7.1 JENIS DAN POLA PETEMPATAN TAMAN ENG ANN DAN METROPOLIS BANGKOK Jenis petempatan di kawasan kajian iaitu di Taman Eng Ann adalah petempatan bandar. Petempatan bandar ialah petempatan yang kebanyakkan penduduknya terlibat dalam kegiatan perindustrian, perdagangan, perkhidmatan dan aktiviti yang berkaitan dengan sesebuah bandar. Pola petempatan yang terdapat di Taman Eng Ann ialah petempatan berpusat. Hal ini kerana rumah penduduk yang dibina adalah dalam keadaan rapat dan kelihatan padat. Di sini juga terdapat kemudahan asas dan infrastruktur yang dibina seperti kedai runcit, sekolah rendah dan sekolah menengah, surau, balai polis, hospital, pejabat pos dan pasar. Manakala di Bangkok pula jenis petempatannya juga adalah petempatan bandar. Terdapat banyak pembangunan yang dibangunkan di sekitar kawasan Bangkok, Thailand. Petempatan bandar di Bangkok tertumpu di sekitar metropolis Bangkok dan juga Chiangmai. Pola petempatan Bangkok adalah berpusat tertumpu di metropolis Bangkok. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan seperti bekalan air, elektrik dan telefon. Di sini juga terdapat banyak pusat membeli-belah, pusat hiburan, pusat perbankan serta lain-lain pusat perkhidmatan. Saya bersyukur kerana petempatan yang terdapat di Taman Eng Ann adalah selesa dan penduduknya hidup dalam keadaan selesa. Begitu juga dengan penduduk di Bangkok yang bersyukur dapat tinggal di Bangkok yang bersyukur dapat tinggal di petempatan yang selesa dan sempurna.