PERHUBUNGAN ETNIK Kumpulan 3 Muhammad Firdaus Bin Mohamad Dahari Mohd Hanafi Bin Yaacob Mohd Zaini
Topik 3
PENGENALAN Masyarakat plural – masyarakat yang
mengandungi dua atau lebih unsur atau peringkat sosial, terdapat saingan tetapi tidak bercampur. Unsur-unsur ini hidup dalam satu unit politik. Kuasa penjajah telah membawa masuk imigran yang hidup berdampingan tetapi berasingan. Pluralisme adalah satu nilai yang mengarah perubahan politik dan sosial, ia tidak dianggap sebagai satu masalah, corak perkongsian bersama.
Dasar Pecah dan Perintah Kewujudan masalah polarisasi etnik dan
kegagalan asimilasi disebabkan oleh politik kolonial Inggeris yang menjalankan dasar pecah dan perintah. Setiap etnik dilayan, dibayar dan diberi kemudahan berasingan dan berbeza. Pecah dan perintah terhadap suku-suku dalam etnik (sub-etnik). Pecah dan perintah terhadap negeri-negeri dan daerah-daerah. Pecah dan perintah terhadap pentadbiran.
Penguasaan Politik Abad ke-19- unit politik Melayu ialah negeri
dikuasai oleh seorang Sultan. Setiap negeri terdiri daripada beberapa buah kampung diketuai penghulu. Keseluruhan struktur sosial terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat. Berdasarkan keturunan dan ditandai dengan adat resam dan kepercayaan.