Proposal Penulisan Sjh.docx

  • Uploaded by: dayana
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proposal Penulisan Sjh.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,306
  • Pages: 4
TUN ABDUL GHAFAR BABA: PEJUANG NASIB MASYARAKAT MELAYU (1967-1990) 1.1.

PENDAHULUAN Tun Abdul Ghafar Baba merupakan salah seorang tokoh negarawan yang telah

memberi banyak sumbangan kepada kemajuan agama, bangsa dan negara. Beliau adalah seorang pemimpin yang terkenal dengan sikap kesungguhan, kecekalan dan keberanian dalam membela nasib rakyat khususnya kepada orang Melayu. Kesungguhan beliau untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dapat dilihat apabila beliau telah melibatkan diri dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939 ketika usianya masih muda iaitu semasa berumur 14 tahun. Pada tahun 1945 pula, beliau menyertai Persatuan Kesatuan Melayu Muda (PKMM), iaitu sebuah parti berhaluan kiri. Beliau menyertai persatuan tersebut kerana yakin dengan peranan PKMM bagi membela nasib orang Melayu. Setelah PKMM diharamkan pada tahun 1948, beliau tidak lagi terlibat dalam bidang politik dan hanya fokus kepada pembelajarannya sebagai guru pelatih di Sultan Idris Training College (SITC) dan seterusnya memulakan kerjayanya sebagai seorang guru. Berikutan semangat nasionalisme beliau yang tinggi dan minat terhadap dunia politik menyebabkan beliau menyertai UMNO. Bermula dari situlah pendakian beliau dari seorang ahli UMNO yang biasa kepada memegang jawatan yang besar seperti Ketua Menteri Melaka, Pengerusi MARA dan FAMA, Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Timbalan Perdana Menteri. Melalui penglibatan beliau dalam politik, pelbagai perkara telah dilaksanakan oleh beliau bagi memajukan nasib orang Melayu. Justeru, kajian ini akan mengenalpasti sumbangan-sumbangan Tun Ghafar Baba kepada orang Melayu sepanjang penglibatannya dalam arena politik. 1.2.

PERMASALAHAN KAJIAN Terdapat banyak kajian terdahulu yang membicarakan mengenai sejarah penglibatan

Tun Ghafar Baba dalam bidang politik dan sumbangan beliau kepada negara Malaysia. Namun begitu, kajian mengenai sumbangan beliau yang khusus kepada masyarakat Melayu agak kurang. Oleh itu, tajuk ini amat menarik untuk dikaji dan dapat menambahkan pengetahuan kepada individu, masyarakat dan negara. Dapatan kajian ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan tentang sejarah tokoh negara malahan dapat memperkayakan koleksi sejarah tentang tokoh-tokoh negara serta skop yang kurang diketahui lagi. Pengkaji berharap melalui dapatan kajian ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pengetahuan sejarah negara.

1.3.

OBJEKTIF KAJIAN

Tun Ghafar Baba telah banyak berjasa dan memberi sumbangannya kepada kemajuan bangsa dan negara. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sumbangan dan peranan Tun Ghafar Baba khususnya dalam memajukan masyarakat Melayu. Bagi menghasilkan penulisan ilmiah ini, pengkaji menetapkan dua objektif kajian iaitu: a. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Tun Ghafar Baba dari tahun 1967 hingga 1990. b. Meninjau keberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Tun Ghafar Baba dalam memajukan masyarakat Melayu dari tahun 19697 hingga tahun 1990. 1.4.

HIPOTESIS KAJIAN Berdasarkan objektif kajian sebelum ini, pengkaji membuat beberapa hipotesis

ataupun andaian yang berkaitan dengan kajian. Antara hipotesis kajian ialah: a. Penglibatan Tun Ghafar Baba dalam bidang politik mempunyai pengaruh kepada sumbangan beliau dalam memajukan nasib orang Melayu. b. Sumbangan yang dilakukan oleh Tun Ghafar Baba berjaya dalam memajukan orang Melayu. 1.5.

SKOP KAJIAN Kajian ini terbatas kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh Tun Ghafar Baba dalam

memajukan masyarakat Melayu sahaja. Tempoh masa ditetapkan dari tahun 1967 hingga tahun 1990 iaitu semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pengerusi MARA dan FAMA (19671971), Menteri Pembangunan Luar Bandar sehinggalah beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. 1.6.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif. Pengkaji menggunakan beberapa

kaedah atau metodologi bagi mendapatkan maklumat dan membantu memahami pengkajian yang dikaji. Kaedah yang digunakan termasuklah kajian perpustakaan. Pengkaji membuat kajian dalam buku-buku, jurnal, buletin dan gambar yang berkaitan dengan ketokohan Tun Ghafar Baba. Sumber ini diperolehi daripada Perpustakaan Awam Negeri Melaka, Perpustakaan IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, Arkib Melaka dan Arkib Negara. Selain itu, pengkaji juga membuat kajian lapangan di beberapa institusi kerajaan negara seperti di Galeri Memorial Tun Ghafar Baba di Peringgit, Melaka bagi mendapatkan sumber maklumat. Pengkaji juga menggunakan sumber-sumber dari internet sebagai sumber alternatif untuk mencari bahan mengenai ketokohan Tun Ghafar Baba. Teknik pengumpulan data yang

dinyatakan di atas menghasilkan catatan bertulis yang diharapkan mampu memberi dapatan yang tepat dan benar dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. 1.7.

KAJIAN LITERATUR Terdapat banyak kajian terdahulu yang membicarakan mengenai sejarah penglibatan

Tun Ghafar Baba dalam bidang politik dan sumbangan beliau kepada negara Malaysia. Namun begitu, kajian mengenai sumbangan beliau yang khusus kepada orang Melayu agak kurang. Penulisan oleh Zainun Abidin Baharum mengupas tentang perjalanan politik Tun Ghafar Baba sebagai pejuang nasionalis Melayu yang ulung. Fokus penulisan Zainun Abidin adalah dari aspek politik sahaja.

1

Selain itu, terdapat satu lagi penulisan oleh Zainun Abidin

dan Junaidi Awang Besar yang mengenai Tun Ghafar Baba.2 Dalam penulisan tersebut membincangkan mengenai sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia sewaktu beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka, Pengerusi MARA dan FAMA. Penulisan tersebut tidak difokuskan kepada masyarakat Melayu tetapi lebih kepada pembangunan negara. Selain penulisan tersebut, Prof Dr Mohd Taib Osman, (1993) dalam penulisannya yang bertajuk Ghafar Baba turut membincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Tun Ghafar Baba kepada masyarakat luar bandar3 seperti menyediakan kemudahan asas seperti air, elektrik, kesihatan dan perubatan dan pelbagai lagi. Selain itu, penulisan beliau juga berfokus kepada usaha yang dilakukan oleh Tun Ghafar Baba sewaktu menjadi Pengerusi MARA. Semasa menjadi pengerusi MARA, selain daripada berusaha untuk membangunkan ekonomi desa, Tun Ghafar Baba juga menyumbangkan tenaga untuk meningkatkan kadar orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang perindustrian. Antara usaha yang dilakukan oleh beliau termasuklah memberi khidmat nasihat melalui program-program yang dianjurkan oleh MARA, memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga Melayu dan membina tapak-tapak perniagaan untuk disewakan kepada peniaga Melayu. Kajian mengenai keadaan sosioekonomi orang Melayu telah dihasilkan oleh Hasnah Husiin (2014)4 melalui penulisannya ‘Keadaan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sebelum Tahun 1957’. Penulisannya mengisahkan bagaimana kehidupan orang Melayu sebelum merdeka dan kegiatan yang mereka jalankan. Menurut beliau, sebelum merdeka, orang Melayu hanya menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan ramai yang terlibat dalam sektor 1

Zainun Abidin Baharum, Abdullah Zakaria Ghazali, & Junaidi Awang Besar, “Tun Ghafar Baba : Pejuang Nasionalis Melayu yang Kental dan Strategis” (2013): 16 2 Zainun Abidin Baharum, Junaidi Awang Besar, & Abdullah Zakaria Ghazali, “Dinamik Ikon dalam Pembentukan Ruang Pembangunan : Sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia”, (2015):54 3 Prof Dr Mohd Taib Osman, Ghafar Baba (Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1993), hlm 172 4 Dr Hasnah Hussiin, “Keadaan Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sebelum Tahun 1957”, Universiti Malaysia Pahang (2014): 3

penanaman padi. Masyarakat Melayu pada masa itu juga mempunyai masalah hutang, produktiviti yang rendah, masalah pemasaran dan undang-undang tanah yang masih kabur. Peluang untuk masyarakat Melayu khususnya di luar bandar untuk maju dalam bidang sosioekonomi sangat terbatas kerana dasar British, kekurangan infrastruktur, kekurangan kesedaran serta kurangnya pendedahan terhadap pendidikan. 1.8.

SIGNIFIKAN KAJIAN Kajian ini penting untuk mengenalpasti sumbangan yang dilakukan oleh Tun Ghafar

Baba dalam memajukan masyarakat Melayu dalam lingkungan tahun 1967 sehingga 1990. Antara kepentingan kajian ini ialah:

1.9.

i.

Minat yang mendalam tentang ketokohan Tun Ghafar Baba.

ii.

Memperkayakan koleksi sejarah tentang sejarah tokoh-tokoh negara.

iii.

Menjadi panduan dan rujukan kepada para pengkaji yang akan datang.

PEMBAHAGIAN BAB Secara ringkasnya penulisan ini terbahagi kepada lima bab. Bab pertama menjelaskan

mengenai latar belakang Tun Ghafar Baba. Latar belakang yang dijelaskan termasuklah pendidikan, keluarga serta bagaimana beliau boleh terlibat dalam bidang politik. Seterusnya, dalam bab 2, penulisan akan berfokuskan kepada kehidupan masyarakat Melayu sebelum dan selepas merdeka. Dalam bab ini, penulian akan berfokuskan tentang kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sebelum dan selepas merdeka. Bab 3 pula akan memfokuskan terhadap sumbangan yang dibuat oleh Tun Ghafar Baba dalam memajukan masyarakat Melayu. Sumbangan yang dinyatakan termasuklah semasa Tun Ghafar Baba menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi MARA. Bab 4 pula akan menganalisis kesan sumbangan Tun Ghafar Baba kepada masyarakat Melayu dan melihat sejauhmanakah perubahan yang berjaya dilaksanakan. Seterusnya dalam bab 5, kesimpulan akan dibuat mengenai kajian ini. Kesimpulan dibuat secara keseluruhan dan dikaitkan dengan objektif penulisan. 1.10.

PENUTUP Diharapkan dengan kajian ini, pengkaji dapat mengkaji dan menyelidik perjalanan

hidup dan sumbangan Tun Ghafar Baba kepada masyarakat Melayu supaya dapat menjadi bahan bacaan dan rujukan pada masa akan datang. Diharapkan generasi kini dan akan datang dapat menjadikan beliau sebagai contoh untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya.

Related Documents


More Documents from "Mohd Asri Silahuddin"

Proposal Penulisan Sjh.docx
October 2019 30
Adn T.docx
May 2020 9
Boletin.ppt
April 2020 11
36-220.pdf
April 2020 13
Esei Cg Baha.docx
November 2019 29