Pmr Trial 2009 Bm Q&a (n9)

  • Uploaded by: SimPor
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr Trial 2009 Bm Q&a (n9) as PDF for free.

More details

  • Words: 5,523
  • Pages: 33
papercollection

02/1 SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 OGOS 2009 (1 jam)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN PENILAIAN TINGKATAN TIGA NEGERI SEMBILAN 2009

Bahasa Melayu Kertas 1 Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: 1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.

Jawab semua soalan.

3.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak

[Lihat sebelah SULIT 02/1 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan

papercollection

2

SULIT

02/1

Soalan 1 – 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1

2

Masalah ___________sungai merupakan punca berlakunya banjir kilat. A

kerosakan

B

keracunan

C

pencemaran

D

pemusnahan

Durian yang _________dipungut oleh ayah dan dimasukkan ke dalam bakul. A

jatuh

B

gugur

C

runtuh

D

tumbang

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3

“____________pergilah berehat di sana dahulu sebelum kita meneruskan perjalanan kita,” kata Cikgu Afifi kepada murid-muridnya. A

Anda

B

Kalian

C

Engkau

D

Saudara

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

3

SULIT

02/1

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4

5

6

Kebanyakan penagih _________ amat sukar dipulihkan daripada penagihan dadah. A

tegar

B

tegas

C

terang

D

tegang

Pegawai pertanian itu telah_________ pelbagai pertanyaan daripada orang ramai tentang kaedah penanaman fertigasi. A

dihujani

B

dicurahi

C

dilontari

D

dilempari

_________ agama yang kuat dapat menghindarkan seseorang daripada melakukan sesuatu yang buruk. A

Anutan

B

Amalan

C

Kekuatan

D

Pegangan

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

4

SULIT 7

02/1

Para pengguna jalan raya di Kuala Lumpur sering _________ dalam kesesakan jalan raya terutamanya ketika hujan turun dengan lebatnya. A

tergendala

B

terperosok

C

tersangkut

D

terperangkap

Soalan 8 - 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8

Kemajuan industri pelancongan memerlukan tenaga profesional dan buruh yang A banyak samada yang terlibat dengan kerja pembinaan mahupun pengurusan. B C Tiada kesalahan. D

9

Golongan cerdik pandai kini telah mula mempersoalkan kemerosotan pencapaian A B mata pelajaran Bahasa Inggeris pelajar dalam peperiksaan di sekolah. C Tiada kesalahan. D

10

Kerja-kerja mendalami Sungai Kelang telah dijalankan supaya dapat membantu A B mengatasi masalah banjir kilat. Tiada kesalahan. C D

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

5

SULIT 11

02/1

Melalui sikap bekerjasama tidak sahaja semangat setia kawan dapat dipupuk A B C tetapi pelbagai masalah lain dapat diselesaikan. Tiada kesalahan. D

12

Para peserta yang akan menyertai perkhemahan kokurikulum dikehendaki A berkumpul diperkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Tiada kesalahan. B C D

13

Jurulatih pasukan bola baling itu kepala angin apabila dua orang pemainnya tidak A B hadir dalam latihan pada hari itu. Tiada kesalahan. C D

14

Semua pihak harus memberikan sokongan untuk memelihara keutuhan bahasa A B Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang. Tiada kesalahan. C D

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

6

SULIT

02/1

Soalan 15 – 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15

16

17

I

Cikgu Siti tidak dapat membaca tulisan Amin yang kabur.

II

Penglihatan kita semakin kabur apabila usia meningkat tua.

III

Air sungai itu menjadi kabur setelah dicemari banjir lumpur.

IV

Hatinya kabur kerana terlalu banyak menghisap rokok.

A

I dan II sahaja

B

III dan IV sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

I

Berpuluh-puluh daun berguguran pada musim kemarau.

II

Sudah berpuluh-puluh tahun dia sekeluarga tinggal di kawasan setinggan itu.

III

Berpuluh-puluh kali ibu berpesan kepada Saiful supaya pandai-pandai menjaga diri di perantauan.

IV

Berpuluh-puluh juta ringgit telah dibelanjakan untuk melaksanakan program pembangunan modal insan.

A

I dan II sahaja

B

III dan IV sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

I

Adik melayangkan kapal terbang mainannya ke udara.

II

Kakak melayangkan pandangannya kepada anak kecil itu.

III

Abang melayangkan sepucuk surat kepada kawan karibnya.

IV

Juruhebah radio sedang melayangkan lagu-lagu asli melalui rancangan Senandung Malam.

A

I dan II sahaja

B

III dan IV sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

7

SULIT

02/1

Soalan 18 – 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

mungkin mengandungi

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18

19

20

21

Dari masa ke semasa, pihak polis sentiasa menjalankan rondaan di kawasan perumahan untuk mencegah sebarang kegiatan tidak sihat. A

Daripada semasa ke semasa

B

Daripada masa ke masa

C

Dari masa ke masa

D

Dari masa ke semasa

Dua puluh lima penumpang maut dalam nahas bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan semalam. A

Dua puluh lima

B

Dua puluh lima para penumpang

C

Dua puluh lima para penumpang

D

Dua puluh lima penumpang

Pandangan di sekitar Bandaraya Ipoh sangat indah lagi menarik. A

Pemandangan di sekitar bandar raya Ipoh

B

Pemandangan di sekitar Bandaraya Ipoh

C

Pandangan di sekitar bandar raya Ipoh

D

Pandangan di sekitar Bandaraya Ipoh

Pada tahun ini, Kejohanan Boling Peringkat Kebangsaan 2009 bukan diadakan di Kuala Lumpur tetapi Seremban. A

bukan diadakan di Kuala Lumpur tetapi di Seremban.

B

tidak diadakan di Kuala Lumpur tetapi di Seremban.

C

tidak diadakan di Kuala Lumpur tetapi Seremban.

D

bukan diadakan di Kuala Lumpur tetapi Seremban.

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

8

SULIT

02/1

Soalan 22 – 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22

23

Pendidikan agama amat penting dalam pembentukan peribadi seseorang bagi mengelakkan diri daripada budaya yang kurang sihat. A

Pembentukan peribadi diri bergantung kepada pendidikan agama bagi mengelakkan budaya yang kurang sihat.

B

Bagi mengelakkan diri daripada budaya yang kurang sihat pendidikan agama amat penting daripada terpengaruh budaya yang tidak baik.

C

Budaya yang kurang sihat perlu diambil perhatian agar pembentukan peribadi diri dapat mengelakkan budaya yang kurang sihat.

D

Dalam membentuk peribadi seseorang pendidikan agama amat penting bagi menghindari diri daripada pengaruh yang tidak baik.

“Sila baca arahan soalan dengan teliti sebelum kamu menjawab soalan tersebut,” kata Encik Fakrul kepada pelajarnya. A

Encik Fakrul menyuruh pelajarnya menjawab soalan dengan teliti sebelum membaca arahan soalan tersebut.

B

Arahan soalan mesti dibaca terlebih dahulu oleh para pelajar sebelum menjawab soalan tersebut, kata Encik Fakrul.

C

Encik Fakrul mengingatkan para pelajarnya supaya membaca arahan soalan dengan teliti sebelum menjawab soalan tersebut.

D

Para pelajar perlu membaca arahan soalan sebelum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan teliti.

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

SULIT 24

9

02/1

Program Latihan Khidmat Negara wajar disokong oleh semua pihak demi pembinaan sahsiah insan yang cemerlang. A

Untuk pembinaan sahsiah manusia yang cemerlang semua pihak harus menyokong Program Latihan Khidmat Negara.

B

Program Latihan Khidmat Negara telah disokong oleh insan yang cemerlang dari pelbagai pihak bagi pembinaan sahsiah cemerlang.

C

Semua pihak harus menyokong pembinaan sahsiah insan cemerlang yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dalam Program Latihan Khidmat Negara.

D

Pembinaan insan yang cemerlang telah dapat melahirkan warganegara yang cemerlang melalui Program Latihan Khidmat Negara.

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

10

SULIT

02/1

Soalan 25 - 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25

I

Rakyat Malaysia telah menyuarakan bantahan di atas kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

II

Semalam-malaman saya tidak dapat melelapkan mata kerana teringatkan peristiwa tersebut.

III

Sukan mampu mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi.

IV

Pengunjung yang ke 1000 pasar raya tersebut telah mendapat hadiah yang lumayan.

A

I sahaja

B

II dan III sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

26 I

Sektor pertanian di negara kita boleh berkembang maju jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.

II

Kehadiran pelancung asing di negara kita telah menyemarakkan ekonomi negara.

III

Pasukan bolasepak negara kita telah tewas dalam pertandingan tersebut.

IV

Kita mestilah melipat gandakan usaha jika ingin mencapai kejayaan cemerlang.

A

I sahaja

B

II dan IV sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

11

SULIT 27

02/1

I

Banjir telah menenggelami kawasan yang rendah di bandar itu.

II

Baju yang dipakai ibu adalah baju yang tercantik sekali yang dimilikinya.

III

Seni mempertahankan diri merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat baik.

IV

Pihak jawatankuasa pertandingan itu telah menghadkan penyertaan kepada lima belas orang peserta sahaja.

A

I sahaja

B

II dan IV sahaja

C

I, II dan III sahaja

D

II, III dan IV sahaja

Soalan 28 – 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataanpernyataan yang berikut. 28 Ibu

: Ingat ya nak, apabila di perantauan pandai-pandailah membawa diri. Ikutlah resam tempatan dan jangan sesekali melanggar adat kehidupan setempat. Anak : Baiklah ibu. Pesan ibu akan saya sentiasa ingati dan amalkan kelak.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan maksud dialog di atas ialah A

biar mati anak, jangan mati adat.

B

bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya.

C

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

D

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

12

SULIT

02/1

Soalan 29 berdasarkan gambar di bawah.

29

30

Ungkapan peribahasa ‘Ilmu pelita hati’ bermaksud A

masa itu amat berharga.

B

ilmu pengetahuan sebagai penawar penyakit hati.

C

ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang.

D

tabiat suka membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sikap mementingkan diri ialah A

cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

B

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

C

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

D

enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

13

SULIT

02/1

Soalan 31-35 Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pilih jawapan yang paling sesuai. Alkisah adalah sebuah sungai; maka di tepi sungai itu adalah sepohon kayu kedempung. Maka di atas pohon itu adalah seekor kera diam. Maka pada tiap-tiap hari dijatuhkannya buah kedempung itu ke dalam sungai; maka dimakanlah oleh buaya yang dalam sungai itu. Maka demikianlah kehidupan kedua mereka itu pada tiap-tiap hari. Hatta, pada suatu hari naiklah buaya itu ke darat berjemur; maka pada ketika itu berkatalah buaya kepada kera yang di atas pohon itu, “Hai sahabatku! Bahawa sesungguhnya adalah kehidupanku ini daripada kasihanmu; maka aku diam di bawah pohon ini, sebab memakan buah-buah yang kaujatuhkan dari atas pohon ini. Maka aku berjanji sekali-kali tiadalah aku bergerak daripada tempat ini.” Maka apabila didengar oleh kera itu akan perkataan buaya demikian, maka sukacitalah ia, sambil berkata, “Hai sahabatku! Jikalau demikian perkataanmu itu, terlebih banyaklah buah-buah akan kujatuhkan kepadamu, supaya boleh kita bersahabat dengan setiawan selama-lamanya dengan selamatnya. Kalakian, maka tinggallah kedua binatang itu dengan berteguh-teguhan setia; seorang membahagikan rezekinya kepada seorang dengan berkasih-kasihan beberapa lamanya. Sebermula, maka adalah isteri buaya itu tinggal di kuala sungai itu. Maka beberapa lamanya dinantikannya suaminya itu, tiada juga pulang; lalu disuruhnyalah seekor buaya pergi memanggil suaminya itu, katanya, “Engkau katakan kepada suamiku bahawa aku terlalu sakit payah, hendak bertemu dengan dia.” Maka buaya yang disuruh itu pun datanglah bertemu dengan suaminya itu. Maka katanya, “Adapun isteri tuan hamba itu terlalu sakit payah; hasratnya hendak bertemu dengan tuan hamba. Maka sebab itulah ia menyuruhkan hamba datang memanggil tuan hamba ini. Maka sekarang pun hendaklah segera tuan hamba datang bersama-sama dengan hamba ini.” Maka sahut buaya itu, “Adapun aku ini adalah bersahabat dengan seekor kera, serta sudahlah aku berteguh-teguhan janji; maka sekarang pun jikalau ia memberi izin kepada hamba, bolehlah hamba pergi.” (Dipetik daripada ‘Cerita Kera dengan Buaya’, Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Tingkatan 2,Dewan Bahasa dan Pustaka)

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

14

SULIT 31

32

33

34

35

02/1

Mengapakah kera menjatuhkan buah kedempung ke dalam sungai? A

Untuk dimakan oleh buaya.

B

Memujuk buaya supaya berjemur di darat.

C

Untuk mengekalkan hubungan persahabatan dengan buaya.

D

Rasa belas kasihan terhadap kehidupan sungai yang suka akan buah itu.

Mengapakah kera berasa sukacita pada hari itu? A

Dapat berbakti kepada buaya.

B

Dapat sahabat baru yang setia.

C

Buaya gemar makan buah kedempung.

D

Buaya berjanji akan terus tinggal bersama-samanya di situ.

Berikut merupakan nilai murni yang tidak terdapat dalam petikan di atas. A

Setia kawan

B

Belas kasihan

C

Rajin berusaha

D

Tolong-menolong

Persahabatan antara kera dan buaya akhirnya terputus kerana A

isteri buaya sakit tenat.

B

buaya mengambil kesempatan atas kesetiaan kera.

C

kedua-duanya balik ke pangkuan keluarga masing-masing.

D

kera tidak menjatuhkan lagi buah kedempung lagi untuk makanan buaya.

Kesudahan cerita “Kera dengan Buaya” ialah A

mereka berpisah kerana buaya tidak setia.

B

buaya minta maaf atas kesalahan menipu kera.

C

buaya akhirnya mati di bawah pohon kedempung.

D

mereka berperang sehingga melibatkan kaum kerabat masing-masing.

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

15

SULIT

02/1

Soalan 36-40 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.

RUMAH BARU Haron A.H. Telah kita siapkan rumah baru untuk anak-anak berteduh kerana kita diamanah mendewasakan mereka menjadi warga bijaksana menjelang tahun wawasan.

Telah kita siapkan rumah baru di atas tiang muafakat air, pasir dan simen dari tangan pelbagai bangsa negara yang tumbuh atas bumi toleransi.

Telah kita siapkan rumah baru berwajah kebangsaan agar penghuni saling ramah rajin memberi dan menerima juadah kesejahteraan sampai akhir zaman.

(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

16

SULIT 36

37

38

39

02/1

‘Rumah Baru’ dalam sajak di atas melambangkan A

sebuah rumah yang teguh.

B

sebuah negara yang mantap.

C

sebuah mahligai yang cantik.

D

sebuah masyarakat yang harmoni.

Apakah harapan penyajak dalam rangkap yang ketiga? A

Rakyat dapat hidup sampai ke akhir zaman.

B

Rakyat rajin menyediakan juadah yang enak.

C

Rakyat dapat menyiapkan sebuah rumah baru yang cantik.

D

Rakyat dapat mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bertolak ansur.

Nilai murni yang tidak terdapat dalam rangkap kedua ialah A

berani.

B

bekerjasama.

C

bersatu padu.

D

bertolak ansur.

Berikut ialah frasa gaya bahasa yang bukan berunsur metafora. A Bumi toleransi B Tiang muafakat C Warga bijaksana D Juadah kesejahteraan

40

Apakah tanggungjawab utama rakyat terhadap negara dalam sajak di atas? A

Menuntut ilmu supaya menjadi warga bijaksana

B

Membina jati diri anak-anak supaya bertoleransi

C

Saling bekerjasama untuk membina negara yang mantap

D

Menyiapkan tiang, air, pasir dan simen untuk bina negara

KERTAS SOALAN TAMAT

02/1 ©

2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[Lihat sebelah SULIT

papercollection

02/2 SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 OGOS 2009 (2 jam)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN PENILAIAN TINGKATAN TIGA NEGERI SEMBILAN 2009

Bahasa Melayu Kertas 2 Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: 1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

2.

Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki untuk menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Masa yang dicadangkan ialah 40 minit.

3.

Bahagian B mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ialah 25 minit.

4.

Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda dikehendaki supaya menjawab satu soalan sahaja. Masa yang dicadangkan ialah 45 minit.

5.

Bahagian D mesti dijawab. Masa yang dicadangkan ialah 10 minit.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat sebelah SULIT 02/2 @ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan

papercollection

SULIT

02/2

2 Bahagian A(i) : Ringkasan [20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara yang digunakan oleh penjual jualan langsung untuk mendapatkan pelanggan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Jualan langsung bermaksud pemasaran barangan pengguna secara terus kepada pengguna. Biasanya jual beli berlaku di pelbagai lokasi, misalnya di rumah pengguna, di tempat kerja atau di tempat lain. Lazimnya strategi pemasaran dibuat menerusi penjelasan atau tunjuk cara barangan. Ada juga pengguna yang dipujuk beberapa kali untuk membeli barangan mereka. Pengguna menjadi serba salah dan akhirnya terpaksa membeli produk tersebut. Sering juga berlaku loceng pintu dibunyikan bertalu-talu, pagar rumah digoncang dan pintu rumah diketuk oleh para penjual jualan langsung untuk menarik perhatian penghuni rumah. Si penjual akan berusaha untuk masuk ke dalam rumah setelah penguninya membuka pintu. Sering kali pengguna berasa kesal kerana terpedaya dengan tipu helah si penjual. Selain itu, taktik menghubungi pengguna menerusi telefon untuk mengucapkan tahniah kerana memenangi hadiah yang tidak diketahui puncanya digunakan oleh penjual jualan langsung. Banyak juga penjual yang memasukkan pelbagai risalah ke dalam peti surat rumah. Ketika ini kita sering juga mendengar penjual menggunakan taktik gores dan menang yang lazimnya akan menjerat pengguna. Untuk menerima hadiah, pengguna akan dipaksa supaya membuat pembelian dan kebiasaannya barangan elektrik yang murah dijadikan umpan.Taktik yang digunakan ini sudah menjadi lumrah di Malaysia. Di sebalik senario ini, jualan langsung nampaknya semakin berleluasa apabila pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi sama ada diekploitasi atau diperdaya. Namun, ada juga jualan langsung yang lebih profesional dan sistematik. Mereka mengumpulkan bakal pembeli dan menjalankan promosi di hotel. Kesan penggunaan teknologi maklumat kini pula, ada jualan langsung yang menggunakan kemudahan internet dalam membuat promosi dan urusan jual beli. Dari segi undang-undang, perniagaan mengikut kaedah ini dibenarkan, tetapi mestilah berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat sedemikian jelas menyalahi undang-undang negara. Hakikatnya, sesetengah penjual dari rumah ke rumah mempunyai kecenderungan menjadikan sesetengah kumpulan pengguna sebagai sasaran, seperti golongan berpendapatan rendah, warga tua, orang yang tidak boleh bertutur bahasa Inggeris dan pengguna di kampung. Golongan ini lebih mudah terpengaruh oleh sesetengah strategi pemasaran dan kurang berupaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Pengguna Wajar Dididik Elak Diperdaya Taktik Jualan Langsung,” oleh Lukman Moidin, Berita Harian 28 Julai 2006)

02/2 ©

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

SULIT

papercollection

SULIT

3

02/2

Bahagian A(ii) - Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1.

Apakah maksud rangkai kata dijadikan umpan dalam petikan?

2.

Berdasarkan petikan, nyatakan pihak yang mudah menjadi sasaran penjual secara jualan langsung. [4 markah]

3.

Sekiranya anda didatangi oleh penjual jualan langsung, apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil agar tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat mereka? [4 markah]

02/2 ©

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

[2 markah]

SULIT

papercollection

SULIT

4

02/2

Bahagian B [20 markah] Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA AKTIVITI SUKAN

AKTIVITI RUMAH TERBUKA

02/2 ©

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

AKTIVITI GOTONG-ROYONG

KAHWIN CAMPUR

SULIT

papercollection

SULIT

02/2

5 Bahagian C [40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1.

Pihak media massa sering memaparkan masalah disiplin pelajar yang semakin berleluasa. Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya masalah tersebut.

2.

Kegiatan kokurikulum mampu membina jati diri seseorang. Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat murid-murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

3.

Sekolah anda telah mengadakan Kem Motivasi untuk murid Tingkatan 3. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan kecemerlangan. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai Kem Motivasi tersebut.

4.

Persatuan atau kelab sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke suatu tempat untuk menambah pengetahuan. Selaku setiausaha, sediakan laporan lawatan tersebut selengkapnya.

5.

Nilai kesepakatan dan kerjasama merupakan elemen penting dalam mewujudkan suatu bangsa yang berjaya dan harmoni, seperti ungkapan peribahasa ‘Muafakat membawa berkat’. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut.

02/2 ©

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

SULIT

papercollection

SULIT

6

02/2

Bahagian D

[ 10 markah ]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 3.

(i)

Panas Salju karya Talib Samad

Latar masyarakat dalam sesebuah novel digambarkan melalui watak-watak dan peristiwa yang dipaparkan oleh pengarang.

Berdasarkan pernyataan di atas, kemukakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji beserta dengan contoh-contohnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

02/2 ©

Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

SULIT

SULIT

papercollection



 

SKEMA JAWAPAN Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2

@ 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

SULIT

  JAWAPAN       Bahasa Melayu Kertas 1  2 

 

1

C

21. B

2

B

22. D

3

B

23. C

4

A

24. A

5

A

25. B

6

D

26. A

7

D

27. A

8

B

28. C

9

D

29. C

10. A

30. D

11. B

31. A

12. B

32. D

13. B

33. C

14. D

34. B

15. A

35. C

16. D

36. B

17. C

37. D

18. C

38. A

19. C

39. C

20. B

40. C

papercollection

papercollection

3   

Peraturan Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 Bahagian A(i) : 20 markah

  

Panduan o Penandaan bahasa adalah mengikut cara penandaan karangan o Bahasa dinilai secara tanggapan / impression o Pemeringkatan markah berdasarkan panduan di bawah:

Markah Bahasa (10 markah) Markah

9 – 10 Cemerlang

6 – 8 Baik

3– 5 Memuaskan

Bahasa - baik dan lancar Ayat - gramatis Diksi tepat Penanda wacana sesuai Ejaan tanda baca betul Mampu menggunakan ayat sendiri

Bahasa - baik dan lancar Ayat masih gramatis Diksi - agak terhad Penanda wacana – masih sesuai Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

Bahasa - kurang lancar Ayat/ - terdapat ejaan / kesalahan yang tanda ketara baca Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih

1 – 2 Minimum

Penguasaan

Huraian Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah -Menyalin terus daripada petikan

Markah Isi (10 markah) Bilangan Isi Markah

5 9 - 10

4 7-8

3 5-6

2 3-4

1 1-2

Garis Panduan Pemeriksa 1 2 3 4 5 6 7 8

Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir. Jika calon menulis dalam bentuk perenggan, periksa seperti biasa. Walaupun isi kurang, bahasa dinilai seperti biasa (markah bahasa boleh melebihi markah isi). Jika calon menulis dalam bentuk catatan(poin), berikan markah penuh untuk isi, tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 6. Jika semua isi disalin secara terpilih daripada petikan tanpa membuat apa-apa pindaan, markah isi seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 5 Jika calon menyalin secara isi secara terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan (poin), markah isi adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 Jika calon menyalin petikan bulat-bulat, markah isi hendaklah ditolak 50% dan markah maksimum untuk bahasa ialah 2 sahaja. Penandaan adalah mengikut cara memeriksa karangan Bahagian C tetapi tiada potongan markah bagi kesalahan ejaan.

papercollection

4   

Cadangan isi Soalan Bahagian A(i) – Ringkasan 1. Strategi pemasaran dibuat menerusi penjelasan atau tunjuk cara barangan. 2. Pengguna yang dipujuk beberapa kali untuk membeli barangan mereka. 3. Loceng pintu dibunyikan bertalu-talu, pagar rumah digoncang dan pintu rumah diketuk untuk menarik perhatian penghuni rumah. 4. Penjual yang memasukkan pelbagai risalah ke dalam peti surat rumah. 5. Penjual menggunakan taktik gores dan menang yang lazimnya akan menjerat pengguna. 6. Pengguna diekploitasi atau diperdaya. 7. Mereka mengumpulkan bakal pembeli dan menjalankan promosi di hotel. 8. Ada jualan langsung yang menggunakan kemudahan internet dalam membuat promosi dan urusan jual beli. Bahagian A (ii) : Soalan Pemahaman Soalan 1: (2 markah) Maksud frasa di atas ialah. … dibuat daya penarik / habuan / pemikat    

Beri 2 markah jika maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. Beri 1 markah jika maksud tepat tetapi ayat tidak lengkap. Beri 1 markah jika maksud kurang tepat mengikut konteks. Beri 1 markah jika hanya memberikan sebahagian maksud rangkai kata.

Soalan 2: (4 markah) - warga tua -golongan berpendapatan rendah - orang yang tidak boleh berbahasa Inggeris -orang kampung [Pilih mana-mana tiga isi – maksimum 4 markah]    

Beri 4 markah jika isi cukup dan ayat gramatis Beri 3 markah jika isi cukup tetapi ayat kurang gramatis Beri 2 markah jika tidak cukup tetapi ayat gramatis Beri 1 markah jika isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis

papercollection



Soalan 3: (4 markah)   • Pastikan penjual mempunyai kad pengenalan syarikat yang berdaftar. • Jangan benarkan peniaga yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah. • Pastikan barang yang hendaklah dijual bermutu tinggi dan mengikut piawaian kerajaan Malaysia. • Lapor kepada pihak berkuasa jika terdapat unsur penipuan ketika urusan penjualan dilakukan.

[Pilih mana-mana 3 isi – maksimum 4 markah] (Pilih mana-mana tiga jawapan: Terima isi-isi lain yang sesuai) • • • • •

Beri 4 markah jika isi sesuai dan ayat gramatis Beri 3 markah jika isi sesuai tetapi ayat kurang gramatis Beri 2 markah jika tidak sesuai tetapi ayat gramatis Beri 1 markah jika isi kurang sesuai dan ayat kurang gramatis Beri 0 markah jika isi tidak sesuai dan ayat tidak gramatis

papercollection

6   

Bahagian B: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (20 markah)

Peringkat Pencapaian 

Cemerlang A ‐16‐20 A1 – 18 – 20 A2 – 16 – 17

Baik B – 11 -15 B1 – 13 –15 B2 – 11 –12

Memuaskan C – 06 ‐10 C1- 08 – 10 C2- 06 – 07

Penguasaan Minimum  01 ‐05 

Kriteria 

-Penggunaan kata dan ayat gramatis. -Penggunaan kosa kata luas dan tepat. -Penggunaan ejaan dan tanda baca betul. -Terdapat kesalahan yang kecil dalam penggunaan kata. -Idea tepat berdasarkan tugasan. -Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang. -Pengolahan menarik dan berkesan.

-Penggunaan ayat masih gramatis -Penggunaan kosa kata masih luas dan tepat. -Kesalahan minimum dalam penggunaan kata, frasa dan ayat. -Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang kecil -Idea relaven berdasarkan tugasan. -Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan. Pengolahan masih menarik.

-Ayat kurang gramatis -Penggunaan kosa kata terhad. Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat. -Kesalahan ejaan dan tanda baca ketara. Idea relaven berdasarkan tugasan. -Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan terhad. Pengolahan tidak menarik

-Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. -Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.

papercollection

7    Cadangan isi:

1. Melalui aktiviti sukan, pelbagai kaum yang mengambil bahagian dalam sesuatu permainan memerlukan kerjasama dan persefahaman untuk mencapai kejayaan. Perlawanan

peringkat

daerah,

negeri,

kebangsaan

mahupun

antarabangsa

memerlukan sokongan padu daripada semua tanpa mengira kaum, boleh mewujudkan perpaduan. 2. Melalui aktiviti gotong-royong, semua kaum dalam sesuatu kawasan perumahan akan terlibat dengan kerja-kerja pembersihan atau keceriaan, secara tidak langsung wujud hubungan baik dan kerjasama antara kaum. 3. Aktiviti rumah terbuka yang diadakan sempena menyambut Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Depavali dan Krismas

diraikan bersama-sama oleh semua kaum di

Malaysia. Situasi ini memberi peluang setiap kaum di Malaysia memahami budaya kaum lain. Keadaan ini akan mewujudkan rasa saling menghormati sesama kaum. 4. Perkahwinan antara kaum yang berbeza akan mengeratkan hubungan antara kaum yang terlibat dengan kahwin campur ini. Ikatan kekeluargaan ini memberi peluang kita memahami dengan lebih dekat adat resam kaum lain, hal ini boleh mengelakkan salah faham dan akan wujud perpaduan.

papercollection

8   

Bahagian C: Karangan Respons Terbuka (40 markah) Garis panduan pemeriksaan: a) Pemeriksaan dijalankan secara IMPRESSION b) Isi : Dikehendaki minimum tiga isi. Langkah-langkah pemeriksaan: a. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan atau impression daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berkenaan berdasarkan kriteria penskoran yang disediakan. b. Baca karangan sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta seperti berikut :

Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa

/

Kesalahan ejaan

//

Kesalahan ejaan yang berulang Kesalahan tanda baca

(

)

Kesalahan isi / fakta

c. ½ markah dipotong bagi setiap kesalahan ejaan. Maksimum 2 markah dipotong. d. Kesalahan ejaan yang berulang tidak diambil kira.

papercollection

9    Kriteria Penskoran

Peringkat Pencapaian   Cemerlang A ‐33‐40 A1 – 37 – 40 A2 – 33 – 36

Kepujian B – 25 -32 B1 – 29 –32 B2 – 25 –28

Baik C – 17 ‐24 C1 – 21 – 24 C2 – 17 – 20 Memuaskan D – 09 – 16 D1 – 13 – 16 D2 – 09 – 12 Penguasaan Minimum 01 ‐08

Deskripsi   -Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. -Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. -Penggunaan penanda wacana yang betul -Penggunaan ejaan dan tanda baca betul. -Penggunaan kosa kata luas. -Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai. -Pengolahan menarik serta berkesan, pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan. -Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.

-Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. -Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan penanda wacana yang betul. -Penggunaan ejaan dan tanda baca betul. -Penggunaan kosa kata luas. -Idea relevan, huraian jelas berserta dengan contoh. -Pengolahan menarik, pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan. -Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.

-Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. -Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan penanda wacana yang betul. -Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan ejaan dan tanda baca. -Penggunaan kosa kata umum dan terdapat kesalahan yang minimum. -Idea masih relevan dan huraian masih jelas. -Pengolahan masih menarik, pemerengganan masih sesuai dan format sesuai mengikut tugasan.

-Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. -Penggunaan ayat mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. -Penggunaan penanda wacana yang betul. -Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan ejaan dan tanda baca. -Idea masih relevan /idea bercampur aduk tetapi huraian tidak jelas. -Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format kurang tepat. -Keseluruhan menunjukkan penguasaan bahasa yang tidak cekap -Isi kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.

papercollection

10   SKEMA KARANGAN Soalan 1  

a. b.

Format : Tiada Calon boleh mengemukakan pendapat tentang faktor-faktor berikut: 1. Kurang perhatian daripada ibu bapa/keluarga. 2. Tekanan emosi- perceraian ibu bapa. 3. Ingin menunjukkan kekuatan / kehebatan diri. 4. Pengaruh persekitaran / rakan-rakan. 5. Pengaruh media massa- memaparkan unsur-unsur keganasan. Calon boleh mengemukakan isi-isi lain yang difikirkan sesuai.

c.

Soalan 2        

a. b. 1. 2. 3. 4. 5. c.

Format : Tiada Calon boleh mengemukakan pendapat tentang faktor-faktor berikut: Sokongan daripada ibu bapa/keluarga. Aktiviti kokurikulum perlu menarik dan pelbagai. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Pengaruh persekitaran / rakan-rakan. Pengaruh media massa- memaparkan kebaikan aktiviti kokurikulum. Calon boleh mengemukakan isi-isi lain yang difikirkan sesuai.

Soalan 3 

a. b.

 

c. d.

Format : Tiada Diharapkan : Calon dapat menceritakan pengalaman semasa menyertai Kem Motivasi. Jika calon menceritakan pengalaman orang lain – maksimum peringkat kepujian Jika calon hanya menceritakan kebaikan / faedah /kesan Kem Motivasi sahajamaksimum peringkat baik.

Soalan 4 

a. b.

Format – Laporan Tajuk, isi , tandatangan dan tarikh Pendahuluan Maklumat tarikh, tempat, penyertaan ahli. Isi 1 Objektif lawatan. Isi 2 Keistimewaan / kelebihan tempat yang dilawati Isi 3 Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh Penutup Harapan dan saranan/ cadangan

Soalan 5  

a. b.

Format : Tiada Diharapkan : - Calon dapat menulis cerita yang dapat menjelaskan maksud peribahasa, ‘Muafakat membawa berkat’, yang mempunyai nilai kesepakatan dan kerjasama ATAU - Calon dapat menghuraikan / mengulas pernyataan di atas yang dikaitkan dengan maksud peribahasa

papercollection

11   Bahagian D: Kajian Novel (10 markah) Jawapan mestilah berdasarkan novel Tingkatan 3 iaitu Panas Salju karya Talib Samat. Kemukakan tiga latar masyarakat sahaja beserta contoh yang sesuai. Markah: Isi :

6 markah

Bahasa :

4 markah

Markah Isi

1 2 3

Contoh beserta huraian yang tepat dan lengkap Contoh beserta huraian yang tidak lengkap Contoh beserta huraian yang tidak tepat

-

2 markah 1 markah 0 markah

Markah Bahasa

Markah

Huraian

04 Cemerlang

Bahasa - baik dan lancar Ayat - gramatis Ejaan tanda baca betul

02 – 03 Baik

01 Memuaskan

Bahasa - masih baik dan lancar Ayat - masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

Bahasa - tidak cekap Ayat tidak gramatis Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Cadangan isi. 1.Masyarakat yang mementingkan ilmu. Zulkifli yang bekerja sebagai pembantu hospital telah melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah dan seterusnya ke peringkat Phd. Nadhirah walaupun menghidap penyakit hati dan hempedu tetapi tetap mempunyai cita-cita yang tinggi dan rajin belajar hingga akhirnya berjaya melanjutkan pelajarannya ke ITM.

2. Masyarakat yang cinta akan negara  Walaupun Dr Tan Kai Chah telah begitu lama bekerja di luar negara dan mendapat bayaran yang lumayan, akhirnya beliau kembali ke tanah air untuk berkhidmat di negara sendiri.  3. Masyarakat yang bekerjasama  Masyarakat di kawasan perumahan Bandar Tun Razak turut membantu Bushrah semasa mengadakan majlis kenduri doa selamat. 4.Masyarakat yang berterima kasih dan bersyukur Keluarga Zulkifli iaitu Bushrah, Nadhirah begitu berterima kasih dan menghargai pihak yang telah benyak membantu mereka untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai kos pembedahan Nadhirah terutamanya Tan Sri Shamsuddin. *Calon boleh mengemukakan isi dan contoh-contoh lain yang sesuai*

Related Documents


More Documents from "SimPor"