Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam

  • Uploaded by: Abdul azim b. Mohd Nasri
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penggunaan Stunning Menurut Pandangan Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,942
  • Pages: 29
‫يأيها الناس كلوا مما في الرض حلل طيبا ولتتبعوا‬ ‫خطوت الشيطن انه لكم عدو مبين‬

Wahai sekalian manusia! .168 makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

PENGGUNAAN STUNNING MENURUT PANDANGAN ISLAM Oleh :Abdul Azim b. Mohd

Syarat-syarat sembelihan ialah : i. Sembelihan hendaklah dilakukan pada binatang yang bernyawa dalam hayat mustariqah (nyawa tetap), ia dilakukan dengan memutuskan halkum dan urat mari’nya. ii. Penyembelih terdiri daripada orang Islam atau ahli kitab. Sembelihan kanak-kanak islam dan anak-anak kafir kitabi yang mumayyiz (berakal) adalah halal. Bagi penyembelihan yang dilakukan oleh kanak-kanak yang tidak mumayyiz, orang gila dan orang mabuk adalah halal tetapi makruh. iii. Binatang yang disembelih adalah binatang yang halal. Ia terdiri dari binatang yang diternak seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau dan lain-lain dan binatang buruan seperti rusa, kijang dan lain-lain. iv. Alat penyembelihan hendaklah tajam. Ianya boleh

1.0 Pengenalan •Malaysia perlu mengimport sebanyak 80% keperluan negara sebanyak 95,000 tan metrik daging lembu dengan70% dari india, 20% Australia dan 10% lain-lain negara setiap tahun. •Kebanyakkan negara utama pembekal daging ke Malaysia adalah negara bukan Islam seperti India, Australia dan NZ. Ini menyebabkan isu halal menjadi perhatian utama kerajaan bagi memastikan piawaian yg ditetapkan.

• Stunning digunakan sebagai salah satu cara untuk menjadikan binatang yang hendak disembelih tidak sedar untuk beberapa saat bagi mengurangkan kesakitan • Stunning ialah kaedah memengsankan haiwan terlebih dahulu sebelum disembelih supaya haiwan tersebut tidak merasa sakit ketika penyembelihan dilakukan

Captive Bolt

Penetrative Captive Bolt

JENISJENIS STUNNIN G

NonPenetrative Captive Bolt

Electrical Shock

Electrical Stunning

Waterbath stunning

Penetrative Captive Bolt Menggunakan Pistol captive bolt yang mengandungi sebiji besi keluli yang tajam dihujungnya dan apabila tembakan dilakukan ia akan menembusi otak melalui impak yang sangat kuat. Tembakan biasanya dilakukan pada dahi dan menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu pada otak dan menyebabkan haiwan tersebut pengsan kesan dari kerosakan itu. Manakala jika tidak disembelih haiwan tersebut akan mati.

Non-Penetrative Captive Bolt ( Moshroom-Head Stunner) ●

Ianya sama juga seperti Penetrative Captive Bolt tetapi ia menggunakan captive bolt yang berbentuk cembung. Kaedah ini mengetuk dan atau mengenakan tekanan kepada tempurung kepala tanpa menembusi tengkorak. Kejutan alat pemukul ini datang dari tembakan katrij kosong atau tekanan angin yang memantulkan kepada pemukul jenis mushroom-head dan mengetuk di kepala haiwan. Kejutan ini akan mewujudkan satu gelombang tekanan dalam rongga otak apabila ketukan berlaku dan akan menyebabkan haiwan tersebut pengsan. kajian yang dilakukan oleh Dr Mohamed Lutfi dari University Of Queensland, Australia di lapan buah pusat penyembelihan dalam masa 20 bulan pada tahun 2003

Electrical •

Kejutan elektrik di kepala sahaja digunakan untuk memengsankan lembu, kambing dan biri-biri. Kaedahnya ialah dengan meletakkan sepasang penyepit di kedua-dua belah kepala haiwan dan mengalirkan aliran elektrik ke otak.

• Aliran elektrik dialirkan dengan kadar yang sesuai dan tempoh masa yang sesuai mengikut jenis haiwan, saiz dan jantina. Ini adalah begi mengelakkan aliran elektrik mengalir ke seluruh badan yang akan menyebabkan jantung berhenti dan boleh membawa kepada kematian haiwan tersebut.

• Syarat-syarat tersebut ialah: Arus elektrik dialirkan atas kepala haiwan bagi kambing dan biri-biri manakala di bahagian hidung bagi lembu. Arus aliran elektrik tidak boleh melebihi had yang ditetapkan, 0.75 ampere bagi kambing dan 2.0 ampere bagi lembu

Waterbath stunning Sejenis alat elektrik yang menggunakan medium air untuk kejutan haiwan sebelum disembelih. Kaedah ini digunakan untuk haiwan beburung seperti ayam, itik dan angsa. Haiwan akan digantung kaki ke atas pada besi yang bergerak ke satu takungan air yang mempunyai aliran elektrik. Juruteknik yang bertauliah akan mengawal kekuatan arus elektrik bagi memastikan aliran tidak terlalu tinggi. Bagaimanapun daripada hasil kajian yang dilakukan oleh ahli Jawatankuasa Mengkaji Bahan Makanan dan Barangan Gunaan Orang Islam mendapati bahawa daripada sampel 50 ekor ayam yang menggunakan kaedah ini didapati 4 ekor tidak bergerak dan kemungkinan mati sebelum

PANDANGAN ULAMA DAN BADAN ISLAM MENGENAI ISU PENGGUNAAN STUNNING

Ketetapan Majma’ al-Fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Academy)

Haiwan yang disembelih secara syarak selepas dikenakan kejutan adalah harus dimakan sekiranya haiwan itu masih hidup sebelum disembelih. Penggunaan stunning hendaklah mengikut syarat-syarat berikut iaitu kedua-dua elektrok perlu dikenakan di kedua-dua belah kepala di antara mata dan telinga atau di tengah-tengah dahi. Voltage hendaklah antara 100-400 volt. Kekuatan arus elektrik ialah antara 0.75 dan 1.0 bagi kambing, antara 2.0 dan 2.5 bagi lembu. Arus elektrik hendaklah dialirkan dalam tempoh

• Penggunaan Penetrative Capative Bolt dan Pneumatic Captive Bolt Gun adalah tidak harus. • Electrical stunning (waterbath) adalah tidak harus kerana kadar kematian sebelum sembelihan dilakukan adalah tinggi. • Menggunakan kejutan gas karbon dioksida atau Mushroom Head Gun tidak haram kerana tidak membawa kematian sebelum

Fatwa Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq



Beliau menegaskan bahawa ia bergantung kepada beberapa syarat sekiranya cara itu dapat menenangkan haiwan sebelum disembelih serta melemahkan tendangannya semasa disembelih dan kejutan elektrik tidak memberi kesan kepada haiwan Kejutan elektrik atau dadah tidak memberi kesan kpd haiwan. Maknanya haiwan itu masih hidup seperti biasa sekiranya dilepaskan iaitu tidak disembelih selepas melalui proses berkenaan. Jika haiwan itu diandaikan mati juga walaupun tidak disembelih selepas dikenakan kejutan maka kematian selepas sembelihan adalah diragui. Dalam keadaan ini, daging sembelihan tersebut haram dimakan atas andaian kematiannya dikenakan kejutan letrik atau penyuntikan dadah sebelum disembelih. Ini kerana, nas-nas fiqh menetapkan bhwa dging haiwan sembelihan yang berkongsi sebab

Fatwa al-Azhar • Universiti al-Azhar telah melantik jawatankuasa khas untuk membuat keputusan tentang kaedah ini .Keputusannya ialah: • “ Negara Islam yang melaksanakan kaedah moden dalam sembelihan tiada larangan dalam agama. Ianya halal selagi kaedah baru itu bersih dan menyebabkan pendarahan. Sekiranya cara ini lebih cepat dan tepat kaedah tersebut adalah bertepatan dengan ihsan yang di anjurkan oleh Rasulullah”. (The History of azhar, Cairo; 1964;pp. 361-363)



Ketetapan Arab Gulf Cooperation Council’sstandard (GCC)halal yang GCC telah mengeluarkan digunakan untuk negara Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan UAE.Standard tersebut ialah:

• Tidak dibenarkan memukul kepala haiwan atau menggunakan kaedah lain yang seumpamanya. • Binatang hendaklah masih dalam keadaan hidup ketika dikenakan electrical stunning bagi memenuhi syarat sah sembelihan. Sekiranya ia mati sebelum disembelih ia dikira dalam golongan “al-mauquzah” dan tidak halal dimakan.

• Pendapat Dr. Wahbah al-Zuhayli Tidak ada larangan menggunakan apa-apa cara untuk melemahkan haiwan ketika hendak disembelih tetapi dengan syarat tidak menyeksanya.Islam membenarkan pengunaan dadah sebelum disembelih sekiranya ia tidak mematikan haiwan tersebut. Penggunaan karbon dioksida juga dibolehkan asalkan tidak menyakiti haiwan tersebut. Penggunaan CBP, benda berat, aliran elektrik dan sebagainya tidak dibenarkan kerana menyeksa haiwan tersebut. Tetapi haiwan tersebut boleh

Kesimpulan dari Pendapat Badan Islam dan Fuqaha yang membincangkan isu ini ialah: • Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan. Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut : Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja (head only stunner) Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah

• Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik (poultry) adalah diharuskan dengan syarat; Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah. Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.

‫‪Hujah dan Dalil.‬‬

‫‪Antara dalil yang di gunakan dalam menangani isu ini ialah‬‬ ‫‪melalui firman‬‬ ‫‪Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3 :-‬‬

‫حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما‬ ‫احل لغير ألله به والمنخنقة والموقودة‬ ‫والمتردية والنطيحة‬ ‫وما اكل السبع ال ما ذكيتم ‪,‬وما ذبح على النصب‬ ‫وأن تستقسموا بالزلم ذلكم فسقۗ اليوم‬ ‫يئس الذين‬ ‫كفروا من دينكم واتممت عليكم نعمتي ورضيت‬ ‫لكم السلم ديناۗ فمن اضطر في مخمصة غير‬ ‫متجانف‬ ‫لثم فان الله غفور رحيم۞‬

‫‪Hadith yang digunakan adalah seperti berikut:‬‬

‫•‬

‫مدًى قَا َ‬ ‫َلقُو الْعَدُوِّ غَدًا وَلَي‬ ‫ل‬ ‫معَنَا‬ ‫ت‬ ‫س‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ّ‬ ‫ّ‬ ‫َ‬ ‫ج ْ‬ ‫صل ّى الل‬ ‫سل‬ ‫ه عَليْهِ و‬ ‫ل أوْ أْرن ما أنْهََر‬ ‫م أع ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُّ‬ ‫س َّ‬ ‫م الل ّهِ فَك ُ ْ‬ ‫فَر‬ ‫ن وَالظ ُ‬ ‫س ال ُ ِّ‬ ‫الد َّ َ‬ ‫مُ وَذُك ِ ََر ا ْ‬ ‫س ُ‬ ‫ل لَي ْ َ َ‬ ‫حدِّث ُ َ‬ ‫م وَأ َّ‬ ‫ك أ َّ‬ ‫س ُّ‬ ‫و‬ ‫مدَى‬ ‫ما الظ ّ ُ‬ ‫ما ال ِّ‬ ‫سأ َ‬ ‫َ‬ ‫ن فَعَظ ْ ٌ‬ ‫فُر فَ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ل وَغَنَم ٍ فَنَدَّ‬ ‫شةِ قَا َ‬ ‫حب َ َ‬ ‫صبْنَا نَهْ َ‬ ‫ال ْ َ‬ ‫ل وَأ َ‬ ‫ب إِب ِ ٍ‬ ‫ه فََقا َ‬ ‫ج ٌ‬ ‫ل‬ ‫ِ‬ ‫سهْم ٍ فَ ََ‬ ‫ما َه ُ َر َُ‬ ‫ل بِ َ‬ ‫حب َ َ‬ ‫س ُ‬ ‫منْهَا بَعِي ٌَر فََر َ‬ ‫م إ ِ َّ‬ ‫سو ُ‬ ‫َر‬ ‫ن لِهَذِهِ‬ ‫ل الل ّهِ‬ ‫ه عَلَيْهِ وَ َ‬ ‫ُ‬ ‫سل ّ َ‬ ‫صل َ ّى الل ّ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫منْهَا‬ ‫ح‬ ‫و‬ ‫ال‬ ‫د‬ ‫اب‬ ‫و‬ ‫أ‬ ‫ك‬ ‫د‬ ‫اب‬ ‫و‬ ‫أ‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ل‬ ‫م ِ‬ ‫ِ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ش فإِذَا غلبَك ْ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ا ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ‬ ‫صنَعُوا بِهِ هَكَذَا‬ ‫يءٌ فَا ْ‬ ‫ش ْ‬ ‫‪• Maksudnya:Hadis Rafi' bin Khadij r.a katanya: Aku berkata:‬‬ ‫‪Wahai Rasulullah, kami akan menemui musuh esok‬‬ ‫‪sedangkan kami tidak mempunyai pisau. Rasulullah s.a.w‬‬ ‫‪bersabda: Segerakanlah atau sembelihlah dengan apa saja‬‬

Rasulullah Bersabda :

‫ان الله كتب الحسان علي كل شئ فاذا قتلتم‬ ‫فأحسنوا القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبيحة‬ ‫وليحد أحدكم‬ ‫شفرته وليرح ذبيحته‬ Maksudnya Sesungguhnya Allah swt memerintahkan supaya berbuat baik atas sesuatu maka,apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan baik. Apabila kamu menyembelih haiwan, sembelihlah dengan cara yang baik,maka hendaklah kamu menajamkan pisaunya dan merehatkan sembelihannya(dengan mempercepatkan sembelihan).

KAEDAH FIQHIYYAH YANG DIGUNAKAN DALAM MENENTUKAN HUKUM Antara kaedah-kaedah fiqhiyyah yang digunakan dalam menentukan hukum ialah : i. Pengharaman sesuai dengan segi keburukan dan bahaya. Apabila dikaji tentang prinsip yang keempat dapatlah dirumuskan bahawa pengharaman penggunaan stunning captive bolt adalah sesuai dengan keburukan dan bahayanya kerana penggunaan alat tersebut boleh menyakitkan haiwan yang akan menyebabkan gegaran otak dan kerosakan pada bahagian otak. ii. Yang Menarik kepada Haram hukumnya haram. Mengikut prinsip yang keenam ini, dapatlah kami rumuskan bahawa penggunaan stunning jenis captive bolt adalah haram kerana keadah yang digunakan seolah-olah menyeksa binatang dan boleh menyebabkan binatang tersebut mati, maka perkara ini telah menarik kepada melakukan perkara haram dan hukumnya ialah haram.

iii. Niat baik tidak boleh membersihkan haram. Islam sentiasa menghargai setiap dorongan yang mulia,maksud yang baik serta niat yang bersih dalam perundangan-perundangannya dan tujuannya secara keseluruhannya. Dalam hal ini niat penggunaaan stunning ini adalah untuk maningkatkan produktiviti, menjana ekonomi dan meningkatkan hasil pengeluaran tetapi jika kaedah yang digunakan adalah bertentangan dengan al-Quran dan al-sunnah maka ianya tetap haram. Ini kerana penggunaan stunning akan memberi kesan sampingan dan memudharatkan haiwan tersebut

Kekuatan • Lengkap dgn pandangan fuqaha dan pertubuhan Islam • Mudah difahami bahasanya • Ada perbandingan pendapat • Terkini dan isu semasa.

Kelemahan • Tiada bibliografi • Tiada Gambarajah

Cadangan • Jika boleh tolong nyatakan kesan memakan perkara haram (bagi timbul kesedaran) • Cara-cara ulama mengeluarkan hukum dgn lebih mendalam.

Rumusan

• Penggunaan stunning diharuskan tetapi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan • Penggunaan teknologi moden pada hari ini juga perlulah selari dengan tuntutan syarak • seorang muslim perlulah mencari makanan dan segala keperluan hidup berasaskan sumbersumber yang halal • Sekadar melantik pertubuhan Islam yang hanya memantau dan mengeluarkan pensijilan halal terhadap proses penyembelihan adalah tidak mencukupi. Negara Islam perlu bersatu untuk mewujudkan untuk mewujudkan pusat penyembelihan sebagai joint-venture dan yakinlah bahawa tindakan sebegitu akan membawa keberkatan dan kita akan mendapat

Bye!!! Kami nak gi jalan2… He,he…. bek,eeek…

Sekian Terima Kasih… he,he..

Related Documents


More Documents from ""