Pmr Novel

  • Uploaded by: k301193
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr Novel as PDF for free.

More details

  • Words: 2,104
  • Pages: 17
EASY NOTES

PMR

Page | 1

EASY NOTES

PMR

Page | 2

EASY NOTES

PMR

Table of contents TEMA...................................................................................................................3 PERSOALAN.......................................................................................................4 PLOT....................................................................................................................5 LATAR..................................................................................................................8 NILAI DAN PENGAJARAN.............................................................................11 WATAK DAN PERWATAKAN.........................................................................12

Page | 3

EASY NOTES

PMR

Tema A. Meniti Kaca Kecekalan seorang remaja dalam menghadapi liku-liku hidupnya. Huraian: Nazar terpaksa menempuh pelbagai dugaan hidup. Namun begitu, dia tidak pernah berputus asa dan terus tabah menghadapinya sehingga Berjaya memperolehi kejayaan dalam peperiksaan SRP.

B. Pahlawan Pasir Salak Keberanian dan semangat kepahlawanan penduduk Kampung Pasir Salak menentang penjajah. Huraian: Penduduk Kampung Pasir Salak sedia bekorban untuk mempertahankan tanah air mereka.

C. Panas Salju Kasih saying ibu bapa terhadap anak-anak. Huraian: Bushrah sanggup mendermakan hatinya bagi menyelamatkan nyawa anaknya, Nadhirah.

Page | 4

EASY NOTES

PMR

Persoalan A. Meniti Kaca 1. Kecekalan dalam hidup Huraian: Nazar tidak patah semangat dan tetap belajar dengan gigih walaupun menghadapi pelbagai dugaaan hidup. 2. Semangat kejiranan Huraian: Keluarga Ah Seong sering membantu keluarga Nazar. 3. Kesabaran dibalas dengan kejayaan Huraian: Nasib malang yang menimpa Nazar diterima dengan sabar. Akhirnya, dia telah berjaya dalam pelajarannya.

B. Pahlawan Pasir Salak 1. Keberanian menentang penjajah Huraian: Datuk Maharaja Lela berani menentang penjajah walaupun sedar risiko yang dihadapinya. 2. Kerjasama penduduk mempertahankan hak mereka Huraian: Penduduk Kampung Pasir Salak bekerjasama membina pondok kawalan bagi mengawasi pengerakan musuh. 3. Sedia bekorban demi tanah air Huraian: Seputum yang rela berkorban demi tanah airnya telah membunuh J.W.W. Birch.

C. Panas Salju 1. Pengorbanan ibu bapa Huraian: Bushrah sanggup mendermakan hatinya bagi menyelamatkan nyawa anaknya, Nadhirah. 2. Masyarakat yang prihatin Huraian: Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2) mengumpul derma bagi menolong keluarga Bushrah membiayai kos pembedahan Nadhirah. 3. Ketabahan remaja menghadapi penderitaan hidup Huraian:Nadhirah tabah dan cekal menghadapi dugaan hidupnya dan masih meneruskan pelajarannya.

Page | 5

EASY NOTES

PMR

Plot A. Meniti Kaca 1. Permulaan Nazar digambarkan masih berada dalam tingkatan dua. Dia kecewa kerana ibunya tidak ada di rumah dan bersama dengan kawan karibnya, Ah Seong untuk mencari ibunya, Mahyun. Nazar menemui ibunya sedang bergurindam di bawah pohon jejawi di permatang sawah. Keadaan Mahyun yang diserang penyakit nanar amat membimbangkan Nazar dan ayahnya, Pak Sahar. 2. Perkembangan Pak Sahar bercadang untuk menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Nazar bersetuju dengan cadangan ayahnya itu. Sewaktu ketiadaan Mahyun, Mak Miah dan Pak Sehak yang mengurus makan dan minum Nazar dan Pak Sahar. Kepulangan Mahyun daripada Tanjung Rambutan walaupun belum juga sembuh, tetapi disambut dengan gembira oleh Nazar. 3. Klimaks/Puncak Mahyun tiba-tiba hilang pada suatu petang. Nazar cuba mencari, namun gagal. Gerakan mencari Mahyun dilancarkan dengan bantuan penduduk kampung. Akhirnya Mahyun dijumpai mati tersepit di celah batang pokok kelapa yang tumbang di tepi sungai. Nazar berasa amat sedih dan begitu juga dengan Pak Sahar yang jatuh sakit dan sering batuk-batuk. Diskusi pelajaran diantara Zainab dengan Nazar menjadi buah mulut orang kampung. Nazar tidak mempedulikan perkara tersebut dan terus belajar demi mencapai cita-citanya. 4. Peleraian Nazar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SRP. Setelah seminggu belajar dalam Tingkatan Empat, Nazar ditawarkan memasuki Sekolah Berasrama Penuh di Ipoh, Perak. Setelah sebulan berada di Ipoh, ayah Nazar meninggal dunia. Nazar terus berazam untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi doctor.

Page | 6

EASY NOTES

PMR

B. Pahlawan Pasir Salak 1. Permulaan Pihak Inggeris memukul Pak Wan kerana enggan membayar cukai. Inggeris telah memungut cukai di Bandar Bharu dan akan datang ke Kampung Pasir Salak pula. 2. Perkembangan Pihak inggeris datang membina pondok mengutip cukai di Kampung Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela telah membakar pondok tersebut. Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan kepada pihak Inggeris. Akibatnya, Residen Birch sendiri datang untuk menemui Datuk Maharaja Lela. Satu petempuran telah berlaku diantara Mat Arshad dengan penduduk kampung dan akhirnya dia terbunuh. Seputum telah membunuh Birch. Pihak Inggeris telah menghantar pasukannya untuk menyerang Kampung Pasir Salak. 3. Klimaks/Puncak Pasukan Inggeris yang diketuai oleh Kapten Innes menyerang Kampung Pasir Salak. Dalam pertempuran itu, Kapten Innes dan tali barut Inggeris, Lamsah terbunuh. 4. Peleraian Penduduk Kampung Pasir Salak Berjaya mematahkan serangan Inggeris. Mereka gembira dan mengambil harta rampasan. Datuk Maharaja Lela mengingatkan anakanak buahnya supaya bersiap sedia untuk menghadapi serangan musuh.

Page | 7

EASY NOTES

PMR

C. Panas Salju 1. Permulaan Pengarang memperkenalkan watak-watak seperti Zulkifli , Bushrah, dan Nadhirah. Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan untuk balik ke kampung isterinya di Melaka. Mereka membantu sepasang suami isteri berbangsa Sikh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya. 2. Perkembangan Pembaca mula didedahkan kepada konflik yang dihadapi oleh Zulkifli yang selalu memikirkan jalan untuk mendapatkan wang bagi mengubati penyakit yang dihadapi oleh anaknya, Nadhirah. Selain itu, konflik menjadi semakin rumit kerana penyakit Nadhirah bertambah kronik sedangkan kos rawatan yang bernilai RM350 000 belum berjaya diperoleh oleh Zulkifli. Zulkifli mengambil keputusan untuk mendedahkan masalahnya di akhbar. 3. Klimaks/Puncak Masalah Zulkifli ditemukan penyelesaian apabila Tan Sri Shamsuddin sanggup menanggung semua kos perubatan Nadhirah di London. Bushrah memutuskan untuk mendermakan sebahagian hatinya bagi menyelamatkan anaknya Nadhirah. 4. Peleraian Pembedahan berjaya dijalankan dan Nadhirah dan Bushrah selamat pada bahagian ini. Pada bahagian ini juga digambarkan kehidupan Nadhirah yang sihat. Nadhirah telah menamatkan pengajiannya dan bekerja di Bank Islam. Dia berkhawin dengan seorang doctor bedah. Nazli pula melanjutkan pelajarannya di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar. Zulkifli telah menjadi pengelola ruangan sastera di sebuah akhbar di samping menyambung pengajiannya di peringkat Phd. Bushrah yang sering mengadu sakit meninggal dunia pada pagi hari Jumaat.

Page | 8

EASY NOTES

PMR

Latar A. Meniti Kaca 1. Latar masa • Sepanjang dua tahun- ketika Nazar berada di Tingkatan Dua hingga Tingkatan Empat. • Pertengahan bulan Oktober- Mahyun hilang dengan tiba-tiba suatu petang. Akhirnya, dia dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai. • Bulan Januari- Nazar berada di Tingkatan 3. 2. Latar tempat • Rumah Nazar- Mak Miah dan Pak Sehak menyuruh Pak Sahar berkhawin lagi kerana isterinya telah sakit jiwa. • Di tepi sungai- penduduk kampung telah menemukan mayat Mahyun tersepit di celah batang kelapa. • Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh- Nazar melanjutkan pelajaran di sekolah ini setelah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SRP. 3. Latar masyarakat • Masyarakat beragama Islam- bagi masyarakat kampung, pergaulan bebas antara Nazar dengan Zainab dipandang serong dan menyalahi peraturan hidup. • Masyarakat berbilang bangsa- Ah Seong dan ibunya, Kim Moi juga selalu membantu nazar mencari Mahyun. • Masyarakat prihatin- Mak Miah sebagai emak saudara Nazar selalu memasak untuk Nazar dan ayahnya ketika Mahyun berada di hospital.

Page | 9

EASY NOTES

PMR

B. Pahlawan Pasir Salak 1. Latar masa • Zaman penjajahan Inggeris- berlaku pada tahun 1875 semasa wujud sistem Residen di Tanah Melayu. • Waktu siang- pengawai Inggeris membina pondok di Kampung Pasir Salak. • Waktu malam- penduduk kampung bertugas/berkawal pada waktu malam dengan membawa jamung. 2. Latar tempat • Kampung Pasir Salak yang terletak di pangkalan sungai- Birch dibunuh oleh Seputum ketika rombongannya datang untuk menampal surat kenyataan kutipan cukai. • Rumah Datuk Maharaja Lela- beliau menyampaikan amanat kepada anakanak buahnya supaya berhati-hati selepas pembakaran pondok pungutan cukai. • Bandar Tua- Datuk Maharaja Lela membina kubu untuk menghadapi serangan musuh. 3. Latar masyarakat • Melayu- masyarakat Melayu yang hidup sederhana. Mereka bekerja mencari ikan,berkebun dan berniaga di warung. • Masyarakat bersemangat patriotik- penduduk kampung memnentang penjajah untuk mempertahankan serangan musuh. • Masyarakat penjajah- Inggeris memaksa penduduk kampung membayar cukai tanah dan cukai perniagaan.

Page | 10

EASY NOTES

PMR

C. Panas Salju 1. Latar masa • Pukul 4.00 pagi, Jumaat- Bushrah menghembuskan nafas terakhir dihadapan suami dan kedua-dua orang anaknya. 2. Latar tempat • Rumah Zulkifli- kenduri doa selamat diadakan untuk Nadhirah dan Bushrah. Bushrah menghembuskan nafas terakhirnya di sini. • Pejabat Utusan Melayu- Zulkifli bertemu dengan Mohamad Yusuf, wartawan Utusan Melayu untuk menyiarkan kisah penderitaan anaknya, Nadhirah. • Hospital King’s College- tempat Bushrah dan Nadhirah menjalani pembedahan yang dijalankan oleh Dr. Tan Kai Chah. 3. Latar masyarakat • Masyarakat prihatin- Tan Sri Shamsuddin, tokoh korporat yang kaya-raya dan prihatin terhadap kesusahan orang lain. Beliau membiayai segala perbelanjaan rawatan Nadhirah dan penginapan Zulkifli sekeluarga di London. • Masyarakat saling bekerjasama- masyarakat Felda Ulu Tebrau tolongmenolong untuk meraikan majlis perkhawinan adik Zulkifli, Narizah. Masyarakat di kawasan perumahan Bandar Baru Tun Razak turut membantu Bushrah mengadakan majlis kenduri doa selamat. • Masyarakat yang mementingkan ilmu- Nadhirah bersemangat tinggi untuk belajar walaiupun dia terpaksa menanggung penyakit kronik. Akhirnya dia Berjaya melanjutkan pelajarannya ke ITM.

Page | 11

EASY NOTES

PMR

Nilai dan Pengajaran A. Meniti Kaca 1. Nilai: Kasih sayang Pengajaran: Kita hendaklah sayang akan anggota keluarga kita • Ditunjukkan oleh Nazar dan Pak Sahar kepada Mahyun. Mereka tetap sayang dan mesra dengan Mahyun walaupun dia menghidapi penyakit nanar. 2. Nilai: Simpati Pengajaran: Kita haruslah membantu orang dalam kesusahan • Keluarga Mak Miah bersimpati terhadap keluarga Nazar dengan menyediakan makan minum mereka. Keluarga Ah Seong pula banyak menghulurkan bantuan kepada Nazar sekeluarga. 3. Nilai: Kecekalan Pengajaran: kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup tanpa berputus asa • Nazar sangat cekal dan gigih menempuh pelbagai dugaaan. Walaupun ibu dan ayahnya kurang sihat, dia masih mampu meneruskan pelajarannya dengan cemerlang. B. Pasir Salak 1. Nilai: Cinta akan negara Pengajaran: Kita harus cinta akan tanah air negara dan menentang musuh • Penduduk Kampung Pasir Salak berjuang untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh Inggeris. 2. Nilai: Keberanian Pengajaran: Kita hendaklah berani menentang kezaliman • Datuk Maharaja Lela berani menentang penjajah Inggeris. Dia tidak memebenarkan Inggeris membina pondok membayar cukai lalu membakar pondok tersebut. 3. Nilai: Hormat-menghormati Pengajaran: Kita harus menghormati orang tua • Deli mematuhi tunjuk ajar dan nasihat orang tua. Dia menghormati bapanya dan membantunya bekerja di warung. C. Panas Salju 1. Nilai: Tabah Pengajaran: Kita haruslah tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup • Nadhirah tabah menjalani kehidupannya sebagai pensakit rosak hati. Dia tetap bertenang dan berdoa supaya penyakitnya sembuh. 2. Nilai: Simpati Pengajaran: Kita hendaklah bersimpati kepada orang yang mengalami kesusahan

Page | 12

EASY NOTES

PMR



Tan Sri Shamsuddin sanggup membiayai segala kos rawatan Nadhirah kerana bersimpati terhadap penderitaan Nadhirah. 3. Nilai: Kasih sayang Pengajaran: Kita mestilah menyayangi anak-anak • Bushrah mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian hatinya kepada Nadhirah. Dia sanggup berkorban agar anaknya terus hidup dengan gembira.

Page | 13

EASY NOTES

PMR

Watak dan Perwatakan A. Meniti Kaca a) Watak utama: Nazar • Anak tunggal Pak Sahar dan Mahyun • Amat menyayangi ibu dan ayahnya • Tabah dan cekal- dia masih meneruskan pelajarannya walaupun dalam keadaan terdesak • Pelajar yang pintar- berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SRP • Disenangi oleh rakan-rakannya seperti Ah Seong • Berazam untuk menjadi seorang doktor b) Watak sampingan: Pak Sahar • Ayah Nazar dan suami Mahyun • Bertugas di Lumut sebagai pengawai luar • Amat menyayangi isterinya- telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati penyakit isterinya • Beliau menghidap penyakit jantung, lelah, dan sering batuk-batuk • Mengutamakan pelajaran Nazar- sering memberinya nasihat agar belajar bersungguh-sungguh • Meniggal dunia ketika Nazar berada di Tingkatan Empat

Page | 14

EASY NOTES

PMR

B. Pasir Salak a) Watak utama: Datuk Maharaja Lela • Penghulu Kampung Pasir Salak • Pandai dalam ilmu silat- mengajar anak-anak buahnya silat pada waktu malam • Pemimpin yang berwibawa- beliau menjadi tempat penduduk tempatan mengadu hal • Berani- beliau berani menentang penjajah walaupun tahu risiko yang dihadapinya • Bijak mengatur strategi- mengarahkan anak-anak buahnya membina pondok kawalan bagi mengawasi pengerakan musuh dari darat dan sungai. b) Watak sampingan: Deli • Anak Pak Itam • Belajar silat dengan Datuk Maharaja lela • Menyokong perjuangan Datuk Maharaja Lela dan membencikan penjajah • Menghormati orang tua- menolong bapanya di warung • Bersemangat patriotik memperthankan tanah air • Seorang yang disegani oleh orang lain- dia mempunyai ramai kawan seperti Lamin, dan Akub.

Page | 15

EASY NOTES

PMR

C. Panas Salju a) Watak utama: Zulkifli • Suami Bushrah serta bapa Nadhirah dan Nazli • Penyayang- demi kasih sayang terhadap anaknya, beliau hilang rasa malu untuk mendedahkan masalahn ya di akhbar untuk mendapatkan bantuan orang lain. • Bertugas sebagai pembantu perubatan kontrak di Hospital Kuala Lumpur. Akhirnya bertukar kerja sebagai pengelola ruangan sastera di sebuah akhbar. • Suka membantu orang dalam kesusahan- beliau membantu pasangan suami isteri Sikh yang terlibat dalam kemalangan. • Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup- tetap berusaha mengubati penyakit anaknya walaupun belum mendapat wang yang mencukupi bagi membiayai rawatannya di London. b) Watak sampingan: Bushrah • Isteri Zulkifli dan ibu kepada Nadhirah dan Nazli • Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2) • Penyayang- sanggup mendermakan hatinya untuk menyelamatkan anaknya Nadhirah yang menghidap penyakit rosak hati • Berpendirian tegas- tetap dengan keputusannya untuk mendermakan hatinya kepada Nadhirah walupun banyak pihak tidak bersetuju akan tindakannya itu. • Tabah dan cekal-sentiasa menjaga Nadhirah dengan baik dan berusaha mencari wang tanpa berputus asa. • Meninggal dunia lima tahun selepas mendermakan hatinya kepada Nadhirah.

Page | 16

EASY NOTES

PMR

Page | 17

Related Documents

Pmr Novel
May 2020 16
Novel
June 2020 48
Novel
May 2020 30
Novel
May 2020 27
Novel
May 2020 26

More Documents from ""

Pmr Novel
May 2020 16
148 Cooking Tips!!
May 2020 18
Analisis Panas Salju
June 2020 25
Analisis Meniti Kaca
June 2020 24