Penulisan Proposal Projek.docx

  • Uploaded by: Mustakim
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Proposal Projek.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,201
  • Pages: 7
1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan pada hari ini memperlihatkan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran guru dipraktikkan bagi mencapai objektif pengajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Antara kaedah yang digunakan oleh guru-guru ialah demonstrasi, syarahan, perbincangan kumpulan dan tutorial. Namun, pada era sekarang ini, murid lebih berminat untuk menggunakan gajet elektronik serta lebih cenderung mnggunakan teknologi masa kini. Jadi, guru perlu lebih kreatif dalam meneruskan proses pengajaran seperti menggunakan inovasi digital sewaktu di dalam kelas. Menurut Everett M. Rogers (1983), inovasi adalah sebuah idea, gagasan, amalan atau sesuatu perkara yang diterima sebagai satu reka cipta yang baru oleh seseorang atau kelompok masyarakat untuk dipraktikkan. Manakala, Zimmerer dan Scarborough (2005) pula menyatakan inovasi ini ialah sebuah kebolehan mengaplikasikan penyelesaian kreatif kepada masalah atau peluang untuk meningkatkan atau penggayaan kegidupan manusia. Oleh yang demikian, dapat saya simpulkan, inovasi ini merupakan satu ciptaan baharu yang dicipta untuk penggunaan sesuatu kelompok masyarakat. Dalam konteks inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran pula, dapat saya tafsirkan bahawa dalam sesi pengjaran yang lebih berkesan, guru perlu mengaplikasikan penggunaan inovasi digital ini. Hal ini, akan memudahkan seseorang murid itu memiliki ilmu pengetahuan serta akan menarik minat murid. Dalam penghasilan inovasi buku cerita elektronik ini akan memberikan kesediaan kepada guru dan murid untuk membaca buku yang lebih menarik dan interaktif. Oleh itu, penghasilan buku cerita elektronik ini sangat memberi kesan terhadap guru umunya dan murid khususnya. Semoga buku cerita elektronik ini memberikan kebaikan kepada semua pihak.

1

2.0 RASIONAL Matlamat utama penghasilan inovasi ini adalah untuk memupuk minta membaca dalam kalangan murid. Permasalahan ini timbul dalam kalangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Jadi, penghasilan inovasi ini mungkin kurang sesuai di sekolah kebangsaan. Namun, masih boleh digunakan untuk menarik minat murid di sekolah-sekolah kebangsaan. Selain itu, tumpuan juga diberikan untuk penambahan kosa kata kepada murid. Jika kita lihat, kosa kata dalam kalangan murid pada masa kini amatlah lemah. Jadi, dengan medium penghasilan inovasi ini, dapat membuka minda murid dalam memperbanyakkan kosa kata serta ilmu pengetahuan yang lebih luas.

3.0 PENYATAAN MASALAH Sewaktu saya sedang menjalani proses praktikum semester lepas, saya telah mengenal pasti beberapa masalah yang sering menjadi permasalahan utama. Saya telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun empat. Jadi, masalah yang saya dapat lihat ialah kurangnya minat membaca dalam kalangan murid dan kurangnya kosa kata dalam kalangan murid. Tambahan pula, muridmurid ini mempelajari bahasa Melayu yang bukan bahasa utama yang mereka gunakan di rumah. Masalah ini juga bukan sahaja terjadi untuk murid tahun empat, rungutan daripada guru-guru yang mengajar di situ juga sama. Boleh dikatakan semua murid kurangnya minat membaca dalam diri mereka. Jadi, berdasarkan masalah yang telah saya kenal pasti ini, saya telah mendapat beberapa idea untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan penghasilan projek inovasi ini, guru dapatlah membendung masalah kurang minat membaca dalam kalangan serta kurangnya kosa kata dalam pengetahuan mereka.

2

4.0 OBJEKTIF Dalam penghasilan inovasi digital saya telah meletakkan dua objektif yang utama untuk dicapai oleh murid. Namun, guru perlu menggunakan alat ini dengan penuh optimum dan baik. Objektifnya adalah seperti berikut; 1. Mencetuskan minat membaca dalam kalangan murid dengan menggunakan buku cerita elektronik ini. 2. Memperbanyakkan kosa kata murid berdasarkan pembacaan mereka melalui buku cerita elektronik ini. 5.0 KUMPULAN SASARAN Penghasilan projek inovasi ini mensasarkan kepada kumpulan murid yang tiada atau kurang minat untuk membaca. Kelompok murid ini tidak kira sama ada murid tahap satu atau tahap dua. Hal ini kerana, projek inovasi ini mesra untuk semua peringkat umur seseorang murid itu.

3

6.0 KEPENTINGAN PROJEK INOVASI (BUKU CERITA ELEKTRONIK) Sesebuah projek yang ingin dihasilkan sudah semestinya mempunyai faedah dan kepentingannya yang tersendiri. Bagi modul pembelajaran teras Bahasa Melayu yang hanya menekankan kepada pemulihan bagi minat membaca dan penambahan kosa kata murid ini bakal menekankan konsep pembacaan untuk murid sekolah rendah yang kurang minat membaca. Buku cerita elektronik ini dihasilkan dengan menggunakan aplikasi storyjumper. Aplikasi ini bukan sahaja boleh menghasilkan sebuah buku cerita secara atas talian. Tetapi, aplikasi ini juga boleh dijadikan medium pembelajaran atas talian. Hal ini kerana, aplikasi ini mempunyai fungsi lain, iaitu boleh mewujudkan sebuah classroom yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Caranya adalah dengan hanya memasukkan kata laluan guru tersebut. Pembelajaran seperti ini sangat mampu untuk menarik minat seseorang murid. Penghasilan inovasi ini bukan sahaja murid yang akan tertarik dengan sistem ini, akan tetapi guru-guru veteran juga akan tertarik. Projek inovasi ini juga akan memudahkan dan meringankan beban guru dalam menangani masalah membaca murid dan masalah pengayaan kosa kata dalam kalangan murid. Dalam buku cerita elektronik ini wujudnya audio yang telah dimasukkan untuk menjadikan buku ini lebih menarik. Sebagai contoh, buku cerita elektronik saya bertajuk ‘Tali Pinggang Raja Sulaiman’ yang melibatkan beberapa watak haiwan. Jadi, saya telah memasukkan bunyi yang menunjukkan perwatakan haiwan tersebut. Selain itu, suara perbualan juga boleh dimasukkan. Hal ini akan lebih menarik minat murid berjinak untuk membaca. Apabila murid sudah minat membaca, mereka akan mula membaca pelbagai jenis buku, tidak kira sama ada secara atas talian atau luar talian. Maka dengan itu, kosa kata murid secara tidak langsung akan bertambah. Perkara ini yang sangat dititikberatkan oleh semua guru. Hal ini, akan memudahkan murid tersebut untuk menjawab sebarang soalan karangan dalam peperiksaan. Selain itu, murid juga boleh menggunakan kosa kata yang telah diperoleh untuk membina ayat dalam apaapa soalan peperiksaan.

4

7.0 ANGGARAN KOS PROJEK Penghasilan buku cerita elektronik ini amat berpatutan kerana tiada sebarang kos yang terlibat dalam pembikinan buku cerita ini. Namun, sekiranya guru atau ibu bapa mahu memuat turun buku cerita ini, boleh berbuat demikian dengan membuat pembayaran berdasarkan harga yang telah disertakan pada aplikasi tersebut. 8.0 PELAN PELAKSANAAN PROJEK Dalam proses pembikinan projek inovasi ini, saya telah menyediakan satu jadual untuk menyiapkan projek ini. Hal ini supaya semua perkara yang hendak saya lakukan tidak tercicir atau terlupa. Jadual adalah seperti berikut;

BIL

MINGGU

PROSES PENGHASILAN

1.

18/2/19 – 23/2/19

Proses mengenal pasti masalah

2.

18/2/19 – 23/2/19

Perincian masalah bagi pemilihan projek

3.

18/2/19 – 2/3/19

Proses menjana idea Menulis proposal:

4.

24/2/19 – 2/3/19

-

Pengenalan

-

Penyataan masalah

-

Objektif

-

Kumpulan sasaran

5.

24/2/19 – 16/3/19

Penghasilan projek bermula

6.

24/2/19 – 2/3/19

Pembentangan proposal

7.

3/3/19 – 16/3/19

Sesi penambahbaikan projek inovasi

8.

17/3/19 – 23/3/19

9.

17/3/19 – 30/3/19

Pengesahan hasil akhir oleh pensyarah penyelia Mempromosikan serta menghantar projek inovasi.

5

CARTA GANTT

FEBRUARI

MAC

PROSES

BIL.

1 1.

Proses mengenal pasti masalah

2.

Perincian masalah bagi pemilihan projek

3.

Proses menjana idea

4.

Menulis proposal

5.

Penghasilan projek

6.

Pembenatangan proposal

7.

Sesi penambahbaikan projek inovasi

8.

Pengesahan hasil akhir oleh pensyarah penyelia

9.

Mempromosikan serta menghantar projek inovasi

6

2

3

4

1

2

3

4

9.0 KESIMPULAN Setiap projek inovasi yang telah dihasilkan pasti mempunyai kepentingan serta faedahnya yang tersendiri. Perkara ini juga wujud dalam projek Buku Cerita Elektronik yang saya hasilkan ini. Walau bagaimanapun, setiap kekuatan pasti adanya kekurangan. Jadi, kekurangan yang wujud pada hasil inovasi ini akan menjadi titik tolak kepada semua guru untuk menjadi lebih kreatif dan menghasilkan projek inovasi yang lebaih baik daripada projek saya ini. Saya berharap agar projek inovasi yang telah dibentang ini diterima dan dipersetujui oleh semua pihak terutama pensyarah penyelia. Semua hasil ini adalah untuk membantu murid yang mempunyai masalah dalam minat untuk membaca. Projek ini juga diyakini mampu untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan sebentar tadi.

7

Related Documents


More Documents from "Mohd Asri Silahuddin"

Tugas T3.docx
June 2020 13
Cerita Pendek.docx
December 2019 19
Untuk Cover.docx
November 2019 18
Penghargaan.docx
December 2019 17