1.0 TAJUK Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi Alatan. 2.0 PENGENALAN Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan. Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan pusing-putar. 2.1 Lokomotor Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata. Bagi lokomotor beritma sekata ialah :1. Berjalan 2. Berlari 3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki ) 4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki ) 5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang seli )
Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah : 1. Skip 2. Galop 3. Melongsor 2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor Pergerakan Bukan Lokomotor
merupakan pergerakan yang static atau
setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :1. Meregang 2. Memusing 3. Membongkok 4. Menghayun 5. Menolak 6. Menarik 7. Mengilas 8. Bangkit 9. Rebah 10. Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya, pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di atas :1. Merangkak = membongkok + berjalan
2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari 3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong
4. Menguak
= menolak + menarik ke kiri dan ke kanan
2.3 Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :i.
Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul, mengumpan dan merejam
ii.
Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii.
Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul
Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahirankemahiran asas sukan.
3.0 MATLAMAT Kertas kerja ini disediakan dengan matlamat untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah berkenaan dengan kemahiran pergerakan asas. Perkara yang ingin dilihat secara dekat dalam aktiviti ini adalah kesesuaian pergerakan asas yang dilaksanakan kepada kanak-kanak. Secara tidak langsung, semua kelemahan dan kekurangan dalam aktiviti yang dijalankan dapat diperbaiki dan dijadikan sebagai pemangkin dan panduan untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, aktiviti pergerakan asas yang dilakukan ini dapat membentuk para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Di samping itu juga para pelajar akan mendapat kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka Selain itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan satu rancangan pengajaran dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan alatan secara betul dan selamat.
4.0 OBJEKTIF Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :1. Membantu kanak-kanak membina pergerakan asas. 2. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis pergerakan yang sedia ada. 3. Membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para pelajar terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah. 4. Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi melaksanakan pergerakan asas dalam pelbagai jenis pergerakan. 5. Membolehkan
pelajar
menggunakan
seluruh
anggota
badan
dalam
melakukan suatu pergerakan dengan menggabungkan unsur kreatif dan seterusnya memperkembang aplikasi kemahiran tersebut. 6. Memupuk imej kendiri, kesungguhan , keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar. 7. Mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang sihat. 8. Para pelajar dapat mengaplikasi pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan berkesan. 9. Para pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan. 5.0 TARIKH 27 April 2009 6.0 TEMPAT Dewan Seri Temenggong, Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
7.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahap Dua ( Tahun Lima ) 8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI 8.1 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu dilalui oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang berbeza untuk setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk pergerakan lokomotor manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan lokomotor. Aktiviti ini turut melibatkan manipulasi alatan dalam setiap pergerakan yang ingin dilakukan oleh para pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk mengawal dan menggayakan pergerakan mereka tersebut.
10.0 RUMUSAN
Melalui kertas kerja yang telah dihasilkan ini, saya telah dapat mempelajari dan menguasai pelbagai kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain daripada itu, saya mula memahami dengan lebih mendalam lagi tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberi penekanan kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung juga, saya telah digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta menjana idea baru untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur, berkualiti serta menarik perhatian rakan-rakan mahu pun pensyarah pembimbing.
Disediakan oleh, (Sivanesan Balasubramaniam) Disahkan Oleh, (Pn Rasidah Binti Shuib)