Pergerakan Asas-sid

  • Uploaded by: Muhd Mursyid
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pergerakan Asas-sid as PDF for free.

More details

  • Words: 1,396
  • Pages: 25
Pengenalan Aktiviti pergerakan asas merupakan aktiviti yang melibatkan semua anggota badan yang mana memerlukan keupayaan fizikal yang baik daripada pelajar untuk melakukannya. Aktiviti ini menguji pelajar dari pelbagai aspek iaitu imbangan, kekuatan otot, ketahanan dan lain-lain lagi. Terdapat 2 jenis pergerakan yang perlu diketahui oleh para pelajar semasa melakukan aktiviti pergerakan asas. Dua jenis pergerakan tersebut ialah : Pergerakan lokomotor :  Pergerakan lokomotor bermaksud pergerakan yang dilakukan sama ada menggunakan alatan atau tidak dengan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.  Pergerakan ini boleh direka cipta berdasarkan apa yang hendak diuji oleh seseorang guru tersebut.  Pergerakan yang dicipta haruslah melibatkan panjang jarak yang tertentu dan pelajar tidak boleh kekal dalam satu kedudukan itu sahaja.

Pergerakan bukan lokomotor.  Pergerakan ini pula bermaksud pergerakan yang dilakukan pada satu tempat sahaja tanpa bergerak ke mana-mana tempat tetapi anggota badan yang lain masih perlu digerakkan.  Kebiasaannya aspek yang sering diuji dalam pergerakan bukan lokomotor ini ialah aspek imbangan.  Dalam pergerakan ini juga pelajar boleh menggunakan alatan untuk mempelbagaikan lagi pergerakan.

Objektif

 Pergerakan yang dilakukan dapat meningkatkan ketahanan dan keupayaan pelajar untuk melakukan aktiviti yang lebih lasak.  Dapat membentuk disiplin pelajar apabila semasa proses pembelajaran seang berlangsung.  Timbul kesedaran kepada pelajar untuk lebih menghormati guru kerana terdapatnya masalah antara murid-murid yang berlaku dalam kelas.  Sifat patuh kepada arahan dididik kepada pelajar supaya kelas berjalan dengan lancar.  Berbakti kepada guru dan sama-sama bekerjasama dalam pembelajaran.  Cara pertuturan diasuh supaya sentiasa sopan.  Penerapan nilai-nilai murni semasa pembelajaran.  Murid-murid dapat membuat keputusan sendiri dan tahu membezakan apa yang baik dan apa yang buruk.

1. Merangkak seperti kuda.(L) - Bersedia dalam dalam keadaan merangkak. - Semasa merangkak anda harus menggerakkan kepala 360 darjah. - Merangkak hingga ke kon di hadapan dan balik semula ke tempat asal.

2. Imbangan Tangan(BL) - Turunkan badan dengan perlahan-lahan. - Letakkan tapak tangan dan kepala ke atas lantai. - Dengan perlahan-lahan angkatkan kaki dan tegakkan ke atas. - Bertahan dalam kedudukan tersebut dalam masa 10 saat.

3. Menghayun alatan yang bulat dan leper.(L) - Berdiri dengan memegang gelung rotan. - Goyangkan tangan dengan gelung rotan di pergelangan tangan. - Sambil memutarkan gelung rotan berlari gallop ke kon di depan dan balik semula ke kon asal. - Lakukan sehingga wisel dibunyikan.

4. Melentikkan badan ke sisi sambil berdiri, kaki rapat, kedua-dua tangan dihulurkan ke dua arah.(BL) - Berdiri tegak dan kedua-dua tangan diangkat ke atas. - Lentikkan badan dan kedua-dua tangan ke depan. - Kemudian ulangi pergerakan tadi ke belakang. - Ulang sebanyak 5 kali ke depan dan 5 kali ke belakang.

5. Berjalan langkah besar dan masukkan pundi kacang ke dalam bakul dengan menggunakan kaki .(L) - Berdiri tegak. - Langkah besar ke depan meggunakan kaki kanan. - Kemudian langkah menggunakan kaki kiri pula. - Apabila sampai ke kon di hadapan masukkan pundi ke dalam bakul yang disediakan dengan menendang pundi tersebut. - Ulang sehingga wisel dibunyikan.

6. Menegakkan badan dengan kaki kanan bengkok ke depan, kaki kiri lurus ke belakang sambil mendepakan 2 tangan menjadi bentuk V.(BL) - Berdiri lurus - Gerakkan kaki kanan ke depan. - Kaki kiri lurus ke belakang. - Angkatkan kedua-dua tangan lurus ke atas menjadi bentuk V.

7. Skip lompat.(L) - Berdiri dengan memegang tali skipping. - Melompat menggunakan tali skipping melepasi bangku. - Ulang sehingga wisel dibunyikan.

8. Imbangan dengan 3 tapak sokongan.(BL) - Berdiri tegak. - Bongkokkan badan ke depan dan letakkan kedua-dua kaki di atas lantai. - Tangan kiri diletakkan di atas lantai. - Tangan kanan diangkat dan diluruskan.

9. Mengimbang alatan yang bulat dan padu.(BL) - Bersedia dengan memegang bola. - Angkat lutut kanan dan imbangkan badan dengan satu kaki. - Letakkan bola tersebut di atas paha anda dan jangan biarkan bola terjatuh.. - Kekalkan keadaan itu sehingga wisel dibunyikan.

10. Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri, kaki kanan ke depan dan kaki kiri lurus ke belakang.(BL) - Berdiri tegak. - Kaki kanan di depan dan dibengkokkan. - Kaki kiri lurus ke belakang. - Kilaskan badan ke kanan dan kiri sambil mencekak pinggang. - Ulang sehingga wisel dibunyikan.

11. Merangkak Komando.(L) - Bersedia dalam keadaan meniarap. - Gunakan kedua-dua tangan untuk gerakkan badan. - Gigit pundi kacang dan merangkak komando anda bergerak ke kon di hadapan. - Letakkan pundi kacang di kon itu dan baling pundi kacang itu mengenai kon asal dalam keadaan meniarap. - Melungsur ke kon di hadapan dan balik semula ke tempat asal. - Ulang sehingga wisel dibunyikan.

12. Imbangan dengan satu tapak sokongan.(BL) - Berdiri tegak dan kaki dirapatkan. - Tangan diletakkan di sisi. - Angkat satu kaki lurus ke hadapan dan imbangkan badan sehingga wisel dibunyikan.

13. Menyambut alatan yang panjang dan lembut.(L) - Berdiri dengan memegang tali riben. - Baling tali tersebut ke depan setinggi yang mampu. - Tangkap semula tali tersebut dan lakukan gaya kungfu yang paling kreatif. - Ulang sehingga wisel dibunyikan.

14. Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri, .(BL) - Berdiri tegak dan kaki dikangkangkan. - Tangan dalam keadaan mencekak pinggang. - Kilaskan badan ke kiri dan ke kanan sehingga wisel dibunyikan.

15. Gulingan tenggiling.(L) - Berdiri tegak. - Tundukkan badan dan guling ke depan. - Ulang sehingga wisel dibunyikan

16. Mengendur dan menegakkan badan dalam posisi berdiri.(BL) - Berdiri tegak - Bongkokkan badan dan jari tangan menyentuh jari kaki. - Ulang sehingga wisel dibunyikan.

17. Lompat rusa.(L) - Berdiri tegak. - Mula melompat didahului dengan kaki kanan. - Kemudian diikuti dengan kaki kiri. - Terus melompat ke kon di depan dan balik semula ke kon asal. - Ulang sehingga wisel dibunyikan.

18. Imbangan atas punggung.(BL) - Kedudukan dalam keadaan baring. - Angkat kedua-dua tangan ke atas. - Angkat kedua-dua kaki ke atas. - Bertahan sehingga wisel dibunyikan.

19. Jalan Harimau.(L) - Berdiri tegak. - Bukakan kaki dan berada dalam keadaan kangkang. - Tangan diletakkan atas lantai - Jalan seperti harimau..

20. Imbangan bangau.(BL) - Berdiri tegak dan kaki dirapatkan. - Depakan ke dua-dua tangan - Angkat kaki kanan dan letakkan di lutut sebelah kiri. - Bertahan sehingga wisel dibunyikan.

Institut Perguruan Ipoh Perak 31150 Hulu Kinta Perak Darul Ridzuan Senarai Semak Aktiviti Pergerakan Asas Nama : _________________________________________________________ Bil 1

Aktiviti Merangkak seperti kuda.(L)

2

Imbangan Tangan(BL)

3

Menghayun alatan yang bulat dan leper.(L)

4

Melentikkan badan ke sisi sambil berdiri, kaki rapat, kedua-dua tangan dihulurkan ke sisi.(BL)

5

Berjalan langkah besar dan masukkan pundi kacang ke dalam bakul dengan menggunakan kaki .(L)

6

Menegakkan badan dengan kaki kanan bengkok ke depan, kaki kiri lurus ke belakang sambil mendepakan 2 tangan menjadi bentuk V.(BL)

7

Skip lompat.(L)

8

Imbangan dengan 3 tapak sokongan.(BL)

9

Melantun alatan yang bulat dan padu.(L)

10

Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri, kaki kanan ke depan dan kaki kiri lurus ke belakang.(BL)

11

Merangkak Komando.(L)

12

Imbangan dengan satu tapak sokongan.(BL)

13

Menyambut alatan yang panjang dan lembut.(L)

14

Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri.(BL)

15

Gulingan Tenggiling (L)

16

Mengendur dan menegakkan badan dalam posisi berdiri.(BL)

17

Lompat rusa.(L)

18

Imbangan atas punggung.(BL)

19

Jalan harimau.(L)

20 Imbangan bangau.(BL) Tandakan ( X ) selepas selesai melakukan aktiviti

(X)

Rumusan dan Cadangan Setelah semua aktiviti pergerakan yang dirancang oleh saya dilakukan oleh semua rakan-rakan, apa yang saya dapati ialah bukan senang bagi seseorang pendidik untuk betul-betul menjadi seorang pendidik. Alasan di atas apa yang telah saya perkatakan ialah seseorang pendidik perlu mempunyai tahap kesabaran yang paling tinggi untuk menangani semua kerenah murid-muridnya. Jika seseorang itu tidak mempunyai jiwa yang cekal sebagai seorang pendidik, jadi dia tidak mungkin dapat meneruskan tanggungjawabnya lagi. Seseorang itu boleh mengajar sahaja tanpa mendidik jika dia tidak mempunyai jiwa yang ikhlas dan kesabaran. Semasa saya bertindak sebagai tenaga pengajar kepada rakan-rakan saya, saya dapati mereka susah untuk patuh kepada arahan jadi segala perancangan menjadi tidak teratur dan tidak berjalan tepat mengikut masa yang diberikan. Walaupun begitu mereka dapat melakukan semua aktiviti yang disediakan tanpa ada sebarang masalah. Apabila arahan diberikan, sesetengah daripada mereka bermain-main tetapi kembali serius hanya selepas dimarahi. Keseluruhannya saya dapat merangkumi bahawa saya sudah mempunyai kefahaman terhadap bidang ini dan apa yang dapat saya cadangkan ialah setiap guru haruslah mempunyai sikap yang tegas dan mesra pelajar bagi menyesuaikan diri dengan murid-murid semasa pembelajaran dalam kelas.

Nama

: Muhd Mursyid Bin Zulkefli

IC

: 880421-07-5173

Opsyen : PPPRPET (PJ) Unit

: F4

Pensyarah : En. Saiful Bahari Tarikh Hantar

: 15 April 2008

Related Documents

Pergerakan Kreatif
April 2020 29
Pergerakan Indonesia
December 2019 38
Pergerakan Kreatif.docx
December 2019 32
Pergerakan Kreatif.ppt
December 2019 26
Pergerakan Asas
May 2020 11
Unsur Pergerakan
May 2020 10

More Documents from ""