Pmr Bm K1 Set2

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr Bm K1 Set2 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,452
  • Pages: 12
SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2006 Set 2 1 jam

UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2006’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 1 1 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.

Jawab semua soalan

3.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Ba gi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4.

Berfkirlah dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan tanda yang tidak dikehendaki itu sehingga bersih dan kemudian hitamkan pilihan anda yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak. [Lihat sebelah SULIT

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1

Kuih yang dimasak oleh kakak manis___________ kerana terlebih gula. A nian B agak C paling D begitu

2

Daun-daun kering daripada pokok buah-buahan di belakang rumah datuk __________ apabila ditiup angin. A berhamburan B berterbangan C bertempiaran D bergulingan

3

Mak Limah menanam beberapa ___________ serai dan tiga batas sayur kangkung di pinggir sawah. A batang B ikat C rumpun D helai

4

Walaupun projek perumahan semakin banyak dilaksanakan namun harga rumah tetap berada ___________ paras yang tinggi. A di B pada C kepada D dengan

5

Syukri membantu ayahnya memasang ____________kelambu di dalam bilik kakaknya yang akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini. A sesiku B jejari C tetupai D lelangit

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

2

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

6

Razif berjalan___________ kerana kakinya tercedera sewaktu bermain bola sepak di padang sekolah petang semalam. A terkial-kial B terhincut-hincut C terkesot-kesot D terhuyung -hayang

7

Pak Sahak____________ batang pokok kelapa untuk memudahkannya memanjat dan memetik buah kelapa tersebut. A B C D

menebang mengerat menakik memenggal

Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan , kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8.

Ayah menggeruk buah jambu batu dengan karung kertas supaya tidak dirosakkan oleh A B serangga perosak. Tiada kesalahan C D

9.

Kartini dan Kartika menculik keropok dengan sos cili yang dibuat oleh ibu mereka . A B C Tiada kesalahan D

10. Encik Rustam meminta anak muridnya mencari maksud beberapa frasa dengan A B berpandukan pada Kamus Dewan. Tiada kesalahan C D 11. Suraya mengirimi surat untuk bertanyakan khabar keluarganya di kampung. A B C Tiada kesalahan D

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

3

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

12. Profesor Mutalib menegaskan bahawa kejayaan dalam hidup bergantung kepada A B C usaha gigih. Tiada kesalahan D 13. Teater Puteri Gunung Ledang akan dipersembahkan oleh mereka di Balai Budaya pada A B C malam ini. Tiada kesalahan D 14. Nenek mengeluarkan beberapa lembar tikar mengkuang lalu menghamparkannya di A B C ruang tamu. Tiada kesalahan D

Soalan 15 hingga soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15.

16.

I II III IV

Kain yang dipakai oleh ibu itu lembut bak sutera. Ayah suka minum kopi lembut pada waktu petang. Tutur kata dan budi bahasa Hasliza yang lembut menarik hati Ali untuk menjadikannya sebagai isteri. Tanah lembut tidak sesuai untuk ditanam pokok durian.

A B C D

I dan II sahaja I dan III sahaja I, II, dan III sahaja I, II, III, dan IV

I II

Dia menuntut basikal ke sekolah bersama -sama abangnya. Pekerja-pekerja syarikat itu mengadakan piket untuk menuntut hak pekerja daripada majikan mereka. Ceti haram itu menggunakan kekerasan untuk menuntut hutang daripada para pelanggannya. Sejak menuntut di luar negara, dia sering menghantar berita kepada keluarganya.

III IV A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja II, III, dan IV sahaja I, II, III, dan IV

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

4

Set 2 17.

Bahasa Melayu 1 PMR I II III IV

Penduduk kampung itu menggunakan buluh tajam untuk menangkap ikan. Seseorang pemburu mestilah mempunyai pendengaran dan penglihatan yang tajam. Perdana Menteri mempunyai pemikiran yang tajam. Rasa kopi itu yang tajam menyebabkan Ali muntah.

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II, dan III sahaja I, II, III dan IV.

Soalan 18 hingga soalan 21 Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18.

Penagih dadah yang bersembunyi di dalam hutan bertempiaranapabila kena serbu pasukan polis. A apabila diserbu B apabila terkena serbu C bila terkena serbu D apabila kena serbu

19.

Pelbagai soalan ditimbulkan oleh penduduk kampung itu kerana mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan kepada mereka. A Berbagai soalan ditimbulkan B Pelbagai-bagai persoalan ditimbulkan C Pelbagai penyoalan ditimbulkan D Pelbagai soalan ditimbulkan

20

Filem Melayu memerlukan perubahan daripada pelbagai aspek dari semasa ke masa A dari masa ke semasa B daripada semasa ke semasa C dari semasa ke semasa D dari semasa ke masa

21

Dia mendakap ibunya dengan erat sekali oleh kerana gembira apabila berjaya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. A oleh sebab paling gembira B oleh kerana gembira sangat C oleh sebab gembira D oleh kerana gembira

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22

Gara-gara tidak tahan melihat pelajar-pelajar merokok di dalam tandas sekolah, seorang guru telah menyaman seorang pelajar di England beberapa tahun lepas. A Kejadian seorang pelajar bernama Saman telah ditahan oleh guru di dalam tandas beberapa tahun lalu di England kerana menghisap rokok. B Seorang guru di England telah bertindak melalui undang -undang di mahkamah ke atas seorang anak muridnya kerana menghisap rokok di dalam tandas beberapa tahun lepas. C Gara-gara menghisap rokok di dalam tandas, salah seorang pelajar yang bertindak demikian telah disaman dan di hadapkan di mahkamah di England beberapa tahun lalu. D Gara-gara tidak tertahan lagi kerana ketagihan rokok, pelajar-pelajar menghisapnya di dalam tandas lalu mereka ditahan dan disaman oleh guru beberapa tahun lepas.

23

Satu pasukan kompang akan dibentuk bagi menggalakkan para pelajar mencintai seni paluan kompang dan mengekalkannya daripada pupus ditelan zaman. A Seni paluan kompang akan pupus ditelan zaman sekiranya para pelajar tidak membentuk satu pasukan kompang untuk memupuk rasa cinta terhadapnya. B Rasa cinta akan seni paluan kompang dapat dipupuk dalam kalangan pelajar dengan membentuk satu pasukan kompang agar tidak pupus ditelan zaman. C Bagi memupuk rasa cinta akan seni paluan kompang dalam kalangan pelajar dan memastikan kompang tidak pupus ditelan zaman, satu pasukan kompang akan dibentuk. D Para pelajar yang cinta akan seni paluan kompang akan membentuk satu pasukan kompang supaya seni itu tidak pupus ditelan zaman.

24

Bagi memastikan kelancaran projek tersebut, beberapa batang jalan akan ditutup mulai pukul 10.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. A B C D

Beberapa batang jalan pasti ditutup untuk melancarkan projek tersebut yang berlangsung mulai pukul 10.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Mulai pukul 10.00 pagi hingga pukul 2.00 petang, beberapa batang jalan akan ditutup bagi memastikan projek tersebut dapat berjalan dengan lancar. Projek tersebut akan dilancarkan bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang selepas penutupan beberapa batang jalan dipastikan. Bagi memastikan kelancaran beberapa batang jalan, projek tersebut akan ditutup mulai pukul 10.00 pagi hingga pukul 2.00 petang.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

6

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25.

26.

I II III IV

Ali terkial-kial menyiapkan tugasan kerana tidak memahami arahan gurunya. Bunyi meriam yang datang dari arah hutan kedengaran berdentum-dentam. Air cucian kereta itu merecak-recik sehingga terkena pada orang lain. Batu yang bertaburan di tepi jalan itu tersepak oleh saya.

A B C D

I dan III sahaja II dan IV sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja

I

Jika sekiranya Menteri Besar tidak ada halangan, beliau akan melawat kampung ini esok. Mesyuarat agung persatuan itu diadakan daripada pagi hingga petang. Sesetengah pelajar tidak serius dalam pelajaran walhal belajar merupakan tanggungjawab mereka. Apabila menjelang cuti sekolah, para ibu bapa mula membuat rancangan untuk bercuti.

II III IV

27.

A B C D

I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

I II III IV

Kerja -kerja ini mesti kamu siapkan dalam masa satu setengah jam. Kak Sarah pun bangun lalu bersalam dengan kawan ibu. Saya berjanji untuk memulangkan folio ini kepada Geeta malam esok. Beberapa orang pegawai tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakannya.

A B C D

I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

7

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan -pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. 28

Peribahasa di bawah adalah berkaitan dengan perlunya kita berfikir sebelum melakukan suatu tindakan, kecuali A B C D

29

ada ubi ada b atas, ada masa dapat dibalas. awal dibuat, akhir diingat. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

Setelah sekian lama Syafiq yang pendiam acap kali dipermainkan oleh rakanrakannya, kelma rin semua rakannya tergamam dengan tindakan Syafiq menempelak semua kritikan terhadapnya. Keadaan ini samalah seperti __________ A B C D

30

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. air yang tenang jangan disangka tiada buaya. alang-alang mandi biar basah. air ditetak tidak akan putus.

Darma mendiamkan diri kerana takut dan enggan bertanggungjawab atas perbuatannya membaling mercun hingga menyebabkan rumah Mak Cik Mah terbakar. Perbuatan ini diibaratkan A B C D

jauh bau bunga, deka t bau tahi. lempar batu sembunyi tangan. tanam tebu di tepi bibir. tikus membaiki labu.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

8

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 31 hingga Soalan 35. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. ORANG TUA YATIM

ORANG TUA IMRAN YATIM IMRAN YATIM IMRAN ORANG TUA YATIM ORANG TUA YATIM ORANG TUA

: Ajarkan aku nak. Bimbinglah aku. Aku akan membalas jasamu nanti. : Bapak, saya tidak minta dibalas. Kerana semuanya akan dibalas oleh Allah. Ini adalah tugas hamba Allah – fardu ke atas saya. Dan inilah tugas saya selama ini, ingin berbakti sesama manusia, mana -mana yang dapat saya lakukan! : Kau sungguh mulia, Yatim. Alangkah baiknya kalau kamu, bapak temui dari dulu lagi. Sayang sekali... : (Berjalan ke arah mereka dari surau.) Abang Yatim belum ke surau lagi? : Oh, Imran ya! Belum lagi dik. Sekejap lagi abang datanglah. : Kami sudah sembahyang asar. Baiklah, saya minta diri dulu datuk, bang... Assalamualaikum... : Waalaikumussalam... : (Berjalan keluar pantas.) : Kanak -kanak itu sungguh baik. Siapa orang tuanya? Mereka sungguh bahagia. : Imran itu anak orang kaya juga, pak. : Anak orang kaya? : Bapaknya seorang yang disegani di sini, selalu membantu orang susah, kanak-kanak cacat, anak yatim dan orang yang memerlukan pertolongan. : Bapa rasa malu dan kecewa, kerana betapa bijak orang tuanya mendidik. Bapak cemburu kerana bapak tidak dapat membentuk anakanak menjadi orang baik macam budak Imran. Bapak mungkin bersalah kerana kegagalan ini... (Dipetik daripada drama ”Asar Belum Berakhir” dalam antologi Anak Bumi Tercinta.)

31. Mengapakah Orang Tua berasa cemburu terhadap bapa Imran? A. B. C. D.

Bapa Imran dianugerahi anak yang pandai menjaga maruah diri. Bapa Imran mendapat sanjungan daripada masyarakat setempat. Bapa Imran berjaya mendidik anak menjadi seorang insan yang baik. Bapa Imran memiliki peribadi yang setanding dengan dirinya.

32. Apakah harapan Orang Tua kepada Yatim? A. B. C. D.

Membimbingnya ke jalan yang benar. Membawanya ke surau. Membalas jasa Yatim. Mengajarnya bersabar.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

9

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

33. Berdasarkan petikan, Orang Tua digambarkan sebagai seorang yang A. B. C. D.

tidak mahu mengaku kesilapan. jahil dalam hal-hal agama dan kekeluargaan. suka mendesak orang untuk memenuhi kehendaknya. suka menyalahkan diri sendiri.

34. Yang manakah antara yang berikut merupakan pengajaran yang terkandung dalam drama ini? A. B. C. D.

Kita janganlah memikirkan kesalahan yang lampau. Kita janganlah mudah mempercayai pandangan orang muda. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang pernah kita lakukan. Kita hendaklah mengutamakan kekayaan dalam kehidupan kita.

35. Pilih padanan latar yang betul seperti yang terdapat dalam drama ini. A. B. C. D.

Latar masyarakat – masyarakat yang menolak kemajuan. Latar masyarakat – masyarakat jahil. Latar tempat – rumah Yatim. Latar masa – waktu asar.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

10

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. SYAIR KEN TAMBUHAN Radin bertitah sambil berdiri, “Kakang sekalian segeralah mari, Kita pun mandi bersuci diri, Panas nan keras tidak terperi” Tunduk menyembah sekaliannya, Bersalin basahan mengiring tuannya, Radin bersiram sangatlah sukanya, Masing-masing dengan gurau sendanya. Ramainya tidak lagi terperi, Ada yang berenang ke sana ke mari, Bersimbah-simbah sesama sendiri, Menyukakan hati Raden Menteri. Setengah lagi bercura lena, Kelihatan rakit bunga angsana, Rupanya indah pelbagai warna, Segala yang memandang bebas dan pilu, Rakitnya hanyut dari hulu, Menurut air hilir selalu, Segala yang memandang bebas dan pilu, Masing-masing berehat dahulu. (Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun,Tingkatan1, DBP)

36. Bagaimanakah keadaan cuaca pada hari itu? A. gelap B. terik C. mendung D. suram 37. Pernyataan yang berikut benar tentang rakit dalam syair tersebut KECUALI A. tiada pengemudi B. hanyut dari hilir C. dihiasi indah dan berwarn a-warna D. mereka berebut-rebut mendapatkan rakit LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

11

Set 2

Bahasa Melayu 1 PMR

38. Yang manakah antara berikut ialah contoh kata klasik dalam syair ini? A. pilu B. Kakang C. bercura D. bersiram Bersalin basahan men giring tuann ya

39. Pengulangan huruf n dalam baris 2 rangkap 2 syair di atas ialah contoh A. B. C. D.

epifora repitisi aliterasi asonansi

40. Apakah pengajaran yang TIDAK terdapat dalam Syair Ken Tambuhan ? A. B. C. D.

harus sentiasa membersihkan diri mesti patuh akan arahan pemerintah perlunya perasaan belas terhadap misteri yang disaksikan perlun ya menjalankan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

12

Related Documents

Pmr Bm K1 Set2
October 2019 32
Pmr Bm K2 Set2
October 2019 37
Pmr 2008 Bm K1
December 2019 30
Pmr Bm K1 Set1
October 2019 30
Pmr Bm K1 Set3
October 2019 32

More Documents from "nabila"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33