BAB 1 : PENGENALAN
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan(membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin melakukan sesuatu perkara maka kita perlu fikirkan apakah kaedahkaedah yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah yang telah sedia ada dalam pengetahuan kita supaya hasil leberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah memuaskan. Andaikan jika kita ingin mengajar murid-murid tentang pertolongan cemas di mana ia merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam subjek Pendidikan Kesihatan maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, ‘brain storming’, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-
1
teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedahkaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demonstrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demonstrasi. Kesimpulannya apabila hendak mengajar kita perlu peka tentang teknik yang sesuai untuk digunakan bagi kaedah tersebut kerana setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
1.1
KAEDAH PENGAJARAN (BERCERITA) Cerita merupakan satu susunan kejadian atau peristiwa yang berlaku
sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di 2
samping alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat. Keindahan dan kekuatan teknik bercerita lebih terletak pada penggunaan bahasa seseorang itu. Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar. Selain itu ia dapat melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini sebenarnya ingin menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka. Apabila bercerita, pelajar dilatih untuk lebih mengenali masyarakat di sekitar mereka dan kehidupan berdasarkan cerita-cerita yang didengar. Secara langsungnya pelajar dapat meluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang jika cerita yang mereka timbulkan itu berkait dengan kehidupan seharian. Ini kerana kehidupan seharian mereka dapat memberi sedikit pengaruh dalam sesi penceritaan oleh pelajar. Di samping itu pelajar adalah digalakkan untuk mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan. Dalam proses penceritaan, pelajar dapat menghayati nilai-nilai murni melalui pemodelan watak-watak baik yang ditonjolkan
di
dalam
cerita
yang
ditimbulkan
oleh
mereka
semasa
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
1.1.1 PRINSIP-PRINSIP KAEDAH BERCERITA Terdapat juga beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh seseorang itu terutamanya bagi seorang guru yang telah memilih kaedah pengajaran
bercerita
untuk
memulakan
proses
pengajaran
dan
pembelajaran di dalam kelas. Prinsip-prinsip ini boleh dikatakan adalah sebagai kriteria-kriteria yang perlu ada bagi menjalankan kaedah bercerita sebagai kaedah pengajaran yang berkesan.Jadi bagi memastikan proses 3
pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu kelas itu berjalan dengan lancar serta dapat mencapai objektif pelajaran yang maksimum, guru ataupun pelajar terlibat yang ingin memulakan penceritaan mereka perlulah menepati dan mengandungi semua prinsip-prinsip yang sedia ada iaitu : •
Cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar. Guru perlu memastikan cerita berkaitan dengan topik dan objektif pelajaran. Isi cerita perlu dihafal agar penyampaian menarik perhatian pelajar.
•
Suasana bilik darjah haruslah sesuai dengan cerita. Susunan ruang untuk sesi becerita perlu kondusif.
•
Bahan bantu mengajar seperti boneka dan kad-kad gambar juga boleh digunakan untuk menghidupkan suasana penceritaan.
•
Bahasa yang digunakan haruslah mudah agar pelajar dapat memahami cerita dengan mudah. Soalan-soalan juga perlu untuk dikemukakan bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi antara pencerita dengan pelajar.
•
Jika guru merupakan pencerita, gerak geri guru dari segi isyarat lisan dan tanpa lisan hendaklah sesuai dengan isi cerita.
•
Aktiviti susulan perlu diadakan untuk membolehkan peajar dan guru membincangkan tentang nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita tersebut.
1.1.2 TEKNIK BERCERITA Teknik bercerita dalam pengajaran pula perlu dikuasai bagi melahirkan seorang pencerita yang baik. Teknik ini perlu dikuasai terlebih dahulu kerana dengan penguasaan teknik ini, sesi pengajaran yang menggunakan kaedah pengajaran bercerita akan mendapat kesan yang optimum dari segi penerimaan penyampaian maklumat kepada pelajar yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik bercerita boleh dilaksanakan dalam beberapa cara. Antara cara teknik bercerita yang asas ialah : 4
•
Guru boleh bercerita tentang keseluruhan cerita dan pelajar pada masa yang sama pelajar pula mencatat urutan peristiwa cerita yang diperdengarkan.
•
Guru bercerita keseluruhan cerita dan pelajar menceritakan semula cerita tersebut.
•
Guru menceritakan awal cerita sahaja manakala pelajar meramalkan kesudahan cerita tersebut.
•
Guru boleh menceritakan bahagian akhir cerita dan pelajar pula membina permulaan cerita.
•
Pelajar diminta untuk mendengar rakaman cerita terlebih dahulu dan kemudian mereka menceritakan semula cerita tersebut.
•
Guru boleh memberikan peluang kepada pelajar untuk memilih sebarang cerita secara bebas dan kemudian mereka menceritakannya secara lisan.
•
Guru boleh meminta pelajar membina cerita sendiri berdasarkan bahan rangsangan atau rujukan kemudian menceritakannya.
1.1
KONSEP KAEDAH BERCERITA Konsep kaedah bercerita yang digunakan dalam kerja tugasan ini melalui
pelaksanaan pengajaran mikro berpandukan rancangan pengajaran harian adalah berdasarkan kepada tajuk penyalahgunaan bahan di bawah tunjang pembelajaran 2 iaitu gaya hidup sihat. Konsep yang digunakan boleh dikatakan agak mudah kerana dalam pelaksanaan aktiviti rancangan pengajaran harian ini, murid hanya menerima input daripada guru pada peringkat awal di mana semua sumber maklumat yang diperlukan oleh murid-murid akan disediakan terlebih dahulu.
5
Pada peringkat awalnya guru akan memberikan maklumat tentang jenisjenis dadah serta akibat penyalahgunaan bahan tersebut melalui video yang ditayangkan. Kemudian salah satu daripada prinsip bercerita perlu digunakan iaitu di mana setelah selesai pelajar menonton tayangan video tersebut, mereka akan diminta menceritakan semula apa yang telah dipelajari oleh mereka setelah melihat kesan-kesan buruk dadah. Penceritaan mereka akan merangkumi akibat penyalahgunaan dadah dan juga langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat menjauhi perkara tersebut. Konsep yang digunakan ini memerlukan pelajar mengumpul semua maklumat yang berkaitan semasa tayangan video untuk dipersembahkan di hadapan rakan sekelas dan pelajar juga perlu bijak menyusun urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Melalui konsep ini juga guru bukan sahaja dapat mengasah kemahiran mendengar dan kemahiran lisan pelajar malah secara tidak langsung telah memberi kesedaran kepada mereka tentang perlunya membasmi najis dadah ini dengan menjauhi sebarang perkara yang menjurus ke arah
perkara
tersebut
contohnya
merokok,
melepak,
gengsterism
dan
sebagainya. 1.2
KEPENTINGAN KAEDAH BERCERITA Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak
kerana melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan pelajar dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Mereka akan lebih mudah faham apabila mereka belajar dalam keadaan di mana mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secara lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa 6
dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri pelajar kerana mereka akan mengingatinya. Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan dalam diri pelajar. Guru haruslah menggunakan bahasa di mana struktur ayat dan kosa kata yang betul serta bersesuaian agar pelajar dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Bahasa yang digunakan mestilah bersesuian dengan aras pelajar kerana mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah mengajar murid dari senang ke susah dan dari konkrit ke abstrak. Kepentingan bercerita ialah ianya harus memberi kesan kepada pelajar dan mereka memahami dengan jelas objektif utama yang hendak disampaikan melalui penceritaan tersebut. Guru juga boleh menggunakan teknik ini agar dapat menarik minat mereka untuk berkomunikasi dan menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang hendak disampaikan. Sekaliguskan ia dapat meningkatkan kosa kata pelajar. Guru juga boleh mengaplikasikan kemudahan IT yang ada dengan menggunakan Power Point. Visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik minat pelajar untuk melihat apa yang akan keluar pada muka surat yang selanjutnya. Pita rakaman juga masih juga dapat digunakan kerana kemahiran mendengar dapat ditingkatkan. Persembahan teater akan lebih berkesan kepada pelajar kerana mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu berimaginasi. Ianya dapat membantu pelajar menghayati dan merasakan sendiri cerita tersebut. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam teknik pengajaran bercerita agar murid dapat memahami maksud yang hendak disampaikan dengan jelas dan terkesan dalam diri mereka. Sebagai contoh nilainialai
murni
dalam
cerita
itu
dapat
memberikan
pengajaran
kepada
pembentukkan peribadi diri mereka. Guru merupakan model kepada mereka dalam membentuk perwatakan mereka dimasa hadapan. Melalui penekanakan kepada aspek intonasi suara, mimik muka dan gaya penceritaan serta alatan dan gaya penyampaian, teknik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru. 7
BAB 2 : LANGKAH PELAKSANAAN 2.1
PERSEDIAAN AWAL Cerita yang dipilih hendaklah merupakan cerita yang menarik dan sesuai
dengan objektif, kebolehan dan minat pelajar. Cerita seharusnya tidak begitu panjang dan mempunyai unsur suspens serta kecindan. Di samping itu, penyediaan bahan bantu mengajar adalah penting untuk sesi bercerita dan persembahan. Guru juga perlu menyusun ruang bercerita yang menarik dan sesuai. Jika pelajar perlu bercerita, mereka perlu dilatih dalam bercerita supaya dapat menghayati cerita dengan memahami urutan peristiwa. Berdasarkan rancangan pengajaran harian Pendidikan Kesihatan di bawah tajuk Penyalahgunaan Bahan dan sub tajuk Pengambilan Dadah, guru perlu mengumpul maklumat tentang isu-isu dadah yang terdapat di dalam negara serta info-info tentang dadah untuk dibentangkan kepada murid-murid. Sumber yang boleh digunakan oleh guru untuk mencari maklumat adalah 8
daripada internet, majalah atau buku rujukan. Antara cara-cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat-maklumat tersebut kepada murid adalah dengan penggunaan bahan bantu mengajar teknologi maklumat iaitu melalui persembahan video di mana ia mengandungi visual dan audio yang berupaya menarik minat pelajar. Dalam proses guru mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk penyalahgunaan bahan, guru perlu memilih sumber yang sesuai dengan tahap serta minat murid-murid supaya mereka mudah faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh guru. Mereka juga dengan secara tidak langsung akan dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pengajaran guru. Guru perlu juga perlu peka dengan cara penyampaian yang akan dilakukan kerana ia juga menjadi faktor penerimaan maklumat yang maksimum daripada murid-murid. Dalam rancangan pengajaran harian ini, guru perlu menyusun ruang bercerita mengikut kesesuaian bilik darjah tersebut supaya murid-murid mendapat keselesaan dalam menerima input-input baru daripada guru. Penggunaan bahan bantu mengajar LCD adalah sesuai kerana guru dapat menayangkan video tentang isu dadah sambil bercerita tentang isu tersebut melalui pengetahuan sedia ada guru. Cerita yang akan disampaikan seharusnya perlu merangkumi realiti kehidupan seharian di mana ia sedikit sebanyak berkait rapat dengan kehidupan seharian murid-murid. Ini kerana murid-murid akan lebih terkesan sekiranya cerita yang disampaikan terasa seperti berada dekat dengan mereka dan kesannya ialah murid-murid akan lebih berwaspada dengan perkara-perkara negatif seperti apa yang diceritakan oleh guru.
9
2.2
SEMASA BERCERITA Kemahiran yang perlu ada pada seseorang guru atau pelajar semasa
menyampaikan cerita ialah : •
Kemahiran Verbal Projeksi suara di mana nada suara pencerita harus sesuai untuk menggambarkan situasi tertentu dan menunjukkan emosi. Intonasi suara perlu dipadankan dengan cerita. Frasa yang ingin difokuskan perlu diberi penekanan. Pencerita digalakkan untuk menggunakan ayat yang mudah bertujuan untuk membantu pemahaman urutan cerita.
•
Kemahiran Bukan Verbal Gerak mata digunakan untuk menggambarkan situasi cerita dan emosi serta menarik perhatian pendengar kepada cerita. Mimik muka adalah untuk
menggambarkan
emosi.
Gerak
badan
digunakan
untuk
menghidupkan sesuatu watak atau menggambarkan situasi cerita. •
Jika terdapatnya gangguan, guru hendaklah meninggikan suara dan pandang ke arah pelajar yang menimbulkan gangguan tersebut dan teruskan bercerita. Guru juga boleh mendekatkan diri dengan pelajar tersebut
sambil
bercerita
atau
berhenti
memandang kepada pelajar berkenaan.
10
secara
spontan
dan
Guru adalah perantara yang sangat penting bagi kaedah yang digunakan ini. Dalam menceritakan tentang isu dadah dalam negara ini guru perlu pandai memainkan intonasi suara supaya murid-murid akan faham di mana terdapatnya penegasan dalam cerita yang disampaikan. Contoh intonasi suara yang boleh digunakan ialah apabila guru menerangkan kesan-kesan buruk apabila seseorang itu terjebak dalam kancah najis dadah ini, hukuman yang akan diterima oleh pesalah ialah hukuman gantung sampai mati. Frasa hukuman gantung sampai mati itu boleh ditinggikan atau ditegaskan sedikit suara supaya murid-murid akan lebih peka dan faham apa maksud yang ingin guru sampaikan. Di samping itu ayat-ayat yang digunakan perlulah mudah tetapi pada masa yang sama dapat menarik minat murid-murid untuk mendengarnya. Selain daripada kemahiran verbal guru, kemahiran bukan verbal juga adalah penting kerana guru boleh menunjukkan emosi yang sepatutnya apabila bercerita. Mimik muka guru yang menunjukkan sebarang ekspresi muka sama ada marah atau sedih akan memberi sedikit kesan ke atas cerita yang disamaikan. Dalam tajuk penyalahgunaan bahan ini, guru boleh menunjukkan emosi sedih apabila melihat anak bangsa Malaysia terutamanya golongan belia yang menjadi harapan negara pada masa depan terlibat dengan najis dadah dalam keadaan yang sangat kotor dan menyedihkan. Dari penceritaan tersebut, murid-murid juga akan merasai perasaan yang sama yang ditunjukkan oleh guru dan secara tidak langsung guru telah menerapkan perasaan benci kepada najis dadah. Proses semasa bercerita adalah penting untuk memastikan semua muridmurid mendapat input-input penting, jadi kawalan kelas juga seharusnya adalah dalam keadaan yang baik. Guru perlu mempunyai kemahiran mengendalikan kelas dengan baik supaya tidak terdapat gangguan semasa proses bercerita dijalankan. Ini kerana gangguan tersebut memberikan pengaruh negatif kepada tahap penerimaan murid-murid.
11
2.3
SELEPAS BERCERITA/AKTIVITI SUSULAN Apabila cerita selesai diperdengarkan, sesi perbincangan dengan pelajar
boleh diadakan. Rasionalnya ialah di sini guru boleh menguji kefahaman pelajar tentang cerita yang disampaikan dengan mengemukakan soalan-soalan konvergen dan divergen. Soalan konvergen bertujuan untuk memperoleh respons daripada murid untuk menguji penguasaan fakta dan pengetahuan. Manakala soalan divergen yang dikemukakan pula bertujuan untuk merangsang pemikiran
pelajar
untuk
mencungkil
pelbagai
respons.
Aktiviti
susulan
dirancangkan untuk pelajar memperoleh kesan yang maksimum daripada penceritaan. Selain itu, aktiviti susulan yang boleh diberikan kepada pelajar ialah: •
Membina soalan berdasarkan cerita yang didengar.
•
Meringkaskan cerita yang didengar secara lisan atau bertulis.
•
Melakonkan cerita yang didengar dalam main peranan atau pantomin.
•
Latihan memperkayakan perbendaharaan kata.
•
Melukis gambar berdasarkan cerita.
•
Menulis semula cerita dalam bentuk puisi.
Aktiviti susulan merupakan proses untuk menilai dan mengukuhkan pengetahuan pelajar. Semasa aktiviti susulan diadakan guru boleh membina pelbagai aktiviti yang di mana berfungsi untuk menilai sejauh mana objektif pembelajaran pada hari kelas tersebut dijalankan dicapai oleh pelajar. Dengan cara ini guru bukan sahaja dapat memaksimumkan kesan pembelajaran malah
12
guru juga dapat mengenalpasti jika terdapat sebarang kekurangan dalam rancangan pengajaran harian yang telah dijalankan.
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN Mata Pelajaran
: Pendidikan Kesihatan
Tunjang 2
: Gaya Hidup Sihat
Tajuk
: Penyalahgunaan Bahan
Sub Tajuk
: Pengambilan Dadah
Tarikh
: 29 Julai 2009
Masa
: 8.00 – 8.30 pagi
Tahun
: Tahun 4
Bilangan Murid
: 20 orang
Objektif
: Di sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Kognitif
: Menyatakan perbezaan ubat, racun dan dadah.
Afektif
: Berusaha untuk mengelak daripada terjebak dengan najis dadah dengan mengamalkan gaya hidup sihat..
Pengetahuan sedia ada : Murid telah sedia maklum tentang isu penagihan dadah di dalam negara. Penerapan nilai
: Disiplin dan mengamalkan sikap benci dadah.
Penggabunjalinan : Tunjang 3: Penyakit Kesepaduan
: Seni-aktiviti melukis poster.
Alatan
: 1. LCD
2. Kertas Mahjong
3. Alatan Melukis
4. Poster Anti-Dadah.
13
14
Bahagian/Masa
Aktiviti
Butiran Mengajar
Alatan/Strategi
Permulaan
Tayangan Video
•
LCD
Guru akan bertanya beberapa soalan untuk
(5 minit)
menguji pengetahuan muridmurid tentang isu-isu dadah. •
Kemudian guru akan menayangkan video tentang isu dadah.
•
Semasa video ditayangkan, guru akan bercerita tentang keburukan penyalahgunaan dadah serta akibatnya.
Perkembangan
Bercerita.
•
Guru akan meminta murid-
Kertas Mahjong
murid bercerita tentang apa
(10minit)
yang telah dilihat semasa tayangan video. •
Murid-murid akan diminta untuk menyenaraikan beberapa jenis nama dadah.
•
Kemudian murid-murid akan ditanya untuk membezakan dadah yang boleh digunakan sebagai ubat dan dadah yang boleh mendatangkan keburukan.
Kemuncak (10 minit)
Melukis Poster
•
Murid-murid akan melukis poster 15 bertemakan ‘Benci
Alatan Melukis
RUMUSAN Teknik bercerita membawa manfaat kepada pelajar dan teknik ini adalah amat sesuai untuk digunakan bagi pelajar sekolah rendah. Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada pelajar untuk mendengar dengan teliti dan bertutur dengan baik, ia juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dan juga menulis. Guru juga dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar. Justeru, daya imaginasi pelajar ditingkatkan dan secara tidak langsung pelajar digalakkan untuk meminati alam fantasi. Ramai yang beranggapan adalah perkara yang sia-sia untuk meminati alam fantasi kerana mereka dianggap berkhayal. Namun bagi seorang pelajar sekolah rendah, adalah amat baik untuk menggalakkan mereka untuk meminati alam fantasi kerana rasionalnya ialah mereka dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir. Jadi dengan penghayatan mereka dalam alam fantasi, banyak idea-idea baru boleh dijana dan pemikiran mereka akan menjadi lebih matang dengan gabungan unsur realiti alam persekitaran mereka. Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik bercerita, guru boleh juga memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang disampaikan di mana pelajar dengan sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan.
16
REFLEKSI Alhamdulillah saya dapat juga menyiapkan kerja tugasan subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Kesihatan ini pada masa yang ditetapkan. Saya telah dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul semasa sedang menyiapkan tugasan ini kerana bantuan daripada rakan-rakan yang selalu berfikiran terbuka untuk sama-sama berbincang mencari jalan penyelesaian. Pensyarah bimbingan juga banyak memberi panduan-panduan yang penting di mana merupakan sebuah dorongan bagi saya menyiapkan tugasan dengan lebih sempurna. Sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini, sebenarnya saya telah mendapat banyak input-input yang boleh digunakan apabila saya mula bertugas sebagai seorang guru kelak. Ini kerana semua hasil kerja pembentangan yang telah dilakukan sebelum ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan alam persekolahan dan banyak mendedahkan dengan kaedah-kaedah yang boleh saya praktikkan semasa di sekolah nanti. Contohnya berkenaan dengan kaedah yang saya pilih iaitu kaedah bercerita, saya boleh menggunakan informasi yang berguna seperti cara apa yang terbaik untuk saya gunakan untuk menggalakkan anak murid saya supaya lebih berkeinginan untuk belajar. Jadi saya telah memahami bahawa untuk mencapai objektif tersebut saya perlu mempnyai kemahiran bercerita di saming menepati prinsip-prinsip untuk bercerita. Di sini pelajar akan mendapat faedah kerana kaedah yang dilakukan ini akan memberikan mereka lebih pengetahuan dan dapat memantapkan pengetahuan yang sedia ada. Saya harap dengan pengetahuan yang saya peroleh melalui kerja tugasan yang dilakukan ini dapat saya gunakan semasa menjadi guru sebenar kelak.
17
BIBLIOGRAFI
1. Atan Long. 1982. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.Wlodkowski, R.J. (1978). 2. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru",Fajar Bakti, Petaling Jaya. 3. Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 4. Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.
18