Perlantikan Guru Pss

  • Uploaded by: RAZALI SAMAD
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perlantikan Guru Pss as PDF for free.

More details

  • Words: 1,113
  • Pages: 35
PENJELASAN PELAKSANAAN PELANTIKAN GURU PERPUSTAKAAN/MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PSS)

A. Perkhidmatan / Perjawatan 1. Gelaran Jawatan: Guru Perpustakaan dan Media Sekolah secara hakiki (Di luar norma pengiraan perjawatan guru di sekolah) 2. Kategori Sekolah Rendah Sekolah Menengah

= DGA 29 = DG 41



Perkhidmatan / Perjawatan 3. Gaji Tiada perubahan (Lantikan setara) 4. Masa Bekerja Waktu: Seperti waktu sekolah

Cuti: Mengikut Perintah Am Bab C Bahagian Dua, Kelas B

Kriteria Pemilihan dan Pelantikan: • •

Pelantikan adalah seperti surat KP(BTP-PSP)8810/11/1(03) bertarikh 6 Julai 2004. Bagi kriteria 3.3,3.4 dan 3.6 pihak sekolah dibolehkan melantik guruguru berkenaan walaupun tidak memegang jawatan Guru Penyelaras PSS pada ketika pelantikan hendak dibuat.

A. Kriteria Pemilihan dan Pelantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) 1. Telah disahkan dalam jawatan. 2. Telah mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.

1. Mempunyai: 3.1 a. b. c. d. e.

Diploma atau ijazah dalam bidang berikut: Diploma Sains Perpustakaan Ijazah Sains Perpustakaan, Sains Pengajian Maklumat. Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan / Sains Pengajian Maklumat. Ijazah dalam Teknologi Pendidikan. Ijazah Sarjana dalam Teknologi Pendidikan.

ATAU Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (KSPK) dalam bidang berikut: a. Sains Perpustakaan. b. Pengurusan Pusat Sumber. c. Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran. • Teknologi Pendidikan.

ATAU Telah mengikuti sekurang-kurangnya kursus 14 minggu berkaitan dengan Pengurusan Pusat Sumber/Sains Perpustakaan /Teknologi Pendidikan dan sedang memegang jawatan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (mempunyai sijil penyertaan atau surat akuan mengikuti kursus.

ATAU 3.4

Telah mengikuti sekurang-kurangnya kursus tiga bulan berkaitan dengan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah anjuran Institut Aminuddin Baki(IAB) dan sedang memegang jawatan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (mempunyai sijil penyertaan atau surat akuan mengikuti kursus).

ATAU 3.5 Pengalaman bekerja sebagai penyelaras Pusat Kegiatan Guru atau Pusat Sumber Pendidikan Daerah tidak kurang 3 tahun.

ATAU 3.6

Telah mengikuti sekurang-kurangnya kursus pengurusan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Asas dan Peringkat Lanjutan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan sedang memegang jawatan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah(mempunyai sijil penyertaan atau surat akuan mengikuti kursus).

1. Bagi sekolah menengah calon mestilah dalam kategori DG 41. Catatan: Bagi perkara 3.3, 3.4 dan 3.6 pihak sekolah boleh melantik guru-guru berkenaan walaupun tidak memegang jawatan guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah semasa pelantikan.

A. SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH) 5. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu. 6. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.

1. Merancang dan mengurus belanjaan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah. 5. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.

1. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

1. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. 4. Merancang dan mengurus Pusat Sumber Sekolah.

1. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. 5. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/Pusat Kegiatan Guru/Perbadanan Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.

11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah. 12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.

1. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah. 5. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Negeri. 4.

Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

1. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

A. BIDANG TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA 1. Pengajaran dan Pembelajaran a.

Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu

• Definisi Kemahiran Maklumat. • Modul Pengajaran Kemahiran Maklumat. (Catatan: bagi sekolah rendah rujuk Modul Pengajaran & Pembelajaran Penggunaan &Kemahiran Maklumat untuk Sekolah Rendah terbitan BTP (2002) manakala sekolah menengah pula boleh merujuk buku yang sama dengan mengubahsuai mengikut keperluan

• Waktu pengajaran Kemahiran Maklumat: - diintegrasikan dalam mata pelajaran lain (contoh:waktu perpustakaan yang menggunakan waktu BM/BI) Catatan: Semasa Guru Perpustakaan dan Media mengajar, guru sedia ada perlu bersama. - Di luar waktu persekolahan (sesi petang / hari Sabtu)

• Jadual waktu pelaksanaan perlu disediakan untuk memastikan semua kelas berpeluang mengikuti pengajaran Kemahiran Maklumat.

b. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

c. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

2. Perancangan / Pengurusan a. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000). b. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah.(sila rujuk kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5/2002).

a. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini(Sila rujuk buku Dasar Pemilihan dan Panduan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan PSS terbitan BTP (1990) h. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. (Sila rujuk Buku Konsep dan Panduan Pelaksanaan Di Sekolah terbitan BTP (1998) dan Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 13/1998).

a. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah. d. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah (Rujuk Standard Q : Penyediaan Minit Mesyuarat) h. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

3. Pembangunan Sumber Manusia c. Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. • Mengadakan aktiviti kemahiran maklumat diluar waktu persekolahan (sesi petang / hari Sabtu). • Mengajar kemahiran maklumat kepada pengawas PSS. • Mengadakan sesi perkongsian ilmu dengan AJK Pusat Sumber Sekolah

1. Promosi / Perhubungan Luar a. Mempromosi dan mengadakan aktiviti-aktiviti galakguna Pusat Sumber Sekolah • • • •

Minggu PSS/ Induksi PSS, Bulan Membaca- bulan Julai, Hari Buku Se dunia -23 April, Hari Perpustakaan Sekolah Antarabangsa – Hari Isnin Minggu keempat, bulan Oktober

a. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/Pusat Kegiatan Guru/Perbadanan Perpustakaan Awam serta Agensi-agensi lain yang berkaitan untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. g. Mempromosi dan manjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001).

5.

Pemantauan / Penilaian / Pelaporan a.

Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.

b.

Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah

a. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah. d. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan Program NILAM kepada PKG mengikut keperluan.

Catatan: Menjalankan tugas seperti yang diarah oleh pihak pengurusan sekolah.

Related Documents

Perlantikan Guru Pss
May 2020 26
Pss
June 2020 29
Pss Radio
May 2020 25
Pss Sal
May 2020 25
Brosur Pss
June 2020 31

More Documents from "Normali Abdul Ghani"