Petempatan Dan Perkembagannya Di Bandar Baru Bangi(bbb) Dibandingkan Dengan Bangkok.

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Petempatan Dan Perkembagannya Di Bandar Baru Bangi(bbb) Dibandingkan Dengan Bangkok. as PDF for free.

More details

  • Words: 2,284
  • Pages: 7
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat juga menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya juga dapat menyiapkannya tanpa sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Paridah binti Ahmad dan cikgu Nor Shafizah binti Yahaya selaku guru matapelajaran Geografi Tingkatan 3 Harmoni 2009 yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja kursus ini ini. Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu, Pn. Rohaiyu Hussain dan ayah,Mohd Zul Yusof serta ahli keluarga lain yang telah banyak memberi sokongan. Terima kasih juga kepada mereka kerana telah banyak membantu dalam segi kewangan mahupun pengetahuan dalam mencari bahan. Tidak lupa juga kepada rakanrakan seperjuangan yang lain, iaitu, Syakirah, Farehah, Fasihah dan juga ahli-ahli kelas 3 harmoni yang lain kerana telah banyak beri kerjasama dengan berkongsi pengetahuan dan tunjuk ajar. Selain itu, tidak lupa juga kepada para responden yang juga merupakan ahli-ahli Persatuan Penduduk Taman Bangi 3 yang sudi memberi dan berkongsi maklumat dan memberi komited ketika kajian dilakukan. Sekian, terima kasih. PENDAHULUAN Saya, (nama). merupakan salah seorang pelajar tingkatan 3 harmoni di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Tajuk yang telah saya dan rakan-rakan Tingkatan 3 harmoni terima untuk kerja kursus geografi bagi persediaan kerja sekolah pada cuti kali ini ialah Petempatan dan Perkembangan Bandar Baru Bangi Daerah Hulu Langat yang dibandingkan dengan Bangkok, Thailand. Kawasan saya menjalankan kajian ini ialah kawasan Bandar Baru Bangi Daerah Hulu Langat.Manakala kawasan kajian yang saya hendak bandingkan pula ialah kawasan Bangkok diThailand. Tujuan saya memilih kawasan Bandar Baru Bangi ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini. Manakala, kawasan kajian bandingan saya iaitu Bangkok, Thailand pula, bertujuan kerana saya amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kawasan tersebut. Saya telah menemu ramah seramai 20 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang fungsi petempatan, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk mengatasinya dan kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kajian ini juga tertumpu kepada perkembangan kwasan kajian. Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan Kerja Kursus Geografi ini. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti beberapa objektif. Antaranya ialah seperti berikut;Mengkaji dan menghuraikan jenis dan pola penempatan di Bandar Baru Bangi Hulu Langat, Selangor dan Bangkok, Thailand. Mengkaji dan meghuraikan faktor yang mempengaruhi petempatan di Bandar Baru Bangi Hulu Langat, Selangor dan Bangkok, Thailand.

Mengkaji dan menghuraikan fungsi petempatan di Bandar Baru Bangi Hulu Langat, Selangor dan Bangkok, Thailand. Menyenaraikan dan menghuraikan masalah petempatan di Bandar Baru Bangi Hulu Langat , Selangor dan Bangkok, Thailand. Menyenarai dan menghuraikan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di Bandar Baru Bangi Hulu Langat, Selangor dan Bangkok, Thailand. Menyenaraikan nilai dan unsure patriotisme terhadap kawasan kajian Bandar Baru Bangi Hulu Langat, Selangor.

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya terletak di Bandar Baru Bangi Di Daerah Hulu Langat Negeri Selangor. Bentuk muka buminya terdiri daripada tanah pamah, beralun, rata dan luas. Ketinggian muka buminya 60m. Disaliri Sungai Langat. Terdapat bekas-bekas lombong yang telah ditebus guna yang dijadikan kawasan perumahan, kedai-kedai perniagaan perbankan, tempat rekreasi, perhotelan dan sebagainya. Keluasan Bandar Baru Bangi ialah----hektar dan telah dibangunkan oleh kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1974. Kedudukan Bandar Baru Bangi strategik kerana, berdekatan dengan bandar seperti Kuala Lumpur yang jaraknya 25km, Kajang 9km,dan Putrajaya 9km. Justeru Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan migrasi. Bandar Bangkok dalam bahasa Thailand ialah Krung Thep atau Krung Thep Maha Nakhon. Bandar Bangkok adalah ibu kota dan kota terbesar di Thailand. Kota ini terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya, dekat Teluk Thailand. Bangkok adalah salah satu kota dengan perkembangan terpesat, dengan ekonomi yang dinamis dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara. Kota ini sedang berkembang menjadi pusat regional yang dapat menyaingi Singapura dan Hong Kong, namun masih mempunyai masalah dalam sektor infrastruktur dan sosial sebagai akibat perkembangannya yang pesat. Kota ini juga mencatat sebagai salah satu kota di dunia dengan laju penambahan konstruksi gedung pencakar langit tercepat. tiga lakaran peta 1.Peta Daerah Hulu Langat di Selangor 2. peta Daerah Bandar Baru Bangi Di Selangor 3. Peta petempatan BBB dua peta kawasan kajian. 1.peta Bangkok 2. Peta petempatan Bangkok

KAEDAH KAJIAN Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan ialah : 1. Kaedah pemerhatian. Saya telah meninjau dan memerhati kawasan kajian saya iaitu Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri bentuk muka bumi, saliran yang menyaliri kawasan ini dan meninjau jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Bangi.

2. Kaedah temu bual. Saya juga sempat untuk menemu bual orang sumber untuk mendapatkan maklumat tentang faktor yang mempengaruhi petempatan di Bandar Baru Bangi, masalah petempatan di Bandar Baru Bangi dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. 3. Kaedah soal selidik. Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden untuk mendapatkan makluimat tentang jenis pekerjaan penduduk di Bandar Baru Bangi, dengan ini daya dapat mengenal pasti fungsi petempatan di Bandar Baru Bangi 4. Kaedah rujukan. Saya telah membuat banyak rujukan melalui internet, buku ilmiah serta buku teks geografi untuk mendapatkan peta Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dan negara Thailand. Saya juga mendapat maklumat tentang petempatan di Bangkok Thailand DAPATAN KAJIAN 1. JENIS DAN POLA PETEMPATAN Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang saya jalankan, saya dapati Bandar Baru Bangi merupakan petempatan Bandar yang terletak dipinggir bandar Kuala Lumpur. Bandar Baru Bangi ditubuhkan bertujuan mengurangkan kesesakan penduduk di Kuala Lumpur. Pola Petempatan Bandar Baru Bangi Pola petempatan Bandar Baru Bangi adalah berpusat terancang, sebab penubuhannya dirancang oleh kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1974 bertujuan memenuhi keperluan perumahan dan sosial yang dimajukan secara berperingkat. Penubuhan Bandar Baru Bangi juga adalah untuk mencapai pertumbuhan Bandar yang seimbang di Lembah Klang dilengkapi dengan kelengkapan Bandar moden . Rumah-rumah kedai didirikan untuk kegiatan ekonomi seperti kedai runcit, restoran, klinik dan sebagainya. Sementara itu tempat-tempat kediaman didirikan disekitar bangunanbangunan tersebut. Susunan rumah-rumah ini membentuk suatu pola berpusat. Negara Thailand Bandar Bangkok merupakan petempatan Bandar. Bangkok adalah ibu negara Thailand dan pusat pentadbiran Thailand. Oleh itu, pembangunan berkembang pesat sekaligus menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk. Pola petempatan Bandar Bangkok adalah berpusat. Terdapat banyak pembangunan seperti kawasan perumahan dikelilingi pelbagai bangunan sekolah, perpustakaan , kedai-kedai dan sebagainya. Nilai

Saya gembira dan bangga tinggal di Bandar Baru Bangi kerana Bandar Baru Bangi merupakan petempatan Bandar dan pola berpusat yang pesat membangun.

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN. Bandar Baru Bangi Baerdasarkan kajian saya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi Bandar Baru Bangi menjadi kawasan petempatan I. Bentuk muka bumi Bentuk muka bumi Bandar Baru Bangi, tanah pamah, rata beralun, ketinggian antara 30m hingga 60m. Mudah dijalankan pebinaan bangunan dan tempat kediaman .Bangunan dan kedai-kedai perindustrian, perbankan, menyediakan kemudahan awan dan sebagainya. II. Dasar kerajaan Penubuhannya dirancang oleh kerajaan Negeri Selangor sebagai Bandar kedua terbesar selepas Shah Alam. Sebagai pusat pertumbuhan wilayah di Lembah Klang bertujuan memberi peluang kepada bumiputra dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perindustrian. Selain itu, menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai Bandar universiti kerana Bandar Baru Bangi dikelilingi institusi pengajian tinggi seperti UKM, MFI, USIM dan sebagainya. Pusat-pusat penyelidikan seperti MINT. Kemajuan dasar ini dapat mengurangkan kesesakan penduduk di Kuala Lumpur dengan mewujudkan sebuah Bandar Taman. Oleh itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) merancang mewujudkan tempat-tempat tinggal, bangunan perniagaan , dan kemudahan awam. III Kegiatan ekonomi Di Bandar Baru Bangi terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti perkilangan. Jenis-jenis perniagaan yang ada di Bandar Baru Bangi ialah SEPERTI ………………… Faktor-faktor ini telah menyebabkan Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan penduduk dan merupakan petempatan yang pesat membangun Bangkok Thailand I Bentuk muka bumi Bentuk muka bumi Bangkok adalah tanah rata dan luas. Terletak ditebing Menam Chao Phrya, kira-kira 40km dari laut. Bangkok menjadi bandarraya terbesar dan pelabuhan utama. Ekoran itu, banyak pembinaan bangunan prasarana yang lain boleh didirikan di Bangkok, menyebabkan Bangkok menjadi tumpuan penduduk kerana banyak peluang pekerjaan dan seterusnya maju. II Darjah ketersampaian. Tahap darjah ketersampaian Bangkok amat tinggi. Hal ini kerana banyak jalan perhubungan seperti jalan0jalan raya dibina bagi memudahkan perjalanan ke Bangkok. Terdapat pengangkutan awam seperti bas, kereta, teksi dan sebagainya. Jalan raya utama berpusat di Bangkok dan menghubungkan Chiengmai di uatara, Korat di timur dan Haadyai hingga ke Padang Besar di Selatan. III Kegiatan ekonomi. Bangkok merupakan Bandar Pelabuhan yang mengendalikan 80% daripada hasil perdagangan Thailand dan pusat pelancongan sama ada dalam ataupun luar negara. Terdapat kilang-kilang memproses hasil pertanian seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Keadaan ini menyediakan banyak peluang pkerjaan dan seterusnya menjadi tumpuan penduduk. Nilai Saya bersyukur kerana kawasan petempatan saya iaitu Bandar Baru Bangi merupakan petempatan yang pesat membangun kerana terdapat banyak projek pembangunan yang dijalankan sesuai dengan matlamat kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Bandar Baru Bangi Bandar kedua terbesar selepas Shah Alam. 3. FUNGSI PETEMPATAN Bandar Baru Bangi

Hasil daripada soal selidik dan pemerhatian yang saya jalankan, saya dapati petempatan Bandar Baru Bangi mempunyai pelbagai fungsi, antaranya ialah pusat perindustrian, pusat perniagaan, pusat pendidikan,dan pusat perbankan. Jenis pekerjaan penduduk di Bandar Baru Bangi(fungsi petempatan) Bil. Jenis pekerjaan Jumlah 1 Perindustrian 2 Perniagaan 3 Pendidikan 4 Perbankan 5 Jumlah 20 Sumber: Soal selidik daripada 20 orang responden Bandar Baru Bangi. ----------------------------------------(graf bar ) Daripada jadual dan graf diatas menunjukkan Bandar Baru Bangi mempunyai pelbagai fungsi, seperti sebagai pusat perindusrtian, pusat perniagaan, pusat pendidikan, pusat perbankan dan sebagainya. i. Pusat perindustrian Bandar Baru Bangi berfungsi sebagai pusat perindustrian. Terdapat kilang-kilang perindustrian seperti Sony, Denso, Hitachi dan sebagainya yang mengeluarkan barangan eletronik. Di antaranya terletak di Jalan Kemajuan, Jalan 6 dan Seksyen 16. Oleh itu, Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan tumpuan penduduk kerana menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang perindustrian ii. Perniagaan Bandar Baru Bangi juga berfungsi sebagai pusat perniagaan kerana terdapat beberapa jenis perniagaan runcit, restoran, pasar basah, pusat membeli belah yang menjual barangan basah dan kering untuk menampung keperluan penduduk, contohnya Pasar tani, Pasar malam, Pasar borong, Pasar Mydin, Bintang, dan sebagainya. iii. Pendidikan Bandar Baru Bangi dikenali sebagai Bandar ilmu atau bandar elit kerana dikelilingi oleh institusi pengajian tinggi seperti, universiti, sekolah-sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pusat-pusat tuisyen yang memberi ilmu dan pendidikan kepada penduduk Bandar Baru Bangi khususnya dan amnya kepada penduduk luar Bandar Baru Bangi, sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Antara Sekolah yang ada di Bandar Baru Bangi ialah Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi Jalan 2(SMKBBB), Sekolah Menengah Jalan Empat(SMKJ4), Sekolah Menengah Jalan Tiga(SMKJ3) dan sebagainya. iv. Perbakan. Bagi memudahkan urusan kewangan penduduk Bandar Baru Bangi berfungsi sebagai pusat perbankan. Terdapat Pelbagai Bank di Bandar Baru Bangi . Antaranya ialah, Bank Simpanan Nasional(BSN), Bumiputra commerce, Mybank, Bank Islam, Cimb Bank, dan sebagaingya. Dengan ini memudahkan penduduk Bandar Baru Bangi mengeluar dan menyimpan wang. Disamping itu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Bandar Baru Bangi. Fungsi petempatan Bangkok, Thailand. Berdasarkan kajian saya dapati Bandar Bangkok berfungsi sebagai : i. Pusat pentadbiran ii. Pusat perhubungan dan pengangkutan Jalan raya utama Thailand berpusat di Bangkok dan menghubungkan Chiengmai di utara, Korat di timur laut dan Haadyai ke Padang Besar. Bangko juga menjadi pusat tumpuan keretapi, landasan keretapi menganjur ke Ciengmai da ke Padang Besar. Bangko juga merupakan pusat pengangkutan udara dalam dan luar negara. Oleh itu, Bangkok menjadi destinasi pelancongan dalam dan luar negara.

iii.

Pusat erindustrian

Nilai Saya gembira dan bersyukur kerana Bandar Baru Bangi mempunyai pelbagai fungsi seperti perindustrian, pusat perniagaan, pusat pendidikan,dan pusat perbankan. Dengan ini penduduk dapat melibatkan diri dalam pelbagai pekerjaan. Saya juga bangga kerana Bandar Baru Bangi berkembang maju. Saya juga gembira Bangkok jiran negara saya mudah dihubungi kerana mempunyai sistem pengangkutan yang baik.

4. MASALAH YANG DIHADAPI Bandar Baru Bangi. Penipisan ozon.: Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan sebagainya. Jenayah: Masalah jenayah seperti mencuri, semakin meningkat di kawasan kajian. Hal ini demikian kerana, kebanyakan kes kecurian ini sering berlaku di kawasan yang sunyi, kurang berpenduduk dan ketika penghuni rumah sedang tidur. Masalah curi ini juga sering berlaku di kebun mahupun ladang. Peparitan: Masalah peparitan sering berlaku di kawasan kajian, terutama sekali ketika hujan. Hal ini demikian kerana, air tidak dapat mengalir dengan lancer akibat dari sikap penduduk juga yang suka membuang sampah-sarap ke dalam parit menyebabkan ia tersumbat. Bangkok. Pencemaran: Asap-asap kenderaan yang sentiasa banyak pada setiap masa telah menimbulkan masalah pencemaran udara seperti jerebu yang teruk. Ini boleh mengakibatkan banyak penyakit yang akan berjangkit kepada penduduk sekitar kawasan tersebut. Pulau haba: Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak banggunan pencakar langit menyebabkan berlakunya pulau haba. Kepupusan sumber: Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan pelancongan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. 5. CARA MENGATASI MASALAH Bandar Baru Bangi Kempen: Mengadakan kempen untuk kesedaran penduduk tentang penipisan ozon yang semakin meningkat. Hal ini dapat mengurangkan pelepasan gas CFC ke udara dan juga meningkatkan kesedaran terhadap penduduk bahayanya pelepasan gas CFC ke udara. Menguatkuasakan undang-undang: Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang bagi kes-kes jenayah yang berlaku. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan kajian. Poster:

Penyebaran poster tentang akibat atau kesedaran yang berlaku akibat dari pembuangan sampah-sarap ke dalam parit juga akan dapat mengurangkan masalah perparitan daripada terus teruk.

Bangkok Kempen: Melancarkan kempen-kempen serta program-program untuk kesedaran masyarakat agar mengetahui bahayanya pencemaran udara yang berlaku yang akan mengakibatkan penipisan ozon serta jerebuhal ini berkemungkinan besar dapat mengurangkan pencemaran ini dari terus meningkat. Mengadakan hari penanaman pokok hijau kebangsaan: Melalui hari penanaman pokok hijau kebangsaan dapat memberi ruang kepada penduduk di kawasan kajian untuk member kesempatan membantu daripada berlakunya pulau haba di kawasan tersebut. Poster: Penampalan atau pengedaran poster kepada penduduk tentang kepupusan sumber di kawasan tersebut haruslah dikenalkan agar masalah kepupusan sumber seperti flora dan fauna dapat diatasi. Nilai. Saya bersyukur kerana masalah di Bandar Baru Bangi tidak sehebat masalah di Bangkok. 6. LANGKAH-LANGKAH DI KAWASAN KAJIAN RUMUSAN RUJUKAN~~

Related Documents