Pmr Bm K1 Set3

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pmr Bm K1 Set3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,272
  • Pages: 12
SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2006 Set 3 1 jam UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

‘LEARNING TO SCORE 2006’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU Kertas 1 1 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.

Jawab semua soalan

3.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4.

Berfkirlah dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan tanda yang tidak dikehendaki itu sehingga bersih dan kemudian hitamkan pilihan anda yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

[Lihat sebelah SULIT

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1

Padi yang dijemur oleh nenek_____________apabila dikais oleh beberapa ekor ayam milik jiran kami. A berguguran B berkibaran C bertaburan D bergelimpangan

2

Keris pusaka itu___________ dengan emas agar keseniannya nampak lebih kemas dan cantik. A B C D

3

Opah sering __________________ apabila dicuit oleh cucunya. A B C D

4

dibalut disepuh disapu dibaur

melalut melatah menjerit membebel

Sebelum mengadakan latihan,lazimnya guru kami akan memberikan __________ tentang cara-cara membuat tugasan itu A B C D

tunjuk sebab tunjuk ajar tunjuk cara tunjuk bukti

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

2

Set 3 5

Bahasa Melayu 1 PMR

_____________ayah seorang yang garang ,___________beliau bertanggungjawab dan sentiasa mengawasi anak-anaknya agar berjaya dalam pelajaran. A B C D

6

Peristiwa kemalangan ngeri itu masih___________ fikiran ibunya hingga sekarang. A B C D

7

Sungguhpun…………bahkan Sungguhpun…………namun Sungguhpun…………sebaliknya Sungguhpun…………tetapi

menguasai membaluti membelenggu menakluki

Mangsa tsunami di tepi pantai itu_____________ kelemasan apabila dipukul ombak besar A B C D

terapung-apung terkapai-kapai terolang-aling terhuyung-hayang

Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan , kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8.

Latih tubi intensif akan diberikan kepada murid-murid yang akan menduduki A peperiksaan awam dari masa ke semasa . Tiada kesalahan B C D

9.

Menantu Pak Kassim yang berkumis tebal, kacak dan bertubuh sasa , bangun A B C bangun orang Arab. Tiada kesalahan D

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

3

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

10. Peraih ikan itu membeli ikan dari nelayan-nelayan Kampung Semarak dan A B menjualnya di bandar. Tiada kesalahan C D 11. Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya perubahan sikap A B C para pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tiada kesalahan D 12. Oleh kerana Amira rajin menelaah pelajarannya dan memberi tumpuan ketika guru A B mengajar, Amira telah memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. C Tiada kesalahan D 13. Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah turut disertai oleh guru besar-guru besar dari A B C daerah Perak Tengah dan Manjung. Tiada kesalahan D 14. Ahli pengakap memulakan ekspedisi berbasikal mendaki Bukit Semantan senyampang A B C hari masih pagi. Tiada kesalahan D

Soalan 15 hingga soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15.

I II III IV A B C D

Kerja memotong pokok-pokok di tepi jalan itu dilakukan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad. Majikan itu telah memotong satu peratus daripada gaji pekerja mereka untuk Simpanan Tabung Pekerja pada setiap bulan. Pemandu itu telah disaman oleh polis trafik kerana memotong di garisan berkembar. Sebelum pihak pencadang selesai berhujah, pihak pembangkang telah memotong kata-katanya. I dan II sahaja I dan III sahaja I, II, dan III sahaja I, II, III, dan IV

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

4

Set 3 16.

17.

Bahasa Melayu 1 PMR I II III IV

Setiap hujah pihak pencadang akan saya tentang habis-habisan. Hanya pihak polis yang tahu tentang kebenaran cerita itu. Rumah Ali terletak tentang dengan rumah saya. Penjenayah itu tentang mata dengan polis.

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja II, III, dan IV sahaja I, II, III, dan IV

I II III IV

Pihak berkuasa akan menjalankan operasi memberkas pendatang haram. Kereta lumba itu mempunyai enjin berkuasa tinggi. Pelajar perlu berkuasa dalam bahasa Inggeris untuk bersaing. Polis boleh menangkap penjahat itu kerana berkuasa besar.

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II, dan III sahaja I, II, III dan IV.

Soalan 18 hingga soalan 21 Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mangandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18.

Dia mula sedar kesilapannya pada masa lalu setelah gagal dalam PMR A B C D

19.

Pihak sekolah bersedia untuk membanyakkan pondok-pondok bacaan di kawasan sekolah. A B C D

20

mula tersedar mula tersedar silapnya mula menyedari kesilapannya mula sedar kesilapannya

mempelbagaikan pondok membanyak-banyakkan pondok membanyakkan pondok membanyakkan pondok-pondok

Maklumat rasmi tentang banjir di Shah Alam itu kami belum terima . A B C D

belum terima belum kami terima kami belum terima lagi kami belum terima

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

5

Set 3 21

Bahasa Melayu 1 PMR Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur mengambil masa selama dua suku jam. A B C D

selama dua jam suku selama suku dua jam selama jam dua suku selama dua suku jam

Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22

Kekurangan zat besi dan kalsium di dalam tubuh seseorang akan menyebabkan pembentukan tulang dan gigi terjejas. A Pembentukan tulang dan gigi akan terjejas sebagai akibat kekurangan zat besi dan kalsium di dalam tubuh seseorang. B Zat besi dan kalsium akan menjejaskan pembentukan gigi disebabkan oleh kekurangan tulang di dalam tubuh seseorang. C Pembentukan tubuh seseorang akan terjejas kerana kekurangan zat besi dan kalsium di dalam tulang dan gigi. D Tulang dan gigi yang terjejas pembentukannya kurang memerlukan zat besi dan kalsium di dalam tubuh seseorang.

23

Disebabkan oleh bakat dan kebolehannya berpidato, Tengku Syahrum telah terpilih mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri. A Tengku Syahrum yang mempunyai bakat dan kebolehan berpidato di peringkat negeri telah terpilih mewakili sekolah. B Sebagai wakil sekolah yang dipilih ke pertandingan pidato peringkat negeri, Tengku Syahrum bukan saja berbakat malah berkebolehan berpidato. C Tengku Syahrum terpilih mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri kerana dia mempunyai bakat dan kebolehan berpidato. D Bakat dan kebolehan Tengku Syahrum berpidato terserlah kerana sering mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat daerah.

24

Para pelajar perlu berpegang kepada prinsip rajin dan usaha tangga kejayaan. A Para pelajar perlu mempunyai semangat rajin dan usaha untuk mendaki tangga kejayaan. B Kejayaan dapat dicapai oleh pelajar secara beperingkat-peringkat. C Pelajar-pelajar mestilah rajin dan berusaha untuk mencapai kejayaan dari peringkat bawah. D Para pelajar haruslah yakin bahawa dengan kesungguhan pasti akan beroleh kejayaan.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

6

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25.

I II III IV

26.

A B C D

I dan III II dan IV II dan III I dan IV

I

Pengetua mengucapkan syukur di atas kejayaan program ha ri keluarga tempoh hari. Nenek Biah sedang menunjuki cucunya cara-cara membuat kuih bahulu. Hubungan dingin antara kedua-dua negara itu kembali pulih. “Saya mencadangkan hendak mengadakan majlis khatan pada minggu depan,” rungut Encik Halim.

II III IV

27.

“Saya tersenyum terkenangkan sebuah kenangan manis semasa zaman remaja,” kata Cik Thang. Setengah -setengah pemborong menjual beras kepada peruncit dengan harga yang tinggi. Beliau menyatakan pendapatnya itu sewaktu menggolong ucapan dasar Perdana Menteri. Sepanjang pengetahuan saya, Zainab datang melawat ibu hanya beberapa kali sahaja.

A B C D

I dan III II dan III I dan IV II dan IV

I II

Ensiklopedia yang dihadiahkan oleh ayah itu ada dengan Janet. Peserta yang menyertai ekspedisi berkayak harus mempunyai kemahiran mengendalikan kayak. Pendidikan agama adalah tonggak untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak. Dia terpilih sebagai pembahas terbaik lantaran kepetahannya menyampaikan hujah.

III IV A B C D

I dan IV II dan III I, II dan III II, III dan IV

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

7

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan -pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. 28.

Sebelum pelajar-pelajar berlepas ke Jepun pada pagi ini, pengetua tidak jemu-jemu berpesan kepada mereka agar bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat di sana kelak seperti maksud pepatah __________ A dibakar tak hangus, direndam tak basah. B ditelan mati emak, diludahkan mati bapa. C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. D di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

29

Serik rasanya Puan Farhana mahu mengajar sekumpulan penduduk kampung itu lagi tentang kaedah terkini penanaman mempelam kerana mereka kelihatan sukar untuk meninggalkan cara lama. Situasi ini __________ A B C D

30

bagai ayam disambar helang. bagai bulan dipagar bintang. bagai buluh ditarik songsang. bagai kumbang putus tali.

“Barulah kusedari kebenaran pepatah __________ ,” bisik hati kecil Nazmi apabila terkenangkan kesabaran isteri menghadapi sikap panas barannya yang kini be rada di tanah air. A B C D

jauh bau bunga, dekat bau tahi jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor jika hati tak suka, madu diminum terasa cuka jika hendak beranak, ikutlah cakap bidan

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

8

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuturuti arah pengusung. Aku turut membantu. Tiba-tiba aku terlihat Tina yang terbujur. Mukanya biru. Aku membanding -bandingkan. Muka dia pun! Entah kenapa aku terus meraung. Usungan berhenti. Mahu rasanya kudakap tubuhnya tetapi aku tidak pasti mengapa aku tidak lakukan itu. ”Cepat! Bawa dia ke hospital sebelum terlewat,” arahku seperti Tuan Pengetua saja. ”Mungkin dia sakit jantung...,” tokokku dalam sedu. Tina pun beginilah...” Antara jelas dengan tidak, aku mendengar suara beberapa orang yang merungutrungut membicarakan hal diriku. ”Dah kenapa dengan budak baru ni? Baru dua bulan di sini, dah macam-macam perangainya...” “ Siapa Tina yang disebutnya tu? Dia kata Tina macam tu...” ”Dia pun sebut pasal sakit jantung.” ”Masakan si pesakit jantung boleh lari begitu hebat?” ”Anak kecil jantung berlubang, ayah susah hidup terbuang.” ”Apa yang Tina cakap ni? Kenapa sebut-sebut perkataan tu?” ”Kan betul bang? Dalam surat khabar tulis macam tu. Tina bacalah macam tu…“ “Tina bersabarlah. Tina boleh sembuh setelah pembedahan nanti. Sekarang kita menunggu derma dan belas kasihan orang ramai. Rakyat Malaysia memang murah hati. Jadi, Tina jangan susah -susahkan hati. Tina akan sembuh. Percayalah cakap abang ni…” “ Bedah tu macam siang ikan ya mak?” “ Sudahlah. Jangan kacau emak. Emak banyak kerja. Tina jangan cakap banyakbanyak. Banyakkan rehat saja. Ingat pesan abang…” Dipetik daripada cerpen “Tina” dalam antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa , DBP.

31. Apakah hubungan antara “aku” dan Tina? A. B. C. D.

Ayah dan anak. Abang dan adik. Guru dan pelajar. Rakan sekolah.

32. Dalam cerita ini, ”aku” meraung kerana A. B. C. D.

terkenang akan Tina. dihantui rasa bersalah terhadap Tina. dipengaruhi perasaan sedih atas kehilangan Tina. merasakan individu yang berada di atas pengusung ialah Tina.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

9

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

33. Melalui petikan ini, dapatlah disimpulkan bahawa ”aku” begitu yakin orang yang diusung itu A. B. C. D.

ialah Tina. akan mati. ialah adiknya. menghidap sakit jantung.

34. Pengarang menggunakan pelbagai teknik dalam mengembangkan plot cerita. Apakah teknik yang digunakan oleh pengarang untuk mengetengahkan kisah Tina yang sakit? A. B. C. D.

Imbas kembali. Imbas muka. Monolog. Dialog.

35. Sifat yang paling ketara dimiliki oleh watak ”Aku” dalam cerita ini ialah A. B. C. D.

bertimbang rasa. penyayang. taat setia. prihatin.

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

10

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHASA mari kita berbahasa Sebaiknya. bahasa adalah pengatur pucuk fikiran yang bertabur bahasa adalah pelentur ranting perasaan yang bersiur dengan bahasa terlihat fakta padu terlihat sinar ilmu terlihat cinta biru dengan bahasa pemimpin memaparkan arah di pentas siasah dengan bahasa orang beriman menikmati ibadah khusyuk dan pasrah mari kita berbahasa Sebaiknya dengan bahasa budi dipertingka tkan mesra diperlebarkan dengan bahasa kita menjadi kita bersama Jika tanpa bahasa bagaimana akan kita setujui perjanjian ini? Mari kita berbahasa Sebaiknya. (Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta,Tingkatan 3,DBP)

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

11

Set 3

Bahasa Melayu 1 PMR

36. Melalui rangkap pertama sajak ini,penyajak mengajak kita A. menghayati bahasa . B. mengekalkan bahasa kasar. C. menggunakan bahasa yang indah. D. menggunakan bahasa dengan sempurna. 37. Frasa ‘pentas sahsiah’ dalam rangkap keempat sajak ini ialah contoh A. personifikasi. B. simile. C. metafora. D. perlambangan . 38. Berikut merupakan kegunaan bahasa seperti yang terdapat dalam sajak KECUALI A. berpolitik. B. Beribadat. C. Memfitnah. D. meluahkan perasaan . 39. Penggunaan kata ‘terlihat’ dalam baris-baris awal rangkap ketiga ialah A. epifora . B. person ifikasi. C. anafora. D. sinkof. 40. Sajak ini bertemakan A. keindahan bahasa. B. peranan bahasa. C. kemurnian bahasa. D. kepentingan bahasa .

KERTAS SOALAN TAMAT

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

12

Related Documents

Pmr Bm K1 Set3
October 2019 32
Pmr Bm K2 Set3
October 2019 30
Pmr 2008 Bm K1
December 2019 30
Pmr Bm K1 Set1
October 2019 30
Pmr Bm K1 Set2
October 2019 32

More Documents from "nabila"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33