Kajian Kampung Genting Malek

  • Uploaded by: Abdul azim b. Mohd Nasri
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Kampung Genting Malek as PDF for free.

More details

  • Words: 4,413
  • Pages: 24
BAB 1 PENGENALAN Masyarakat merupakan sebuah istilah yang digunakan untuk menerangkan sekumpulan manusia yang tinggal bersama-sama di dalam sesebuah kawasan penempatan. ia juga dikatakan merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat atau tidak di buat-buat oleh sekumpulan manusia itu.Masyarakat Melayu di sebuah perkampungan Melayu adalah merupakan subjek utama dalam tugasan ini. Para ahli antropologi sosial selalunya merujuk masyarakat sebagai,orang yang buta huruf, menghasilkan pengeluaran sendiri, mempunyai adat istiadat, mempunyai tempat tinggal yang khusus dan mempertahankan peraturan sosial. Manakala pendukung fahaman konflik seperti Robert Lynd ,C. Wright Mills,Lewis Coser (1947) dan Dahrendrof (1959), melihat masyarakat sebagai kumpulan berbagai-bagai institusi seperti ekonomi, politik, pendidikan yang sering tidak sefahaman antara satu sama lain. Sebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil, tidak bersatu dan musibah akan berlaku. Setiap masyarakat di sesebuah perkampungan mempunyai keistimewaan masing-masing. Namun, keistimewaan yang ada itu pun sudah mula kian pupus, diantaranya keistinewaan di dalam kebudayaan, seni, dan berbagai lagi. Malah rasa sayang dan kasih seperti sebuah keluarga dalam bermasyarakat juga telah mula berkurangan.Melalui tajuk tugasan ini kami telah memilih sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Genting Malek yang terletak 45 kilometer dari Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sulatan Idris. Kampung ini majoritinya adalah kaum Melayu. kami telah senaraikan skop-skop fokus kami dalam melihat keistimewaankeistimewaan yang ada dalam masyarakat tersebut.

SEJARAH KAMPUNG Dahulunya kampung ini terletak di tepi Sungai Kuantan, Batang Kali, Hulu Selangor. Sungai yang mengalir di kawasan kampung ini semakin mengecil dari bentuknya yang sebenar lalu dipanggil Genting Sungai atau pun Genting Sungai Kuantan. Sejarah pembukaan kawasan kampung ini bermula apabila pada ketika dahulu, terdapat seorang pemuda Melayu berketurunan Kampar yang berasal dari Indonesia bernama Malek. Malk memang gemar keluar memancing ikan dan berkebun berhampiran sungai ini. Setiap kali beliau pergi ke genting sungai ini, maka terjumpalah oleh beliau seeokor harimau yang besar. Perkara yang sama juga dialami oleh penduduk kampung berhampiran yang pergi Genting Sungai untuk memancing ikan. Yang menariknya harimau ini tidak akan mengganggu penduduk setempat. Semakin lama Malek mengusahakan kebun di sekitar genting sungai, hasil tanamannya semakin menjadi tanpa sebarang gangguan musuh perosak dan lalu beliau pun membina pondok serta mengajak beberapa orang rakannya membina rumah lalu terjadilah penempatan di kawasan kampung ini dengan menamakannya kampung Genting Malek, mengambil sempena nama beliau dan Genting sungai ini Kampung ini telah mula dibuka pada tahun 1918. Sejarah kampung ini diolah kembali berdasarkan cerita orang-orang tua dahulu kepada ketua kampung iaitu Encik Ismail bin Jawi. Pembesaran Kampung Pada tahun 1987, rancangan pembesaran kampung telah dibincangkan dan JKKK Kg. Genting Malek telah mengutarakan perkara ini ke pengetahuan Pegawai Daerah Hulu Selangor. Dengan daya usaha JKKK kampung ini, sebidang tanah estate seluas 15 ekar yang terletak bersebelahan Kampung Genting Malek telah dikenal pasti dan segala urusan pengambilan semula tanah estate telah diusulkan ke pengatahuan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah Hulu Selangor. Permohonan telah diluluskan pada tahun 1988. Menurut kajian kami serta maklumat daripada penghulu kampung penduduk kampung Genting Malek adalah seramai 584 orang, kaum lelaki adalah seramai 304 orang manakala

kaum wanita pula adalah seramai 280 orang selain itu golongan duda pula seramai 4 orang dan balu seramai 8 orang kesemuanya. Bilangan ketua keluarga di kampung ini adalah seramai 132 orang, 90 peratus penduduk kampung ini adalah golongan Melayu Kampar dan lain-lain keturunan sebanyak 10 peratus. Dari segi agama pula mejoriti penduduk kampung ini adalah beragama Islam. Seterusnya bilangan warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang tinggal di kampung ini adalah seramai 27 orang, belajar di Tadika seramai 14 orang, belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan seramai 105 orang, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan seramai 79 orang, belajar di Sekolah Asrama Penuh seramai 9 orang, lepasan SPM di kampung ini dalah seramai 53 orang. Seterusnya ada juga golongan muda yang tinggal di kampung ini berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, bilangannya adalah sebanyak 13 orang, graduan yang telah berjaya adalah seramai 6 orang.

Bab 2 SIFAT-SIFAT ISTIMEWA Dari pemerhatian pengkaji setiap masyarakat mempunyai keistimewaan yang tersendiri Dan bagi keistimewaan masyarakat Melayu ini dapat dibezakan melalui suku kaum tertentu dan mengikut negeri tertentu.Sifat-sifat istimewa ini terdiri daripada kepimpinan organisasi, kebudayaan, kepercayaan dan sebagainya. Oleh itu, di sini pengkaji telah dapat menyenaraikan keistimewaan yang telah dikaji : 2.1

Organisasi

2.2

Kebudayaan

2.3

Kepercayaan/Keagamaan

2.4

Pendidikan (Tahap Sosial)

2.5

Ekonomi (pendapatan)

2.1

Organisasi Di dalam sesebuah masyarakat kampung atau persatuan yang pertama sekali perlu ada

ialah organisasi. Di dalam Kampung Genting Malek ini terdapat dua buah organisasi yang besar iaitu organisasi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung(JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Surau. Sepanjang kami menjalankan kajian ini kami telah dibantu oleh JKKK yang mana motif sebenar kewujudan organisasi ini adalah untuk membantu dan menyelesaikan segala perancangan, permasalahan dan sebagainya yang hanya berlaku di peringkat kampung. Segala permasalahan ini seringkali dibincang dahulu oleh ahli JKKK melalui kaedah perbincangan bersama dan jika tidak dapat di selesaikan barulah dibawa ke pihak Penghulu Mukim atau terus kepada Pegawai Daerah. 2.1.1 Struktur Organisasi JKKK Kampung Genting Malek Pengerusi En. Mohd Suyuti b. Tamin Setiausaha En. Juhari b. Hamzah Bendahari Tn. Hj. Yahya b. Abdul Hussin

AHLI JAWATANKUASA En. Abdullah B. Sutan Sali •

En. Abdul Rahman B. Rashid



Pn. Aminah Bt. Hj Muhamad



Pn. Rashidah Bt. Mohd Jusan



Pn. Rohana Bt. Daud



Pn. Fatimah Bt. Sutan Sali



En. Mohd Hazmi B. Jusan



En. Mohd Azhar B. Jusan



En. Muhammad B. Abdullah



En. Anuar Bin Abd. Rashid



Tn. Hj. Khairudin B. Yaakob



Tn. Hj. Idris B. Mohd Shah

En. Ismail b. Jawi Penasihat JKKK Genting Malek

Pemilihan Jawatankuasa Keselamatan kampung ini dijalankan melalui pemilihan oleh masyarakat ketika Mesyuarat Agong dijalankan. Selalunya kesemua masyarakat kampung akan berkumpul untuk bermesyuarat bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa. Selain itu, di dalam mesyuarat itu jugalah segala pandangan, program atau isu-isu tertentu akan diungkitkan dan dibincangkan. Dan JKKK Genting Malek ini mempunyai penasihat iaitu En. Ismail b. Jawi merangkap Ketua Kampung Genting Malek.

2.2 Kebudayaan Budaya atau disebut culture dalam bahasa Inggeris dan thaqafah dalam bahasa Arab sering digunakan bagi menggambarkan kebudayaan sesuatu masyarakat. Kebudayaan pula bermaksud “ Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.” Pengkaji melihat kebudayaan yang ada di Kampung Genting Malek ini tertumpu kepada beberapa aspek kebudayaan iaitu adat perkahwinan (merisik, bertunang dan bernikah), majlis cukur jambul dan kesenian (alat muzik dan silat pulut). 2.2.1

Adat perkahwinan (Merisik, bertunang, bernikah )

2.2.2

Majlis Cukur Jambul

2.2.3

Kesenian (Alat Muzik, Silat Pulut)

2.2.1

Adat perkahwinan (Merisik, bertunang, Majlis pernikahan (majlis kenduri) Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang telah menjadi kebiasaan dan yang

paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana juga dengan masyarakat di Kampung Genting Malek. Adat perkahwinan dijalankan mengikut peringkat demi peringkat iaitu di mulakan dengan merisik, bertunang dan majlis pernikahan (kenduri). Merisik ialah satu keadaan di mana keluarga dari pihak lelaki akan datang untuk melihatlihat dahulu sang dara yang ingin disunting, selalunya ibu bapa lelaki akan memulakan penyiasat dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu.tapi dengan niat untuk mengenali perempuan itu. Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu

bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang. Bertunang atau Meminang kebiasaannya dilakukan Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Pada lazimnya mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan bersama orang kampung akan dilaksanakan kira-kira dua minggu lebih awal dari tarikh berlangsung majlis pernikahan dan kenduri. Perjumpaan ini adalah untuk pembahagian tugasan ketika berlangsungnya majlis kenduri agar segalanya berjalan dengan lancar. Selain itu, pembahagian tugasan dalam persediaan pada minggu sebelumnya seperti membina para perkakasan memasak, membina tempat memasak, membina tempat cuci pinggan dan sebagainya kebiasaanya ia berlaku seminggu sebelum Majlis. Majlis pernikahan akan berlangsung sebelum kenduri. Majlis kenduri di sebelah perempuan selalunya lebih meriah, mewah dan besar berbanding majlis kenduri di rumah lelaki kerana sambutannya yang sebenar adalah di rumah wanita tetapi di sebelah lelaki adalah kenduri yang dikenali sebagai kenduri menyambut menantu di mana si suami akan memperkenalkan isterinya kepada semua saudara mara yang datang.

2.2.2

Majlis Cukur Jambul Cukur jambul merupakan adat resam biasa masyarakat Melayu di Malaysia dan

diamalkan di Kampung Genting Malek ini, kebiasaannya majlis ini dijalankan 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Ketika berlangsungnya majlis ini, bayi akan di masukkan kedalam buaian dan akan dialunkan dengan bacaan zanji dan marhaban. Setelah selesai berzanji dan marhaban upacara memotong sedikit rambut bayi akan dijalankan dengan diiringai selawat nabi Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai naik buaian.

2.2.3

Kesenian (Alat Muzik, Silat Pulut) Kesenian alat muzik di Kampung ini ialah kompang dan caklempong (termasuk rebana).

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat di kampung lebih-lebih lagi ketika menyambut ketibaan menantu semasa berlangsungnya majlis kenduri. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang dan biasanya kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing. Seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang yang bertujuan untuk menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Ada tiga jenis kompang yang digunakan, antaranya ialah gegombak, rebana dan kombang dan nama lagu kompang yang popular dipalu ialah Kompang dipalu, selawat kasih dan Pengantin baru. Selain kompang di kampung ini juga terdapat caklempong dan rebana ubi sebagai alat keraian atau hiburan. Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, n) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain.

Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, Caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasukla Muzik caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan. Kini,caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong. Selain kesenian muzik, keseniaan yang terakhir yang ada di kampung ialah Silat Pulut. Silat pulut adalah biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Sebenarnya Silat Pulut bukanlah seni mempertahankan diri tetapi sejenis pergerakan ala tarian menyerupai silat. Ia tidak mempunyai buah pukul tetapi hanya seni tari dan biasanya hanya dirancang untuk persembahan semata-mata.

2.3 Kepercayaan/Keagamaan Sudah menjadi fitrah manusia ingin beragama jika tidak pun meyakini ada sebuah kuasa yang menjadikan alam ini. Hal ini terserah kepada manusia itu sendiri kerana setiap orang mempunyai kepercayaan teras yang menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Bagi sebilangan besar penduduk dunia, kepercayaan tersebut adalah berlandaskan agama masing-masing. Justeru itu, kebebasan beragama bolehlah dianggap suatu hak asasi manusia dan sebarang sekatan terhadap kepercayaan dan amalan agama adalah penghinaan terhadap maruah manusia. Oleh itu, setiap manusia yang mempunyai kepercayaan masing-masing dan berhak mengamalkan kepercayaan mereka tanpa halangan dan paksaan. Agama digolongkan oleh kebanyakkan akademi Barat sebagai satu daripada unsur kebudayaan iaitu hasil ciptaan masyarakat. Malah kebanyakkan ahli antropologi (evolusi) mendakwa bahawa agama primitive yang wujud hasil gejala budaya itu merupakan spesies bagi genus agama. Tegasnya, mereka menolak dikatomi antara agama semulajadi dengan agama wahyu. Maka tidak hairanlah kalau ada antara mereka , misalnya St. Augustine mengatakakan bahawa Kristian sudah lama dalam kalangan orang purba. Terjadinya ilmuan barat dalam agama terutamanya agama wahyu adalah kerana perspeksi mereka tentang agama islam disamakan dengan institusiinstitusi lain seperti institusi social, ekonomi, politik, dan sebagainya. Oleh itu, tidak hairanlah kalau agama yang dibincangkan secara tidak wajar iaitu tanpa reserve terhadap agama wahyu Padahal menurut orang Muslim, islam berada di atasnya (Saiful, 1993).

Secara amnya agama merupakan sesuatu yang sukar untuk di jelaskan atau ditakrifkan namun, ada yang menyatakan bahawa agama sebagai kepercayaan atau perilaku yang berkait antara hubungan manusia dengan kesaktian. Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa agama agama “sebagai carta tingkah laku” atau agama sebagai kepercayaan terhadap roh seperti yang dikemukakan oleh sarjana bart iaitu, Edward Tylor. Mengikut Fraser pula, agama adalah segala sisitem perbuatan manusia untuk mencapai sesuatu maksud dengan menyandarkan diri pada

kemahuan dan kekuasaan makhluk halus ataupun jin serta dewa-dewa.Walau bagaimanapun menurut pentafsir islam, agama adalah apa yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. dengan perantaraan Nabi-Nabi dan para Rasul yang telah diutuskan oleh-Nya. 2.3.1

Surau (sebagai pusat sosial kampung) Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kami, kami dapati mejoriti penduduk yang

tinggal di kampung ini adalah beragama islam. Hal ini demikian kerana adanya Imam masjid yang mentadbir surau di kampung ini, adanya surau serta organisasi sosial surau juga ada di kampung ini. Melalui kajian yang di laksanakan oleh kami, kami juga mendapati terdapat kelaskelas agama yang dijalankan bertujuan untuk mendidik generasi muda atau golongan kanakkanak di kampung tersebut supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. selain itu berbagai program yang dianjurkan oleh organisasi pengurusan surau dalam mengimarahkan lagi surau sebagai tempat atau pusat sosial kampung. Organisasi surau Kampung Genting Malek terbahagi kepada dua iaitu organisasi keagamaan dan organisasi pengurusan:-

2.3.1.1

Organisasi Keagamaan Surau Kmapung Genting Malek

PENASIHAT PENGERUSI

IMAM 2

IMAM 3

IMAM 1

BILAL 1

BILAL 2

2.3.1.2

Organisasi Pengurusan Surau Genting Malek PENASIHAT PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI

AJK

AJK

SIAK 1

SIAK 2

AJK

AJK

AJK

PEMERIKSA KIRA-KIRA PEMERIKSA KIRA-KIRA

Kedua-dua orgnisasi ini diwujudkan di surau Kampung Genting Malek adalah bertujuan untuk menyeragamkan gerak kerja ahli jawatankuasa agar tidak bertembung. Selain itu, dapat melancarkan dan dapat menguruskan pengurusan dan pentadbiran surau dengan lebih tersusun tanpa menganggu tugasan Imam sebagai ketua keagamaan dan penasihat keagamaan di dalam kampung.

2.4 Pendidikan (Tahap Sosial) Pendidikan merupakan perkara penting untuk mencapai kesejahteraan dan kesempurnaan hidup manusia. Ia menjadi asas dalam membina ilmu pengetahuan bagi membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikal dan spiritual. Oleh itu, pendidikan dari perspektif Islam mempunyai pengertian yang mendalam dan menyeluruh yang merangkumi proses melatih akliah, jasmaniah dan ruhaniah yang berasaskan ajaran al-Qur’an dan hadis sebagai pegangan utama kehidupan. Kepelbagaian konsep dalam pendidikan Islam turut dilihat sebagai faktor utama dalam melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Konsep tersebut menjadi penggerak utama dalam mencapai matlamat pendidikan iaitu membentuk manusia yang mempunyai cita-cita dan falsafah hidup yang tersendiri yang berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini, sekaligus mewujudkan masyarakat yang progresif dan bertamadun seperti yang digariskan oleh Islam. Sistem pendidikan yang ada dikampung ini terbahagi kepada tiga iaitu sistem pendidikan formal, tidak formal dan juga bukan formal.

2.4.1

Sistem Pendidikan Formal

2.4.2

Pendidikan tidak Formal

2.4.3

Pendidikan Bukan Formal

2.4.1 Sistem Pendidikan Formal Adalah sebuah sistem pendidikan yang menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran. Di mana kedua-dua ini berlaku dalam masa yang sama dan diantara guru dan murid. Selalunya proses ini hanya berlaku disekolah dalam tuntutan ilmu yang bersifat akademik.

Di Kampung kajian kami ini kesemua kanak-kanak yang wajib ke sekolah telah dihantar oleh keluarga mereka ke sekolah yang berdekatan. Selain itu, ada juga anak-anak yang telah berjaya di sekolah telah menyambungkan pelajaran ke Menara Gading. Di sini pengkaji menyenaraikan bilangan anak-anak masyarakat kampung yang belajar secara formal sebermula dari Tadika hinggalah menjadi graduan institut Pengajian tinggi iaitu Tadika seramai 14 orang, manakal yang belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan seramai 105 orang, Sekolah Menengah Kebangsaan seramai 79 orang, di Sekolah Asrama Penuh seramai 9 orang, lepasan SPM di kampung ini dalah seramai 53 orang. Seterusnya ada juga golongan muda yang tinggal di kampung ini berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, bilangannya adalah sebanyak 13 orang, graduan yang telah berjaya adalah seramai 6 orang.

2.4.2 Pendidikan Tidak Formal

2.4.3

Pendidikan Bukan Formal

2.5 Ekonomi (pendapatan) Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek yang bermaksud 'rumah',atau 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan. 2.5.1

Pekerjaan

2.5.2

Perniagaan

2.5.3

Pertanian

BAB 3 ULASAN DAN CADANGAN 3.1 Meningkatkan Keselamatan di Kampung Masyarakat Kampung Genting Malek kini sudah berpuas hati dengan kemajuan kampung mereka kerana banyak kemudahan telah disalurkan oleh kerajaan untuk kesenangan penduduk Kampung Genting Malek. Namun begitu, untuk mengekalkan keharmonian dan keselamatan kampung mereka, penduduk kampung harus benganding bahu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kampung meraka daripada anasir-anasir luar dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat Kampung Genting Malek perlu memperkemaskan lagi keselamatan kampung yang telah sedia ada dan meningkatkan lagi sistem keselamatan di semua tempat. Antara langkah keselamatan yang perlu diambil kira adalah keselamatan jalan raya.

Masyarakat

Kampung Genting Malek perlu memastikan jalan kampung mereka berada pada tahap yang selesa tanpa kerosakan. Jalan yang rosak boleh membawa kepada kemalangan yang teruk. Kaedaan jalan yang licin dan kecil juga boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu naik taraf jalan kampung perlu dilakukan untuk memastikan penduduk kampung selesa menggunakan jalan tanpa ditimpa kemalangan ekoran daripada sistem jalan raya yang tidak sistematik. Selain itu, untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan kampung kekal, penduduk kampung harus memperkemaskan dan memperketatkan sistem keselamatan di sekolah dan klinik desa di kampung tersebut. Pengawal-pengawal keselamatan di sekolah dan di klinik harus ditambah bilangannya dan diberi kursus yang berkaitan dengan keselamatan. Dengan terjaganya sistem pengawal yang mantap di sekolah dan klinik, anak-anak penduduk kampung akan terjaga daripada kes penculikan, pergaduhan, ponteng dan gengsterisme.

Pengawal-pengawal

keselamatan di sekolah akan memantau keselamatan sekolah dari semasa ke semasa dan dengan secara tidak langsung mereka juga akan menegur pelajar daripada melakukan perkara yang tidak bermoral sewaktu sesi persekolahan berlangsung. Pengawal-pengawal keselamatan di klinik desa mempunyai peranan yang sama dengan pengawal-pengawal keselamatan di sekolah.

Mereka akan sentiasa memantau keselamatan klinik dari semasa ke semasa dengan sempurna. Oleh itu dengan system keselamatan yang penuh sistematik, keselamatan akan terus terjaga dan penduduk Kampung Genting Malek akan berada dalam keadaan yang lebih harmoni dan penuh muafakat. Selain itu, mengadakan kawalan di majlis yang diadakan di kampung juga dapat meningkatkan keselamatan kampung. Majlis yang diadakan di kampong sama ada rasmi atau tidak rasmi memerlukan kawalan yang ketat supaya kelancaran majlis akan berlangsung dengan sempurna tanpa gangguan daripada pihak luar yang akan mendatangkan masalah kepada penduduk kampung. Ini secara tidak langsung tetamu luar yang hadir akan berasa selamat dan memberi keyakinan yang sepenuhnya kepada pucuk pimpinan ahli jawatankuasa kampong. Keadaan ini akan menaikkan lagi nama Kampung Genting Malek di Malaysia. Keselamatan kampong adalah satu titik tolak kepada pembentukan kampong yang sempurna dan mempunyai keunikan tersendiri sama ada masyarakat dan sejarah Kampung Genting Malek itu sendiri.

3.2

Memantapkan Institusi Pendidikan Formal, Bukan Formal dan Tidak Formal. Masyarakat akan bertambah gemilang jika sistem pendidikan yang ada ditambahbaikkan

dan memantapkan system pendidikan yang wujud di kampung tersebut. Pendidikan adalah satu perkara pokok kepada pembentukan sahsiah seorang insan.

Oleh itu, ketelusan tentang

pendidikan harus diambil kira bagi meningkatkan sahsiah dan membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pendidikan terdiri terdiri daripada pendidikan formal, bukan formal dan tidak formal. Pendidikan formal biasanya berfokuskan kepada institusi pendidikan seperti sekolah yang didirikan oleh kerajaan. Manakala pendidikan bukan formal pula adalah pendidikan yang berlaku dan diadakan oleh penduduk kampong itu sendiri seperti, kelas AlQuran di surau-surau, kelas agama, kelas jahitan, kelas masakan dan lain-lain yang dipelopori oleh penduduk kampong itu sendiri. Seterusnya, pendidikan tidak formal pula ialah pendidikan yang diperoleh secara tidak langsung oleh orang lain, alam sekitar dan situasi alam sekeliling. Institusi formal biasanya akan diatur oleh kerajaan dan penduduk kampong perlu menghantar anak-anak kesekolah untuk menerima pelajaran yang telah dirangaka oleh kerajaan untuk membentuk rohani, emosi, fizikal dan intelek seseorang individu. Memanatapkan institusi bukan formal bermaksud, penduduk kampung harus memantapkan dan memperkemaskan sistem pelajaran yang telah wujud, umpamanya, pendidikan Al-Quran disurau. Kelas Al-Quran ini perlu diadakan dengan lebih kerap supaya dan menggunakan teknik hafalan yang lebih sistematik untuk membantu anak-anak celik Al-Quran. Kelas pendidikan bukan formal akan menimbulkan kesedaran kepada anak-anak muda belia akan perubahan-perubahan yang berlaku dalam alam sekitar yang akan membawa perubahan dalam masyarakat. Pendidikan tidak formal akan menyediakan golongan belia untuk aktiviti-aktiviti pengeluaran dengan memberi mereka kursus-kursus yang berkaitan yang boleh membaiki diri mereka. Selain itu juga, system pendidikan seperni turut menyediakan golongan belia untuk mengambil bahagian dan melibatkan diri dalam perdagangan dan perusahaan sekali gus mendidik dan menanam semangat yang sesuai bagi perkembangan peribadi, sosial dan masyarakat. Melalui pendidikan seumpama ini anak-anak muda dapat mengembangkan bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu.

Pendidikan tidak formal pula, adalah pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak melalui tingkah-laku dan perbuatan ibu bapa mereka, ahli kelurga terdekat, masyarakat sekiling dan keadaan sekeliling. Masyarakat yang prihatin dan ingin menjaga keharmonian kampong dan masyarakat akan sentiasa menjaga tinglah-laku dan perbuatan serta akan menunjukkan nilai yang baik kepada generasi muda tentang keutuhan semangat kerjasama, tolong-menolong dan semangat jati diri yang kental. Oleh itu, orang yang lebih tua akan menjaga adat ketimuran yang menjadi pegangan hidup mereka untuk dijadikan petunjuk kepada anak-anak muda tentang semangat dan jati diri orang Melayu yang sebenarnya. Orang yang lebih tua dan mempunyai pengalaman yang banyak akan menjadi role model kepada anak-anak muda. Oleh itu, mereka harus menjaga tingkah-laku dan perbuatan kerana pendidikan tidak formal akan berlaku daripada segala tindak tanduk dan perbuatan yang mereka lakukan.

3.3

Menggiatkan Lagi Aktiviti Kemasyarakatan di Kampung Cadangan yang seterusnya untuk memantapkan sistem kemasyarakatan Kampung

Genting Malek adalah menggiatkan lagi aktiviti kemasyarakatan di kampung ini. Kampung Genting Malek ini telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, memasak bubur asyura beramai-ramai, mengadakan sukan untuk penduduk kampong dan mengganjurkan pelbagai pertandingan tradisional. Namun begitu, aktiviti seperti ini agak kurang dijalankan dan kurang mendapat sambutan daripada anak-anak muda Kampung Genting Malek ini. Sehubungan dengan itu, penduduk harus mempertingkatkan dan mempergiatkan aktiviti seperti ini dan menggalakkan anak-anak muda turut serta dalam aktiviti yang dilakukan. Aktiviti kemasyarakatan seperti ini, perlu diadakan du minggu sekali dan diselangselikan dengan aktiviti yang lain dan membuat perubahan terhadap aktiviti yang sedia ada untuk menarik lebih ramai anak-anak muda menyertai aktiviti seperti ini. Aktiviti seperti ini akan menggeratkan lagi hubungan silaturrahim dan semangat kerjasama antara masyarakat kampung dengan masyarakat kampong itu sendiri, masyarakat kampong dengan anak-anak muda dan hubungan masyarakat kampong dengan orang luar. Aktiviti sebegini, umpamanya gotong-royong bukan sahaja dapat menonjolkan semangat kerjasama dan menggeratkan silaturrahim tetapi dapat meningkatkan lagi keselamatan kampong kerana, melalui gotong royong, longkang yang tersumbat akan dibersihkan, rumput yang panjang dipotong, sampah yang banyak dilupuskan. Keadaan ini, secara tidak langsung akan menjaga kebersihan sekitar kampong dan hasilnya, kampong bebas daripada banjir kilat ekoran daripada system perparitan yang tidak betul, tempat pembiakan nyamuk telah dilupuskan dan ini bermakna penduduk kampong akan bebas daripada penyakit berjangkit bawaan nyamuk dan air. Altiviti kemasyarakatan ini, amat penting untuk menggeratkan hubungan silaturrahin dan memantapkan ukhwah antara masyarakat Kampung Genting Malek itu sendiri.

3.4

Melahirkan Golongan Pelapis yang Cemerlang Kampung Genting Malek tidak akan terus gah berdiri tanpa pemimpin yang berdedikasi

dan berusaha untuk memperbarui kampong mereka.

Jesteru itu, amat wajar pihak JKKK

kampung mencari pelapis muda untuk menggantikn tempat mereka hari ini bagi memastikan Kampung Genting Malek ini terus gah di Malaysia. Pihak JKKK perlu mempelbagaikan kegiatan untuk belia kampung ini seiring dengan perubahan zaman dan persekitaran dalam usaha melahirkan generasi muda yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan kampong dan negara mereka sendiri. Semua pihak perlu bersama-sama menggembeleng tenaga dalam usaha merealisasikan hasrat itu tanpa menuding jari antara satu sama lain atau meletakkan masalah belia terhadap satu pihak saja. Apa yang perlu masyarakat faham hari ini adalah kehendak remaja dan cabaran mereka yang pelbagai serta berbeza. Kerana itu juga, pihak JKKK memerlukan pendekatan yang pelbagai tetapi menepati golongan sasaran. Contohnya, dulu kaedah motivasi didapati amat berkesan dalam mengatasi masalah orang muda, bagaimanapun keadaan dan cita rasa sudah berubah, kaedah itu didapati tidak lagi sesuai. Jadi, jika pihak JKKK masih menggunakan pendekatan sama, tanpa memenuhi keperluan dan cita rasa golongan sasar ini, sebarang program yang dilaksanakan akan dilihat membuang masa dan membazir, Oleh itu, pendekatan yang pelbagai perlu dijalankan supaya golongan belia remaja akan membuta mata tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap kampung dan negara mereka sendiri. Bengkel-bengkel kemahiran diri dan peningkatan jati diri harus dilakukan dan tidak berpusatkan pada ceramah sahaja tetapi menyelitkan dengan aktiviti yang menuntut kesabaran, kerjasama dan tanggungjawab agar golongan belia ini sedar betapa bernilainya mereka untuk masyarakat dan negara. Generasi muda belia perlu menjadi atap negara dan masyarakat, agar setiap gejala sosial yang negatif tidak mudah merebak dan meresap sebagai elemen yang merosak dan memusnahkan harapan kita yang menginginkan kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera. Semua faktor yang menjurus ke arah ini jika dapat dilakukan, maka dapatlah kita melihat kejayaan cemerlang yang bercirikan generasi muda tempatan. Pencapaian sedemikian ini bukan lagi merupakan impian semata-mata, kerana kita yakin arus perkembangan semasa yang berlaku

ternyata akan terus membuka ruang yang seluasnya untuk generasi muda kita berusaha dengan gigih dan membina kemajuan diri berada di tengah-tengah dunia antarabangsa.

Oleh itu,

generasi muda adalah nadi negara dan ditangan merekalah kesejahteraan dan keruntuhan Negara berada. Jika rosak pelapis Negara maka runtuhlah negara, jika cemerlangnya pelapis Negara maka gah lah Malaysia.

PENUTUP

BIBLIOGRAFI

Related Documents

Genting Kualalumpur - Bangla
December 2019 20
Kampung Sains
November 2019 35
Kampung Monyet01
May 2020 29
Kampung Matematika.pptx
November 2019 33

More Documents from "Alivah Fitri"