Kesan Dan Atasi Jerebu

  • Uploaded by: RAZALI SAMAD
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Dan Atasi Jerebu as PDF for free.

More details

  • Words: 452
  • Pages: 9
Punca berlak unya JEREBU KesAn -KesAN J e reBU LangK AH-Lan gkah Menga t

DISEDIAKAN OLEH:GKK,JOHNSON,LEONG,LIM 1,LIM

Definisi JEREBU-Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. -Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. -Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. -Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. -Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan,kebakaran gambut,pembakaran terbuka serta asap perindustrian & kenderaan . -Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

1.Kesihatan Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asthma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan bagi mereka yang bekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka.

2.Aktiviti Harian Keadaan seperti ini menyekat aktiviti seharian yang biasa dilakukan. Penduduk juga disarankan supaya mengelakkan daripada membuat aktiviti luar. Penduduk Sabah yang bekerja sebagai petani dan nelayan terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu.

3.Sektor Ekonomi Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor ekonomi negeri Sabah. Industri pelancungan misalnya adalah punca pendapatan yang paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancung bimbang dengan keselamatan mereka.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti bukan sahaja oleh penduduk Sabah tetapi kepada semua warganegara Malaysia.

*Larangan Pembakaran Terbuka Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.

*Pembenihan Awan Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

*Kempen Hijau Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membelihbelah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara.

Related Documents

Jerebu
December 2019 31
Jerebu
June 2020 19
Jerebu
June 2020 22
Jerebu
May 2020 21
Kesan
October 2019 31

More Documents from ""