Tajuk 2: Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajuk 2: Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah as PDF for free.

More details

  • Words: 685
  • Pages: 3
Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

TAJUK 2: PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

2.0 Pendahuluan Dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat pluralistik (plural society). Asia Tenggara semasa pra-Eropah merupakan satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia yang didorong oleh serampang tiga mata iaitu Ketuhanan, Kekayaan dan Kemenangan (God, Gold and Glory).

2.1 Sejarah Masyarakat Plural dan Pluraliti di Malaysia Ciri-Ciri Pluraliti Dan Masyarakat Plural (Prulalistik): PLURALITI : Bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel. MASYARAKAT PLURAL/ PLURALISTIK : Bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Persamaan: Wujudnya sejenis masyarakat pelbagai bangsa seperti Melayu, China, India, Eropah, Jepun dan lain-lain. Perbezaan: PLURALITI Melalui proses semulajadi tanpa paksaan. Datang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Disertai oleh kaum keluarga. Keadaan ini menjamin ketenangan fikiran dan perasaan para pendatang. Hasilnya mereka berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem: Sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan (Cina Baba). Mengamalkan budaya kehidupan seharian orang Melayu. Amalan dan adat resam pendatang diterima pakai oleh penduduk tempatan.

PLURALISTIK Berlaku secara paksaan. Demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Tidak disertai oleh kaum keluarga. Akibatnya hasrat untuk kembali ke tanah air masing-masing tidak pernah padam Hasilnya mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar serta sistem: Wujudkan kelompok masyarakat beserta sistem mereka sendiri. Terasing daripada kelompok yang lain walaupun di tempat sama. Gagal mengenali antara satu sama lain.

Penjajahan: Titik Pemisah Antara Pluraliti Dan Masyarakat Plural Titik pemisah di antara pluraliti dan masyarakat plural ialah dengan ketibaan penjajah Inggeris ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu. Walaupun sebelum kedatangan Inggeris, Asia Tenggara telah dikunjungi kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan Sepanyol namun kedatangan Inggeris membawa fenomena yang berbeza. Kuasa-kuasa Eropah lain lebih banyak menekankan imperialisme di dalam misi-misi kedatangan mereka. Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang dua mata di dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme. Ini bermakna mereka menjajah kedua-dua aspek fizikal dan mental masyarakat yang dijajah: Imperialisme dan Kolonialisme:

4

Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

IMPERIALISME: Mereka menjajah secara fizikal iaitu segala kekayaan muka bumi seperti bijih timah & emas diambil demi kepentingan ekonomi negara mereka. Oleh itu buruh dr China & India dibawa masuk utk mengusahakan lombong-lombong & ladang getah.

KOLONIALISME: Mereka memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan. Hasilnya mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang sedikit.

2.1.1 Pluraliti Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. PEMERINTAHAN Sultan/ pembesar mempunyai misi & visi yg hebat. Pemerintahan diplomasi & terbuka. Perlembagaan: berdasarkan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka). PERDAGANGAN Tmpt pertemuan pedagang (The Venice of The East) Pentadbiran pelabuhan sangat cekap Selamat dari ancaman perompak & lanun Kepulauan Melayu terkenal dgn hasil rempah ratus yg dianggap brg mewah KEBUDAYAAN Keterbukaan pemerintah empayar Melaka & keselamatan perairan Selat Melaka menjadikan Melaka sebagai pelabuhan dan kota metropolitan serta kota multi budaya. KEPENDUDUKAN Proses penghijrahan berlaku scr semulajadi tanpa paksaan. Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sbg pengenalan diri. Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di Melaka.

2.1.2 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah. PRINSIP: Pemisahan negara dr agama (sekularisme) Pentadbiran negara dikawal oleh mereka, hal ehwal agama Islam & adat istiadat Melayu di bawah sultan. PEMERINTAHAN: Pengagihan kuasa: kehakiman, eksekutif & perundangan EKONOMI: berubah dari hanya berasaskan pertanian sara diri kepada sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan (sistem ekonomi kapitalis) PENDIDIKAN: Dwi-sistem iaitu pendidikan agama dan pendidikan sekular

5

Disediakan oleh: Ustzh Qurrotul Aien bt Fatah Yasin_____________________________________________CTU 553 (MODUL HUBUNGAN ETNIK)

2.1.3 Masyarakat Pluralistik Pasca Merdeka. POLITIK: Rancangan pembangunan ekonomi negara digiatkan bagi mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik. Dasar-dasar pembangunan negara dirangka bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi. PERLEMBAGAAN: Perlembagaan = Sumber segala perundangan dan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik. Perlembagaan berlandaskan kontrak sosial antara kaum. PENDIDIKAN: Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) bermatlamat menyatukan etnik-etnik. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. EKONOMI: Rancangan pembangunan ekonomi negara digiatkan bagi mengatasi masalah sosioekonomi dan sosiopolitik. Dasar-dasar pembangunan negara dirangka bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi.

6

Related Documents