Pmr Bm K2 Set1

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr Bm K2 Set1 as PDF for free.

More details

  • Words: 785
  • Pages: 6
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 LTS 2006 Set 1 2 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2006’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 2 2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

2.

Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3.

Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4.

Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

5.

Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak [Lihat sebelah SULIT

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian A(i) [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesan kemasukan pekerja asing ke negara kita.Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Seperti dinyatakan oleh kaunselor Kebajikan Masyarakat dan Buruh Kedutaan Pakistan, Abdul Aziz Uqaili, sebanyak 130,000 warga Pakistan sedia dihantar ke negara ini untuk bekerja kerana mereka sudah menunggu sejak dua tahun lalu bagi mendapatkan peluang itu.Hakikatnya,sejak dahulu lagi kebanyakan rakyat Asia Selatan, sama ada dari India, Pakistan atau Bangladesh sentiasa mengintai peluang kerja di Malaysia.Bagaimanapun,dalam pada kita menghargai kesediaan Pakistan membantu mengatasi masalah kekurangan pekerja yang kritikal di beberapa sektor, sewajarnya kita mengambil iktibar daripada masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing sebelum ini. Peningkatan kejadian jenayah,bunuh, masalah sosial,dan ketaksuban melulu dalam agama adalah antara harga yang perlu dibayar oleh rakyat negara ini berikutan kebanjiran pekerja asing,kh ususnya di kawasan petempatan haram mereka.Ketika kita memudahkan kemasukan pekerja asing,kita perlu juga bertegas dalam soal status kesihatan,kemahiran, dan mengenal pasti latar belakang pekerja asing bagi mengelakkan mereka yang berpenyakit, tidak mahir, dan bekas penjenayah memasuki negara ini secara sah. Kedatangan pekerja asing berkenaan lebih membawa musibah daripada manfaat yang kita perlukan. Peningkatan kes penyakit kelamin,pertambahan pelacur asing dan kes jenayah,khususnya pecah rumah,rompak dan bunuh sering dikaitkan dengan pekerja asing.Pengalaman kita menangani masalah yang ditimbulkan mereka sebelum ini sudah cukup mengajar kita untuk bertegas dalam soal-soal sebegini walaupun khidmat mereka diperlukan dan sumbangan mereka kita hargai demi meneruskan agenda pembangunan negara.Selain itu, kita perlu memastikan bahawa pekerja asing diberi pendedahan terlebih dahulu tentang budaya dan adapt resam kita supaya tidak timbul masalah apabila mereka bekerja di sini kelak. Jika perlu mereka hendaklah juga diberikan kursus bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan orang ramai. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Tindakan Tegas Elak Pendatang Bermasalah Dalam Minda Pengarang,Berita Harian , 22 Mac 2005)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

2

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian A (ii): Pemahaman [10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i) jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri i)

Berikan maksud rangkai kata “membawa musibah” ? (2 markah)

ii)

Nyatakan kesan -kesan positif kemasukan pekerja asing kepada pertumbuhan ekonomi negara kita? (4 markah)

iii)

Sekiranya anda sebagai majikan,apakah tindakan anda apabila berhadapan dengan pekerja asing yang bermasalah? (4 markah)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

3

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR

Bahagian B ( Masa yang dicadangkan : 25 minit ) ( 20 markah ) Lihat gambar dibawah dengan teliti. Berikan pendapat anda tentang sebuah keluarga yang bahagia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

4

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah]

Tulis sebuah karangan tenang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkata an. (a) Anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah. Tajuk ceramah itu, “ Ke Arah Melahirkan Pelajar Bestari” .Sediakan ceramah tersebut selengkapnya. (b) Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa Kemudian tidak Berguna”.

“Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal

(c) Anda telah menyertai projek bergotong-royong di sekolah anda. Sebagai ketua murid, anda diminta membuat laporan tentang gotong -royong itu (d) Permainan tradisional negara ini perlu dipopularkan. Beri pendapat anda tentang penyataan ini. (e) Anda mendengar berita, kampung rakan anda telah dilanda bencana alam. Tulis sepucuk surat untuk menunjukkan rasa simpati anda terhadapnya.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5

Set 1

Bahasa Melayu 2 PMR Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, sama ada di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. (i) Aku Anak Timur , karya Siti Aminah H j. Yusof. (ii) Kapten Hassan Wira Bangsa , karya Harun Johari. (iii)Merdeka! Merdeka! , karya A. Rahman Hanafiah. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga nilai yang ditunjukkan oleh watak utama dalam novel berkenaan.

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

6

Related Documents

Pmr Bm K2 Set1
October 2019 33
Pmr Bm K1 Set1
October 2019 30
Pmr 2008 Bm K2
December 2019 32
Pmr Bm K2 Set3
October 2019 30
Pmr Bm K2 Set2
October 2019 37

More Documents from "Teacher"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33