Tuesday, March 30, 2010
Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif Posted in | 2:13 PM | by pergerakan kreatif(A)
6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif 6.1 Drama Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-
kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.
6.2 Muzik Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan
kecerdasan
kinestetik
malahan
berperanan
membantu
merekamemahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budayamasyarakat
Malaysia
yang
harus
dikenali
murid
sebagai
warisan
bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar
6.3 Tarian Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.
MUZIK DENGAN PERGERAKAN MUZIK DENGAN PERGERAKAN
5 jenis Pergerakan mengikut Perkembangan Dari Mudah ke Kompleks: • Gerakan Mengikut Lirik Lagu • Gerakan Asas Dengan Muzik • Interpretasi Muzik Dengan Gerakan • Gerakan Bebas Dengan Muzik • Gerakan Yang Menunjukkan Cerita Atau Tema
KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Pergerakan adalah asas respon kepada muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana Dalam dunia kanakkanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi kanak-kanak memang suka bergerak. Pergerakan dan muzik adalah satu seni kinestetik. Kanakkanak mengembangkan kebolehan muzikal mereka melalui kombinasi apa yang mereka alami dengan apa yang mereka dengari, lihat dan rasai.
DEFINISI PERGERAKAN
Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” ( learning by doing : Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
Pergerakan adalah perlakuan/aksi individu yang boleh berlaku secara automatis spontan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai pergerakan badan.
PENDEKATAN DALCROZE
• irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik • irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak. • elemen irama dan dinamik - berkait rapat dengan pergerakan. • Kesemua degree dalam tempo - allegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami dan diekspresikan dengan badan.
PENGLIBATAN
Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu : • mendengar
• merasai (feel) • berimaginasi kuat (strong imagination) • mengintepretasi bunyi • bertindak/respon/bergerak
JENIS PERGERAKAN ASAS • Bukan lokomotor : tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal, melentik. • Lokomotor : berjalan, meloncat, , berlari, merangkak, merayap, bergolek,bergalop, skip, berputar, melompat.
Kedua-dua jenis pergerakan boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan tinggirendah bunyi, dan kontur melodi.
PERGERAKAN KREATIF Intrepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.
UNSUR-UNSUR PERGERAKAN
• TUBUH BADAN : pergerakan yang dilahirkan oleh bahagian- bahagian anggota badan. • RUANG : penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan. • DAYA : kualiti pergerakan.
• PERKAITAN : hubungkait bahagian-bahagian anggota badan dengan orang lain atau objek-objek.
TUJUAN PERGERAKAN KREATIF
1. kebebasan melahirkan idea dan perasaan 2. pengawalan pergerakan 3. kemahiran pergerakan 4. keseronokan dan kepuasan 5. kesedaran imej kendiri 6. kesedaran estetik 7. apresiasi bentuk seni 8. kartasis(melepaskan ketegangan perasaan) 9. pemahaman budaya 10. sosialisasi 11. penyelesaian masalah 12. alat pembelajaran akademik 13. teraputik
APLIKASI KONSEP MUZIK DALAM PERGERAKAN
1. Irama • menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu
yang mudah sambil menyanyi.
2. Meter dan tekanan • gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter triple. Skip, bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 ) 8
3. Melodi • guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya bunyi(pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.
4. Bentuk • pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa. Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.
5. Harmoni • dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.
6. Ekspresi • pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit,bila muzik lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.
7. Warna ton • pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet atau oboe.
8. Jalinan • pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau fomasi.
PERANCANGAN P & P 1. ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan. 2. berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki. 3. buat demonstrasi untuk lebih kefahaman 4. jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti. Beritahu mengapa – terangkan bahawa pergerakan memerlukan disiplin.
DEFINISI PERGERAKAN Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan. DEFINISI MUZIK Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik. KEPENTINGAN PERGERAKAN Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Kecerdasan Muzik Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik. Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini. Kecerdasan Kinestetik Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan
menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi. Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains. Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk
mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal.
PENDEKATAN DALCROZE Pengenalan Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950), seorang pemuzik dan pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih kemahiran dalam konsep-konsep muzik yang asas seperti irama, ton, dinamik dan bentuk. Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan improvisasi. Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui gerakan merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa badan manusia merupakan alat muzik semulajadi yang paling sesuai untuk menerapkan konsep-konsep asas muzik. Oleh itu, beliau telah mehasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan dan gabungan daripada 3 komponen tersebut telah menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini. Walaupun kaedah ini telah diperkenalkan lebih daripada 100 tahun yang lepas, namun kaedah ini masih dapat dipraktikkan pada nasa sekarang. Falsafah pendidikan yang terkandungdalam kaedah ini yang melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid, member peluang kepada murid-murid untuk memperoleh pengetahuan melalui pengalaman dan penemuan sejajar dengan teori pendidikan kini. Falsafah, Konsep dan Teknik Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau mendapati bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan emosi terhadap muzik yang dimainkan walaupun mereka telah menguasai kemahiran dan teknik permainan alat muzik. Malah mereka mempunyai masalah dalam memainkan irama yang ringkas, mengalami masalah ketepatan pic dan intonasi. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu pendekatan untuk member pendidikan muzik yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar muzik. Pendekatan Dalcroze erdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi muzik selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman
muzikal. Dalcroze tidak setuju dengan cara pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi muzik di mana teori muzik di ajar secara ‘atas kertas’. Pada pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik dan kanak-kanak tidak dapat ‘mendengar’ bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya bunyi muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat dikaitkan apa yang dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen penting dalam kaedah Dalcroze. Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakn. Pembelajara muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan penerangan guru sahaja. Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal yang mencukupi dan telah menguasai konsep-konsep muzik dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah guru mengaitkan pengetahuan dan kefahaman kanakkanak tehadap konsep muzik dengan notasi, teori, analisa dan sebagainya. Proses ini dapat menjamin kanak-kanak dapat memahami konsep muzik secara mendalam dan berkesan. Prosese pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan menjadi lebih mudah dan cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. 3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla dan improvisasi. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan keran Dalcroze percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep asas muzik seperti irama adalah melalui gerakan. Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanak-kanak untuk bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan. Dalcroze berpendapat bahawa semua elemen dapat dirasai melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat muzik yang dapat dilatih untuk mencapai tujuan tersebut. Selain daripada itu, elemen-elemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya juga dapat ditunjukkan melalui gerakan badan. Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat dilakukan pada
aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi. Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze menggunakan system “Do Tetap” di mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic. Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru dengan menggunaka piano dapat member panduan yang asas kepada kanak-kanak dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik. Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.
TAHAP ASAS AWAL MUZIK DAN GERAKAN PERKEMBANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN Sebelum anda mula memikirkan cara-cara untuk merancang dan melaksanakan gerakan dan pengalaman muzik bagi anak-anak, penting untuk memahami dasat atau tahap awal perkembangan muzik peringkat kebangsaan. Mendengarkan dan bergerak mengikut music, menyanyi dan bermain alat muzik memberikan gambaran deskriptif perkembangan muzik bermula lahir hingga 5 tahun yang telah digariskan oleh Music Educators National Conference (MENC) menyatakan mengenai pembelajaran muzik untuk kanak-kanak.
Peringkat Kebangsaan untuk Pendidikan Muzik Taman Kanak-kanak (2-4 tahun) Perkembangan muzik amat penting kepada anak-anak sebelum di hantar ke taman kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran muzik untuk membesar. Dengan meningkatnya jumlah tempat perjagaan anak, penjagaan anak sekolah, dan program-program intervensi awal untuk kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak berisiko tinggi menunjukkan bahawa maklumat tentang keperluan muzik bayi dan anak-anak perlu disediakan dan juga peringkat-peringkat muzik patut ditetapkan untuk pembelajaran muzik anak-anak. MENC’ menyatakan: 1.Semua kanak-kanak mempunyai potensi muzik. 2.Anak-anak membawa kepentingan yang unik dan mempunyai kemampuan dalam mempelajari muzik 3.Anak-anak yang masih kecil mampu mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis melalui idea-idea muzik. 4.Anak-anak yang belajar muzik sejak awal dari pelbagai latar belakang. 5.Anak-anak perlu pengalaman sebagai contoh dari bunyi muzik, aktiviti dan bahan-bahan. 6.Anak-anak tidak boleh dibebani dengan keperluan untuk memenuhi matlamat prestasi. 7.Bermain adalah aktiviti anak-anak. 8.Anak-anak belajar dengan baik dalam persekitaran fizikal dan social 9.Persekitaran pembelajaran yang pelbagai amat diperlikan untuk memenuhi perkembangan anak-anak. 10.Anak-anak memerlukan orang dewasa sebagai model yang berkesan.
BERGERAK MENGIKUT MUZIK Umur Perkembangan Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula: bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan. 4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif:
bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah kearah sumber muzik. 10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya. 18 bulan – 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Dia mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik. 2 - 3 tahun Mula menari: kanak-kanak bertatih berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Dia menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang dia boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa. 3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, berubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. (muzik amat penting baginya untuk mengekspresikan dan mengkomunikasikan idea dan emosi untuk mengembangkan kemahiran bahasa. 4 – 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.
5 – 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Dia mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat, melompat dengan satu kaki, dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Dia juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.
MENYANYI Peringkat umur Lahir – 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah ‘muzik’: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, kumuran, jeritan dan mula ‘bercakap yang bukan-bukan’ mengulangi suara seperti “ba-ba-ba.” 6 – 18 bulan Bercakap bukan-bukan makin meningkat, memuat karakteristik muzikal lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama. 18 bulan – 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunaka suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang. 3 ½ - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula: sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu. 4 – 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat:
anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya. 5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat: Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah. BERMAIN ALAT MUZIK Peringkat umur 6 – 9 bulan Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi. 18 bulan – 2 tahun Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi. 2- 3 ½ tahun Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya. 4- 5 tahun Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan
boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.
ALAT MUZIK UNTUK ANAK-ANAK Membuat muzik dengan memainkan alat muzik boleh menjadi salah satu bahagian yang paling menarik daripada pengalaman muzikal. Anak-anak bergerak balas terhadap alat muzik, dan mereka suka membuat percubaan dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu, drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat lain. Alat irama, yang nyata adalah alat muzik, banyak memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk fokus pada eksplorasi kreatif. Setiap alat berbeza, mereka mudah digunakan dan mereka boleh dimainkan dengan pelbagai cara yang menarik. Alat muzik Segitiga (tringles) -Yang bergantung pada seutas tali dengan bebas. Ia mengetuk dengan lembut. Segitiga ini menghasilkan bunyi yang indah. Claves -claves yang tebal dan sempurna diperbuat daripada kayu keras. Letakkan satu clave di telapak tangan anda dan lagakan dengan clave lain. Irama kayu(rhythm sticks) -dimainkan secara berpasangan. Ia boleh menjadi halus atau bergerigi. Dimainkan dengan memegang satu irama kayu dan memukul dengan yang lain, atau menggosokan sepanjang kayu tersebut. Blok kayu ( wood blocks) -kecil, blok kayu yang berongga menghasilkan bunyi yang bergema. Ketuk blok kayu ringan dengan kayu atau penukul getah keras. Maracas -dicipta daripada labu (atau plastic keras) dan dipenuhi dengan biji atau batu kerikil. Goyang dengan perlahan, mengikut jeda untuk menghasilkan irama. Gendang (dram) -menghasilkan pelbagai jenis bunyi, bergantung pada bagaimana ia dimainkan. Gendang boleh dimainkan dengan jari, tangan, atau buku jari
atau dengan paluan. Bunyi gendang terbaik ketika dipukul dengan sentuhan melenting cepat sehingga kulit di atas gendering boleh bergaung. Jingle bells -dipasang pada plastik atau kain dan boleh digoncang dengan tangan atau diikat pada pergelangan kaki atau pergelangan tangan. Rebana (tambourines) -kegemaran anak-anak kecil. Dilengkapi dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu atau plastic dengan plastic atau kulit gendering dan set kecil alat bunyian yang diletakkan disekeliling rebana. Anda boleh mengetok dengan tangan atau jari, menggoncang rebana atau mengabungkan keduadua tindakan tersebut.
BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN Bahan Cara menggunakan Syal/ selendang (scarves) -berikan syal yang ringan kepada kanak-kanak, berwarna warni supaya syal tersebut dapat bergerak ke atas dan ke bawah dan juga di sekeliling tubuh badan mereka. Selain itu, juga boleh menggerak-gerakkan selendang bolakbalik dengan cepat, melambai-lambai berulang-ulang mengikut irama. Kanak-kanak juga boleh berputar dalam lingkungan syal, mencampakkan syal dan menagkapnya. Guru perlu membimbing kanak-kanak supaya menggunakan syal dengan cara pergerakan yang sesuai mengikut muzik. Mereka akan bergerak bebas di persekitaran untuk melakukan aktiviti ini. Pita (streamers) -untuk nampak lebih menarik, kanak-kanak boleh menggunakan pita yang panjang. Ia akan bergerak dan bergoyang mengikut pergerakan yang dilakukan. Apabila di letakkan di lantai…. Gelung (hoops)
Beanbags -Anda boleh menempatkan beberapa bulatan di lantai dan membiarkan anakanak mempelajari pelbagai cara untuk bergerak di dalam lingkaran, dalam dan keluar daripada lingkaran, dan di luar gelung tersebut. Dorong anak
anda untuk bereksperimen dengan memasukkan sebahagian tubuh mereka di dalam lingkaran dan sebahagian tubuh lain di luar. Misalnya, meminta anak-anak, "anda boleh meletakkan kedua kaki di dalam lingkaran dan membiarkan tangan anda berjalan-jalan di luar lingkaran itu?" Mereka juga boleh menggunakan gelung untuk melompat dengan menggangap gelung tersebut sebagai tali untuk melatih kemahiran melompat. Berikan beanbag kepada setiap kanak-kanak(mempunyai pelbagai warna dan bentuk yang berlainan). Guru atau ibu bapa perlu menunjukkan pergerakan supaya mereka dapat mengikuti: meletakkan beanbag di kepala anda, dan berjalan mengelilingi bilik tanpa membiarkannya jatuh. Letakkan beanbag di bahu, lengan, siku, kaki anda. Letakkan di belakang, dan merangkak di sekitar bilik. Meletakkannya di lantai, dan melompat di atasnya. Duduk di beanbag anda. Roll atas bantal. Melemparkannya ke udara, dan menangkapnya dengan kedua tangannya. Menggabungkan kegiatan beanbag dengan pita.
PERGERAKAN KREATIF 1.0
PENGENALAN Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Pergerakan
kreatif
adalah
salah
satu
kaedah
pembelajaran
yang
boleh
membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi. Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan.
Kanak-kanak
akan
mengembangakan
daya
komunikasi
yang
mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik, spontan dan terancang. Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginankeinginan
untuk
bergerak,
berlakon
dan
sentiasa
aktif
yang
tidak
boleh
dipuaskan. Contohnya, kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer dan Prangrazi telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanakkanak iaitu : i. Keinginan untuk bergerak ii. Keinginan untuk berjaya iii. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya iv. Keinginan untuk bersaing v. Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal vi. Keinginan untuk mengembara vii. Keinginan untuk memperoleh daya penarik viii. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti ix. Keinginan untuk mengetahui
Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang mempunyai
fungsi-fungsi
tertentu
seperti
pertumbuhan
fisiologi
dan
motor,
perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah ”Pergerakan Kreatif” untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota badan. Pergerakan kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi. Margaret H’Doubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya pemikiran, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Apa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak, bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan ekspresi emosi kendiri melalui pergerakan. 2.0
ELEMEN ASAS PERGERAKAN Pergerakan kreatif merangkumi empat elemen utama iaitu ruang, masa, tubuh
badan, dan aliran. Ia melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sama ada dengan atau tanpa muzik. 2.1
Ruang
Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan gerakan. Terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Kedua-dua ruang ini meliputi bahagian kawasan seperti : a) aras
- tinggi, sederhana dan rendah
b) arah
- hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah
c) aliran
- awangan, lantai, lurus dan berliku-liku
d) ekstensi - mengecil dan membesar 2.2
Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawallambat dan serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a) Serta merta
-
Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini
cepat, tegas, b) Kawal-lambat
spontan dan dinamik -
Pergerakan yang perlahan, Mengambil masa dan dapat
dikawal.
Perlakuannya adalah lambat, licin,
beralun dan berayun. Ia boleh dirasakan
sebagai
sesuatu yang tidak pertergesa-gesa atau cepat. 2.3
Tubuh Badan
Anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki akan menghasilkan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. a) Halus-ringan
-
Pergerakan
yang
lembut,
sensitif menggunakan kekuatan otot yang
halus
dan
ringan semasa
bergerak bebas dan setempat. b) Berat-kuat
- Pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas. Memerlukan
tenaga dan 2.4
menggunakan otot-otot yang kuat.
Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan terikat. Aliran berhubungkait dengan anggota badan dengan orang lain atau alatan. Contohnya, permainan ulat bulu dan penggunaan alatan seperti gelung rotan. 2.0
JENIS-JENIS PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor, dan kemahiran manipulatif. Pergerakan Lokomotor Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor adalah untuk menyokong aktiviti pergerakan yang dirancang. i.
Konsep pergerakan lokomotor Pergerakan lokomotor terbahagi kepada beberapa cara iaitu seperti arah, aliran, haluan dan masa.
ii.
Arah Arah adalah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan
iii.
Haluan
Haluan ialah pergerkan melibatkan pelbagai bentuk atau corak gerakan. Contohnya adalah seperti samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lainlain iv.
Masa Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. Masa boleh beradadalam keadaan cepat atau pelahan, secara tiba-tiba atau dalam bentuk terkawal.
v.
Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor adalah seperti berjalan, berlari dan melompat.
vi.
Lokomotor beritma sekata
Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain
Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi
Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau keduadua belah kaki. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki (berselang-seli)
Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.
Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.
Pergerakan bukan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor adalah kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat aktiviti.
Pergerakan bukan lokomotor adalah merupakan keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Secara kebiasaannya, pergerakan bukan lokomotor ini adalah aspek keseimbangan. Dalam pergerakan ini, kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai alatan untuk mempelbagaikan pergerakan. i.
Konsep pergerakan bukan lokomotor Konsep pergerakan lokomotor adalah merupakan konsep pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor ini dapat membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Aktiviti gerakan mestilah dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan.
ii.
Bentuk-bentuk pergerakan bukan lokomotor a.
Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.
b.
Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'. Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang
Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang.
Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.
c.
Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagianbadan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksipanjang. d.
Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.
Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher.
Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong.
e.
Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.
f.
Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik
Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan
yang berlainan
Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .
Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang
berlainan seperti tangan, siku , dan kaki.
g.
Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap
h.
Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai
Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada
Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain
Hayun dengan bergayut pada palang
Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan
Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan
i.
Rebah Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.
j.
Bangun Aktiviti bangun, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangun
Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.
Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .
Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.
Rebah dan bangkit berulang-ulang kali. Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas:
Merangkak-membongkok + berjalan.
Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalan atau berlari.
Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.
Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.
CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF Antara ciri-ciri pergerakan kreatif adalah :
Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson 1982)
Tumpuan adalah kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalamanpengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983).
Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976)
Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanakkanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek. (H’Doubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob 1986)
Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983)
Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluangpeluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).
3.0
KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF Pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta
mempengaruhi perkembangan program pendidikan jasmani iaitu Jesse William (1964), sangat memberi pengaruh yang sangat dalam perkembangan pergerakan kreatif. Objektif yang disarankan oleh William pada hakikatnya mencabar para pendidik untuk mempertingkatkan kemahiran mereka supaya dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Nilai-nilai positif yang akan diterima oleh kanak-kanak melalui pergerakan kreatif adalah berbeza kerana bergantung dengan penyertaan seseorang kanak-kanak dalam aktiviti ini. Melalui pergerakan kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat sekiranya dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. Meningkatkan kecergasan Pergerakan kreatif mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down sering mengalami masalah otot lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan rasa lebih gembira untuk bergerak dan bermain dengan secara tidak langsung mereka dapat membina kecergasan diri. guru perlu peka dengan keadaan kanak-kanak ini kerana, dengan aktiviti yang teratur dan senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang dapat membantu kanak-kanak menjamin kesihatan dan tahan lasak. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu kecergasan kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan dan kecergasan berat badan.
Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh seseorang untuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak. Pergerakan akan memberi implikasi terhadap seseorang terutama kanak-kanak untuk menjalani kehidupan secara efektif atau tidak. Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan menjadi komponen dalam konsep kecergasan yang merupakan perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Latihan jasmani yang kerap dilakukan dapat mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan salah satu faktor penting dalam mempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat membantu kanak-kanak mencegah penyakit Osteoporosis atau kekurangan garam galian dalam tubuh yang berpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lemban. Hal ini kerana aktiviti yang rancak dapat memberikan bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang besar serta memperbaiki struktur tulang kerana dapat membalikkan proses ini di samping membina semula tulang-tulang. Alat teraputik Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan mental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi cergas dan efektif dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanak-kanak. Pergerakan kreatif mempunyai nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman kanak-kanak tersebut untuk di jadikan pengalaman mereka. Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk merialisasikan potensi mereka dengan imej yang lebih positif dengan melakukan pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan dalaman yang mereka miliki untuk melakukan sesuatu pergerakan. Kanakkanak juga mampu untuk memikirkan pergerakan yang bagaimana mereka ingin lakukan melalui penyelesaian masalah dengan memupuk interaksi sosial yang positif dengan membekalkan
pengalaman
yang
mampu
membantu
mereka
meneroka
dan
mengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka dengan mempelbagaikan pergerakan melalui pengalaman estetika. Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan tersendiri, mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin melalui cabaran dan kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlu merangkumi kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, yang seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan, sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik
yang fungsional. Pergerakan kreatif sangat penting untuk memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan menyatakan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin. Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakan sintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak dan memperkukuhkan pemahaman mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanak kesan terhadap tubuh badan mereka, dan pergerakan seperti melompat tali ( skipping ), lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sangat menarik terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah daya koordinasinya. Sosialisasi Aktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin rassa saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menhadapi cabaran-cabaran yang di berikan dan menjadi salah satu seni pergaulan ( socialization ). Aktiviti pergerakan kreatif merupakan perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian. Kana-kanak sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untuk bergaul dengan orang lain, menerima arahan dan motivasi dalam diri mereka. Penting bagi setiap kanak-kanak untuk mempelajari cara untuk menjadikan mereka di terima dari segi sosial untuk memudahkan aktiviti mereka. Melakukan aktiviti dalam kumpulan dapat mempertingkatkan tahap sosial kanak-kanak dan menyesuaikan diri mereka untuk meneroka dan memahami konsep memimpin dan mengikut. Fokus
konsep
sosialisasi
dalam
program
pergerakan
kreatif
dengan
menghubungkannya dengan cirri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, tatatertib, sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan menghormati sahabat dan kempimpinan yang unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial, menyemai minat yang positif, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain dan membentuk personaliti diri. Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa Kanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal perasaan dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif ketegangan ini dapat diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positif dalam diri mereka. Hal ini kerana pergerakan kreatif mampu mengalihkan
hiperaktif kanak-kanak kerana pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan bermain yang semulajadi. Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraan kepada mereka. Kanak-kanak memerlikan perhatian dan kasih saying yang mengcukupi untuk membina personality mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan aktiviti, tekanan yang mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk di kawal. Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya bukan untuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapat diredakan namun tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untuk disalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yang dilakukan. Melalui pergerakan kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka, melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial mereka terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakan kreatif juga kanak-kanak lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara nonverbal berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan. Kemahiran bertutur Pergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar lebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan. Dengan aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bertutur dan kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampu untuk menyebut perkataan dengan betul sebaliknya hanya menyebut hujung perkataan sebaliknya dengan aktiviti pergerakankreatif yang di sertai dengan nyanyian dapat membantu memperbaiki pertuturan kanak-kanak tersebut. Menyanyi dan digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan mereka akan lebih berasa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak mereka akan beranggapan menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan lebih terhibur dan menenagkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanakkanak, aktiviti ini sangat membantu untuk mencapai matlamat untuk memperbaiki sebutan kanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian memerlukan sebutan yang betul dan jelas mengikut
rentak dan irama serta disampaikan tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung aktiviti dapat membantu kanak-kanak memperbaiki pertuturan mereka. Meningkat kreativiti Kreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran terhadap pembelajaran. Kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelessaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, dapat memberi pengalaman yang lebih bermakna kepada kanakkanak. Kanak-kanak mampu untuk meneroka danmengembangkan daya kreativiti mereka melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakukan idea mereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal. Kreativiti melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat dikembangkan di bilik darjah yang bersifat mengongkong . menggunakan pendekatan pergerakan kreatif merupakan aktiviti semulajadi dan menyeronokkan kanak-kanak untuk di jadikan pengalaman mereka. Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak, perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada pergerakan kreatif akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukan pergerakan kreatif akan mengalami proses kreativiti ini.kepuasan sepenuhnya dan rasa dihormati dalam kalangan mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebsan untuk berfikir yang memerlukan saluran untuk meluahkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian yang mereka lalui. 4.0
CADANGAN AKTIVITI
Tarian Definisi tarian dan pendapat tokoh Tarian merupakan gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan.
Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain. Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, beliau mendefinisikan seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsure-unsur moden. Seni tari boleh di kategorikan kepada : a) Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang di persembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya, tarian ini termasuklah tarian seperti tarian siti panyung, mak inang, asyik, gamelan dan sebagainya. b) Tarian rakyat seperti dongdang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya. c) Tarian yang khusus di tarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang, tarian labi-labi, tarian berdayung dan sebagainya. Tarian kanak-kanak Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Kepentingan tarian kepada kanak-kanak i.
Aspek kognitif
ii.
Aspek fizikal Membantu mengembangkan psikomotor kanak-kanak ke tahap yang maksimun dan baik
ii iv.
i.
Aspek sosial dan emosi Aspek psikomotor
Drama Definisi drama Drama ialah melakukan pergerakkan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yang penting sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau mengekspresi diri mereka. Ekspresi dalam drama
Kanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti. Drama merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk meluahkan perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialah melahirkan luahan daripada hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah, takut dan benci.
Jenis-jenis drama a) Improvisasi merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan berkaitan kejadian, keadaan atau situasi dalam kehidupan harian.pergerakkan yang terlibat termasuklah gerak balas, isyarat tangan, gerakkan badan, mimic muka dan isyarat-isyarat lain. b)
Pantomin
merupakan lakonan tanpa dialog. Skrip di baca oleh kanak-kanak dan mengiringi lakonan tersebut. Pantomin dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog. c)
Memos
memos merupakan lakonan bisu dan hanya menggunakan pergerakkan badan tanpa bahasa atau percakapan. Setiap pelakon menyampaikan mesej melalui mimik muka dan pergerakkan badan. d)
Main peranan
aktiviti main peranan ini merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Pemain atau pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudian melakokannya mengikut situasi tersebut. e)
Simulasi
melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat di cungkil dan di asuh dengan baik. Kanakkanak di kehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan berkesan. f)
Teater membaca
melalui aktiviti ini, skrip yang sesuai perlu disediakan dan mempunyai dialog. Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini iaitu : penceritan berada dalam kelompok cerita : - pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon yang wataknya dibaca. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan. pencerita diluar kelompok cerita : - pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di sediakan dan pelakon akan bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai wataknya dibaca oleh pencerita tersebut. g)
Teater boneka
Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilan boneka begitu serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka masih lagi berfikiran animism dan sangat suka terhadap boneka. Terater ini juga disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa terhadap kanak-kanak. Melalui teater boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak. Perlaksanaan teater boneka dapat memberi pengalaman belajar yang sangat seronok kepada diri kanak-kanak. Cadangan Aktiviti : Cadangan aktiviti Tahap /Tahun 3 –4
5–6
7–8
Perkembangan Psikomotor
Tarian
Drama
Muzik
Menggerakkan bahu dan tangan mengikut irama. Seronok bertepuk tangan tetapi dengan bimbingan.
Pergerakan yang mudah Cth : rasa sayang hey
Lakonan yang spontan dan semulajadi yang dilakukan oleh kanak-kanak setelah diminta oleh ibu bapa.
Muzik yang harmoni dan tenang serta penggunaan bahasa yang mudah dalam lirik. Cth : rasa sayang hey.
Boleh melompat dan menari Melukis gambar manusia 2 dimensi tetapi berbentuk realistik
Pergerakan yang bertema. Cth: tarian kontemporori, nirmala, balqis.
Lakonan yang berkaitan dengan alam semulajadi. Cth : arnab dan kura-kura.
Muzik yang bertema. Nilai murni Lirik lagu yang menggunakan bahasa yang mudah. Cth : Tanya sama pokok.
Boleh menggunakan kombinasi tangan dan kai dengan baik dalam melakukan pergerakan dalam tarian . Mencari teman secara aktif.
Pergerakan tarian yang konkrit. Cth : tarian zapin, tarian sri inang.
Lakonan yang konkrit dan bertema serta mempunyai pengajaran dan nilai estetika yang tinggi. Cth: Puteri Gunung Ledang, snow white.
Muzik yang bertema dan rancak. Cth : nasyid, tradisional, muzik jazz, dll.
5.0
5.0
IMPLIKASI PERGERAKAN KREATIF TERHADAP 4 PERKEMBANGAN Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan
fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Pergerakan ini memberi imlikasi terhadap keempat-empat perkembangan iaitu perkembangan kognitif, psikomotor, afektif (sosial dan emosi) secara lansung mahupun tidak langsung. Perkembangan Psikomotor
Perkembangan psikomotor merupakan perkembangan kemahiran dan kebolehan otot fizikal. Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Terdapat tiga komponen utama perkembangan psikomotor yang dikemukan oleh Taksonomi Jewett dan diantaranya adalah pergerakan kreatif. Gabungan pergerakan yang dilahirkan melalui perasaan dan idea yang bernas ini dapat di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah khususnya. Hal ini kerana, jika kita melihat dari konteks perkembangan psikomotor aktiviti seperti tarian dan drama dapat membantu pembentukan perkembangan psikomotor secara langsung melalui aktiviti tersebut. Contohnya seperti tarian zapin yang sesuai bagi peringkat kanak-kanak yang berusia 6 hingga 8 tahun. Tarian ini memerlukan kombinasi tangan serta kaki yang cekap agar gerakan tarian kelihatan harmoni, manakala tarian piring pula mampu menjana perkembangan motor halus dari segi genggaman jari kanak-kanak memegang ketika sedang menari. Terdapat pelbagai tarian lain yang dapat diaplikasikan oleh guru agar dapat membantu kelancaran perkembangan psikomotor, selain itu, aktiviti seperti ini juga, dapat mewujudkan suasana pembelajran yang menarik kerana lumrah kanak-kanak adalah mereka seronok bermain, menyanyi dan menari. Perkembangan Kognitif Perkembangan Kognitif merupakan cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan keupayaan penggunaan dalam perbualan untuk menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Dalm konteks perkembangan ini, kita dapat lihat bahawa pergerakan kreatif memberi sumbangan dalam perkembangan kognitif ia dapat dilihat dalam persembahan yang mereka tunjukkan samada tarian, drama mahupun muzik. Aktiviti seperti ini memerlukan ingatan yang kuat seperti drama, memerlukan kanak-kanak untuk menghafal skrip begitu juga muzik yang memerlukan kanak-kanak memahami serta menghafal lirik lagu manakala tarian pula, memerlukan kanak-kanak mengingati estiap langkah dalam tarian yang diperlajari mahupun yang bakal dipersembahkan. Selain itu, pergerakan kreatif juga mencetuskan idea dalam membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh sebagai wadah ekspresi. Justeru itu, aktiviti-aktiviti ini dapat melahirkan kanakkanak yang mampu berfikiran kritis serta memberikan pengalaman kepada pelajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta dapat menonjolkan bakat kepimpinan kanak-kanak berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan. Perkembangan Afektif ( Sosial dan Emosi )
Lumrah kanak-kanak yang suka akan keseronokan permainan dan bersosialisasi bersama rakan. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang sukar untuk berkomunikasi bersama rakan mahupun guru malahan ada sesetangah kanak-kanak yang duduk bersendirian tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang diidkuti oleh mereka. Menurut Coplan et al (1994) kanak-kanak kelihatan seolah-olah tidak berinteraksi sosial dan kurang berhubung dengan orang lain, walaupun terdapat orang yang bermain berdekatan dengan mereka, manakala Pan (1994) mengatakan bahawa, dengan peningkatan umur mereka akan belajar berkomunikasi dan bekerjasama dalam aktiviti yang berbentuk permainan. Teori-teori tersebut jelas menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti yang mampu memberangsangkan
mereka
untuk
bersosialisasi
disamping
dapat
memberi
keseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Jelaslah, pergerakan kreatif merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan suatu aktiviti-aktiviti yang menarik seperti tarian, drama dan muzik. Selain itu, jika dilihat dari dalam konteks pembelajaran, ketiga-tiga aktiviti seperti tarian, drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Semangat kerjasama diantara pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketiga-tiga pembelajaran aktiviti ini. Ketika ini, guru perlu bijak mengambil kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkan pendekatan berkumpulan dalam pengajaran, sebagai contoh tarian inang, yang memerlukan kerjasama daripada ahli kumpulan agar dapat menghasilkan persembahan yang serentak, sama dan menarik minat penonton. Aspek emosi juga turut menerima impaknya, ia dapat dilihat daripada pengamatan dan penghayatan pelajar dalam menjalankan aktiviti tersebut. Tarian, Drama dan Muzik merupakan antara aktiviti yang menjana kepada perkembangan emosi kanak-kanak, ia dapat ditunjukkan ketika kanak-kanak berlakon dalam drama yang memerlukan pengamatan dan penghayatan terhadap watak yang disampaikan, maka emosi atau perasaan kanak-kanak ini dapat diekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak yang dipegang. Begitu juga, tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada perkembangan emosi kanak-kanak. 6.0
KESIMPULAN Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan,
irama dan daya jreativiti untuk melahirkan insane yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Pergerakan ini bertujuan untuk meningkatkan potensi sedia ada kanak-kanak berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang dapat dipupuk dan diterapkan dariapada aktiviti yang memerlukan pergerakan
kreatif ini iaitu seperti mepertajamkan imaginasi dan sensitivity, mengurangkan ketegangan emosi, membentuk personality dengan sifat jaya diri dan insiatif dan ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Tuntasnya, pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan Afekitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanakkanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Oleh itu, pergerakan kreatif yang merupakan tafsiran idea, perasaam atau tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik mampu
membantu
perkembangan
psikomotor
perkembagan kehidupan yang sempurna.
kanak-kanak
dalam
menjana