Kata Majmuk Bm Pmr

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kata Majmuk Bm Pmr as PDF for free.

More details

  • Words: 217
  • Pages: 2
Kata Majmuk Julai 31, 2007 Difailkan di bawah: PMR (TATABAHASA) — mamaaina @ 6:56 am

Kata majmuk = Rangkai kata setara - menunjukkan bentuk yang sama Contohnya, ‘guru besar’ = kata majmuk ‘ibu bapa’ = rangkai kata setara Kedua-duanya kelihatan sama dari segi bentuknya namun dari segi proses pembentukannya berbeza. kata majmuk ‘guru besar’ = terdiri daripada 2 golongan kata iaitu ’kata nama’(guru) + ‘kata adjektif’ (besar) Sedangkan ‘ibu bapa’ = terdiri daripada golongan kata yang sama ‘kata nama’(ibu) + ‘kata nama’(bapa) Peringatan: Kata Majmuk ‘guru besar’ TIDAK BOLEH menerima sisipan ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya.Jika dihubungkan kata majmuk ‘guru besar’ tidak membentuk makna yang jelas kerana ‘guru dan besar’ TIDAK MENUNJUKKAN MAKNA YANG SEMPURNA. SEBALIKNYA: Rangkai kata setara BOLEH disisipkan kata hubung ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya dan TIDAK MENGUBAH maknanya, iaitu ‘ibu bapa’ tidak berbeza maksud dengan ‘ibu dan bapa’ ataupun ‘ibu atau bapa’ - masih merujuk perkara yang sama.

Pembentukkan Kata Majmuk - Merupakan proses mencantumkan ataupun merangkaikan 2 atau lebih kata dasar yang membentuk suatu makna tertentu.Contohnya :kapal terbang , jalan raya , balai polis Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada 2 perkataan. Contohnya : kerjasama , tandatangan , beritahu , kakitangan , matahari , jawatankuasa , setiausaha

Related Documents

Kata Majmuk Bm Pmr
June 2020 2
Kata Majmuk Lgkap
May 2020 2
Pmr 2008 Bm K2
December 2019 32
Pmr Bm N9 08
June 2020 2
Pmr Bm K1 Set3
October 2019 32
Pmr Bm Kertas2
June 2020 7