Soalan Ramalan Novel Pmr 2008

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan Ramalan Novel Pmr 2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 782
  • Pages: 3
Soalan Ramalan Novel PMR 2008 ( 2) Soalan : Plot memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji. [ 10 markah ]

Jawapan Novel Meniti Kaca Novel yang saya kaji ialah novel Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Eksposisi ialah permulaan cerita. Dalam bahagian ini, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Buktinya, pengarang memperkenalkan watak Nazar yang pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tiada di rumah ketika itu. Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang. Cerita berkembang dalam plot perkembangan apabila Pak Sahar mengambil tindakan menghantar Mahyun ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit Mahyun. Penyakit Mahyun tidak juga sembuh dan dia dibawa pulang ke rumah. Suatu hari, Mahyun didapati hilang dan akhirnya dia ditemui mati. Perumitan ialah konflik yang berlaku dalam sesebuah karya. Dalam novel ini, pelbagai masalah dihadapi oleh Nazar. Ketiadaan ibu dalam keadaan dia hampir menduduki peperiksaan PMR, dia mendengar desas-desus ayahnya akan berkahwin lagi. Sementara itu, hubungannya dengan Zainab telah disalah anggap oleh penduduk kampung sehingga dia dilarang oleh ayahnya belajar bersama-sama dengan Zainab. Ayahnya pula sering sakit dan penyakit ayahnya semakin teruk dari sehari ke sehari. Puncak ialah klimaks sesebuah cerita. Pada bahagian yang paling penting ini, Nazar yang sedang belajar di sekolah berasrama penuh telah dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi yang memberitahu bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, Pak Sahar meninggal dunia semasa Nazar dalam perjalanan ke hospital. Pada bahagian peleraian atau pengakhiran novel ini, jenazah Pak Sahar selamat dikebumikan. Nazar terus belajar di sekolah berasrama penuh dengan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Novel Pahlawan Pasir Salak Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini. Plot novel ini dijalin menurut kronologi. Pada bahagian pengenalan cerita atau eksposisi,

pengarang memperkenalkan watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja Lela. Mereka adalah watak-watak yang menetap di Pasir Salak, iaitu tempat yang menjadi fokus utama pengarang dalam novel ini. Pada bahagian perkembangan cerita, pengarang menceritakan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pasir Salak, yakni ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak. Dijelaskan juga mengenai peranan Deli, Akub, dan Lamin yang bersemangat tinggi dalam menentang Inggeris. Pada bahagian perumitan cerita atau konflik, pengarang menceritakan usaha-usaha Inggeris menguasai Pasir Salak. Mereka menghantar wakil menampal surat kenyataan mengutip cukai dan membina pondok mengutip cukai. Kedatangan Residen Birch bersamasama askar Sipahi juga merupakan konfliknya, tetapi dapat ditangani oleh penduduk Pasir Salak. Pada bahagian puncak atau klimaks cerita, Residen Birch telah mati dibunuh oleh Seputum dan Mat Arshad mati dibunuh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk menampal surat-surat kenyataan memungut cukai. Lantaran itu, Lamsah berjaya terjun ke dalam sungai lalu melarikan diri. Pada bahagian peleraian atau pengakhiran cerita, cerita disampaikan begitu antiklimaks. Buktinya, anggota Inggeris yang lengkap dengan meriam dan senjata api bersama-sama Lamsah yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan akhirnya telah berjaya ditewaskan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya. Novel Panas Salju Jawapan Novel yang saya kaji ialah novel Panas Salju, karya Talib Samat. Novel ini ditulis mengikut kronologi. Pada bahagian permulaan atau dikenali sebagai eksposisi, biasanya pengarang memperkenalkan watak. Permulaan cerita ini mengisahkan Zulkifli dan keluarganya pulang ke Kuala Linggi, Melaka untuk menghadiri kenduri arwah adik iparnya di rumah mertuanya. Selepas itu, mereka menuju ke selatan, Felda Ulu Tebrau, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli. Pada majlis tersebut, Zulkifli bertemu kawan lamanya, Muliyadi yang bertugas sebagai pensyarah ITM Shah Alam. Perkembangan cerita ialah bahagian pengarang memperkenalkan lebih banyak watak dan cerita dilanjutkan dengan pelbagai peristiwa. Pada bahagian ini, Zulkifli dan Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah yang masih jauh daripada mencukupi. Mereka kemudiannya meminta bantuan pihak media bagi memohon simpati masyarakat. Pada waktu inilah, mereka memanjatkan kesyukuran apabila Tan Sri Shamsuddin telah bermurah hati mendermakan RM350,000 untuk menjayakan pembedahan Nadhirah di

London. Pada bahagian perumitan atau konflik, Bushrah dikatakan mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah. Tindakannya mendapat sokongan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, Bushrah tetap dengan keputusannya. Sebelum mereka berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah mengadakan kenduri doa selamat untuk Nadhirah. Pada bahagian klimaks atau puncak cerita, Zulkifli, Bushrah dan Nadhirah telah sampai di London. Mereka menjalani pembedahan di Hospital King’s College. Pembedahan yang dijalankan selama 14 jam tersebut diketuai oleh pakar bedah dari Malaysia, Dr. Tan Kai Chah. Akhirnya pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan. Kejutan peristiwa pada bahagian ini ialah kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani pembedahan. Pada bahagian peleraian atau akhir cerita, pengarang lebih tertumpu pada kehidupan Zulkifli sekeluarga selepas kematian Bushrah. Nadhirah telah lulus Diploma perakaunan dan bekerja di Bank Islam, Kuala Lumpur. Kemudiannya dia berkahwin dengan seorang pakar bedah. Zukifli pula melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD manakala Nazli meneruskan pelajarannya di Kuala Kangsar.

Related Documents