PENGHARGAAN Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik yang dibimbing oleh pensyarah saya, Dr. Nor Asiah binti Ismail. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Nor Asiah binti Ismail kerana telah memberi tunjuk ajar serta panduan yang memberangsangkan sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan pensyarahpensyarah lain yang tidak lokek memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Tanpa tunjuk ajar daripada kalian, saya mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dan tepat pada masa yang ditetapkan. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Di samping itu, sekalung penghargaan ditujukan buat rakan-rakan yang turut memberikan bantuan dan bertukar-tukar idea bagi memantapkan lagi isi tugasan ini. Akhir sekali, saya menitipkan penghargaan ini kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Jasa anda semua yang terlibat sentiasa dikenang dan dihargai. Sekian, terima kasih.
i