Pokok yang menjadi saksi Dua orang kawan yang bernama Babu dan Darma tinggal di sebuah kampung kecil. Mereka berdua merupakan kawan baik. Persahabatan mereka sangat erat walaupun mereka memiliki peribadi yang bertentangan antara satu sama lain seperti pantun Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. Babu merupakan seorang gadis lelaki yang berminda buruk manakala Darma merupakan gadis lelaki yang beramal dan jujur. Pada suatu hari, Babu bertanya kepada Darma, “Bolehkah kita memulakan perniagaan bersama wahai sahabatku?”. Darma bersetuju untuk pergi ke bandar berdekatan bagi memulakan perniagaan kerana,
Datang hinggap burung pipit, Mencari makanan dising hari, Masalah duit yang menghimpit, Dengan sabar rezeki dicari. Selepas beberapa bulan,mereka mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaan. Mereka berdua mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan kehidupan seharian. Babu dan Darma mengambil keputusan untuk pulang ke kampung mereka sendiri. Mereka mengikuti jalan melalui hutan. Hari sudah semakin senja dan mereka tinggal di hutan pada malam itu. Babu memutuskan untuk memiliki semua wang yang mereka berdua di--------. Dia awake sepanjang malam dan memikirkan satu cara untuk hal tersebut. Pada waktu subuh, dia seolah-olah mempunyai idea yang tidak baik.
Apabila mereka menyambung perjalanan mereka ke kampung, “ saya terfikir sepanjang malam. Kita telah mendapat banyak wang. Saya rasa kita tidak sepatutnya membawa semua wang ini ke kampung. Kita tanam semua wang di sini. Apabila perlu, kita sama-sama datang untuk mengambil wang yang secukupnya di sini. Adakah awak bersetuju?” Tanya Babu kepada Darma. “Ini adalah satu idea yang hebat Babu,” Darma memuji. Mereka menanam semua wang itu di bawah sebatang pokok beringin yang besar dan pulang ke rumah mereka. Pada malam yang sama, Babu pergi ke hutan dan menggali tempat dan mengambil semua wang yang dia bersama kawannya simpan. Dia menutup lubang itu seperti mana sebelum ini dan pulang ke rumah.
Pada keesokan harinya, Darma pergi ke rumah Babu dan “saya memerlukan wang dengan segera. Kita pergi dan ambil sedikit wang daripada wang yang telah disembunyikan. Nak ikut saya ke Babu?,” Tanya Darma kepada Babu. Selepas Babu bersetuju untuk ikut, mereka kembali ke hutan dan mula untuk menggali tempat yang mereka menyimpan wang. Tiada wang di sana! Secara pantas, Babu menuduh Darma yang mencuri wang tersebut. Mereka berdua pergi mengadu tentang hal ini kepada penghulu kampung tersebut. Penghulu berkata, mereka berdua perlukan saksi untuk membuktikan orang yang tidak bersalah. Babu terus menjawab bahawa pokok beringin itu sendiri yang merupakan saksi baginya. Penghulu mengambil keputusan untuk menanyakan pokok
itu. Babu pergi meminta tolong ayahnya pada malam tersebut. Semua orang pergi ke hutan dan berdiri di bawah pokok beringin tersebut. Penghulu bertanya kepada pokok “ Si pokok! Siapakah yang mengambil wang yang telah disimpan di sini?”. Jawapan yang memeranjatkan semua orang iaitu “ Darma yang pelakunya. Dia yang mempunyai semua wang itu,” keluar dari pokok tersebut. Penghulu dan penduduk kampung yang lain membincangkan bagaimana hendak memberi keputusan. Pada masa yang sama, Darma mengumpulkan daun-daun kering dan kayu. Dia membakar kesemuanya itu di bawah pokok beringin itu. Asap yang keluar daripada daundaun kering itu membuatkan satu rupa keluar dari pokok tersebut sambil membatuk. Bukan siapa, rupa itu ialah ayah Babu.
Penduduk kampung mendapat tahu bahawa kesalahan yang dibuat oleh Babu telah disokong dan _________oleh ayahnya. Babu mendapat hokum atas kesalahannya itu yang buruk. Darma berasa sedih atas perbuatan kawannya itu. Pengajaran: Jika kita berbuat buruk kepada orang lain, ia akan kembali melanda kepada kita.