Perk Ah Win An

  • Uploaded by: Nor Anisa Musa
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perk Ah Win An as PDF for free.

More details

  • Words: 953
  • Pages: 3
PERKAHWINAN DAN KEHIDUPAN BERKELUARGA ADALAH UJIAN Kemelut yang melanda kehidupan, saban hari menjadi persoalan pasangan yang berkahwin. Bak kata pepatah perkahwinan adalah suatu perjudian hidup. Ketentuannya adalah dari kuasa Allah SWT. Namun segalanya tidak harus dipersalahkan kepada taqdir semata. Allah memberikan aqal fikiran untuk dijadikan dacing penimbang yang bijaksana di samping peraturan hidup yang berlandaskan undang-undang dan hukum Tuhan menerusi Al-Quran. Sejak Pusat Kaunseling atau PK MAINS ditubuhkan pada Disember 1998 hingga 30hb. Ogos 1999, sejumlah 699 sesi kaunseling telah dijalankan dalam masa 182 hari beroperasi. Berdasarkan kajian statistik yang telah dijalankan, didapati bahawa 40 peratus dari kes tertinggi yang diterima adalah berpunca dari masalah perkahwinan seperti perceraian, nafkah, sikap suami dan isteri, saling menyalahkan pihak lain, ketidak setiaan kepada pasangan, tingkahlaku menyeleweng dan banyak lagi punca yang mengakibatkan berlakunya konflik dalam perkahwinan. Daripada fenomena ini, PK MAINS merasakan bahawa institusi perkahwinan dan sistem kekeluargaan masyarakat terutamanya umat Islam adalah diambang kehancuran. Jika perkara ini tidak diberikan perhatian, tidak mustahil suatu ketika nanti, kehidupan berkeluarga bukanlah jalan yang memberikan kedamaian kepada manusia seluruhnya. Perkara ini adalah disebabkan kerana kurang kefahaman tentang konsep perkahwinan dan alam kehidupan berkeluarga yang dikehendaki oleh Islam. Justeru itu banyak pihak harus melibatkan diri dalam membantu masyarakat khususnya umat Islam untuk mengembalikan kemurnian institusi perkahwinan. Kefahaman tentang agama dan penghayatan hidup yang berteraskan kerohanian haruslah diperhebatkan bagi membuka minda dan harapan kepada umat Islam agar kembali kepada kehidupan beragama dalam segala aspek kehidupan yang pasti menjamin kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Kursus keibubapaan diperingkat awal perlu diberikan penekanan terutama dari aspek konsep kekeluargaan menurut Islam dan isikandungan yang berbentuk jasmani dan rohani. Dengan adanya pemantapan diri luaran dan dalaman ini akan memungkinkan terbinanya keluarga harmoni yang berlandaskan agama yang betul. Oleh itu, perubahan sikap, minda dan cara hidup yang diamalkan selama ini amatlah perlu agar pembinaan diri insan lebih terarah kepada konsep pembentukan keluarga yang lebih sistematik dan ideal. Pasangan yang baik sentiasa meningkatkan kemahiran keibubapaan dan budaya kehidupan suami isteri yang berlandaskan agama dalam usaha melahirkan keluarga bahagia dan zuriat yang diredhai Allah SWT. Bagi setiap pasangan, keluarga dan individu yang mempunyai sesuatu yang memerlukan perkhidmatan kaunseling bolehlah datang ke Pusat Kaunseling MAINS di alamat berikut : Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS) ( Cawangan Seremban ) 51 & 53, Tingkat 1, Terminal One Shopping Complex, 20B, Jalan Lintang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. No Tel : 06-7679905 Fax : 06-7679906

_________ "KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN"

TERAPI PSIKOLOGI SECARA KEROHANIAN: SATU PENDEKATAN BARU Terapi kaunseling secara kerohanian (Agama) adalah satu konsep yang telah digunakan oleh junjungan Nabi S.A.W. dan para sahabat dalam merawat diri dan jiwa melalui terapi agama dengan menggunakan ayat-ayat Allah S.W.T disamping menunaikan solat dan melakukan amal kebaikan sesama makhluk. Ini berdasarkan kepada firman Alah dalam surah Bani Israel : 82 yang bermaksud : " Dan Kami turunkan dari Al-quran yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman". Begitu juga maksud ayat Al-Quran dalam surah Yunus : 57 bermaksud : " Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman". Beberapa pakar psikologi barat berpendapat bahawa penyakit-penyakit jiwa yang menimpa manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan agama. Antara pendapat yang menyokong fakta di atas ialah :

1. Profesor. Dr. C.G.Jung dalam bukunya " Modern Man In Search Of A Soul"

2.

3.

menyatakan sebagai berikut : Antara para pesakit saya yang sudah berusia lingkungan 35 tahun tidak seorang pun yang menghadapi tekanan jiwa tidak mempunyai kaitan dengan agama. Profesor. J.G.MacKenzie, memberikan pendapat sebagai berikut : " Para pesakit jiwa sembuh, bukanlah kerana pengetahuan mereka yang sempurna tentang ilmu perubatan dan bukan juga kerana mereka pakar sakit jiwa, melainkan kerana kecekapan mereka dalam bidang agama". Dr. Wadfield menegaskan sebagai berikut : " Saya telah mencuba menyembuhkan penyakit saraf dengan pengisyaratan ketegangan dan kepercayaan tetapi usaha ini baru berhasil dengan jayanya, sesudah ia dihubungkan dengan keyakinan akan kekuasaan Tuhan".

Dalam hal ini menunjukkan bahawa ahli-ahli kedoktoran Amerika Syarikat dan Eropah serta pakar Psikologi Barat menegaskan bahawa KEPENTINGAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI DAN AGAMA DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DALAM PROSES MERAWAT DAN MENYEMBUH PENYAKIT-PENYAKIT MANUSIA". Tepat dengan ucapan seorang ahli falsafah terkenal bernama IBNU QAIYIM AL JAUZI dalam kitabnya yang berjudul ZADUL –MA’AD, bahagian ketiga, muka surat 110-111 (cetakan Mesir tahun 1928) beliau berkata : " Setiap Doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan pemeriksaan jiwanya, dan tidak dapat memberikan rawatan kepada para pesakitnya, selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah, dan mengingat hari akhirat. Jika tidak mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan merupakan calon doktor yang masih lemah".

Diharapkan para ahli psikologi dan kaunselor dapat menggunakan kaedah psikologi kerohanian (Agama) sebagai satu pendekatan baru. Kita tidak dapat menafikan bahawa semua makhluk termasuk manusia dicipta oleh Allah. Dia sangat mengetahui ciptaan-Nya dan jika manusia itu sakit maka gunakanlah "manual" Allah iaitu Al-Quran. Beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai terapi psikologi jiwa ialah: a) Penumpuan kepada sesuatu perkara • •

Membaca ayat 1-5 dari surah Thaha Membaca ayat 200 surah Ali Imran

b) Menghafal pelajaran (tidak mudah lupa) •

Membaca penghulu taubat

c) Mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran • • •

Membaca surah Thaha ayat 1-5 Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali ) Membaca bismillah 5 (3 kali )

d) Mengurangkan kebimbangan dan ketegangan • •

Membaca surah Al-Insyirah Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah

Bagi para pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai panduan di atas anda bolehlah datang atau menghubungi Pusat Kaunseling MAINS di alamat berikut : Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS) ( Cawangan Seremban ) 51 & 53, Tingkat 1, Terminal One Shopping Complex, 20B, Jalan Lintang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. No Tel : 06-7679905 Fax : 06-7679906

Related Documents

Perk Ah Win An
June 2020 18
Perk At A An
May 2020 8
Perk Aw In An
June 2020 6
Perk At A An
May 2020 6
An Gin Ah Mar
June 2020 12
Perk 2386
November 2019 9

More Documents from ""