MOZ@C
02/2 SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2008 ( 2 jam)
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PENILAIAN TINGKATAN TIGA NEGERI SEMBILAN 2008
BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.
2.
Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.
3.
Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D.
4.
Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan anda.
________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat sebelah SULIT
02/1@2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 2
SULIT
Bahagian A(i) : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang punca peningkatan jenayah dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Belakangan ini, kejadian jenayah dalam kalangan remaja semakin meruncing. Perbuatan salah laku remaja sering kali dilaporkan di dada-dada akhbar. Fenomena kehidupan yang berlarutan sehingga kini telah memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik generasi masa kini. Banyak sebab yang mempengaruhi remaja melakukan jenayah. Paling nyata ialah kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa hari ini terlalu rakus mengejar kebendaan sehinggakan anak-anak ketandusan perhatian dan kasih sayang. Pada fikiran mereka menjaga anak hanya cukup sekadar memenuhi keperluan hidup seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal yang selesa. Pemikiran singkat inilah yang menyebabkan anak-anak gagal menghayati asas agama dengan kukuh lalu mudah mendorong mereka bergaul dengan rakan sebaya yang kemudiannya mempengaruhi mereka melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti mencuri, ketagihan dadah dan sebagainya. Kesannya, banyak remaja mengalami rosak akhlak, tercicir dalam pelajaran dan sekali gus menjejaskan masa hadapan mereka. Selain itu, pengaruh media elektronik turut menjadi faktor penarik remaja terjebak dalam kancah jenayah. Hal ini berlaku kerana penyelewengan penyaluran maklumat melalui media massa, khususnya ‘rancangan ganas’ yang telah mendorong remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batas kemanusiaan. Umum mengetahui bahawa golongan remaja mempunyai rasa ingin mencuba yang sangat tinggi. Tambahan lagi, lambakan program berunsur negatif menyebabkan remaja mudah meniru apa-apa sahaja yang disajikan di kaca televisyen. Pengaruh rakan sebaya dan hasil pemilihan rakan yang silap turut memudahkan lagi remaja terjebak sama dalam kancah gejala sosial. Natijahnya, telah menimbulkan perasaan takut dalam kalangan masyarakat ekoran daripada sikap ganas para remaja ini. Keharmonian rumah tangga juga amat penting dalam membentuk generasi yang cemerlang dan terbilang. Sebaliknya, kepincangan institusi keluarga akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi dan tingkah laku remaja yang pada akhirnya menyumbang ke arah jati diri yang lemah. Kesannya, sudah tentu akan menggagalkan usaha untuk melahirkan modal insan yang diinginkan negara. Akhirnya, negara akan kehilangan bakal pemimpin masa hadapan. Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab orang dewasa memastikan remaja kita mempunyai arah tujuan. Sekiranya kita tidak berusaha membetulkan pemikiran dan sikap remaja, selamanya mereka akan berada dalam kesilapan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Jenayah dalam Kalangan Remaja”, Dewan Siswa, Ogos 2006) 02/2©2008 Hak Cipta PPD Tampin MOZ@C
[Lihat sebelah SULIT
MOZ@C 3
SULIT
Bahagian A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1
Berikan maksud rangkai kata rakus mengejar kebendaan.
[2 markah]
2
Apakah kesan-kesan perlakuan jenayah dalam kalangan remaja?
[4 markah]
3
Pada fikiran anda, apakah usaha-usaha untuk mengatasi jenayah dalam kalangan remaja? [4 markah]
02/2©2008 Hak Cipta PPD Tampin MOZ@C
[Lihat sebelah SULIT
MOZ@C 4
SULIT
Bahagian B [20 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengisi masa lapang dengan berfaedah. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
AKTIVITI MASA LAPANG
02/2©2008 Hak Cipta PPD Tampin MOZ@C
[Lihat sebelah SULIT
SULIT
MOZ@C 5
Bahagian C [40 markah]
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. 1
Anda telah berkunjung ke sebuah pasar raya yang mengadakan jualan murah. Gambarkan suasana di pasar raya tersebut.
2
Masalah kanak-kanak hilang daripada jagaan ibu bapa mereka sering dipaparkan di media massa sejak akhir-akhir ini. Berikan pendapat anda cara untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku.
3
Baru-baru ini para pelajar di sekolah anda telah mengalami keracunan makanan. Sebagai pengawas yang bertugas di kantin pada hari itu, anda dikehendaki menyediakan satu laporan. Tulis laporan tersebut selengkapnya.
4
Anda akan menyertai satu pertandingan syarahan anjuran Persatuan Bahasa Melayu. Tajuk syarahan anda ialah “Kepentingan Industri Pertanian di Malaysia”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
5
“Aku nekad untuk berhenti kerja kilang untuk mengubah nasibku. Aku yakin dan percaya bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” tegas Azman kepada rakan sekerjanya, Zain. Tulis cerita yang bermula dengan perenggan di atas.
02/2©2008 Hak Cipta PPD Tampin MOZ@C
[Lihat sebelah SULIT
MOZ@C 6
SULIT
Bahagian D [10 markah] Jawapan anda mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
1. 2. 3.
Meniti Kaca karya Sabarudin Abdullah. Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini. Panas Salju karya Talib Samad.
Persoalan Kegigihan
Berdasarkan persoalan di atas, berikan satu contoh peristiwa bagi setiap novel yang telah anda kaji.
KERTAS SOALAN TAMAT
02/2©2008 Hak Cipta PPD Tampin MOZ@C
[Lihat sebelah SULIT
MOZ@C 1
SULIT
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PENILAIAN TINGKATAN TIGA NEGERI SEMBILAN 2008
BAHASA MELAYU PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 2
JAWAPAN Bahasa Melayu Kertas 1[02/1]
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.
A D D C C A C D C A A D A B A C A B B A
21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40.
D C C B A B C C D B C A D B D B A C B D
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 3
Bahasa Melayu Kertas 2 [02/2] Bahagian A Bahagian A(i) :
20 markah
Panduan o Penandaan bahasa adalah mengikut cara penandaan karangan o Bahasa dinilai secara impression o Pemeringkatan markah berdasarkan panduan di bawah: Markah Bahasa (10 markah) Markah
9 – 10 Cemerlang
6 – 8 Baik
Huraian
Bahasa - baik dan lancar Ayat - gramatis Diksi - tepat Penanda wacana - sesuai Ejaan tanda baca betul Mampu menggunakan ayat sendiri
Bahasa - baik dan lancar Ayat - masih gramatis Diksi - agak terhad Penanda wacana – masih sesuai Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
3– 5 Memuaskan
1 – 2 Penguasaan Minimum
Bahasa - kurang lancar Ayat/ - terdapat ejaan / kesalahan yang tanda ketara baca Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih
- Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah - Menyalin terus daripada petikan
Markah Isi (10 markah) Bilangan Isi Markah
5 9 - 10
4 7-8
3 5-6
2 3-4
1 1-2
Cadangan isi: Soalan Bahagian A(i) – Ringkasan 1 2 3
Kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa masa kini terlalu rakus mengejar kebendaan. Pemikiran ibu bapa yang songsang dengan menganggap menjaga anak cukup sekadar memenuhi keperluan hidup. 4 Anak-anak tidak menghayati agama dengan kukuh. 5 Pengaruh media elektronik yang berleluasa. 6 Rasa ingin mencuba/tahu yang tinggi. 7 Lambakan rancangan televisyen yang berunsur negatif /ganas. 8 Salah memilih rakan menyebabkan remaja terpengaruh. 9 Remaja itu sendiri lemah jati diri. 10 Kepincangan institusi keluarga.
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 4 Bahagian A (ii) : Soalan Pemahaman Soalan 1: (2 markah) Maksud frasa di atas ialah. …ghairah/gelojoh mencari kemewahan/kekayaan/harta • • • •
Beri 2 markah jika maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. Beri 1 markah jika maksud tepat tetapi ayat tidak lengkap. Beri 1 markah jika maksud kurang tepat mengikut konteks. Beri 1 markah jika hanya memberikan sebahagian maksud rangkai kata.
Soalan 2: (4 markah) - keciciran dalam pelajaran - rosak akhlak - terjejas masa hadapan - menimbulkan perasaan takut dalam kalangan masyarakat - menggagalkan usaha melahirkan modal insan - negara kehilangan pemimpin masa hadapan […mana-mana empat isi – maksimum 4 markah] • Beri 4 markah jika isi cukup dan ayat gramatis • Beri 3 markah jika isi cukup tetapi ayat kurang gramatis • Beri 2 markah jika tidak cukup tetapi ayat gramatis • Beri 1 markah jika isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis Soalan 3: (4 markah) - ibu bapa perlu insaf dan sedar peri pentingnya mendidik anak-anak dengan sempurna… - Ibu bapa perlu menseimbangkan antara pencarian kekayaan dengan keperluan anak-anak/ tidak terlalu mengejar kebendaan… - Memperbetul salah tanggap/ fikiran songsang terhadap keperluan sebenar zahir dan batin anak-anak - Memberi pendidikan agama yang cukup lagi kukuh - Mengawal penggunaan/ kemudahan media elektronik kepada anak-anak - Membimbing naluri ingin tahu/mencuba anak agar terarah/ positif - Memilih dan mengawal rancangan/program televisyen yang sesuai lagi berfaedah - Mengenal pasti dan membantu anak-anak memilih rakan yang baik/sesuai - Membina dan memupuk jati diri yang kukuh pada anak-anak - Membina iklim keluarga bahagia yang kondusif […mana-mana empat isi – maksimum 4 markah] Beri 4 markah jika isi sesuai dan ayat gramatis • • Beri 3 markah jika isi sesuai tetapi ayat kurang gramatis • Beri 2 markah jika tidak sesuai tetapi ayat gramatis • Beri 1 markah jika isi kurang sesuai dan ayat kurang gramatis • Beri 0 markah jika isi tidak sesuai dan ayat tidak gramatis
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 5 Bahagian B: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (20 markah) Peringkat Pencapaian Cemerlang A - 16-20 A1 – 18 – 20 A2 – 16 – 17
Baik B – 11 -15 B1 – 13 –15 B2 – 11 –12
-
Memuaskan C – 06 -10 C1 – 08 – 10 C2 – 06 – 07
Penguasaan Minimum 01 -05
Deskripsi Penggunaan kata dan ayat gramatis. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Penggunaan ejaan dan tanda baca betul. Terdapat kesalahan yang kecil dalam penggunaan kata. Idea tepat berdasarkan tugasan. Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang. Pengolahan menarik dan berkesan. Penggunaan kosa kata tepat. Terdapat kesalahan yang kecil dalam penggunaan kata, frasa dan ayat. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang kecil Idea masih tepat berdasarkan bahan. Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan. Pengolahan menarik.
- Penggunaan kosa kata terhad. - Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat. - Kesalahan ejaan dan tanda baca ketara. - Idea kurang tepat berdasarkan bahan. - Huraian isi luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan terhad. - Pengolahan tidak menarik - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. - Isi kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.
Cadangan isi: Kepentingan mengisi masa lapang dengan berfaedah. 1. Melalui aktiviti riadah dapat menyihatkan badan dan otak menjadi lebih cergas. 2. Melalui aktiviti membaca dan melayari internert dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat juga hiburan 3. Belajar berdikari dan dapat pengalaman baru melalui aktiviti perkhemahan 4. Berkelah bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan 5. Dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial 6. Dapat meningkatkan kemahiran 7. Dapat menambah kenalan baru dan mengeratkan hubungan sesama rakan.
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 6
Bahagian C: Karangan Respons Terbuka (40 markah) Garis panduan pemeriksaan: a) Pemeriksaan dijalankan secara IMPRESSION b) Isi : Dikehendaki minimum tiga isi. Langkah-langkah pemeriksaan: a) Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan atau impression daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan ialah menjawab tugasan, bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berkenaan berdasarkan kriteria penskoran yang disediakan. b) Baca karangan sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta seperti yang berikut: _________
/ //
Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa Kesalahan ejaan Kesalahan ejaan yang berulang Kesalahan tanda baca
(
)
Kesalahan isi / fakta
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 7 Kriteria Penskoran Peringkat Pencapaian Cemerlang A - 28-40 A1 – 34 – 40 A2 – 28 – 33
Baik B – 20 -27 B1 – 24 –27 B2 – 20 –23
Memuaskan C – 14 -19 C1 – 17 – 19 C2 – 14 – 16
Kurang Memuaskan D – 09 – 13 D1 – 11 – 13 D2 – 09 – 10 Penguasaan Minimum 01 -08
Deskripsi - Penggunaan kata tunggal dan pelbagai kata terbitan (kata berimbuhan) gramatis. - Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan ejaan dan tanda baca betul. - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai. - Pengolahan menarik serta berkesan, pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik. - Penggunaan kata tunggal dan kata terbitan (kata berimbuhan) gramatis. - Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan ejaan dan tanda baca betul. - Penggunaan kosa kata luas. - Idea relevan, huraian jelas berserta dengan contoh. - Pengolahan menarik, pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik. - Penggunaan kata tunggal dan kata terbitan (kata berimbuhan) betul. - Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan ejaan dan tanda baca. - Penggunaan kosa kata umum dan terdapat kesalahan yang minimum. - Idea relevan dan huraian masih jelas. - Pengolahan masih menarik, pemerengganan masih sesuai dan format sesuai mengikut tugasan. - Penggunaan kata tunggal dan kata terbitan (kata berimbuhan) terhad. - Penggunaan ayat mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan ejaan dan tanda baca. - Idea masih relevan tetapi huraian tidak jelas. - Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format kurang tepat / format bercampur- aduk. - Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis. - Isi kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 8 Skema Karangan Soalan 1 1.
Format: Tiada
2.
Diharapkan: Calon dapat menggambarkan suasana di sebuah pasar raya yang mengadakan jualan murah.
Soalan 2 1.
Format: Tiada
2.
Diharapkan: Calon dapat memberikan pendapat tentang cara untuk mencegah kejadian kanak-kanak hilang.
Cadangan isi: i. ii. iii. iv. v. vi.
Memasang kamera litar tertutup (cctv) di tempat-tempat strategik tumpuan awam. Iba sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai. Ibu bapa mengajar anak-anak menyebut namanya sendiri dengan lengkap dan alamat tempat tinggal. Melatih anak-anak supaya tidak mudah mempercayai / mengikut orang yang tidak dikenali. Tidak membenarkan anak-anak keluar ke mana-mana secara bersendirian. Ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain di tempat permainan kanak-kanak.
Soalan 3 1.
Format : Laporan.
2.
Cadangan isi: a. Makanan telah dihinggapi lalat / makanan semalam. b. Makanan tidak ditutup. c. Air minuman tidak dimasak.
3.
Tindakan atau cadangan: a. Pihak sekolah sentiasa memantau.
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 9 b. Dapatkan khidmat Jabatan Kesihatan untuk memberi pendedahan kepada pengusaha kantin tentang cara-cara penjagaan makanan. (...Mana-mana isi yang sesuai boleh diterima.)
Soalan 4 Kepentingan Industri Pertanian di Malaysia 1.
Format – syarahan
Cadangan Isi i. ii iii. iv. v. vi. vii.
Tanah-tanah terbiar akan diusahakan dengan penanaman dan penternakan Peningkatan hasil pertanian juga dapat memenuhi keperluan makanan rakyat tempatan, tidak perlu mengimport hasil pertanian dari luar negara Malah Malaysia boleh mengeksport hasil pertanian ke luar negara Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran wang keluar, sebaliknya menggalakkan pengaliran wang masuk Menambah peluang pekerjaan Menambah pelbagai produktiviti barang siap berasaskan bahan mentah hasil pertanian. Dapat menjana perkembangan ekonomi negara
Soalan 5 1.
Format: Tiada
2.
Diharapkan: Calon dapat menyudahkan cerita yang sesuai dengan maksud peribahasa
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 10 Bahagian D: Kajian Novel (10 markah) Diharapkan: Calon dapat memberikan satu contoh yang tepat atau sesuai bagi persoalan yang dinyatakan berdasarkan setiap novel yang dikaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3.
Markah: Isi : Bahasa :
6 markah 4 markah
Markah Isi 1. Contoh berserta huraian yang tepat dan lengkap - 2 markah 2. Contoh berserta huraian yang tidak lengkap - 1 markah 3. Contoh berserta huraian yang tidak tepat - 0 markah
Markah Bahasa Markah
Huraian
04 Cemerlang Bahasa - baik dan lancar Ayat - gramatis Ejaan tanda baca betul
02 – 03 Baik Bahasa - masih baik dan lancar Ayat - masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
01 Memuaskan Bahasa - tidak cekap Ayat - tidak gramatis Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
Persoalan Kegigihan dalam... A. NOVEL MENITI KACA: 1.
Nazar gigih meneruskan kehidupannya walaupun dalam keadaan sukar kerana menjaga ibunya yang nanar.
2.
Nazar gigih meneruskan pelajarannya dengan selalu mengulang kaji pelajaran bersamasama Zainab & Ah Seong sehingga dia berjaya dengan cemerlang dalam PMR.
3.
Pak Sahar gigih bekerja sebagai Pegawai Luar Pejabat Sukat Tanah untuk menampung keluarganya walaupun dia selalu sakit-sakit.
4.
Pak Sahar gigih berusaha untuk mengubati isterinya yang sakit.
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C
MOZ@C 11 B.
NOVEL PAHLAWAN PASIR SALAK:
1.
Kegigihan anak-anak muda (Deli, Akob, Lamin) / penduduk Pasir Salak mempertahankan tanah air mereka daripada penjajah, mereka sentiasa berusaha belajar mempertahankan diri dengan mempelajari silat di rumah Datuk Maharaja Lela.
2.
Kegigihan anak-anak muda / penduduk Pasir Salak mempertahankan tanah air mereka sehingga sanggup berjuang dan bersumpah akan rela mengorbankan diri demi bumi bertuah ini sehingga ke titisan darah terakhir.
3.
Datuk Maharaja Lela begitu gigih menyusun perancangan / strategi untuk menghadapi serangan pihak Inggeris yang akan datang pada bila-bila masa sahaja.
4.
Kegigihan Deli berusaha untuk mempertahankan Datuk Maharaja Lela daripada mati ditembak oleh Kepten Innes.
C.
NOVEL PANAS SALJU:
1.
Kegigihan Zulkifli berusaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi membiayai kos perubatan anaknya Nadhirah.
2.
Zulkifli gigih menuntut ilmu kerana di samping beliau bekerja sebagai pembantu hospital beliau mengikuti pengajian jarak jauh di USM.
3.
Zulkifli seorang yang gigih dalam penulisan kerana beliau berusaha menghasilkan penulisan skrip drama radio.
4.
Kegigihan Nadhirah menghadapi penyakitnya sehinggalah dia dibedah walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat dia akhirnya berjaya dalam hidup hingga mencapai cita-citanya.
5.
Mulyadi gigih menuntuk ilmu sehingga ke peringkat PhD walaupun sudah mempunyai keluarga dan pekerjaan tetap.
(...Mana-mana isi yang sesuai boleh diterima.)
SULIT
02©2008 Hak Cipta PPD Tampin
MOZ@C