Hari bumi disambut pada bulan april setiap tahun Tujuannya adalah untuk menangani pelbagai gejala negatif yang boleh mengancam dan memusnahkan kehidupan di bumi. Pada pandangan anda, apakah ancaman-ancaman yang dimaksudkan? Hari bumi disambut pada bulan april setiap tahun Tujuannya adalah untuk menangani pelbagai gejala negatif yang boleh mengancam dan memusnahkan kehidupan di bumi.Jadi,apakah ancaman-ancaman yang akan mengancam dan memusnahkan kehidupan di bumi? Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April. Populasi manusia yang kian meningkat pada penghujung kurun ini telah membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti perindustrian dan pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin serius dan telah diikitiraf sebagai masalah seduania dan telah dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Pencemaran ialah perubahan alam yang tidak diingini disebabkan oleh pembebasan berbagai-bagai jenis bahan pencemar alam. Pencemaran udara diakibatkan oleh panambahan bahan pencemar seperti gas,debu dan asap ke atmosfera.Keadaan ini menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia ,haiwan,tumbuhan dan harta benda kita.Tambahan pula,iklim dunia juga terganggu. Antara bahan pencemar,gas karbon dioksida merupakan bahan pencemar utama di negara kita. Antara puca utama yang menyebabkan pencemaran udara ialah asap yang dilepaskan oleh kilang perindustrian dan kenderaan bermotor serta penjanaan kuasa elektrik dan kegunaan bahan agrokimia inorganik. Asap yang mengandungi zarah karbon adalah bahan pencemar alam yang paling ketara.Apabila karbon banyak terdapat di atmosfera,wap air terkondensasi pada cuaca sejuk dan membentuk asbut . Oksida nitrogen terhasil daripada pembakaran bahan api dalam kenderaan bermotor atau kilang pada suhu yang tinggi.Selain itu,ia juga terhasil secara semulajadi semasa ribut petir dan tindakan bakteria dalam tanah. Oksida sulfur pula wujud apabila pembakaran bahan api yang muengandungi sulfur berlaku. Gas yang berasid bertindakbalas dengan oksigen dan air untuk membentuk asid. Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sehingga sumber air itu tidak dapat diguna oleh kaum manusia dan organisma
akuatik. Bahan yang boleh mencemarkan air ialah bahan buangan industrian yang wujud dalam bentuk pepejal organik, contohnya sebatian fosforus dan nitrogen.Justeru,bahan logam berat toksik seperti merkuri dan plumbum serta bahan sisa radioaktif juga merupakan salah satu penyebeb pencemaran air. Pencemaran air yang paling serius ialah berlaku pada 1950-an di Jepun. Ikan di Teluk Minamata yang dicemari merkuri dimakan oleh penduduk tempatan dan hal ini telah menyebabkan lebih daripada 40 orang mati akibat keracunan makanan. Kesan rumah hijau merupakan suatu fenomena pemanasan bumi. Sinaran ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya akan dipantul semula ke angkasa lepas oleh atmosfera,sebahagian lagi pula akan sampai ke bumi untuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah. Tidak semua tenaga haba ini akan menembusi atmosfera. Kebanyakan tenaga haba ini akan diserap oleh gas-as di atmosfera contohnya gas karbon dioksida, karbon monoksida, klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas yang mencemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga telah memerangkap haba dan menaikkan suhu. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli. Penipisan lapisan ozon Atmosfera boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan Stratosfera bumi. Lapisan ozon merupkan satu perisai semula jadi bumi dengan menyerap sinar ultraungu yang berbahaya. Lapisan ozon adalah sangat penting untuk keseimbangan cuaca dunia. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada atom oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan bertindak balas dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan kehadiran gas nitrogen. Kesimpulannya, Ancaman-ancaman merupakan bencana yang akan memusnahkan alam sekitar dan perbuatan manusia. Keadaan tersebut akan menyebabkan pelbagai kesan-kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu,semua pihak harus berganding bahu dan bertanggungjawab untuk menangani masalah yang timbul.