MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA,103, JALAN TEMPLER 46700 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
Tajuk:
PERUNDANGAN ISLAM
Disediakan untuk: ENCIK MOHD HASRIL BIN AHMAD Ahli kumpulan : MOHD FAIZOL BIN HASAN FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI HAMSYINUR BINTI YUSOF NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN
ISI KANDUNGAN
BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
PERKARA BIODATA AHLI SEKAPUR SIREH PENGENALAN PERUNDANGAN ISLAM KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM SUMBER-SUMBER PERUNDANGAN ISLAM MATLAMATPERUNDANGAN ISLAM KESIMPULAN BIBILIOGRAFI
AHLI KUMPULAN
M/S i-ii 1 2 3-7 8-15 16-18 19 20
BIL. NAMA 1. MOHD FAIZOL BIN HASAN 2. FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI 3. HAMSYINUR BINTI YUSOF 4. NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN
I/C 870121-10-5791 900126-14-5752
NO MATRIKS D0008060012F D0008060055F
900825-05-5078 900420-01-6376
D0008070088F D0008060030F
i BIODATA AHLI
MOHD FAIZOL BIN HASAN ialah pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dari Raub, Pahang. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong. Pernah menjawat jawatan Warden di Resorts World Bhd.
FATIN HAFIZAH BINTI MOHAMMAD SUKRI ialah pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, SAMT Kuala Kubu Bharu dan SMK TTDI JAYA, Shah Alam. Berasal dari Shah Alam, Selangor.
HAMSYINUR BINTI YUSOF ialah pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan dari Sekolah Kebangsaan Kg.Tanjung, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan, dan Sekolah Menengah Teknik (ERT) Dato’ Undang Haji Sharif.
NORZIYANA BINTI ABDUL RAHMAN ialah pelajar Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya. Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan dari Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan.
ii SEKAPUR SIREH
ِحمَنِ الرّحِيم ْ ّسمِ الِّ الر ْ ِب Dengan menyebut nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani, kami memanjatkan kesyukuran ke atas hadrat dan kurniaan-Nya yang tidak ternilai memberi kami peluang untuk meneruskan perjalanan yang penuh cabaran sehingga detik ini. Selawat dan salam ke atas junjungan beasr Rasulullah S.A.W. Akhirnya, pada 20 Ogos 2008 dengan izin-Nya buku skrap yang bertajuk “Perundangan Islam” telah siap dihasilkan. Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pansyarah kami yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan kepada kami iaitu Encik Hasril Bin Ahmad, selaku pensyarah Tamadun Islam Semester 1 bagi tahun 2008. Syukran jazilan!!! Seterusnya, kepada seluruh ahli kumpulan; ijoy, fieza, anor dan nozie yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan tugasan yang telah diberikan ini. Nampaknya segala usaha dan jerih perih sepanjang pembikinan tugasan ini akhirnya telah membuahkan hasil yang memuaskan. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa-jasa kalian… jazakumullah khaira!!! Tidak lupa juga kepada Perpustakaan Maktab Kerjasama Malaysia yang telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada kami khususnya dalam pencarian bahan-bahan ilmiah yang sangat berguna dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Akhir kalam, semoga
kalian memperoleh 1001 pengetahuan tentang
perundangan Islam. Sekian…wassalam
1 PENGENALAN PERUNDANGAN ISLAM
Perundangan Islam dari segi bahasa bererti jalan yang lurus. Manakala dari segi istilah perundangan islam bermaksud hukum- hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada manusia yang merangkumi aspek politik, sosial, akidah ( tauhid Allah S.W.T), ibadah ( solat, zakat, puasa, haji dan ekonomi), syariah, makanan dan minuman, dan akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perundangan
dibahagikan
kepada
dua
iaitu
perundangan
yang
disyariatkan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran dan Al-Sunnah serta perundangan yang dicipta oleh manusia. Sungguhpun begitu, perundangan yang dicipta oleh manusia
tidak
menyentuh
hal-hal
keagamaan
dan
menyentuh
hal-hal
keagamaan melalui ijtihad sahabat serta ahli fikah yang berasaskan kepada AlQuran dan Al-Sunnah.
2 KEISTIMEWAAN PERUNDANGAN ISLAM
1. Ciptaan Allah S.W.T
Syariat Islam diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas Nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk lafaz; Al-Quran dan juga makna tanpa lafaz; Sunnah. Ini jelas bertentangan dengan undang-undang yang dicipta oleh manusia kerana ia bersumberkan dari akal fikiran manusia semata-mata, manakala sistem perundangan Islam bersumberkan dari pencipta segala manusia. Maka di sini, kita boleh dapati bahawa syariat islam terhindar dari segala kekurangan dalam bentuk ianya didasari oleh hawa nafsu dan sebagainya. Sedangkan
undang-undang
ciptaan
manusia
sering
mempunyai
kekurangan dan kelemahan lantaran dari kejahilan dan kekurangan yang ada pada diri manusia. Sebagai contoh , di dalam Syariat Islam, terdapat satu prinsip yang utama, iaitu 'persamaan' dikalangan manusia. Apabila seseorang itu memeluk Islam, tidak ada padanya sebarang kelebihan ataupun kekurangan pada dirinya jika dibandingkan dengan muslim yang lain, kecuali pada taqwa. Seorang muslim yang berkulit putih sama sahaja kedudukannya di sisi Allah dengan muslim yang berkulit hitam. Begitu juga perbandingan-perbandingan yang lain dan dari sudut-sudut yang berbeza, seperti rupa paras, harta kekayaan dan lain-lain lagi. Sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat (13) : " Hai manusia ! sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa , supaya kamu berkenal-kenalan . Sesungguhnya orang yang termulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa. " 3
Prinsip ini telah didatangkan kepada Islam di dalam keadaan umat Arab pada ketika dahulu yang mementingkan semangat asabiyyah ataupun kepuakan dikalangan mereka. Maka Islam datang dengan membawa satu angin perubahan yang boleh diterima oleh semua masyarakat , iaitu satu bentuk prinsip keadilan di dalam bermasyarakat, iaitu prinsip persamaan antara individu. 2. Lengkap dan sesuai Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Oleh itu, Islam menyediakan perundangan yang lengkap dan sesuai kepada manusia. Peraturan yang disediakan itu meliputi aspek sosial, kebudayaan, pendidikan, ekonomi, politik, pentadbiran, pemerintahan, ketenteraan dan hubungan antarabangsa. Perundangan Islam juga sentiasa berkembang sesuai dengan perkembangan hidup manusia seperti ibadat haji hanya diwajibkan ke atas orang yang mampu sahaja. 3. Hukuman yang adil Perundangan Islam ditegakkan untuk memutuskan sesuatu hukuman itu secara adil dan saksama. Keadilan dalam islam bersifat menyeluruh dan tidak terbatas, yang mana ia perlu ditegakkan walaupun terhadap diri sendiri dan kaum keluarga. Sebagai contoh, Rasulullah S.A.W telah menolak diringankan hukuman potong tangan ke atas Fatiman bt al-Aswah seorang bangsawan daripada Bani Makhzum yang telah mencuri.
4
4. Kekal hingga Hari Akhirat Perundangan Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T bersifat tetap dan kekal selama-lamanya hingga ke hari akhirat. Contohnya ibadat haji wajib dilaksanakan di Makkah. Kewajipan ini tidak berubah sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga ke hari akhirat. Ia juga terpelihara daripada diubah dan dipinda bahkan ia tetap asli dan unggul sebagai perundangan Allah S.W.T. 5. Mendidik jiwa manusia Jiwa manusia perlu didik supaya mereka berakhlak dengan akhlak yang murni. Salah satu cara untuk mendidik jiwa manusia ialah dengan mematuhi perundangan Islam iaitu mentaati segala perintah Allah S.W.T yang terkandung dalam perundangan Islam. Perundangan Islam juga mendidik jiwa manusia dengan menyediakan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Setelah dihukum, mereka akan bertaubat dan menyesal, seterusnya menjadi seorang yang taat kepada Allah S.W.T. 6. Memelihara keselamatan masyarakat dan Negara Perundangan
Islam
diturunkan
untuk
memelihara
keselamatan
masyarakat dan Negara daripada perbuatan jenayah dan kerosokan. Justeru itu, perundangan Islam mengenakan hukuman yang tegas terhadap perbuatan jenayah seperti mencuri, menfitnah, rasuah, pecah amanah, dan sebagainya.
5
7. Hukuman bersifat memberikan pengajaran Dalam perundangan Islam, hukuman yang dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengajaran kepada penjenayah dan orang ramai supaya tidak melakukan jenayah yang sama. Sebab itu hukuman dalam perundangan islam dilaksanakan di khalyak ramai. Contohnya hukuman sebat atau rejam ke atas penzina.
8. Hukum Syariah memberi kehebatan dan penghormatan kepada manusia Setiap manusia , tidak kira ia dari kalangan yang memerintah ataupun yang diperintah , akan merasai suatu bentuk kehebatan dan juga suatu bentuk penghormatan terhadap dirinya apabila ia menghayati dengan sebenar-benarnya syariat Islam serta maqasid/kehendak syariat itu sendiri. Ciri-ciri ini wujud hasil daripada ianya bersumberkan dari pencipta segala makhluk, iaitu Allah S.W.T. Manakala,
kanun
undang-undang
ciptaan
manusia
tidak
pernah
menyamai syariat Islam dari sudut ini. Tiada baginya suatu bentuk kekuatan dan kekuasaan pada dirinya untuk membuatkan dia benar-benar taat kepada perintah undang-undang ciptaan manusia ini. Kerana sesungguhnya, manusia akan cuba mencari jalan untuk mengelak daripada undang-undang sebegini dan akan cuba mencari jalan untuk menghindarkan dirinya dari dikongkong dan dikuasai oleh undang-undang ciptaan manusia ini. Sebagai contoh, undangundang jalan raya adalah undang-undang yang dicipta oleh manusia. Disebabkan tiadanya roh syariat Islam dari sudut perundangan Ta'zir di dalam kanun undang-undang Islam, maka undang-undang jalanraya ini sentiasa dilanggar oleh manusia apabila ia mempunyai kesempatan dan peluang . 6
Dr. Abd . Karim Zaidan telah memberikan satu permisalan berkaitan di dalam ciri-ciri syariat Islam ini. Sebagai misalannya , orang-orang Arab di zaman jahiliyyah mempunyai kegemaran meminum arak . Bagi mereka, arak adalah suatu bentuk minuman asasi dan ianya telah menjadi suatu adat yang telah dipusakai sejak turun temurun. Apabila syariat Islam diturunkan, pertamanya Allah menyebut tentang dosa arak lebih besar daripada manfaatnya. Kemudian Allah mengajar mereka dengan menurunkan wahyu melarang perbuatan meminum arak ketika hendak mengerjakan solat . Dan akhirnya Allah terus melarang umat Islam pada ketika itu dan hinggalah ke hari kiamat , perbuatan meminum arak dengan turunnya ayat Al-Quran : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak , berjudi , menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji , ia adalah dari amalan syaitan . maka jauhilah ia mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan " (Surah Al-Maidah 90) Maka di sini Allah telah menggunakan kalimat "Fajtanibuuh" (Maka kamu hindarilah ia) . Ini adalah satu bentuk interpretasi yang Allah tunjukkan untuk membuktikan bahawa ini adalah satu bentuk penghormatan dan kehebatan yang dianugerahkan kepada manusia yang mana tidak akan kedapatan sebarang ayat arahan yang memberi maksud sepertimana ayat tadi di dalam kanun undangundang ciptaan manusia. Inilah serba ringkas apa yang disebutkan sebagai kehebatan dan penghormatan yang Allah berikan kepada manusia di dalam memberi perintah di dalam pelaksanaan syariatnya.
7
SUMBER PERUNDANGAN ISLAM SUMBER ASLI 1. Al-Quran القرأن Al-Quran ialah kalam Allah S.W.T yang diturunkan sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Jibril A.S yang merakamkan segala kehendak Allah S.W.T ke atas manusia dalam perkara akidah, syarak dan akhlak serta perkara yang berhubung dengan perundangan Islam. Al-Quran menjadi sumber pertama perundangan islam. Menurut kajian, terdapat lebih kurang 330 ayat Al-Quran daripada 6,666 ayat yang terdapat dalam Al-Quran yang menyentuh perundangan. Antaranya 140 ayat menyentuh ibadah dan taharah (bersuci secara fizikal dan spiritual); 70 ayat menyentuh hukum kekeluargaan; 70 ayat menyentuh hukum muamalah (urusan dan jual beli); 30 ayat menyentuh hukum jenayah dan 20 ayat menyentuh kehakiman. Selain itu, Al-Quran hanya menggariskan secara umum konsep, prinsip, dasar, cirri dan ruang lingkup kehakiman islam dari sekecil-kecil hinggalah kepada sebesarbesarnya. Misalnya Al-Quran menggariskan prinsip umum sesuatu hukuman seperti hukuman potong tangan kepada pencuri.
8
2. Al-Hadis الحديث Al-Hadis ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W sama ada dalam bentuk kata-kata, perbuatan atau pengakuan serta kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Ia diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W oleh para sahabat, Tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis oleh ulamak Hadis.
Hadis
menjadi sumber kedua dalam perundangan Islam. Malah umat Islam berijmak (bersepakat) bahawa al-hadis menjadi sumber hukum syariah sebagaimana firman Allah S.W.T menerusi ayat 7 dalam Surah al-Hasyr yang bermaksud: “……Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia, dan apa yang ditegahnya maka tinggalkan ia”. Oleh kerana Al-Quran hanya menggariskan secara umum, kasar dan teori sahaja perkara yang berkaitan dengan kehakiman dan perundangan Islam maka hadis yang bertanggungjawab memperincikan ajaran Al-Quran dalam bentuk amali. Tanpa hadis perundangan Islam amat sukar dilaksanakan. Contohnya Rasulullah S.A.W menjelaskan maksud tangan yang akan dipotong bagi mencuri ialah pergelangan tangan kanan. Namun terdapat beberapa perkara al-sunnah yang bukan menjadi hukum kepada umat islam, iaitu perkara-perkara yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sebagaI seorang insan seperti bangun, duduk, tidur, dan makan; kecuali baginda memerintahkannya, perkara-perkara duniawi yang diperoleh dari pengalaman baginda sendiri, dari segi pertanian, perniagaan, peperangan, dan sebagainya, serta perkara-perkara yang khusus bagi baginda sahaja seperti puasa tanpa buka, wajib bertahajjud dan lain-lain. 9
SUMBER- SUMBER SEKUNDER 1. Ijmak الجماع Ijmak dari segi bahasa ialah sepakat. Dari segi istilah pula bermaksud persetujuan antara ulama Islam daripada umat Muhammad S.A.W mengenai hukum syarak pada suatu masa selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Ijmak merupakan hasil ijtihad majoriti ulama di dalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya sama ada di dalam Al-Quran atau hadis. Apabila suatu fatwa itu dipersetujui oleh majoriti ulama yang muktabar, maka ia diterima sebagai ijmak. Contohnya semua ulama bersepakat mengatakan bahawa orangorang yang telah sabit kesalahan qazaf (menuduh zina) tidak boleh diterima kesaksiannya selagi tidak bertaubat kerana ia telah melakukan maksiat yang menyebabkan hiang sifat adil yang menjadi syarat menjadi saksi. Ijmak menjadi perundangan Islam selepas Al-Quran dan hadis. Terdapat dua jenis ijmak, iaitu ijmak sarikh dan ijmak sukuti. Ijmak sarikh berlaku apabila semua mujtahid memberi persetujuan mereka. Manakala ijmak sukuti berlaku apabila sebahagian sahaja yang menyatakan persetujuan sedangkan yang lain diam dan tidak membantah.
10
2. Qias القياس Qias dari segi bahasa ialah ukuran atau anggaran. Manakala dari segi istilah pula bermaksud menghubungkan sesuatu peristiwa atau masalah yang tidak ada nas untuk menentukan hukumannya dihubungkan dengan sesuatu perkara yang ditentukan hukumannya oleh nas, sebab kedua-dua peristiwa itu mempunyai illah (sebab dan musabab) yang sama. Contohnya pengharaman dadah dan semua benda mabuk diqiaskan pengharaman dengan arak yang telah ditentukan hukumannya oleh nas kerana mempunyai illah yang sama iaitu memabukkan. Qias menjadi sumber perundangan islam yang keempat dan digolongkan ke dalam sumber yang disepakati oleh ulama dan yang tidak dipertikaikan. 3. Al-istihsan الستحسان Istihsan
dalam
bahasa
Arab
memberi
erti
membilang
atau
menganggap sesuatu itu baik, sedangkan Istihan dari segi istilah ulama ialah seorang mujtahid berpaling dari mengamalkan kehendak qiyas jaliy (yang nyata) kepada mengamalkan qiyas khafiy (yang tersembunyi), atau berpaling dari mengamalkan hukum kulliy kepada hukum istithnaiy (pengecualian), atau mengecualikan masalah juziyyah daripada asal kulliy atau
prinsip
umum
kerana
terdapat
dalil
yang
menuntut
supaya
dipalingkan.
11
4. Al-Masalih al-Mursalah المرسله المصالح
Al-Masalih al-Mursalah itu ialah maslahah-maslahah yang mana Syara’ tidak membina hukum-hakam bagi memperolehinya dan tidak ada dalil tertentu yang menunjukkan ia diambil kira atau dibatalkan. Terdapat sebahagian ulama menamakan dalil ini al-Istislah yang bermaksud beramal dengan maslahah. Apakah boleh diwujudkan hukum untuk mendapatkan maslahah seperti ini ? Para jumhur ulama menjawab pasti boleh. Maka setiap persoalan yang tidak ada Nas, Ijma’, Qiyas dan Istihsan tetapi ada padanya maslahah dan kebaikan kepada manusia, nescaya haruslah bagi mujtahid mewujudkan hukum yang bersesuaian bagi memastikan maslahah itu tercapai. Contoh hukum-hukum yang dibina berasaskan maslahah antara lain ialah mengumpulkan al-Quran dalam satu Mushaf oleh Abu bakar, membentuk jabatan-jabatan kerajaan oleh ‘Umar, mewujudkan penjara, mengenakan hukum Qisas ke atas satu kumpulan yang membunuh seorang sahaja, mewajibkan tukang membayar ganti rugi sesuatu barang yang rosak ditangannya, diharuskan mengambil cukai dari orang kaya selain dari zakat apabila kepentingan negara memerlukannya
bagi
membangun
kekuatan
ketenteraan
atau
membina
keperluan-keperluan dan kemudahan asas.
12
5. Al-Urf العرف ‘Urf
dalam
bahasa
Arab
bererti
ma’rifah
(mengetahui
atau
pengetahuan) kemudian digunakan dengan pengertian sesuatu yang ma’ruf dan kebiasaan yang dianggap baik serta dapat diterima oleh akal fikiran yang sejahtera. Sementara ‘urf menurut istilah ialah adat majoriti sesuatu kaum dari segi perkataan, pengucapan atau amalan. Dan ditakrifkan juga sebagai amalan yang biasa dilakukan oleh manusia dan dihayati dalam urusan kehidupan dan mu’amalat mereka, sama ada perkataan atau perbuatan atau meninggalkannya. Dinamakan juga dengan ’adat menurut kebanyakkan para ulama. Tetapi sebahagian ulama menjadikan adat itu perkara yang berulangulang, dan lebih umum dari ‘urf. Maka setiap ‘urf itu adat dan tidak setiap adat itu ‘urf. Sebahagian ulama lain pula berpendapat ‘urf itu lebih umum. Walau bagaimana pun pendapat yang menjadi pilihan kita ialah ‘urf dan adat sama sahaja, kedua-duanya adalah nama kepada sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan dihayatinya dalam kehidupan mereka.
13
6. Mazhab Sahabi
Sahabi atau sahabat mengikut pengertian ulama Usul al-Fiqh ialah mereka yang bertemu dengan Nabi s.a.w. dan beriman dengannya, bersahabat dengannya dalam tempoh masa yang agak panjang dan mengambil ilmu darinya sehingga wajar dikatakan dia sebagai sahabat atau teman rapat dari segi ‘urfnya seperti Khulafa’ al-Rasyidin, Ibnu ‘Abbas, ‘Aisyah dan lain-lain lagi. Sahabi menurut istilah Muhaddithin ialah mereka yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan Islam dan mati dalam agama Islam. Manakala Mazhab Sahabi pula ialah perkataan yang dinukilkan kepada kita dan sabit di sisi kita dari seseorang Sahabat dalam bentuk fatwa atau keputusan penghakiman dalam apa jua masalah Syara’ yang tidak terdapat nas dan tidak berlaku Ijma’. 7. Al-istishab الستصحاب Al-Istishab
dari
segi
bahasa
bererti
saling
bersahabat
(al-
Musahabah) atau mengekalkan persahabatan. Adapun al-Istishab dari segi istilah ulama’ Usuliyyin memberi erti menghukum dengan kekalnya sesuatu di atas keadaannya yang dahulu sehingga tertegak dalil yang menunjukkan di atas perubahannya atau dikekalkan hukum yang telah sabit pada masa yang lalu sehinggalah didapati dalil yang menunjukkan berubahnya hukum itu. Apabila ditanya seorang mujtahid tentang hukum sesuatu kontrak atau tindakan, dan dia tidak mendapati mana-mana nas dalam Al-Quran atau al-Sunnah dan dalil Syara’ lain berkenaan hukum kontrak itu, nescaya dia akan menghukum harus kontrak atau tindakan itu berdasarkan kaedah “Asal pada beberapa perkara adalah harus”. 14
Itulah keadaan yang Allah ciptakannya semua yang terdapat di muka bumi ini, maka sesuatu yang tidak terdapat dalil di atas perubahannya nescaya hendaklah dikekalkan atas keharusannya yang asal. Demikian juga apabila ditanya mujtahid tentang hukum haiwan atau tumbuhan atau apa-apa makanan, minuman atau pekerjaan dan tidak menemui dalil Syara’ bagi hukum itu, nescaya dia hukumkan dengan harus, kerana harus itu adalah yang asal dan tidak ada dalil atas perubahannya. 8. Syar’u man Qablana Syar’u man Qablana bermaksud hukum-hukum yang disyara’kan Allah kepada umat sebelum kita dan diturunkannya kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang terdahulu bagi disampaikan kepada umat-umat tersebut. Apabila al-Quran atau Sunnah Sahihah menceritakan mana-mana hukum Syara’ yang telah disyara’kan kepada umat-umat yang terdahulu melalui rasul-rasul mereka dan dinaskan bahawa ia juga difardhukan ke atas kita sepertimana difardhukan ke atas mereka, maka tidak berlaku khilaf bahawa ia juga Syari’at kita dan undang-undang yang wajib diikuti kerana Syari’at kita turut memperakukannya untuk kita. Seperti firman Allah :-
Wahai
orang-orang
yang
beriman
!
Kamu
diwajibkan
berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah : 183)
15
MATLAMAT PERUNDANGAN ISLAM
Pelaksanaan perundangan Islam di dalam sesebuah negara adalah sangat penting kerana dengan pelaksanaan tersebut dapat mengekalkan keharmonian hidup yang amat diperlukan manusia.Islam mensyariatkan perundangan ini adalah untuk menjaga beberapa perkara yang merupakan keperluan asas bagi manusia, antaranya ialah: (I). Untuk memelihara agama Islam agama yang dicipta dan diturunkan oleh Allah S.W.T kepada manusia untuk menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu Islam memerintahkan umatnya supaya mempertahankan agama ini darioada dicemari dana dicerobohi oleh musuh. Cara-cara perundangan Islam memelihara agama ialah dengan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam seperti riddah, khurafat, dan ajaran sesat. Selain itu, Islam mengharamkan riddah (murtad) dan mewajibkan hukuman mati ke atas sesiapa yang murtad di samping memberi kebebasan beragama kepada non-muslim kerana tiada paksaan di dalam beragama. (II). Untuk menjaga nyawa Nyawa manusia adalah anugerah Allah S.W.T yang sangat bernilai dan berharga kerana tanpa nyawa, manusia akan mati. Justeru itu, islam menjamin memelihara nyawa manusia daripada diceroboh atau dibunuh dan memastikan tiada unsur-unsur yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Islam telah mengharamkan pembunuhan serta menetapkan hukuman qisas ataupun diyat atau Irsy terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan bunuh dan yang berkaitan dengannya.
16
(III). Untuk menjaga akal Kesempurnaan seseorang manusia terletak pada akalnya. Melalui akallah manusia boleh mengkaji segala ciptaan Allah S.W.T yang ada di alam ini dan berfikir
untuk
menggunakan
segala
sumber-sumber
yang
ada
untuk
memakmurkannya. Akal juga digunakan untuk mempelajari segala bidang ilmu pengetahuan untuk kebahagiaan hidup manusia. Islam mengharamkan arak serta setiap yang memabukkan dan telah menetapkan hukuman kepada peminum arak iaitu dikenakan sebatan sebanyak 80 sebatan.
(Iv). Untuk menjaga keturunan Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang paling mulia jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain. Namun kemuliaan itu bergantung kepada pembentukan keluarga yang sempurna iaitu keturunan nasab yang jelas dan diketahui asal usulnya. Justeru itu, manusia hendaklah menjaga keturunannya daripada dicemari oleh perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan kesucian keturunan. Oleh hal yang demikianlah Islam telah mengharamkan perbuatan zina. Sesiapa yang didapati bersalah, Allah S.W.T telah menetapkan hukuman rejam sampai mati bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan kepada
mereka
yang
masih
bujang.
Perundangan
Islam
juga
telah
mensyariatkan perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang sempurna dan mulia.
17
(V). Untuk menjaga maruah Maruah seseorang manusia bergantung kepada ketinggian akhlak dan budi pekertinya. Akhlak yang mulia membentuk keperibadian yang tinggi dan budi pekerti yang terpuji membentuk sahsiah yang mulia. Seterusnya, mereka akan mendapat penghormatan daripada masyarakat. Oleh kerana kehormatan diri sangat penting kepada manusia, perundangan Islam telah menetapkan beberapa cara untuk memelihara kehormatan dan maruah diri, iaitu
Islam
mengharamkan qazaf (menuduh tanpa bukti). Hukuman kepada pesalah qazaf iaitu sebatan sebanyak 80 kali. Selain itu, Islam juga menyuruh umat Islam menjaga
batas-batas
pergaulan,
percakapan
dan
tingkah
laku.
(VI). Untuk memelihara harta Memelihara harta ialah mengakui hak milik seseorang individu terhadap harta yang dimilikinya secara halal. Islam telah mengharamkan kegiatan sariqah (pencurian) serta hirabah (rompakan) dengan cara yang tidak sah. Justeru itu, perundangan Islam telah mengaturkan peraturan- peraturan yang memelihara harta, iaitu mengenakan hukuman yang tegas terhadap sesiapa yang mencuri dan merompak. Kepada pencuri dipotong tangannya sebagai hukuman. Manakala hukuman kepada perompak pula hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang (tangan kanan kaki kiri). Sekiranya rompakan itu disertai dengan pembunuhan, maka hukuman mati hendaklah dijatuhkan terhadap pesalah oleh mahkamah.
18
KESIMPULAN Secara tuntasnya di sini jelaslah bahawa perundangan Islam merupakan perundangan yang amat diperlukan oleh seluruh umat manusia di alam ini. Tanpanya, kehidupan manusia tidak teratur, sebarang hukuman tidak akan dijalankan ke atas mereka yang melakukan jenayah dan penganiayaan, serta tidak wujud sebarang penghinaan bagi mereka yang lemah. Undang-undang Islam seharusnya dilaksanakan di seluruh Negara khususnya Negara Islam seperti Malaysia. Insya Allah dengan pelaksanaan undang-undang di Negara ini kadar jenayah seperti merogol, merompak, mencuri dan sebagainya dapat dikurangkan malah kemakmuran dan keharmonian Negara kita dapat terus dikekalkan buat sepanjang zaman. Justeru didikan sedari kecil perlu disemai agar dapat meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan perundangan Islam. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya ”. Para ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak cara-cara beribadah, cara jual beli yang sebenar mengikut syarak dan berakhlak dengan akhlak nabi-nabi yang terdahulu. Melalui didikan sejak kecil diharapkan anak-anak yang bakal menggantikan tampuk pimpinan pada masa hadapan dapat mentadbir melalui tauladan seterusnya mentadbir Negara dengan adil, telus dan saksama tanpa sebarang diskriminasi. Disamping itu, pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) seharusnya barganding bahu mempergiatkan usaha mendidik masyarakat khususnya di Malaysia mengenai perundangan Islam dengan mengadakan ceramah-ceramah mahupun mengedarkan risalah-risalah dengan berkesan. Selain itu, pihak Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM) juga seharusnya menerbitkan
pelbagai
buku
ilmiah
mengenai
perundangan
Islam
yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia agar masyarakat di Malaysia dapat maklumat yang lebih mendalam mengenai ilmu syariah. Oleh hal yang demikian, diharapkan masyarakat di seluruh Negara boleh memahami apa itu perundangan Islam serta kepentingan pelaksanaannya. 19
BIBILIOGRAFI •
Buku (i)
Tajuk : Institusi pentadbiran undang-undang dan kehakiman islam Nama pengarang : Mahmud Saedon A. Othman Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
(ii)
Tajuk: Pelaksanaan syariah islam Nama pengarang : Dr. Yusuf Al-Qardhawi Penerbit : Maktabah al-Qardhawi
(iii)
Tajuk : Tasawwur islam tingkatan 4 dan 5 Pengarang : Zulkifli Ahmad Penerbit : Pustaka Media Jaya (2006)
(iv)
Tajuk: Tamadun islam Nama pengarang : Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad Ahmad Tarmizi Talib Penerbit : Universiti Putra Malaysia 1997
•
Internet
(i)
http://www.geocities.com/CollegePark/Campus/8690/artikel/siasah2 .htm
(ii)
http://www.unitagamakmb.com/syariah_islam.htm
20