Apa itu Bidaah??? Makna Bidaah Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah : بديع السموات والرض Ertinya : “ Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .” Dan firman Allah : قل ماكنت بدعا من الرسل Ertinya : “Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .” Bidaah menurut istilah ialah : الحدث في الدين بعد الكمال Ertinya : “Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.” Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah : “ Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat .”
Beliau menambah lagi dengan katanya : “ Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang dimaksudkan dengan mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah ) secara berlebih-lebihan .” Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut : “ Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa akidah , ibadat atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW .” Sebagai kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau kaedah-kaedaah yang telah ditetapkan oleh syarak .