Petempatan Dan Perkembangan Di Bandar Baru Bangi Dan Perbandingan Dengan Bangkok, Thailand

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Petempatan Dan Perkembangan Di Bandar Baru Bangi Dan Perbandingan Dengan Bangkok, Thailand as PDF for free.

More details

  • Words: 4,055
  • Pages: 25
1 . P E T E M PATA N D A N P E R K E M B A N G A N D I B A N D A R B A R U B A N G I , H U L U L A N G AT, S E L A N G O R S E R T A P E R B A N D I N G A N N YA D E N G A N B A N G K O K , NEGARA THAILAND.

2.SENARAI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

1

TA J U K

2

SENARAI KANDUNGAN

3

PENGHARGAAN

4

PENDAHULUAN

5

OBJKTIF KAJIAN

6

K AWA S A N K A J I A N

7

KAEDAH KAJIAN

8

D A PATA N K A J I A N

9

RUMUSAN

10 11

LAMPIRAN RUJUKAN

4.PENDAHULUAN

HALAMAN

Bagi memenuhi keperluan keperluan mata pelajaran geografi, saya diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan iaitu kajian geografi tempatan(kgt). Para pelajar diberi pilihan untuk membuat kajian berdasarkan dua tajuk yang diberi. Saya telah memilih tajuk petempatan dan perkembangan di Bandar Baru Bangi Daerah Hulu Langat Selangor dengan membandingkannya dengan Bangkok, Negara Thailand. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian merupakan tempat tinggal saya. Hal ini memudahkan saya untuk membuat kajian d e n g a n l e b i h m e n d a l a m l a g i . Ta m b a h a n p u l a s i f a t m a s y a r a k a t yang berbudi bahasa turut memudahkan perjalanan kajian. Saya telah mengambil masa 5 minggu bagi menjalankan KGT ini. Segala hasil maklumat yang saya perolehi telah saya gunakan bagi melengkapkan kajian ini. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan seluruh

masyarakat di sini amnya.

5.OBJEKTIF KAJIAN Objektif

saya

menjalankan

kajian

ini

adalah

untuk

mengkaji tentang jenis-jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Bangi dan membandingkannya dengan Bangkok, Negara Thailand. Saya juga akan mengkaji faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian saya serta fungsi dan masalah petempatan. petempatan

Langkah-langkah juga akan

saya kaji.

mengurangkan Penerapan

masalah

nilai dan

unsur

patriotisme terhadap kawasan kajian akan saya terapkan. Akhir kata, saya rasa bersyukur dan berbangga kerana diberi

peluang

untuk

mengkaji

dan

mengetahui

penempatan dan perkembangannya di sesuatu kawasan.

tentang

6 . K AWA S A N K A J I A N Kawasan kajian yang saya kaji ialah Bandar Baru Bangi. Bandar Baru Bangi merupakan kawasan bekas ladang kelapa s a w i t y a n g d i m i l i k i o l e h We s t C o u n t r y E s t a t e . T e r d a p a t j u g a beberapa kawasan kecil bekas tinggalan lombong bijih timah s e p e r t i y a n g t e r d a p a t d i Ta m a n S e p a k a t I n d a h b e r h a m p i r a n dengan Seksyen 7. Dari segi perancangan, Bandar Baru Bangi mula dibangunkan menjadi bandar satelit kedua terbesar selepas Shah Alam bermula pada tahun 1974 dan berakhir pada tahun 2007 serta mengandungi 16 seksyen. Kawasan ini secara umumnya merupakan kawasan tanah pamah yang rendah, dengan purata ketinggian 48 meter dari aras laut. Beberapa kawasan di bahagian selatan mempunyai muka bumi yang agak beralun. Di bahagian utara Bandar Baru Bangi terutamanya kawasan yang berhampiran dengan Seksyen 4, Seksyen 7 dan Seksyen 8 mempunyai muka bumi yang rata dan luas serta disaliri oleh sebatang sungai iaitu Sungai Semenyeh. Lokasi Bandar Baru Bangi terletak di Daerah Hulu Langat iaitu di Mukim Kajang serta di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (Peta muka surat 5). Kawasan ini di kelilingi oleh Sungai Ramal di utara, Bangi Lama di selatan,

Semenyih di timur dan Putrajaya di sebelah barat. Bandar paling hampir ialah Kajang di timur laut yang terletak 6 kilometer dari Bandar Baru Bangi serta Putrajaya yang terletak 15 kilometer dari kawasan ini. Kawasan ini juga boleh dihubungkan dengan banda raya Kuala Lumpur di sebelah utara, melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan perkhidmatan komuter K T M Ba n d a r B a ru Ba n g i – Ku a l a Lu m p u r, s ej a u h l e b i h ku ra n g 4 5 k i l o m e t e r.

7.KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi PMR ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang sesuai dengan kajian saya. Berikut ialah kaedahkaedah yang saya gunakan:

i. Kaedah pemerhatian:

Kaedah ini saya jalankan dengan melihat sendiri jenis-jenis dan pola petempatan di kawasan kajian, jenis muka bentuk muka bumi di kawasan kajian, jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan dan nama dan jenis perniagaan atau perkhidmatan yang disediakan di kawasan kajian.

ii. Kaedah temu bual:

Kaedah ini saya jalankan dengan menemubual empat orang responden yang tinggal di kawasan seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Responden tersebut Encik Sulaiman bin Ghani, Puan Zanariah bte Sukor dan Encik Zulkifki bin Ahmad.

iii. Kaedah soal selidik:

Saya dan rakan kumpulan saya telah menyoal selidik seramai 20 orang responden iaitu penduduk di Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 dengan menggunakan borang soal selidik. Antara maklumat yang terdapat dalam borang tersebut ialah jenis kedai yang dikunjungi, sebab membeli barang atau sebab menggunakan perkhidmatan di kedai-kedai di kawasan petempatan, masalah yang dihadapi di kawasan petempatan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah petempatan.

8 . D A PATA N K A J I A N

8.1 Jenis dan pola petempatan Melalui kajian yang dijalankan, kawasan seksyen 8, Bandar Baru Bangi adalah jenis bandar dan pola petempatannya ialah berpusat kerana rumah dan bangunan dibina rapat-rapat. Kawasan kajian mempunyai tanda panduan, terdapat banyak jalan raya utama, tempat beribadat, sekolah, kedai, restoran, pasar raya, pusat tusyen dan kedai alat-alat kereta. Jenis petempatan di Bangkok, Thailand juga merupakan p e t e m p a t a n d i B a n d a r. K e a d a a n i n i b e r l a k u k e r a n a e k o n o m i penduduknya berubah daripada kegiatan pertanian kepada kegiatan perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan. Pola petempatannya juga ialah berpusat, sama seperti kawasan kajian. 8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan Te r d a p a t p e l b a g a i f a k t o r y a n g m e n y e b a b k a n B a n d a r B a r u B a n g i menjadi tumpuan petempatan. Di antara faktor tersebut termasuklah: i. Bentuk muka bumi: Bentuk muka bumi di Bandar Baru Bangi adalah merupakan kawasan tanah pamah yang rata dan luas. Ketinggian kawasan ini secara purata adalah rendah iaitu 48 meter dari aras laut menyebabkan ia sesuai sebagai kawasan petempatan penduduk. Keadaan bentuk muka bumi yang rata dan luas ini sesuai untuk pembinaan bangunan atau rumah bagi tujuan petempatan. Kawasan ini juga disaliri oleh sebatang sungai iaitu Sungai Semenyih menyebabkan ia sesuai sebagai kawasan petempatan.

ii. Dasar kerajaan: Dasar kerajaan atau governan turut mempengaruhi kawasan ini sebagai tumpuan pusat petempatan. Dasar kerajaan menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar satelit yang kedua terbesar selepas Shah Alam bagi mengatasi kesesakan di B a n da r u t a m a ia i tu Ku a l a L u m p u r, t el a h m en y eb a b k a n b a n ya k rumah dibina mulai tahun 1972 hingga 2007. Proses pembangunannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Seksyen 1 hingga Seksyen 16, yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi. Perancangan bandar satelit ini juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan secara bersepadu dan mampu menampung kediaman 60,000 orang penduduk. Berkonsepkan “bandar dalam taman”, Tun Abdu l Ra zak, Perdana Men teri pada ma sa itu , t ela h mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi di Bandar Baru Bangi daripada ekonomi pertanian kepada kepada ekonomi bersifat perkhidmatan dan perindustrian. Migrasi dari luar juga banyak berlaku di kawasan ini sehingga ia menjadi sebuah pusat petempatan. iii. Kegiatan ekonomi: Dari segi kegiatan ekonomi pula, Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Hal ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sehingga kawasan ini menjadi tumpuan petempatan. Di antara kawasan yang industri perkilangan adalah seperti di Zon Kawasan Perindustrian di Seksyen 16 serta menempatkan kilang seperti S o n y, H i t a c h i , U p h a , S a p u r a , O n k y o , D e n s o d a n s e b a g a i n y a . Selain itu, Bandar Baru Bangi juga menjadi pusat perkhidmatan daerah dengan pembinaan Pejabat Daerah Hulu Langat di Seksyen 16, pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia serta pusat pengangkutan awam iaitu Perhentian Bas Jalan Reko di Seksyen 5. Pada masa yang sama, pusat perniagaan seperti kedai dua tingkat juga banyak terdapat di kawasan ini iaitu di Seksyen 1, Seksyen 4, Seksyen 7 dan seksyen 8. Kegiatan ekonominya yang berbagai-bagai jenis ini telah menyebabkan migrasi masuk ke Bandar Baru Bangi sehingga kawasan ini menjadi tumpuan petempatan. i v. D a r j a h k e t e r s a m p a i a n : Bandar Baru Bangi juga mempunyai darjah ketersampaian

yang tinggi. Kawasan ini boleh dihubungkan dengan kawasan lain melalui jalan raya dan jalan kereta api. Sistem pengangkutan yang cekap menyebabkan perhubungan amat mudah. Putrajaya umpamanya boleh dihubungkan dengan Bandar Baru Bangi melalui Lebuh Raya Silk. Kuala Lumpur pula dihubungkan dengan Bandar Baru Bangi melalui Komuter KTM serta Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Hal ini menyebabkan kadar mobiliti yang tinggi sehingga meng- akibatkan Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan petempatan.

Manakala faktor yang mempengaruhi petempatan di Bangkok, Thailand ialah i. Faktor sejarah. K e a d a a n i n i b e r l a k u k e r a n a B a n g k o k t e r l e t a k d i D a t a r a n Te n g a h yang menjadi jelapang padi Negara Thailand. Keadaan ini menggalakkan pertambahan penduduk dan menyebabkan Bangkok berubah daripada petempatan luar Bandar menjadi p e t e m p a t a n B a n d a r. ii. Kegiatan ekonomi Kegiatan perniagaan dan perkhidmatan telah berkembang pesat di Bangkok, Thailand seperti bank, syarikat kewangan, insurans, pusat beli belah dan, kedai pakaian dan kraftangan. Keadaan ini menyebabkan petempatan menjadi padat dengan penduduk akibat penghijrahan masuk penduduk dari luar B a n d a r. Oleh itu, saya berasa bangga dan bersyukur keranan penduduk di Bandar Baru Bangi dan penduduk Negara Thailand mendapat banyak manfaat tinggal di kawasan petempatan mereka. 8.3

Fungsi Petempatan

Petempatan bandar di kawasan Bandar Baru Bangi dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi utama. Di antara fungsi tersebut termasuklah: i. Fungsi sebagai pusat pentadbiran daerah:

Bandar Baru Bangi telah menjadi pusat pentadbiran daerah bagi semua kawasan kampung dan bandar-bandar kecil di Mukim Kajang. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya Majlis Daerah Hulu Langat yang ditempatkan di Seksyen 16. Majlis Daerah Hulu Langat menjalankan fungsi mengutip cukai tanah dan halhal lain yang bersangkutan dengan pentadbiran di sekitar kawasan Hulu Langat. Antara kawasan yang ditadbir melalui Majlis Daerah ini termasuklah kawasan Bangi Lama, Semenyih, Beranang, Bukit Mahkota dan sebagainya. Di sini juga terletaknya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu di Seksyen 8. Perbadanan ini menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran perumahan, perparitan, susun atur bandar dan sebagainya bagi seluruh Daerah Hulu Langat. ii. Fungsi perindustrian: Satu lagi fungsi kawasan petempatan di Bandar Baru bangi adalah sebagai kawasan perindustrian. Hal ini terbukti dengan wujudnya Zon Kawasan Perindustrian yang terletak di Seksyen 16. Antara syarikat yang mendirikan kilang di kawasan p e r i n d u s t r i a n i n i i a l a h S o n y, H i t a c h i , U p h a , S a p u r a , O n k y o , Denso dan sebagainya. Satu lagi kawasan perindustrian yang baru dimajukan ialah Kawasan Perindustrian Selaman. Pembinaan kawasan industri ini telah menarik penduduk dari kawasan lain untuk berhijrah ke Bandar Baru Bangi dan meningkatkan jumlah penduduk di kawasan ini. Akibatnya saiz kawasan petempatan di kawasan ini semakin berkembang. iii. Fungsi sebagai pusat pendidikan: Sebagai sebuah bandar satelit, kerajaan telah merancang kawasan ini sebagai kawasan yang berfungsi sebagai pusat pendidikan. Sebagai contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dibina di kawasan ini iaitu di Bandar Baru Bangi. Selain UKM, banyak pusat latihan turut dibina iaitu Malaysian France Institute, German Malaysian Institute, Institut Kemahiran Mara, NIOSH, ILKAP dan sebagainya. Beberapa buah sekolah menengah juga terdapat di kawasan ini s ep ert i SMK Jalan Tiga , SMK Ja lan Empa t da n SMK Ban da r Baru Bangi dan lain-lain. Pembinaan pusat pendidikan ini turut meningkatkan migrasi luar ke Bandar Baru Bangi. Funsi petempatan di kawasan Bangkok, antaranya ialah: i. perniagaan

terdapat banyak jenis perniagaan seperti retoran, perabot, pakaian, tekstil, bank dan syarikat kewangan. Oleh yang demikian, Saya rasa bersyukur dan bebangga kerana Bandar Baru Bangi dan Bangkok, Negara Thailand memberi keselesaan kepada penduduk untuk menjalani kehidupan seharian.

8.4

Masalah petempatan

Memandangkan Bandar Baru Bangi menjadi sebuah Bandar satelit dan merupakan pusat petempatan utama, terdapat beberapa masalah petempatan yang dihadapi di kawasan ini. Antara masalah tersebut termasuklah: i. Masalah kesesakan lalu lintas: Kesesakan lalu lintas di Bandar Baru Bangi biasanya berlaku pada waktu-waktu puncak iaitu pada waktu pagi (7.00 pagi hingga 8.30 pagi) dan petang (5.50 petang hingga 7.00 petang). Hal ini berlaku apabila orang ramai menggunakan kenderaan persendirian terutamanya kereta untuk ke tempat kerja pada waktu yang sama. Kawasan yang kerap mengalami kesesakan ialah di sekitar jalan raya di Seksyen 7 dan Seksyen 8 menuju ke Lebuh Raya Silk dan jalan raya di Seksyen 5 menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia. ii. Masalah pencemaran alam sekitar: Masalah pencemaran alam sekitar di kawasan ini juga agak serius akibat asap yang dikeluarkan oleh kenderaan yang semakin bertambah jumlahnya, juga asap daripada kilang-kilang yang dibina di Zon Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Hal ini mengakibatkan berlakunya pencemaran udara dan keadaan udara yang tercemar ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan penduduk di Kawasan Bandar Baru Bangi. Pembinaan kawasan perumahan dan kawasan perniagaan juga mengakibatkan kadar hakisan tanah semakin m e n i n g k a t . Ta n a h y a n g d i h a k i s a k a n d i s a l u r k a n k e s u n g a i i a i t u Sungai Semenyih menyebabkan sungai tersebut menjadi cetek

dan keruh. Ini ditambah pula dengan sikap pemilik kilang dan kedai yang membuang sisa buangan dan sisa toksik ke dalam sungai yang sama. Akibatnya hidupan akuatik di sungai itu semakin pupus. Pada masa yang sama, jumlah rumah yang semakin banyak mengakibatkan sisa buangan daripada rumahrumah tersebut serta sisa kumbahan dan pembentungan di salurkan ke kawasan sungai berkenaan. Hal ini menjejaskan sumber air bersih di kawasan Bandar Baru Bangi dan kawasan lain di sekitarnya.

Di Bangkok pula, masalahnya adalah: i. pencemaran udara Hal ini adalah disebabkan kepadatan penduduk dan p e r k e m b a n g a n B a n d a r y a n g p e s a t . Te r d a p a t p e l b a g a i j e n i s kenderaan yang terdapat di jalan raya seperti bas, teksi, tuktuk, teksi motosikal dan kereta api. Kegiatan perindustrian yang pesat juga menyumbang kepada pertambahan gas-gas beracun di dalam udara. ii. banjir kilat Bangkok kerap dilanda banjir kilat kerana system perparitannya yang tidak sistematik. Keadaan pait yang kecil dan dasar sungai yang cetek menybabkan ia tidak dapat menampung jumlah air yang banyak ketika hujan lebat. Banjir kilat yang berlaku telah menyebabkan aktiviti ekonomi penduduk terjejas dan menyebabkan kerosakan dan kerugian harta benda. Dengan itu, saya rasa amat bersyukur kerana penduduk di kawasan kajian sedar dan berasa bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku di kawasn petempatan mereka. 8.5

Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan

Bagi mengatasi masalah petempatan di kawasan Bandar Baru Bangi, beberapa langkah yang telah dan sedang dilaksanakan. Di antara langkah tersebut termasuklah: i. Melebarkan jalan raya:

Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya terutamanya pada waktu puncak, kerajaan dengan kerjasama pihak PKNS t ela h m el eba rka n saiz ja la n raya di ka wa san in i. Tu juann ya adalah bagi melancarkan perjalanan pengguna jalan raya di kawasan terbabit. Pada masa yang sama, PKNS merancang pembinaan jalan raya sehala di hampir semua kawasan bagi mengatasi kesesakan tersebut di samping membina sistem lampu isyarat dan bulatan di kawasan persimpangan jalan. Langkah melebarkan jalan raya ini dapat dilihat di sepanjang jalan di Seksyen 4 menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga dari Seksyen 7 menuju ke Lebuh Raya Silk. ii. menambah kemudahan infrastruktur Antara masalah infrastruktur yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi ialah kemudahan bekalan air yang kurang memuaskan. Justeru, Perbadanan Bekalan Air S e l a n g o r m e l a l u i S y a r i k a t B e k a l a n A i r S e l a n g o r ( S YA B A S ) telah melaksanakan penggantian paip-paip air lama kepada paip a i r b a r u d e n g a n s a i z y a n g l e b i h b e s a r. D e n g a n p e n a m b a h b a i k a n ini, penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi akan dapat menikmati kemudahan bekalan air bersih yang lebih sempurna menjelang tahun 2010. Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di Bangkok, Thailand termasuklah: i. menaik taraf jalan raya Kerajaan Thailand telah menaik taraf jalan raya dengan melebarkan jalan raya dan membina jejambat untuk menggantikan bulatan dan lampu isyarat. Selain itu, kerajaan Thailand telah membina lebuh-lebuh raya baharu dan jalanjalan raya baharu untuk menghubungkan kawasan-kawasan perumahan pinggir Bandar tanpa melalui kawasan pusat Bandar yang sibuk. ii. membaiki sistem saliran Kerja-keja membaiki sistem saliran, membesar dan membersihkan longkang supaya tidak tersumbat dapat mengurangkan maslah banjir kilat.

Saya rasa bersyukur dan berbangga kerana penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi dan Bangkok, Thailand prihatin unuk mengurangkan masalah yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka.

9.RUMUSAN i.Saya

telah

dapat

menjalankan

kajian

ini

adalah

untuk

mengkaji tentang jenis-jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Bangi dan membandingkannya dengan Bangkok, Negara Thailand. ii.Saya

juga

telah

mengkaji

faktor

yang

mempengaruhi

petempatan di kawasan kajian saya serta fungsi dan masalah petempatan. petempatan

Langkah-langkah juga

telah

dikaji.

mengurangkan Penerapan

nilai

masalah dan

unsur

patriotisme terhadap kawasan kajian juga saya terapkan.

Masalah perumahan yang dihadapi di kedua-dua kawasan juga hampir sama terutamanya masalah dari segi kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan kekurangan kemudahan i n f r a s t r u k t u r. P a d a p a n d a n g a n s a y a , p e l a k s a n a a n u s a h a b a g i mengatasi masalah perumahan ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak sama ada kerajaan, agensi kerajaan mahupun penduduk di kawasan yang terbabit. Melalui kajian Kerja Kursus Geografi ini, saya sedar betapa p er l u n ya a m a l a n m en c in t a i a l a m s ek i ta r, m en g h a rg a i k eb e r s i ha n

p er s ek i ta r a n , m en g h a rg a i n ya wa m a k h l u k la i n , ju j u r, b ek er j a sama, bertanggungjawab dan sebagainya. Pada masa yang sama, kajian ini menimbulkan kesedaran kepada saya betapa perlunya kita menghargai usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk di Bandar Baru Bangi khasnya dan di seluruh negara amnya. Saya juga sedar betapa perlunya kita mengiktiraf dan menghargai pengorbanan, usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh pemimpin Negara serta pihak kerajaan amnya kerana telah berusaha untuk meningkatkan keselesaan dan taraf hidup penduduk di kawasan Bandar Baru Bangi. Akhir kata, saya rasa bersyukur dan berbangga kerana diberi peluang untuk mengkaji dan mengetahui tentang penempatan dan perkembangannya di sesuatu kawasan.

10. LAMPIRAN

11 . R U J U K A N

1. Buku t eks Geogra fi Tingka ta n Du a, Chong Mui Sen, Dr Azizan bin Hj. Abu Samah, Ta h u n 2 0 0 2 , K u a l a L u m p u r , S a s b a d i S e n d i r i a n B e r h a d . 2. Atlas Progresif Baru KBSM, 1991, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti. 3. Sumber internet: i. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Baru_Bangi ii.http://maps.google.com/maps?hl=en&q=Bandar+Baru+Bangi& rlz i i i . h t t p : / / w w w . s e l a n g o r . g o v. m y / h u l u l a n g a t / m a i n . p h p ? content = sections&SectionID=6 i v. h t t p : / / m s . w i k i p e d i a . o r g / w i k i / D a e r a h _ H u l u _ L a n g a t

3. PENGHARGAAN Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya, saya t e l a h b e r j a y a m e n y i a p k a n k e r j a k h u s u s i n i d e n g a n l a n c a r. Te r l e b i h d a h u l u s a y a i n g i n m e r a k a m k a n s e t i n g g i - t i n g g i ucapan penghargaan saya kepada guru mata pelajaran geografi saya, Puan Faezah binti Jamian kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan K a j i a n G e o g r a f i Te m p a t a n ( K G T ) . T e r i m a k a s i h k e p a d a p e n g e t u a s e k o l a h , P u a n Te n g k u N o o r K e t i n a b i n t i T e n g k u Abdullah yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan semangat s ep an ja ng ka jia n in i dija lan ka n. Tida k lup a ju ga kep ada ahli

kumpulan saya yang bersama-sama saya menjalankan kajian ini di kawasan Bandar Baru Bangi. Akhir sekali, ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepda penduduk di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di atas kesudian mereka untuk mengisi boring soal selidik dan ditemu bual bersama ahli kumpulan kami.

BORANG SOAL SELIDIK

B O R A N G P E M E R H AT I A N

PA N D U A N P E N S K O R A N

S U R AT K E B E N A R A N

Related Documents