Pmr Bm N9 08

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr Bm N9 08 as PDF for free.

More details

  • Words: 653
  • Pages: 2
PMR N9 08 Bahagian A(i) : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang punca peningkatan jenayah dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Belakangan ini, kejadian jenayah dalam kalangan remaja semakin meruncing. Perbuatan salah laku remaja sering kali dilaporkan di dada-dada akhbar. Fenomena kehidupan yang berlarutan sehingga kini telah memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik generasi masa kini. Banyak sebab yang mempengaruhi remaja melakukan jenayah. Paling nyata ialah kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa hari ini terlalu rakus mengejar kebendaan sehinggakan anak-anak ketandusan perhatian dan kasih sayang. Pada fikiran mereka menjaga anak hanya cukup sekadar memenuhi keperluan hidup seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal yang selesa. Pemikiran singkat inilah yang menyebabkan anak-anak gagal menghayati asas agama dengan kukuh lalu mudah mendorong mereka bergaul dengan rakan sebaya yang kemudiannya mempengaruhi mereka melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri, ketagihan dadah dan sebagainya. Kesannya, banyak remaja mengalami rosak akhlak, tercicir dalam pelajaran dan sekali gus menjejaskan masa hadapan mereka. Selain itu, pengaruh media elektronik turut menjadi faktor penarik remaja terjebak dalam kancah jenayah. Hal ini berlaku kerana penyelewengan penyaluran maklumat melalui media massa, khususnya ‘rancangan ganas’ yang telah mendorong remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batas kemanusiaan. Umum mengetahui bahawa golongan remaja mempunyai rasa ingin mencuba yang sangat tinggi. Tambahan lagi, lambakan program berunsur negatif menyebabkan remaja mudah meniru apa-apa sahaja yang disajikan di kaca televisyen. Pengaruh rakan sebaya dan hasil pemilihan rakan yang silap turut memudahkan lagi remaja terjebak sama dalam kancah gejala sosial. Natijahnya, telah menimbulkan perasaan takut dalam kalangan masyarakat ekoran daripada sikap ganas para remaja ini. Keharmonian rumah tangga juga amat penting dalam membentuk generasi yang cemerlang dan terbilang. Sebaliknya, kepincangan institusi keluarga akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi dan tingkah laku remaja yang pada akhirnya menyumbang ke arah jati diri yang lemah. Kesannya, sudah tentu akan menggagalkan usaha untuk melahirkan modal insan yang diinginkan negara. Akhirnya, negara akan kehilangan bakal pemimpin masa hadapan. Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab orang dewasa memastikan remaja kita mempunyai arah tujuan. Sekiranya kita tidak berusaha membetulkan pemikiran dan sikap remaja, selamanya mereka akan berada dalam kesilapan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Jenayah dalam Kalangan Remaja”, Dewan Siswa, Ogos 2006) SULIT 02/2©2008 Hak Cipta PPD Tampin [Lihat sebelah SULIT

3

Bahagian A(ii): Pemahaman

[10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Berikan maksud rangkai kata rakus mengejar kebendaan. [2 markah] 2 Apakah kesan-kesan perlakuan jenayah dalam kalangan remaja? [4 markah] 3 Pada fikiran anda, apakah usaha-usaha untuk mengatasi jenayah dalam kalangan remaja? [4 markah] SULIT 02/2©2008 Hak Cipta PPD Tampin [Lihat sebelah SULIT

4

Bahagian B [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengisi masa lapang dengan berfaedah. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. AKTIVITI MASA LAPANG

Bahagian C [40 markah] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. 1 Anda telah berkunjung ke sebuah pasar raya yang mengadakan jualan murah. Gambarkan suasana di pasar raya tersebut. 2 Masalah kanak-kanak hilang daripada jagaan ibu bapa mereka sering dipaparkan di media massa sejak akhir-akhir ini. Berikan pendapat anda cara untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku. 3 Baru-baru ini para pelajar di sekolah anda telah mengalami keracunan makanan. Sebagai pengawas yang bertugas di kantin pada hari itu, anda dikehendaki menyediakan satu laporan. Tulis laporan tersebut selengkapnya. 4 Anda akan menyertai satu pertandingan syarahan anjuran Persatuan Bahasa Melayu. Tajuk syarahan anda ialah “Kepentingan Industri Pertanian di Malaysia”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. 5 “Aku nekad untuk berhenti kerja kilang untuk mengubah nasibku. Aku yakin dan percaya bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” tegas Azman kepada rakan sekerjanya, Zain. Tulis cerita yang bermula dengan perenggan di atas.

Related Documents

Pmr Bm N9 08
June 2020 2
Bm 2 Pmr N9
October 2019 4
Bm Ans(n9)
October 2019 18
Pmr 2008 Bm K2
December 2019 32
Kata Majmuk Bm Pmr
June 2020 2