Pmr Bm K2 Set2

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr Bm K2 Set2 as PDF for free.

More details

  • Words: 833
  • Pages: 6
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2006 Set 2 2 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2006’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

2.

Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3.

Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4.

Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

5.

Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat sebelah SULIT

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti . Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk memupuk perpaduan kaum melalui pendidikan .Panjang ringkasan anda tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sekolah wawasan dan sekolah bestari merupakan dua isu yang pernah menjadi topik perbincangan hangat media massa di negara ini sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu. Walaupun dua isu ini mendapat pelbagai reaksi,kerajaan masih menaruh harapan yang cukup tinggi untuk menjayakannya. Selain dianggap sebagai tempat menimba ilmu,sekolah mempunyai satu lagi tanggungjawab besar ,iaitu memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana perpaduan antara kaum perlu dipupuk bermula daripada kanak-kanak,bak kata pepatah,melentur buluh biar dari rebungnya. Namun demikian, dalam usaha merealisasikan peranan sekolah tersebut, polarisasi semakin jelas terbentuk apabila kebanyakan pelajar Melayu bersekolah di sekolah kebangsaan(SK) atau sekolah rendah agama(SRA), pelajar India ke sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan pelajar Cina pula ke sekolah jenis kebangsaan Cina(SJKC). Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah sukar, kerajaan menubuhkan sekolah wawasan. Di sekolah ini, tiga aliran sekolah yang berbeza(SK,SJKC dan SJKT) akan ditempatkan dalam satu pekarangan yang besar dengan harapan proses integrasi dapat diwujudkan melalui aktiviti kokurikulum serta pelbagai kegiatan lain. Apabila tiga jenis aliran sekolah ini diletakkan dalam satu kawasan,situasi ini memberikan peluang kepada pelajar untuk bergaul dan berinteraksi sesama mereka. Di sinilah nanti akan berlaku proses intergrasi yang terbaik. Hakikatnya, sekolah wawasan bukan saja dapat mengeratkan hubungan antara pelajar, tetapi juga hubungan ibu bapa dan pelajar. Untuk lahir sebagai sebuah negara dan bangsa yang unggul, mahu tidak mahu, semua pihak harus mengakui bahawa perpaduan kaum merupakan perkara paling asas yang harus dibentuk terlebih dahulu. Peristiwa 13 Mei 1969 telah mengajar rakyat di negara ini tentang betapa berharganya perpaduan. Usaha ke arah pemupukan perpaduan ini sedang dilaksanakan di institusi yang paling asas,iaitu sekolah.Namun, tanpa penglibatan semua kaum untuk menjayakannya, hasrat kerajaan itu tidak akan mampu direalisasikan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Wawasan 2020 dan Aspirasi Pendidikan Negara, Dewan Masyarakat,April 2005)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

2

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian A (ii): Pemahaman [10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i) jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri i)

Berikan maksud rangkai kata “proses integrasi ”? (2 markah)

ii)

Berdasarkan kepada petikan di atas, nyatakan ciri-ciri sekolah wawasan? (4 markah)

iii)

Sebagai warga Malaysia, bagaimanakah anda memupuk semangat perpaduan di kawasan tempat tinggal anda? (4 markah)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

3

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 25 minit ) ( 20 markah )

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berikan pendapat anda tentang telefon bimbit. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

TELEFON BIMBIT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

4

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan .

(a) Pameran komputer telah diadakan di kawasan anda baru -baru ini. Anda turut serta dalam pameran tersebut. Gambarkan suasana dan keadaan semasa pameran tersebut berlangsung hingga tamat. (b) “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Begitulah bunyi peribahasa Melayu yang tidak asing lagi kepada kita. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa di atas. (c) Kehidupan masyarakat kini masih mengamalkan sikap berbudi bahasa. Berikan pendapat anda . (d) Aktiviti manusia adalah punca utama yang menyebabkan tercemarnya kawasan perairan laut masa kini. Nyatakan pendapat anda berhubung dengan penyataan ini. (e) Kawasan tempat tinggal anda menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas. Anda selaku ketua kampung diminta untuk menulis sepucuk surat kepada wakil rakyat kawasan berkenaan untuk menyatakan masalah tersebut selengkapnya. Tulis surat itu selengkapnya.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5

Set 2

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah]

Jawapan mesrtilah berdasarkan satu daripada novel yang pernah anda kaji sama ada di Tingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3. (i) (ii) (iii)

Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusof. Kapten Hassan Wira Bangsa , karya Harun Johari. Merdeka! Merdeka! , karya A. Rahman Hanafiah.

Klimaks

Permulaan

Jalinan Peristiwa Peleraian

Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan klimaks cerita dalam novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

6

Related Documents

Pmr Bm K2 Set2
October 2019 37
Pmr Bm K1 Set2
October 2019 32
Pmr 2008 Bm K2
December 2019 32
Pmr Bm K2 Set3
October 2019 30
Pmr Bm K2 Set1
October 2019 33

More Documents from "Teacher"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33