Polisi Awam: Dasar Pertahanan

  • Uploaded by: Mohd Faizal Bin Yahaya
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Polisi Awam: Dasar Pertahanan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,500
  • Pages: 16
1.0

Pengenalan

Teori permainan menyediakan sebuah jalan pemikiran yang menarik tentang dasar pertahanan. Dewasa ini, Kuasa utama dunia bergantung kepada dasar pertahanan yang ada dalam sesebuah negara. Setiap negara mesti mengatur dasar pertahanan sendiri dan dasar itu tidak hanya mengambarkan objektif negara tetapi juga mengambarkan harapan atau jangkaan apa kuasa lain boleh buat. Tambahan lagi, tidak keterlaluan jika mengandaikan bahawa negara bekerja keras untuk membuat dasar pertahanan supaya dasar ini lebih rasional. Di Malaysia, dasar Pertahanan Negara mencerminkan hasrat negara untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara. Dasar pertahanan menggariskan tiga asas utama, iaitu kepentingan-kepentingan strategik negara, prinsip-prinsip pertahanan dan konsep pertahanan. Ia menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan kepentingan strategik negara yang stabil dan aman. Kawasan kepentingan strategik negara dapat dilihat dari tiga lapisan iaitu kawasan terdekat, serantau dan global. Antara kawasan terdekat termasuk wilayah daratan, perairan negara, ruang angkasa, Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), dan Selat Melaka. Malaysia melihat sebarang perkembangan di rantau ini akan juga memberi kesan kepada keselamatan dan pembangunannya. Ini adalah penting kerana Malaysia berkongsi sempadan darat atau laut atau kedua-duanya dengan hampir setiap negara anggota ASEAN. Sebarang gangguan kepada keselamatan rantau ini, sama ada berbentuk konflik dalaman rantau atau luaran rantau, akan membawa kesan ke atas keselamatan negara. Dengan mengambilkira faktor-faktor kepentingan strategik negara dan persaingan dalam pelbagai kepentingannya yang lain, pertahanan Malaysia berkisar sekitar prinsip-prinsip utama iaitu Keupayaan untuk Berdikari, Kerjasama Serantau dan Bantuan Luar. Sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat, Malaysia menyedari bahawa langkah yang paling wajar untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara adalah melalui usaha ke arah keupayaan berdikari yang merupakan teras kepada dasar pertahanan negara.

1

Prinsip ini memberi penekanan kepada keupayaan berdikari Angkatan Tentera dalam struktur keupayaan berdikari nasional. Ianya tidak hanya melibatkan pasukan tempur tetapi juga rangkaian sokongan logistik cetusan kerjasama industri ketenteraan yang sejajar dengan keutamaan program pembangunan negara. Dalam hubungan ini, keupayaan berdikari tidaklah terhad kepada usahausaha Angkatan Tentera semata-mata tetapi sewajarnya melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan dan rakyat jelata. Walau bagaimanapun, dengan mengambilkira had-hadnya, keupayaan berdikari negara umumnya berasaskan dua landasan. Landasan pertama, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian tanpa bantuan luar dalam perkara-perkara berkenaan keselamatan dalam negeri, dan kedua, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan-kepentingan keselamatan dalam lingkungan kawasan terdekat dari ancaman-ancaman luar tahap rendah dan pertengahan. Oleh kerana kedudukan geografi negara di tengah-tengah Asia Tenggara, kepentingan-kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian yang rapat dengan negara-negara serantau yang lain. Berdasarkan kedudukan ini, keselamatan Malaysia adalah sebahagian daripada keselamatan negaranegara anggota ASEAN. Dengan demikian, sebarang ancaman terhadap ASEAN atau ke atas mana-mana negara ASEAN adalah juga dilihat sebagai ancaman kepada

Malaysia.

Dengan

demikian

sewajarnyalah,

Malaysia

memberi

keutamaan kepada kerjasama serantau. Dalam konteks kerjasama serantau, Malaysia juga memberi sokongan terhadap mewujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala di kalangan negara-negara ASEAN. Satu rangkaian kerjasama pertahanan dua hala dengan negara-negara ASEAN akan banyak membantu dalam proses membina keyakinan dan menggalakkan ketelusan. Malaysia juga telah menganggotai Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang dianggotai oleh Singapura, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Malaysia sebagai satu saluran untuk memperolehi bantuan luar. FPDA merupakan satu-satunya peraturan pertahanan 2

bentuk formal yang melibatkan Malaysia dengan negara-negara kuasa luar serantau. Sungguhpun menyedari betapa pentingnya kerjasama serantau dan bantuan luar, Malaysia yakin bahawa dasar keupayaan berdikari seharusnya terus menjadi tonggak pertahanan negara. Sehubungan itu, Malaysia akan terus berusaha ke arah meningkat dan membangunkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia di samping memberikan kesedaran tentang pertahanan dan semangat patriotik di kalangan rakyat jelata. 2.0

Dasar Pertahanan Amerika Syarikat

2.1

Berhadapan ancaman nuklear.

Dengan tamatnya perang dunia kedua pada tahun 1945, Amerika Syarikat telah berhadapan dengan kuasa lain iaitu republik Soviet Union (USSR) yang masingmasing mempunyai kuasa kuat dalam sejarah Negara Amerika Syarikat. Sememangnya, bom atom membuatkan perang dingin menjadi lebih merbahaya daripada sebarang negara yang dulunya berkonfrontasi. Senjata nuclear daripada Amerika Syarikat dan USSR memberikan ancaman yang besar kepada manusia. Sebab itulah, pemimpin dalam kedua- dua negara tersebut telah melatih bersungguh-sungguh dan bersikap berhati-hati dengan setiap negara tersebut 2.1.1 Pencegahan. Untuk

mengekalkan

keamanan

nuklear,

Amerika

Syarikat

terutamanya

bergantung kepada polisi pertanan. Percegahan merujuk kepada pengertian menasihati musuh seteru supaya jangan menyerang kerana untuk mengekalkan kapasiti daripada kerosakan. Pencegahan yang sebenarnya ialah pertahanan psikologi daripada serangan dan ianya tidak efektif pertahanan fizikal terhadap wujudnya serangan peluru. Strategi pertahanan ini akan mengekalkan keamanan walaupun melalui proses ketakutan dari tindak balas.

3

2.1.2 Strategi senjata. Untuk melaksanakan strategi pencegahan , Amerika Syarikat percaya kepada sistem senjata TRIAD. Ini merangkumi land-based intercontinental ballistic missiles (ICBMs),submarine- launched ballistic missiles (SLBMs) dan manned bombers.Setiap sistem senjata ini akan mengandaikan untuk menjadi bebas, membolehkan untuk terus boleh hidup dan serangan kali kedua. 2.2

Kawalan Tentera

Kedaulatan

dan

kemerdekaan

sesebuah

negara

semamangnya

perlu

dipertahankan dan dipertanggungjawab oleh pemimpin dan tentera dari sebarang bentuk ancaman dan serangan

luar. Amerika Syarikat merupakan

sebuah negara yang menjalinkan serta sentiasa meningkat kerjasama dua hala dengan negara luar misalnya negara Australia dalam menghadapi sebarang ancaman. Selain itu, hubungan luar dengan negara Jepun juga menunjukkan jalinan yang baik misalnya isu pengkalan di Okinawa tidak melemahkan hubungan antara kedua-dua negara kerana Amerika Syarikat bersetuju mengembalikan 20 % daripada pemilikan tanah pengkalannya kepada penguasaan tempatan Jepun. Pada tahun 1970, negara Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Presiden Richard Nixon telah merangka satu langkah dalam mewujudkan angkatan tentera yang berwibawa dan berkemampuan. Langkah tersebut dinamakan Strategi Pengehad Angkatan Tentera ( SAFT ) iaitu satu strategi yang dibentuk untuk menghalang kegunaan senjata nuclear bagi sesebuah negara. Namun sejurus dengan itu, Amerika Syarikat telah merangka satu lagi strategi iaitu START atau Strategi Pengurangan Tentera. Strategi ini menekankan 3 prinsip iaitu pengurangan, kesamarataan dan pengesahan. Namun langkah pertama ini kurang berkesan dalam mencapai hala tuju.

4

START I telah dirangka dan dipersetujui dalam merangka strategi pengurangan tenaga nuklear. Strategi ini akan menegsahkan bilangan atau julat tentera yang akan mengetuai sesautu strategi. Tindakan susulan akan dilakukan terhadap strategi ini melalui pemeriksaan dalaman dan kenyataan ringkas. Setelah berakhirnya Perang Dingin, AS sekali lagi membuat persetujuan dengan negara Rusia untuk menandatagani perjanjian START II. Strategi ini merupakan kesinambungan Penyingkiran

daripada

START I

dan

ianya

juga

dipanggil

sebagai

Tenaga Nuklear sepenuhnya yang melibatkan serangan peluru

berpandu. 2.3

North Atlantic Treaty Organization (NATO) and Keselamatan Eropah

Amerika Syarikat telah menganggotai North Atlantic Treaty Organization (NATO). Selain Amerika Syarikat, Negara-negara yang telah menganggotai NATO antaranya ialah Canada, Belgium, Britain, Denmark, France, Iceland, Italy, Luxembourg, Netherlands, Norway dan Portugal. Penyertaan Negara-negara ini ke dalam NATO adalah bertujuan menghadapi serta mengusir Negara Soviet daripada Eropah iaitu selepas Perang Dunia ke-2. Pada ketika itu, Soviet telah bertindak agresif dengan menyerang negara-negara Eropah. Pada tahun 1952, Turki dan Greece telah menyertai NATO. Pada tahun 1952 pula, Jerman Barat menganggotai NATO. Secara tradisionalnya, kuasa NATO adalah tidak melebihi dalam negaranegara Eropah. Kuasa NATO hanya tertumpu dalam Eropah sahaja. NATO telah mencampuri serta meneyelesaikan konflik antara etnik-etnik di Negara-negara Balkan. Contoh campurtangan dan penglibatan NATO dalam menyelesaikan masalah konflik etnik adalah di Yugoslavia. Selain itu, NATO juga terlibat dalam konflik di Bosnia pada tahun 1995. Pergolakan serta konflik yang berlaku di Bosnia adalah di antara Serb, Croats dan Muslim. Amerika Syarikat telah bertindak sebagai pengaman dalam menghadapi konflik ini. Pada tahun 1999, tercetus lagi konflik di antara etnik yang berlaku di Kosovo. Pergolakan yang berlaku adalah di antara Kosovo dan Serbia.

5

2.4

Bila Menggunakan Kuasa Tentera?

Kesemua presiden Amerika membenarkan menghantar tentera Amerika dalam mana-mana perperangan dan merupakan satu kos hidup. Begitu juga rakyatnya yang merelakan anak-anak mereka dihantar untuk berhadapan bahaya dalam perperangan dan terdapat juga yang terkorban. Tetapi, sekiranya hanya presiden meyakinkan mereka kenapa perlu keluar berhadapan bahaya dan presiden perlulah bijak menyatakan sebab dan akibatnya. 2.4.1 Melindungi perkara yang penting Tentera Amerika banyak mempelajari tentang apa yang berlaku semasa di perperangan di Vietnam. Setiausaha Amerika, Collin Powell merupakan salah seorang yang masih muda dalam berkhidmat di Vietnam. Beberapa lama selepas itu, beliau menjadi Penasihat Keselamatan Negara untuk Presiden Ronald Reagan semasa Perang Teluk. Pengajaran yang diterima oleh Amerika ialah: •

Negara Amerika seharusnya melakukan kuasa tentera mereka hanya dalam menyokong perkara-perkara yang penting.



Sekiranya kuasa tentera berlaku, mereka seharusnya mempunyai definisi yang jelas tentang tujuan atau objektif ketenteraan.



Kuasa Amerika seharusnya memadai dengan kekuatan bagi memastikan kemenangan muktamad.



Sebelum

menggunakan

kuasa

tentera,

mereka

perlu

mendengar

pandangan rakyat. •

Sebelum menggunakan kuasa tentera, mereka perlu memikirkan perkara terakhir selepas politik, ekonomi, dan diplomatik.

6

2.4.2 Dalam Menyokong Kepentingan Objektif Politik Berbeza dengan ketua tentera, ketua politik dan diplomatik ini menyambung perperangan politik. Kuasa tentera Amerika seharusnya bersiap sedia untuk membawa misi untuk mengetuai dalam mana-mana perperangan:

2.5



Demostrasi Amerika menyelesaikan krisis



Demostrasi sokongan Amerika untuk kerajaan demokratik.



Melindungi rakyat Amerika tinggal di luar negara.



Menarik perhatian pengganas untuk pencegahan



Membuat keamanan dengan musuh negara



Membuat keamanan mengikut perjanjian



Melindungi rakyat dalam perperangan



Membantu menangani dadah dalam antarabangsa Penggunaan Angkatan Tentera Amerika Syarikat

Amerika Syarikat telah bertempur dalam beberapa peperangan antaranya ialah Perang Teluk atau lebih dikenali ‘Gulf War’ pada tahun 1991, perang di Afghanistan pada 2002, dan di Iraq pada tahun 2003. Setiap kaedah serangan yang digunakan adalah berbeza. Presiden Amerika iaitu George H. W. Bush begitu komited dalam angkatan tentera. Seterusnya, ketenteraan di Amerika mempunyai komandan tentera yang tertinggi yang menggabungkan Chairman of the Joint Chiefs of Staff. Sebagai contoh, Jeneral Collin Powel sebagai komandan di darat.

7

2.5.1 Tentera Udara Amerika Syarikat Seterusnya, Tentera Udara Amerika Syarikat adalah cabang udara Angkatan Tentera Amerika Syarikat, dan merupakan salah satu dari tujuh perkhidmatan beruniform di Amerika Syarikat. Pada awalnya, ditubuhkan sebagai Kor Udara Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Tentera Udara A.S ditubuhkan sebagai cawangan tentera yang berasingan pada 18 September, 1947 dan merupakan cawangan terakhir dari angkatan tentera A.S yang ditubuhkan. Tentera Udara A.S merupakan angkatan tentera udara yang terbesar, dan mempunyai teknologi termaju di dunia. Ia memiliki sebanyak 5,778 buah pesawat (4,093 buah milik tentera udara; 1,289 buah milik Pengawal Udara Kebangsaan; dan 396 buah milik Pasukan Simpanan Tentera Udara); kira-kira 156 buah Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandu (UCAV), 2130 buah Peluru berpandu kruis pelancaran udara, dan 450 peluru berpandu balistik antara benua. Sehingga 30 September 2007, Tentera Udara A.S mempunyai 328,600 anggota perkhidmatan aktif, 117,497 anggota Arahan Simpanan Tentera Udara, dan 106,700 anggota Pengawal Udara Kebangsaan. Tentera Udara juga menggaji seramai 168,900 orang awam termasuk penggajian tidak langsung warganegara asing. Pada tahun 2007, disebabkan oleh kekangan belanjawan, Tentera Udara A.S telah mengurangkan saiz kekuatannya anggota dalam perkhidmatan aktifnya dari 333,000 kepada 316,000 anggota, yang mana merupakan kekuatan terkecil sejak serangan ke atas Pearl Harbor. Berdasarkan kenyataan Ketua Staff Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral T. Michael Moseley. Kekuatan anggota tugas aktif sekarang adalah kira-kira 70% daripada kekuatan Tentera Udara A.S semasa akhir Perang Teluk pertama pada tahun 1991.

8

2.5.2 Tentera Laut Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Navy) atau boleh disingkatkan dengan USN merupakan satu cabang daripada angkatan tentera Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan operasi tentera laut. Sekarang ini USN mempunyai 335,000 kakitangan dalam duti aktif dan 128,000 di dalam tentera laut simpanan. Ia mengendalikan operasi 280 kapal laut di dalam perkhidmatan aktif dan lebih daripada 4,000 pesawat udara. 3.0

Dasar Pertahanan Malaysia

3.1

Hubungan Malaysia Dengan Negara Luar

Malaysia telah menganggotai Forum Serantau ASEAN ( ASEAN Regional Forum – ARF ). Penubuhan forum ini merupakan satu perkembangan penting ka arah kesinambungan keamanan dan kestabilan serantau. Ahli-ahli Forum Serantau ASEAN (ARF) akan berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan dan kestabilan Negara terlibat. Segala aktiviti yang dijalankan oleh ARF adalah bertujuan mewujudkan kerjasama serta mengeratkan sesame Negara anggota. Malaysia menyedari bahawa bantuan luar dari Negara-negara luar serantau juga diperlukan. Bantuan tersebut adalah meliputi sokongan moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan ketenteraan, pemindahan teknologi dan bekalan peralatan. Oleh itu, Malaysia telah mengambil langkah dengan menjalinkan dan meningkatkan lagi hubungan pertahanan dengan negar-negar luar serantau. Malaysia tetap bertanggungjawab terhadap prinsip Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Namun begitu, keperluan untuk mendpatkan bantuan daripada sumber-sumber di luar Negara juga diperlukan. Hal ini terutamanya apabila tahap ancaman melebihi keupayaan angkatan pertahanan tempatan untuk menghadapinya. Oleh itu, Malaysia telah menganggotai Pertahanan Lima Negara (FPDA). Pertahanan Lima Negara (FPDA) ini dianggotai oleh Singapura, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Malaysia. Pertahanan Lima Negara (FPDA) ini merupakan satu saluran bagi Malaysia untuk mendapatkan bantuan luar. FPDA juga adalah satu peraturan

9

yang berbentuk formal melibatkan Malaysia dengan Negara-negara luar. Malaysia menjadikan peraturan FPDA ini sebagai saluran untuk Malaysia membangunkan serta meningkatkan tahap keupyaan pertahanan Malaysia. Corak mekanisme perundingan FPDA telah membuka ruang kepada Negara mendapatkan bantuan luar dan jaminan terhadap keselamatan Negara. Walaupun peranan FPDA telah disusun semula mengikut keperluan semasa, Malaysia tetap komited dengan pendirian bhawa FPDA masih relevan. 3.2

Strategi Dasar Pertahanan Malaysia

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman, bebas dan kaya dengan kepelbagaian masyarakat dan budaya. Rakyat Malaysia mencintai negaranya, sedia menyumbang dan turut serta secara aktif dalam menghadapi perubahan dan cabaran persekitaran dan dunia. Pada 24 oktober 2002, Kongres Patriotisme telah mencetuskan satu program ala tentera untuk masyarakat Malaysia yang layak menyertai dalam menyemai dan melahirkan kecintaan kepada tanah air. Jawatankuasa Kabinet telah memutuskan Kerahan Tenaga ditukar kepada Khidmat Negara. Dengan penerapan empat model teras dalam program

Khidmat

Negara

dapat

membentuk

nilai

kepimpinan

serta

pembentukan diri dalam setiap diri pelatih. Tidak kurang juga dengan cabaran yang datang dari luar negara. Cabaran di dalam bentuk tekanan ekonomi, hubungan diplomatik , ketenteraan dan lain-lain menuntut kekuatan mental dan fizikal rakyat agar semangat patriotisme dapat dipertingkatkan. Dengan langkah kerajaan Malaysia ini juga dapat memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas, tenteram, maju dan gagah menghadapi masalah. Langkah kerajaan ini merupakan satu langkah persediaan dalam mempersiapkan diri dalam sebarang ancaman luar. Dalam konteks pertahanan di Malaysia, konsep HANRUH merupakan strategi ketiga bagi Dasar Pertahanan Negara selain dari Strategi Deterance dan Forward Defence. Namun konsep HANRUH ini tidak masih diperingkat konsep dan strategi sejak tahun 90-an lagi. Apa yang boleh dirumuskan ialah masih

10

belum wujud kesepakatan dlama menangani strategi ini. Mungkin ketiadaan sebarang ancaman terhadap negara dan keselesaan serta kesejahteraan rakyat menyebabkan kurangnya komitmen atau keperluan terhadap HANRUH. Namun begitu, konsep ini merupakan satu langkah secara langsung dala keselamatan dan pertahanan negara. Keutuhan dan perpaduan masyarakat diakui sebagai salah satu asas utama bagi membina pembangunan dan kesejahteraan negara. Dalam konteks HANRUH ini negara Malaysia meneliti dan menghuraikan program dan aktiviti kea rah membina integrasi rakyat berteraskan nilai-nilai hidup serta untung nasib atau ‘destiny’ bersama. Masyarakat yang bersatu teguh dengan perpaduan usaha dan kejituan jiwa adalah aset penting dalam mematikan keselamatan dan keutuhan negara. 3.3

Kuasa Tentera Malaysia

Malaysia pula mengamalkan asas konsep berdikari dan lebih bersifat pertahanan, berbeza dengan sikap negara Amerika yang menggunakan kuasa tentera untuk berperang dan melindungi orang-orang berkepentingan disamping timbulnya masalah dari luar atau dalam negara. Asas konsep berdikari membawa maksud kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi sebarang ancaman yang mengganggu dan menggugat keselamatan dalam negeri. Ini termasuklah menangani ancaman dari dalam sepertimana ATM menghadapi ancaman pengganas komunis dan kegiatan puak pelampau seperti Kumpulan Al – Maunah. Dengan sokongan dari industri pertahanan tempatan dan bekalan logistik yang wujud, ATM yakin dapat menangani ancaman di peringkat rendah dan pertengahan menerusi tindak balas operasi darat, laut dan udara. Bagaimanapun, bagi konflik atau ancaman melebihi kedua–dua peringkat tersebut, negara memerlukan bantuan luar. Usaha diplomasi dan memohon komitmen Peraturan Pertahanan Lima Negara akan terpaksa dituntut.

11

3.4

Penggunaan Angkatan Tentera Malaysia

Di Malaysia, Gempur Wira merupakan slogan dan cogankata semangat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal. 3.4.1 Angkatan Tentera Darat Tentera Darat Malaysia telah ditubuhkan untuk menjaga keamanan serta keselamatan negara daripada ancaman musuh. TDM mempunyai beberapa pasukan

tempur

dan

bantuan

tempur

yang

diberikan

tugas

untuk

mempertahankan tanah air. TDM mempunyai 17 Rejimen dan Kor yang diaturkan menjadi pasukan-pasukan tempur dan pasukan-pasukan bantuan. Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam TDM adalah Rejimen Askar Melayu. Pada 1 Mac 1933, Pasukan Askar Melayu telah dibentuk dan terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Ketika Tanah Melayu diserang

Jepun pada tahun 1945 kedua-dua batalion ini

menunjukkan kebolehan menentang serangan tersebut. Setelah itu, Rejimen Askar Melayu telah diperkuatkan ketika menentang ancaman Komunis. Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. RAMD memngandungi 25 batalion yang mana dua batalian sebagai Batalian Para, dua batalian sebagai Battalion Mekanis, satu Batalian Istiadat dan selebihnya adalah Batalian Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia. Selain itu, Malaysia mempunyai Rejimen Askar wataniah merupakan Rejimen yang ditugaskan sebagai barisan kedua dalam mempertahankan kedudukan negara dari sebarang ancaman musuh negara. Rejimen ini dilatih sepenuhnya oleh angkatan

12

tentera malaysia yang bertugas sebagai anggota tetap. Segala bentuk latihan yang diberikan adalah berdasarkan pada latihan yang diberikan kepada anggota tetap. Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan

negara. HANRUH

antaranya menetapkan bantuan nasional

termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

3.4.2 Angkatan Tentera Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British. Dalam tahun 1940, dengan ancaman perang dengan Empayar Jepun kian di ambang, pasukan ini dibesarkan menjadi Tentera Udara Sukarelawan

(MVAF)

dan

menerbangkan

pesawat-pesawat

yang

kebanyakannya terdiri dari pesawat-pesawat awam seperti Tiger Moth, Leopard Moth dan Dragon Rapide.

13

Walaupun pasukan MVAF berjaya melarikan diri semasa kejatuhan Singapura dalam bulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa peperangan di Sumatra apabila berhadapan dengan pasukan udara yang jauh lebih besar dan moden. Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semula dalam tahun 1950 untuk membantu operasi-operasi ketenteraan semasa Darurat di Malaya. Unit inilah yang menjadi tunas kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya dalam tahun 1958. Pada tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat MiG29N untuk mengendalikan peranan penguasaan udara (air superiority). Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah pesawat McDonnell Douglas F-18D Hornet yang diterima dalam tahun 1997. Pesawat ini serupa dengan pesawat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat. TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini ditempatkan di pangkalan baru TUDM di Gong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yang dahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpangkalan di Butterworth dipindahkan ke Gong Kedak dan sedang dalam proses peralihan operasi ke pesawat Su-30MKM. TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.

14

Namun, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400M dari firma Airbus Military untuk melengkapkan dan menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion AEW&C, Pesawat Grumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawat Embraer EMB-145SA. 3.4.3 Angkatan Tentera Laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia ataupun lebih dikenali dan mudah dipanggil dengan singkatannya: TLDM – merupakan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang bertanggungjawab ke atas operasi dan pertahanan maritim negara. Dari aspek keanggotaan pula, TLDM merupakan tentera laut ke-3 terbesar di dalam gabungan ASEAN. Ketika ini TLDM hanya mempunyai keupayaan terhad peperangan konvensional dan berkekuatan sederhana sahaja berbanding anggota ASEAN yang lain. Bagaimanapun pemodenan berterusan memastikan TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi. Tentera Laut Diraja Malaya akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikkan bendera Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan TLDM memikul tanggung

jawab

untuk

mempertahankan

perairan

Persekutuan.

TLDM

memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMMS Malaya dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM, dan 7 buah kapal ronda.

15

BIBLIOGRAFI

1. Thomas R.Dye, 2008, Understanding Public Policy Twelfth Edition, Pearson Prentice Hall, United States. 2. Ahmad Atory Hussain, 1985, Politik dan Dasar Awam Malaysia, Utusan Publication & Distributors Sdn .Bhd. 3. Abdul Rahman Embong. 2007, Pembangunan Negara, Komuniti dan Insan Melampau 2020, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Kementerian Pertahanan Malaysia, 2008. Modul Pembinaan Karakter, Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia.

16

Related Documents

Dasar Awam 2
July 2020 13
Dasar Awam .docx
October 2019 23
Dasar Awam 1
June 2020 10
Dasar Awam A
May 2020 11
3000- Dasar Awam 2005
June 2020 17

More Documents from "estefania sofea zahara"

Nuclear Energy
October 2019 26
Skema-pp1-n9-2009
June 2020 26
Khairunnisa
July 2020 28
Rp_dobi_baru
June 2020 28