenderung mengetatkan lagi peraturan sekolah dalm menyelesaikan masalah ponteng kelas. Seterusnya, pemeriksaan mengecut dengan lebih kerap dan peningkatan keceriaan bilik darjah dipersetujui oleh kebanyakan responden (53.7%) untuk mengurangkan pelajar ponteng kelas. Secara keseluruhannya, melebihi lima puluh peratus (57.2%) responden setuju dan berkeinginan untuk mendapat cara yang sesuai untuk menangani masalah ponteng kelas. Tafsiran persepsi di atas adalah selaras dengan pendapat Abdullah (2004:30) bahawa pihak sekolah dengan kerjasama guru perlu prihatin dan sentiasa mengambil tahu mengenai para pelajarnya. Peraturan yang ketat dan pengawalan yang berterusan ke atas para pelajar adalah penting. Di sekolah, guru dan pengetua/guru besar hendaklah bertindak dalam satu pasukan dan bukan menjadi pemerhati atau mengambil pendirian “Itu bukan tugas aku” untuk lari daripada tugas (Rajaguru, 1982:272). Implikasi Dan Cadangan Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kekerapan ponteng kelas pelajar di salah sebuah sekolah menengah atas di Bahagian Sarikei memandangkan kes ponteng kelas yang dirujuk kepada guru kaunseling adalah begitu ketara sehingga menjadi satu Implikasi daripada fenomena ini secara langsung telah mengganggu P&P dalam kelas dan seterusnya menggugat pencapaian akademik. isu. Diharapkan dengan adanya analisis data ini dapat memberi sedikit impak kepada pihak sekolah supaya kes ponteng kelas dapat dikurangkan sehingga minimum. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor yang mendorong mereka ponteng kelas. Mungkin kerana mereka tidak pandai dalam menangani masalah yang dihadapi, maka ponteng kelas menjadi jalan pintas bagi mereka mengelakkan diri daripada masalah. Akan tetapi, pelajar tahu menahu tentang cara yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ponteng kelas seperti yang disenaraikan dalam borang soal selidik. Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya dapat mengetahui di manakah kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Dalam membendung masalah disiplin seperti ponteng kelas saya percaya daya kepepimpinan seseorang pengetua yang berkesan ‘can make an difference’.

14

Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak. Begitu juga dengan hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak sekolah agar: 1. 2. 3. 4. 5.

lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin. guru perlu mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar. profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan menjalankan amanat mendidik dengan cemerlang. pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru. keceriaan bilik darjah perlu dijaga. Kesimpulan

Tinjauan persepsi tentang ponteng kelas pelajar menengah atas di sekolah dijadikan tajuk kajian ini adalah berdasarkan keseriusan kes ponteng kelas pelajar yang dirujuk untuk kaunseling di sekolah. Merujuk kepada rekod kaunseling didapati bahawa pelbagai alasan dan sebab yang menyebabkan pelajar ponteng kelas. Maka penyebab ponteng kelas seperti yang didapati daripada pelajar dianalisis menjadi salah satu persoalan kajian. Perbandingan min taburan skor digunakan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar dalam ponteng kelas mengikut ceraian faktor ponteng kelas. Analisis menunjukkan bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah perlu dipertingkatkan contohnya keberkesanan sistem merit-demerit, budaya sekolah, fasiliti dan kemudahan dalam kelas perlu diprihatin. Keunikan dalam kajian ini ialah semua hasil kajian adalah berdasarkan pandangan pelajar yang pernah ponteng kelas semata-mata. Perbandingan peratusan dalam tinjauan persepsi pelajar tentang cara menangani masalah ponteng kelas menunjukkan kebanyakan pelajar berpendapat bahawa peranan pentadbir (pengetua, PK pentadbiaran, PK HEM, PK KK, guru disiplin) merupakan hero dalam menangani kes ponteng kelas, seperti mengetatkan lagi peraturan sekolah, kekerapan pemeriksaan mengejut dan seterusnya pemantauan aktiviti pelajar dengan lebih berkesan. Jika sistem pengurusan dan pentadbiran berkesan dan lebih sistematik, keharmonian sekolah dapat dipupuk. Dapatan adalah berdasarkan min taburan skor sebagai tinggi, sederhana dan rendah. Data yang dikumpul melalui penglibatan 41 responden yang pernah ponteng kelas dalam tempoh berkenaan. ‘Pilot test’ dijalankan dan diikuti dengan pemurnian soal selidik di bawah pimpinan Dr. Lau. Berdasarkan rekod dalam Buku Kawalan Kelas 2006 (Jan-Apr) dan temu bual dengan ketua tingkatan, didapati ramai guru tidak membuat rekod pelajar yang ponteng kelas ketika itu. Malah maklumat menunjukkan bahawa kekerapan ponteng kelas yang tinggi adalah waktu terakhir dan waktu ketiga. Ini mungkin berkaitan dengan guru mata pelajaran. Didapati hanya ketika sesetengah guru sahaja pelajar ponteng kelas, khasnya waktu ketiga yang mencatat rekod 102 kali pelajar ponteng kelas. Diharap dengan dapatan ini, masalah ponteng kelas dapat dikurangkan kelak.

15

Bibliografi Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang:Rhythm Industries Sdn. Bhd.. Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB. SMK Bandar Sarikei. (2006). Buku Kawalan Kelas (Tingkatan 4, 5 dan 6Atas). Sarikei: SMK Bandar Sarikei. Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II):Siri Diploma Perguruan. Selangor Darul ehsan:Percetakan Polygrafic (M) Sdn. Bhd..

16

KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:Percetakan Watan Sdn. Bhd.. Mohamed Htta Shaharom. (2004). Psikologi & Kaunseling Remaja:Panduan Remaja Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd.. Sufean Hussin dan che Zainon Omar. (2002). Masalah Remaja Daripada Keluarga Ibu Tunggal:Siri Laporan Kajian Masyarakat. Kuala Lumpur:Tinggi Press Sdn. Bhd.. Surat Pekeliling KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986. (1 Ogos 1986). Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995. (5 September 1995). Menangani Masalah Ponteng Kelas. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 18/1998. (2 September 1998). Penggunaan Budu Bicara Ketika Mengambil Tindakan. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001. (24 September 2001). Semua Guru Adalah Guru Disiplin.

Lampiran 1 Analisis Data Konstruk 1:

Input Spesifik Tentang Kekerapan Ponteng Kelas Responden Dari Buku Kawalan Setiap Kelas (Januari hingga April 2006)

17

Tingkatan

Jantina

Responden

6A 6A 6A 6A 6A 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4

L L L L L L P P L L P P P L L P P L P P P L L L P L L L P P P L L L L L L L L L P

1 2 23 24 25 35 36 37 38 39 40 41 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 3 4 5 6 26 27 28 29 30 31 32 33 34

Kekerapan Ponteng Kelas Mengikut Waktu 1 2 1 2

2 1 3 2 4 1 1

1

2

2 1

3

5 2 4 2 1

1 3

1 4

1

1

1 1

3

1 1 2 4 4 7 1 9 3 6 4

2 1

3

4 4 1

5

6

2 2 3

1 1

1 1 7 2 2 5 2 2 6 4 4 3 4

7

1 1

2 1

2 2 3 3 7 1

2 1 1 3 3 1 1 1

3 1 1 1 3 1 1

4 1

1

1

5 4 2

3 1

2

4

1

1 2

8

1

2 1 1 12

1 2 3 5 1 1 5 3

1 2 2 4 2

1 3

2 1 1

3 6 5 4 9 6

3 5 1 5 6 4

2 2

11 2 1 5 6 3 3 3 5 7 10 2

9

1 1 1 2 1

6 15 4 2 7 2 1

1 1

1 2 1 4 2 1 2 1 2 4 1 48

R

Jumlah

2 1 1 2 1 4 1 4 2 1 46

2 1 2 2 2 1 8 10 5 10 2

4 1

1 1 2 3

2 2 2 3 4 4 1 82

1 1 1 4 1 48

4 1 1 1 1 1 1 1 31

5 7 4 4 4 7 7 91

6 2 8 6 5 10 8 20 16 30 12 15 18 12 3 41 17 10 17 16 3 2 12 25 12 13 28 16 2 2 2 25 7 14 19 21 19 14 27 37 24

43

Sumber: Buku Kawalan Kelas bagi Tingkatan 4, 5 dan 6Atas pada sesi persekolahan Januari hingga April 2006.

18

Related Documents


More Documents from "nazlieza"