Penulisan Proposal Penyelidikan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Proposal Penyelidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,747
  • Pages: 15
1

PENULISAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

1. MAKSUD PROPOSAL PENYELIDIKAN “A research proposal provides a preview of why a study will be undertaken and how it will be conducted. A research project is often required to get permission or necessary resources. Even when not required, a proposal is a useful device for planning.” (Earl Babbie, The Basics of Social Research 2002: 110) Tujuan utama penyediaan proposal:  Sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan bermula daripada mengenalpasti permasalahan kajian, menetapkan objektif yang ingin dicapai, pembentukan metodologi, pengumpulan data dan penganalisaan data.  Sebagai kontrak antara penyelidik dengan agensi atau instusi yang mengarahkan menjalankan penyelidikan. Pemantauan perjalanan penyelidikan, tahap perlaksanaan dan bajet dilakukan berdasarkan proposal yang dipersetujui. Sebelum menulis proposal perkara paling asas yang perlu dimiliki oleh seorang penyelidik ialah maklumat-maklumat awal permasalahan penyelidikannya yang diperolehi melalui kajian literatur.

2. KANDUNGAN PROPOSAL PENYELIDIKAN Sebuah proposal penyelidikan yang baik seharusnya mengandungi komponenkomponen berikut mengikut kesesuaian atau nature penyelidikan:          

Tajuk Kajian Latarbelakang & Permasalahan Kajian Matlamat Kajian Objektif Kajian Defenisi Operasi Kajian Skop Kajian Kerangka Teori Metodologi Kajian Literature Review Carta Kajian

Proposal Penyelidikan

2  Rangka/Cadangan Laporan  Rujukan  Bajet  Lampiran 3. TAJUK KAJIAN Kajian dijalankan berdasarkan kepada tajuk yang diterokai daripada permasalahan yang ditemui. Tajuk kajian hendaklah menarik, tepat, bersifat deskriptif, ada nilai pasaran (marketable), berfaedah kepada instusi atau masyarakat. Dengan itu sewajarnya tajuk kajian memenuhi prinsip: “An informative but catchy title. An effective title not only pricks the reader's interest, but also predisposes him/her favourably towards the proposal”. Dalam menulis tajuk, perkataan seperti ‘kajian atau penyelidikan’ tidak perlu ditulis kerana sudah maklum proposal berkenaan adalah berkaitan penyelidikan atau kajian. Sebagai contoh: penyelidik tidak perlu menulis: ‘(Kajian) Keberkesanan Dakwah di Kalangan Masyarakat Orang Asli’.

4. PERMASALAHAN KAJIAN Telah dihuraikan dalam Kertas I (Sesi 1).

5. MATLAMAT KAJIAN Matlamat kajian adalah satu matlamat umum yangg ingin dicapai dalam sesebuah penyelidikan. Kebiasaannya ia ditulis berdasarkan kepada tajuk supaya dapat memberikan gambaran objektif umum yang dicapai oleh penyelidik. Ia dinyatakan dalam satu perenggan yang ringkas menggunakan satu ayat atau gabungan dua ayat. Sebagai contoh tajuk kajian: ‘Kefahaman & penerimaan non-Muslim terhadap Islam hadhari di Malaysia: kajian kes Lembah Klang’ ditulis dalam bentuk matlamat kajian dengan: Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kefahaman dan penerimaan golongan non Muslim Lembah Klang terhadap konsep Islam hadhari.

6. OBJEKTIF KAJIAN Dimaksudkan dengan Objektif Kajian ialah matlamat khusus yang hendak dicapai daripada penyelidikan. Objektif yang dirangka seharusnya mengambil kira tiga faktor: (i) kemampuan dan kepakaran penyelidik, (ii) kos pengendalian penyelidikan, dan (iii) jangkamasa penyelidikan. Penyelidik hendaklah bersikap realistik dalam merancang objektif kajiannya kerana berjaya atau gagalnya sesebuah penyelidikan

Proposal Penyelidikan

3 diukur berdasarkan pencapaian objektif yang dirangka. Dengan demikian konsep SMART iaitu: Specific, Measurable, Achievable and action-oriented, Realistic, Time defined hendaklah diberi keutamaan semasa merangka objektif kajian. Kebiasaannya objektif kajian dirangka berdasarkan terminologi berikut yang menggambarkan metod dan hasrat penyelidik:              

Mengenalpasti . . . Mencari hubungan . . . Mengukur . . . Mengkaji . . . Menjelaskan . . . Menganalisis . . . Menilai . . . Membandingkan . . . Menentukan . . . Membuktikan . . . Menunjukkan . . . Menghuraikan . . . Merangka cadangan . . . Mencadangkan . . .

7. DEFENISI OPERASI KAJIAN Terminologi-terminologi yang signifikan kepada kajian perlu dijelaskan bagi memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca atau penilai proposal ataupun bertujuan mengelak daripada disalah tafsir. Defenisi tidak perlu dirujuk kepada mana-mana kamus tetapi berdasarkan kepada operasi kajian yang berlaku. Dengan itu perkara yang remeh temeh dan tidak berkaitan dengan konteks kajian tidak perlu didefinisikan.

8. SKOP KAJIAN Sebuah kajian yang baik hendaklah bersifat spesifik kepada skop permasalahan tertentu. Bagi mengelak kajian bersifat umum dan sukar dicapai, maka perkaraperkara berikut perlu dibataskan.  Lokasi kajian terutama yang melibatkan kajian kes. Sebagai contoh fokus kajian kepada kawasan Lembah Klang bagi mengeluarkan lokasi lain yang tidak terlibat.

Proposal Penyelidikan

4  Kumpulan sasar populasi atau responden terpilih. Contohnya, skop kajian tertumpu kepada pegawai agama, masyarakat FELDA atau kalangan nonMuslim.  Masa atau tempoh kajian. Sebagai contoh kajian dari bulan Jun hingga September 2008 sahaja.  Subjek atau permasalahan kajian. Sebagai contoh kajian ditumpukan kepada isu penerimaan fatwa kalangan orang awam terhadap keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. 9. KERANGKA TEORI Telah dijelaskan dalam Kertas 1 (Sesi 1).

10.METOD KAJIAN Metod atau kaedah kajian adalah jantung kepada sesebuah penyelidikan. Perkara ini perlu dijelaskan dengan sebaik mungkin kerana kegagalan menyediakan metod yang baik menyebabkan kegagalan pengumpulan dan penganalisaan data yang baik dan pencapaian objektif kajian. Dengan itu: The methods or procedures section is really the heart of the research proposal. The activities should be described with as much detail as possible, and the continuity between them should be apparent” (Wiersma 1995, 409). Dalam penulisan metod kajian beberapa perkara penting perlu dinyatakan seperti: Instrumen Kajian, Persampelan dan Analisis Data.

10.1 Instrumen Kajian Terdapat pelbagai instrumen atau alat digunakan untuk memunggut data bergantung kepada kesesuaian atau nature kajian. Instrumen-instrumen tersebut seperti borang soalselidik (questionnaire), pemerhatian (observasi), temubual atau analisis dokumen. Sebagai contoh, kajian mengenai gejala sumbang mahram di kalangan masyarakat Islam mungkin menggunakan instrumen temubual dan soalselidik sahaja, sebaliknya kajian mengenai ajaran sesat menggabungkan instrumen pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. a. Soalselidik Soalselidik hendaklah dirangka berdasarkan objektif kajian. Beberapa prinsip berikut perlu diutamakan semasa merangka soalselidik: (i) KISS (Keep it Short and Simple) –Setiap soalan dalam soalselidik sewajarnya ditulis secara ringkas

Proposal Penyelidikan

5 mengandungi tidak lebih daripada dua ayat bagi mengelak keraguan dan kesamaran kepada responden; (ii) Memfokuskan satu subjek atau satu isu bagi satu soalan. (iii) Bertanya soalan dengan tepat. Jumlah, waktu, lokasi, kadar, angka perlu dinyatakan dengan jelas bagi mengelak kekeliruan kepada responden. Contohnya soalan: “Berapa kerapkah anda bersolat jamaah?” ditukar kepada: “Berapa kerapkah anda bersoalat jamaah seminggu?”. (iv) Soalan sepatutnya dibina dalam bentuk positif. Bukannya secara negatif seperti: “Pengajaran al-Quran secara berkumpulan tidak sepatutnya dihapuskan” ditukar “Pengajaran al-Quran secara berkumpulan patut diteruskan”. Format Soalselidik. Soalselidik dibina dengan menggunakan Font Arial 11, menarik (sama ada aspek kualiti kertas, design dan disusun secara struktur vertical), maksimun 10 halaman (125 soalan atau masa dijangka tidak melebihi 30 minit untuk responden menjawab) berserta dengan surat lampiran yang mengandungi maklumat agensi, tajuk kajian, pengenalan diri, objektif, permohonan kerjasama daripada responden, janji menyimpan rahsia dan ucapan terima kasih kepada responden. Janji menyimpan rahsia dan ucapan terima kasih hendaklah dinyatakan kali kedua selepas soalan terakhir. Bagi soalselidik yang menggunakan pendekatan pos responden, sampul surat bersetem berserta alamat peneylidik hendaklah disertakan. Skala Soalan dalam Soalselidik. Terdapat beberapa skala yang digunakan bagi mengukur jawapan atau respon yang diberikan responden, antaranya: i.

Force Choice:

Contoh: Adakah anda faham konsep Islam Hadhari? ( ) Ya ( ) Tidak ii. Skala Semantik Defferential: Contoh: Sila nyatakan pandangan anda terhadap pegawai agama: Amanah ___

___

___

___

___

Rasuah

iii. Skala Likert: Contoh: Sila nyatakan tahap persetujuan anda kontroversi pendapat mufti di media?

Proposal Penyelidikan

6 (

) Amat tidak setuju

(

) Tidak setuju

(

) Tidak pasti

(

) Setuju

(

) Amat Setuju

Bentuk soalan berskala di atas, adalah soalan berstruktur. Bentuk kedua soalan dikenali sebagai soalan tidak berstruktur atau soalan terbuka. Contoh: Adakah anda faham konsep Islam hadhari? _________________________________________________________________________________ ______________ Sebelum pengedaran soalselidik dalam skala yang besar, sebanyak 30 soalselidik sewajarnya diuji terlebih dahulu dalam pilot study. Semua soaselidik yang telah dijawab hendaklah dianalisis dan dibuat perbetulan di mana perlu bagi tujuan pemantapan penyelidikan sebenar.

b. Pemerhatian Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku, objek atau peristiwa. Ia dijalankan bagi mendapat gambaran sebenar atau secara langsung ke atas perkara-perkara tersebut. Beberapa persediaan awal perlu dilakukan sebelum pemerhatian sebenar dilakukan antaranya: (i) Mengenalpasti sejauh mana keperluan pemerhatian dalam penyelidikan; (ii) Memastikan lokasi atau objek pemerhatian; (iii) Persiapan instrumen pemerhatian; (iv) Pemilihan teknik pemerhatian terbaik; (v) Menjangka kekurangan atau kelemahan bakal dihadapi semasa pemerhatian, dan; (vi) Bersedia membentuk kerangka laporan berasaskan pemerhatian. Dalam pemerhatian, penyelidik seharusnya mengelak daripada berlakunya bias kerana tafsiran sendiri dan keduanya mengelak daripada fenomena Hawthorne Effect iaitu perubahan tingkahlaku seseorang atau kumpulan yang diperhati tidak natural kerana mereka sedar diperhatikan. Instrumen Pemerhatian. Pemerhatian boleh direkodkan melalui: (i) mekanikal seperti kamera; (ii) chekcklist atau senarai perubahan objek, (iii) skala rating seperti Skala Likert, (iv) penjadualan bagi merekod perkembangan pemerhatian, serta; (v) one way screen di mana pemerhati sahaja yang melihat yang diperhati.

Proposal Penyelidikan

7 Bentuk Pemerhatian. Tiga bentuk pemerhatian boleh digunakan dalam penyelidikan: (i) Pemerhatian tanpa penyertaan tanpa kawalan. Dalam hal ini penyelidik bertindak sebagai orang luar memerhati dari jauh seperti meninjau sesuatu lokasi kajian dalam tempoh yang singkat. (ii) Pemerhatian dengan penyertaan tanpa kawalan, iaitu penyelidik menyertai kumpulan yang diperhati tanpa disedari kehadirannya. Sebagai contoh, penyelidik menyertai masyarakat Orang Asli bagi meneliti sikap kegamaan mereka, dan; (iii) Observasi dengan kawalan, iaitu pemerhatian dilakukan secara satu hala. Ini boleh dilakukan dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak dalam sebuah kelas tanpa disedari mereka. c. Temubual Temubual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan lebih mendalam mengenai sesuatu isu dalam penyelidikan. Ia dilakukan dengan mereka yang sangat signifikan dengan kajian. Dua bentuk temubual yang terlibat sama ada: (i) Temubual Berstruktur –yang dilakukan dengan soalansoalan yang telah dirangka dengan ramalan-ramalan jawapan yang mungkin diberikan oleh responden. (ii) Temubual tidak Berstruktur –yang dilakukan dengan bentuk soalan yang bebas dan responden tidak dipandu dalam memberikan respon. Bagi memastikan temubual betul-betul memberikan input yang baik, penemubual hendaklah: (i) memilih setting temubual sama ada dari aspek masa atau lokasi yang sesuai; (ii) membawa penampilan diri dengan baik serta demeanor, iaitu kehadirannya dapat diterima secara natural oleh responden; (iiii) Kemahiran melakukan acahan (probing) bagi mendapat maklumat atau keyakinan yang lebih dari responden terhadap respon yang diberikan. Tiga pendekatan temubual boleh dilakukan bagi mendapatkan maklumat iaitu sama ada melalui: (i) temubual bersemuka; (ii) temubual melalui telefon; atau (iii) perbincangan secara berkumpulan (focus group discussion) yang terdiri daripada 8-10 peserta.

d. Analisis Dokumen Dokumen ditulis dalam pelbagai bentuk termasuk buku, rekod, nota, kitab dan sebagainya. Analisis terhadap bahan dokumen adalah perkara asas dalam menjalankan penyelidikan. Ia amat perlu dilakukan sama ada pada tahap mengenalpasti tajuk penyelidikan, permasalahan, metodologi dan sebagainya. Beberapa pendekatan perlu dilakukan semasa menganalisis dokumen:

Proposal Penyelidikan

8  Meneliti isi kandungan sama ada ia menepati fakta, bersifat logik, mengandungi isi meragukan dan sebagainya.  Menilai hujah dan kesahihan fakta dalam dokumen. Termasuk taraf hadis, ketepatan tafsiran al-Quran dan sumber rujukan.  Membuat perbandingan antara beberapa dokumen, sumber rujukan dalam dokumen dan perbandingan karya penulis dokumen dengan penulis lain. Perbandingan dilakukan dalam dua aspek sama ada persamaan atau perbezaan.  Kritikan positif terhadap kekuatan atau kelemahan kandungan komen.  Membuat rumusan dan kesimpulan.

10.2 Persampelan Persampelan adalah satu teknik atau prosedur pemilihan sampel daripada sekumpulan populasi (sekumpulan pelajar, pegawai agama, guru). Aspek persampelan penting dalam penyelidikan bagi memastikan kesimpulan yang dibuat daripada sampel benar-benar mewakili pandangan atau persepsi sejumlah populasi. Berdasarkan kepada kesesuaian dan kemudahan mendapatkan sampel, penyelidik boleh memilih sama ada (i) persampelan tanpa rawak (non probability sampling) seperti persampelan mudah, purposive, bola salji dan kuota atau; (ii) persampelan berawak (probabiliti sampling) seperti persampelan rawak mudah, rawak sistematik, rawak berlapis atau rawak berkelompok. Di samping itu, jumlah sampel yang dipilih dengan nisbah jumlah populasi juga perlu dinyatakan dengan jelas. Bagi menentukan jumlah sampel yang diperlukan, penyelidik boleh menggunakan: (i) Jadual Pemilihan Sampel yang tersedia dalam buku Kaedah Penyelidikan, (ii) Sample Size Calculator di http://www.surveysystem.com/sscalc.htm#terminology, atau formula berikut (Yamne) yang tahap keyakinan 95 % dan P= .5 adalah dianggarkan tercapai.

n=N 1 + N (e)2

= 2000 333 pegawai

pegawai

=

1+ 2000 (.05)2

11.LITERATURE REVIEW

Proposal Penyelidikan

9 Sorotan ringkas (literature review) terhadap tulisan termasuk buku dan jurnal atau laporan kajian dalam bidang berkaitan penting bagi mendapat idea, metodologi yang sesuai, atau mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penyelidikanpenyelidikan sebelumnya. Literature review atau kajian literatur juga memberi gambaran tahap pengetahuan penyelidik dalam penyelidikan yang bakal dilakukannya. Antara langkah yang perlu dilakukan dalam literature review:  Membuat penilaian secara kritis terhadap literatur bidang kajian yang hampir sama (niche area). Hasil kajian atau penulisan terdahulu menjadi wahana dalam menghasilkan kajian terbaik setelah didapati kelemahan-kelemahan.  Memastikan taraf dan bentuk penyelidikan sebelumnya. Kemungkinan penyelidikan sebelumnya hanya bersifat lokaliti tertentu boleh diperluaskan ke dalam wilayah yang lebih besar. Atau berkemungkinan penyelidikan sebelumnya mengabaikan aspek metod tertentu sepert hanya mementingkan pemerhatian hingga mengabaikan metod temubual.  Meringkaskan literatur yang direview dan disusun dari lama kepada baru serta dari umum kepada khusus.  Berdasarkan kekuatan dan kelemahan kajian terdahulu, pada akhir review, nyatakan rasional kajian seterusnya patut dilakukan. Aspek ini akan memperlihatkan kekuatan, kepentingan dan kehebatan kajian yang sedang dirancang semestinya dilakukan.  Kajian ditulis dalam bentuk pengarang dan tarikh dengan bahasa yang padat dan tepat.  Persoalan-persoalan boleh ditimbulkan semasa menreview literatur bagi menghasilkan sebuah literature review yang baik.

Proposal Penyelidikan

10

Apakah isu utama?

Apakah pandanga n politik?

Apakah asas dan definisi kepada tajuk?

Apakah sumber utama?

Kajian Literature Review terhadap Tajuk Kajian

Apakah masalah dan persoalan yang ditimbulkan hingga kini?

Apakah kunci utama teori, konsep Apakas asas epestimol ogi kepada Bagaiman a maklumat disusun dan

12.CARTA KERJA KAJIAN Masa yang realistik adalah penting bagi mereka yang baru menjalankan penyelidikan, mereka yang telah berpengalaman atau penyelidik yang terikat dengan kontrak dan geran penyelidikan dengan sesebuah isntitusi. Dalam hal ini, carta kajian dinyatakan dalam dua bentuk iaitu: i. Carta Alir (Flow Chart). Carta yang menjelaskan aliran kerja penyelidikan dari awal hingga akhir termasuk daripada kajian literatur, pembentukan hipotesis dan pengujiannya, pengumpulan data, kerja-kerja di lapangan seperti pengedaran soalselidik, temubual, pemerhatian, penganalisaan data sehinggalah kepada aktiviti penyerahan laporan penyelidikan.

Proposal Penyelidikan

11 (ii) Carta Gantt. Carta ini telah yang diperkenalkan oleh H.L. Gantt pada tahun 1910 bagi memaparkan aktiviti penyelidikan berdasarkan masa. Tujuan utama Carta Gantt adalah untuk merancang penyelidikan dan mengelak berlakunya pengulangan operasi penyelidikan. Berikut langkah membentuk Carta Gantt:  Nyatakan langkah atau aktiviti akan dijalankan dinyatakan sebelah kiri.  Masa yang dijangka yang bakal diliputi dalam kajian dicatat pada sebelah atas.  Graf bar disusun bagi menggambarkan titik permulaan dan titik akhir setiap aktiviti.

A. CARTA ALIR

KAJIAN LITERATU R

KAJIAN LITERATU R

MERANGKA SOALSELIDIK & TEMUBUAL Proposal Penyelidikan

12

KAJIAN LAPANGA N

MEMASUKKAN DATA

ANALISIS DATA

MENULIS LAPORAN

MENYERA H B. CARTA GANTT LAPORAN

JADUAL AKTIVITI BAGI KERANGKA KAJIAN AKTIVITI

1. 2. 3. 4.

Ogos 08

Sep. 08

Okt. 08

Dis. 08

Jan. 09

Feb. 09

Mac. 09

Apr. 09

Mei 09

Jun 09

Jul. 09

Ogos 09

Kajian literatur Merangka Soalselidik Merangka Temubual Melakukan Temubual & Mengedar Soalselidik

Proposal Penyelidikan

13 5. 6. 7. 8.

Memasukkan Data Analisis Data Menulis Laporan Menyampaikan Laporan

13.RANGKA CADANGAN LAPORAN KAJIAN Cadangan laporan kajian secara ringkas perlu dirangka sebagai gambaran awal bentuk laporan kajian. Ia boleh dibina dalam bentuk:       

Pendahuluan. Literature Review dan Metodologi Kajian. Demografi Lokasi dan Responden Kajian. Analisis Dapatan Kajian. Rumusan dan Cadangan. Rujukan. Lampiran.

Sebagai panduan menulis Laporan untuk Institusi Kerajaan, dua bentuk laporan iaitu Laporan Eksekutif dan Laporan Penuh perlu disediakan oleh penyelidik. Laporan Eksekutif untuk tujuan pembentangan di hadapan panel yang dilantik, adalah laporan ringkas setebal 10 halaman yang setiap nombor atau bahagian yang terdiri tiga komponen: (i) Masalah yang ditemui dalam kajian (berdasarkan hasil kajian diperolehi); (ii) Cadangan mengatasi masalah, dan; (iii) Cadangan agensi sewajarnya yang perlu mengambil tindakan. Bagi Laporan Penuh, format yang sama digunakan tetapi mengandungi penditilan termasuk carta dan gambarajah serta susunan seperti di atas.

14. RUJUKAN Rujukan yang dirujuk semasa menulis proposal perlu dinyatakan dengan jelas. Berbanding semasa menulis laporan kajian, istilah bibliografi lebih tepat digunakan kerana ia merangkumi rujukan yang dirujuk khusus atau berkaitan dengan bidang penyelidikan.

Proposal Penyelidikan

14 15. BAJET Butiran belanjawan (Nyatakan secara lengkap dengan pecahannya sekali)

Tahun 1

Tahun 2

Jumlah

Gaji dan upah Pegawai Penyelidik Elaun lebih masa

Perbelanjaan Perjalanan dan Sara Hidup.

Elaun Makan: Bayaran Hotel: K/terbang: RM Teksi:

Pengangkutan barang Perhubungan dan Utiliti (Telefon, faks, Pos, dll) Sewaan Bekalan Bahan Mentah dan bahan bahan untuk penyelenggaraan dan pembaikan. Bekalan & bahan-bahan lain Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil yang dibeli Perkhidmatan Ihktisas, Latihan berkaitam diantara 3 minggu hingga 3 bulan dan perkhidmatan lain- lain yang dibeli termasuk percetakan hospitaliti dan honorarium

-Dokumen utk. Litt. Review

Percetakan Laporan Awal

-Percetakan Soalselidik

Percetakan Laporan Akhir

-Nilai token untuk responden.

Peralatan

Proposal Penyelidikan

15 JUMLAH BESAR

16. LAMPIRAN Perkara-perkara berkaitan seperti borang soalselidik yang disertakan dengan surat lmapiran pengenalan penyelidik (cover letter) dan soalan temubual perlu dilampirkan dalam Proposal Penyelidikan. Lampiran hendaklah dinomborkan dengan baik dan teratur.

Ahmad Sunawari LONG, Prof. Madya Jab. Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia –[email protected]. Bengkel Metodologi Penyelidikan, 21-23 Mei 2008. Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Proposal Penyelidikan

Related Documents