Insuran Menurut Pandangan Islam

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Insuran Menurut Pandangan Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 2,290
  • Pages: 4
Insuran Menurut Pandangan Islam Mengikut fakta pada 15 Jun 1972 , Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.. telah memutuskan bahasa insurans ( konvensional ) itu Haram kerana dalam system insurans itu terdapat perkara perkara yg tidak selari dengan apa yang Islam tunjuk atau pun terlibat dengan benda benda yang Islam larang Cumanya satu perkara yang musykil sikit kenapa maklumat atau fatwa nih tak sampai kepada masyarakat sedangkan Fatwa telah pun diputuskan.. itu mungkin urusan JAKIM dan Majlis Fatwa.. Benda atau perkara yang dimaksudkan itu ialah.. 1) Gharar - Ketidakpastian 2) Maisir Judi 3) Riba Gharar dalam bahasa Arab sebenarnya tapi dalam bahasa Melayu maksudnya sesuatu perkara yang tak sure , tak pasti dan tak jelas.. sama jer maknanya nih.. Dalam Islam sesuatu kontrak jual beli tuh mestilah satu perkara yang sure yang jelas dan pasti.. contoh orang nak beli lembu kat satu ladang sawit.. Ahmad nak beli lembu dari Ali. Ada dalam satu kumpulan lembu yang banyak.. Ali kata dalam tuh ade ler lembu ko yg ko nak beli tuh.. tanpa menunjukkan secara khusus lembu mana satu sebenarnya yang Ali nak jual kat Ahmad , lembu yang gemuk ke , kurus ke.. kecik ke , tak tau.. so kalau Ahmad bayar gak duit nak beli lembu tuh., maka dalam Islam kontrak , atau akad jual beli tak tak sah.. dan haram sebab terlibatnya unsur gharar , tak jelas.. lembu mana satu yang dia nak jual sebenarnya macam tu gak dengan perkara lain.. rumah ke.. kereta ke dan sebagainya pasti benda yang kita nak beli tuh.. jelas dan ada nampak.. Dalam insurans konvensional , kontrak yang berlaku antara orang yang nak masuk insurans dengan syarikat insurans ialah kontrak jual beli.. ini mengikut apa yang aku faham dari satu kuliah kat surau tempat aku nih oleh sorang ust sebab ustaz tuh kerja kat Bank Islam dan dia memang tau sangat bab bab perbankan dan insurans nih. Kalau korang tak sure korang boleh tanya kekawan korang yang ade terlibat ngan insurans konvensional nih macam mana sebenarnya kontrak yang berlaku .. Kontrak jual beli yg berlaku itu ialah si pembayar membeli risiko dari syarikat Insurans dengan membayar tiap tiap bulan.. dengan harapan jika berlaku risiko dia akan dapat pampasan sekian sekian ribu ringgit ( contoh ler ) So kat sini.. benda yang dia beli tadi ialah risiko sedangkan kita memang tau risiko adalah satu perkara abstrak atau subjektif.. benda yang tak sure pun dan kita tak tau pun adakah satu masa nanti kita akan ditimpa musibah dan menghadapi risiko. Risiko nih yang membuatkan kontrak jual beli insurans tadi tak sah dan Haram di sisi Islam.. Islam tak suka ada unsur-unsur penindasan dalam sesuatu kontrak pertukaran hak.. kat sini duit kita akan berlaku pertukaran hak dari milik kita kepada milik syarikat insurans.. dan benda yang menyebabkan duit kita bertukar hak ialah risiko yg kita sendiri tak pasti adakah memang pasti kita nih akan ditimpa musibah.. Unsur kedua pula ialah.. Maisir Judi , aku rasa memang kita semua tau kan.. menatang nih haram.. Dalam insurans para ulama yg bersidang memutuskan.. dalam insurans konvensional ada unsur Judi kerana seseorang pembayar tuh dia membayar sedikit RM 100 setiap bulan dengan harapan bila jadi apa apa dia akan dapat RM 100,000.00 contohnya.. so konsep tadik ialah konsep judi , macam ler juga orang gi tikam nombor ekor kat Sport TOTO dia tikam 10 ringgit dengan harapan kalau kena dia akan dapat sejuta tu konsep judi.. sesuatu pembayaran yg sedikit membolehkan kita dapat hasil yang banyak dengan tak tau cara mana yang membolehkan dia dapat duit yang banyak tuh.. Unsur yang ketiga.. ialah unsur Riba. Riba yang dimaksudkan berlaku di sini ialah contohnya.. dalam masa setahun Abu bayar 1200.00 ringgit kepada syarikat insuran masuk tahun kedua bulan Januari.. Abu meninggal dunia dan mengikut perjanjian.. Syarikat Insuran yang dia masuk kena bayar pampasan RM 100,000.00 kepada Abu.. so lebihan dari 1200.00 ( 100,000.00 - 1200.00 = 98,800.00 )tu yg dikategorikan sebagai Riba oleh Ulama So aku harap korang jelas ler.. sebab ape Haramnya Insurans Konvensional nih Dalam Insurans Islam ( Takaful ) juga ada benda benda yg kat atas tapi tiga unsur tadi memang takde Contoh.. macam mana Takaful boleh mengelakkan dari berlakunya unsur Gharar.. Takaful , dari bahasa Arab yang mana kata asas dia Kafala bermaksud Jamin dan Takaful saling jamin-menjamin . Maknanya setiap orang yang masuk Takaful , dia memang dah berniat untuk masuk dalam group yang sentiasa saling jamin-menjamin nih.. maknanya kalau jadi apa apa kat orang yang juga dalam group tuh dia redha duit dia digunakan sedikit bagi membantu orang yang ditimpa musibah nih.. sebab Dalam Takaful nih ada satu akaun nama dia Akaun Khas Peserta yg bertindak sebagai Dana Takaful bagi membantu mangsa- mangsa yang ditimpa musibah. Kalau kat kampong rasanya benda nih dikenali sebagai Tabung Khairat kematian ler.. ataupun yg moden sikit orang panggil main kutu.. Tiap tiap bulan kumpul sorang sikit 100 ringgit, then bila ade sorang yg memerlukan, atas sebab tertentu , mak bapak dia meninggal ke, dia nak kahwin ke maka duit yg dikumpulkan tu

diserahkan padanya. Itu yang berlaku dalam Takaful , setiap orang yang jadi peserta Takaful telah bersedia untuk mendermakan atau m ensedekahkan sebahagian dari wang yg dimasukkan tiap tiap bulan tuh ke dalam tabung Akaun Khas Peserta dengan peratusan tertentu melalui konsep muamalat Islam yang dinamakan Tabarru’at ( Derma atau sedekah kepada yang memerlukan ) So kat sini tak berlaku kontrak jual beli risiko macam yang aku terangkan kat atas tadik.. Kalau insurans konvensional guna konsep Tabarru’at nih maka dia automatic boleh jadi halal.. tapi dia tak de pun konsep tuh.. So bila dari segi konsep asas dah jelas.. maka.. unsur Riba dah judi pun dah takde.. dalam Takaful.. sebab.. memang dah ade perjanjian atau akad setiap peserta Takaful untuk sama-sama bantu membantu dan menjamin sesame sendiri sekiranya berlaku musibah kepada setiap ahli peserta yang membuat perjanjian.. Pihak Takaful Nasional atau Takaful Malaysia hanya bertindak sebagai orang tgh atau pihak yang menguruskan proses pengumpulan wang derma atau sedekah oleh para peserta yg berada dalam Akaun Khas Peserta.. dan akan memberikan bantuan pampasan sekiranya salah seorang ahli yg menyertai perjanjian tersebut ditimpa musibah.. Satu lagi perkara yang agak penting, ialah berkenaan dengan pelaburan yang dilakukan oleh syarikat insurans yg kita sertai.. Kalau insuran Konvensional , aku sendiri pernah tgk list kaunter yang diorang laburkan untuk dapatkan keuntungan.. contoh Great Eastern, kaunter Carlbergs , biasa ler tuh.. tapi bukan semua kaunter diorang ke arah tuh.. cumanya memang bercampur antara kaunter haram dan halal.. tentang syarikat insurans lain aku tak sure. Cumanya yg aku nak bagitau bezanya ialah syarikat insurans Islam macam Takaful Malaysia dan Takaful Nasional , diorang ada satu badan khas untuk memantau perlaburan dan perjalanan pengurusan syarikat Takaful itu sendiri.. supaya tidak lari dari syariat Allah.. contohnya Takaful Nasional.. pengerusi Majlis Pengawasan Syariahnya ialah Dato Hj Harussani bin Zakaria , Mufti Perak Darul Ridzuan. Dan majlis ini dianggotai lagi oleh.. beberapa orang lain yang mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang khususnya ilmu agama dan muamalat Islam.. Dalam Takaful Nasional ade 3 peringkat Majlis Pengawasan Syariah yang membuat pemantauan atas segala pelaburan yang Takaful buat 1) Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasional 2) Majlis Pengawasan Syariah BSKL 3) Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia Kalaulah incase Takaful melabur di kaunter arak.. Tiger ke.. then.. boleh terlepas plak dari pemantauan atau pengetahun Majlis Pengawasan Syariah Takaful , maka dia mesti melalui pemantauan MPS BSKL plak.. dan kalau pun MPS BSKL pun terlepas plak.. dia akan dipantau oleh MPS Bank Negara Malaysia.. dan dengan MPS Bank Negara takde sape pun boleh lepas sama ada syarikat insurans atau pun bank bank kat seluruh Malaysia nih sebab memang tanggungjawab Bank Negara Malaysia akan monitor semua aktiviti dan perjalanan institusi kewangan , perbankan dan insurans kat Malaysia nih, dan kalau Majlis P. Syariah Bank Negara dapat tau.. Takaful Nasional melabur di kaunter arak.. maka , lessen Takaful akan ditarik balik dan sampai bila bila pun Takaful takkan boleh dah nak buat perniagaan insurans.. Tapi setau aku.. mende tuh tak de dalam syarikat insurans konvensional , pelaburan dia ke mana Wallahua’lam, hanya Allah yang tahu.. Begitu juga dengan.. pelaburan ASN , ASB dan lelain.. Aku pernah dengar kuliah sorang ustaz kat masjid Taman aku nih.. dia memang kata dalam ASB ke ASN ke lelain pelaburan diorang memang terlibat dengan kaunter haram macam kaunter arak dan judi… walaupun memang ade kaunter halal tapi peratus ke arah yang haram lebih tinggi.. so ustaz tuh nasihatkan sape yg tak masuk lagi better tak yah masuk dan sape yg dah masuk better keluar.. Melainkan kalau orang memang ade niat nak sumbangkan modal ke arah perniagaan yang haram. Dari aspek perbankan camtuh ler jugak, kalau boleh Financing kereta ke rumah ke, better carilah yg Islamic punya , bukan takde sekarang dah banyak, sama ada dari Bank Islam sendiri atau bank-bank konvensional lain yang ade buat system financing secara Islam.. Kalau dulu mungkin kita takde pilihan, memang system konvensional jer yg ade dan kita takde cara lain, kalau kita tak amik kita tak leh nak beli kereta tak leh nak beli rumah , tapi sekarang dah ade pilihan , why kita still nak amik konvensional lagi..? Ade sorang Ust tuh kat Surau tempat aku, dia bagi Tazkirah masa Ramadan lepas.. dia sentuh bab bab nih ler.. Dia kata kita dia kata bagus dari aspek nak membersihkan diri menyucikan diri dalam bulan Ramadan nih

alhamdulillah semangat.. rajin ibadah, solat sunat, puasa, baca Quran dan sebagainya tapi sayangnya dalam masa yg sama kita tak sedar kita terlibat dengan urusan urusan yg tak selari dgn Islam.. either bank or insurans. Islam suruh kita masuk Islam tuh secara keseluruhan.. bukan sikit-sikit, Setengah orang bab ibadah bukan main semangat nak Islam nyer tapi bab lain tolak , Bab perundangan , ekonomi dan sosial , tak nak plak Islam Setengah orang bab politik bukan main plak nak Islamnya tapi bab amalan kat rumah takde plak.. Islamnya.. kengkadang ahli rumah sendiri tak tutup aurat, tak solat tak kata ape pun tapi nak sembang pasal Negara Islam.. nak buat hukum Hudud, dan banyak lagi benda besar nak buat sedangkan dalam rumah sendiri pun tunggang langgang lagi.. So , itu ler tahap kefahaman Islam majority rakyat Malaysia nih, tidak merangkumi seluruh aspek kehidupan masing masing, sedangkan kita tahu bahawa Islam adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua aspek kehidup sesuai di setiap tempat dan keadaan dan sepanjang zaman.. kalau kita sendiri tak yakin dengan system Islam maknanya ada problem ler dengan syahadah dan keyakinan kita dengan system ciptaan Allah ini.. masing masing fikir sendiri ler.. Bukan niat aku nak memburukkan mana mana bank atau syarikat insuran konvensional.. dan bukan atas kepentingan aku sebagai agen Takaful , cumanya aku rasa tanggungjawab aku untuk sampaikan ape yg aku tau . Minta maaf ler kalau ade sesapa terasa.. Islam pun suruh kan katakanlah yang benar walaupun pahit.. Macam aku kata tadik, mungkin ramai yang kurang atau tak berminat pun nak masuk Insurans Hayat ataupun Takaful Keluarga nih , tapi aku rasa setidak-tidaknya kita semua mesti nak ada kenderaan sendiri macam kereta ke ataupun abih abih koman pun motor sebijik, so nak bagi jalan kereta kita tuh mesti nak kena amik Insurans , kalau tak , tak leh jalan ler kereta tuh.. walaupun Enjin 1600 cc .. so nak amik Insurans kenderaan tuh pilih yg Islam punyer bukan takde, ade.. Takaful Malaysia dan Takaful Nasional ade sediakan Takaful Am untuk Kenderaan . Atas kita ler.. kalau yang sedia ada nih memang dah konvensional , takpe ler teruskan , tapi bila sampai masa nak renew cari ler yg Islam punya.. Nanti nanti bila accident ke.. takpe laa gak sebab kenderaan kita menggunakan insurans yang halal di sisi Allah.. Sekarang nih terpulang atas masing masing lah nak buat camner kan, kalau kita sayangkan Islam dan Iman yang ada pada diri kita.. maka kita akan pastikan.. diri kita tak terlibat langsung dengan perkara-perkara haram atau pun syubhat dari semua aspek kehidupan, sama ada.. ibadah , makanan , pakaian , harta pencarian , pergaulan , politik pemerintahan , undang - undang , system perbankan dan insuran dan banyak lagi ler system, sistem lain yang kita ari ari terlibat dan bergelumang. Mungkin kita tak leh nak elak semuanya sekali , sebagai contoh PTPTN tu pun aku rasa agak kurang selesa dengan cas 4 % tuh tapi setakat yg kita mampu cuba elakkan sedaya upaya.. Allah tak memandang kepada hasil sesuatu tapi Allah memandang kepada usaha kita yang bersungguh-sungguh untuk membersihkan diri masing masing dari seluruh aspek Kalau korang rasa musykil lagi tentang konvensional nih boleh ke tak.. fikir ler Kalau Bank konvensional nih Islam terimapakai kenapa perlu ada system perbankan Islam macam Bank Islam dan Bank Muamalat dan Bank Rakyat Kalau system insurans konvensional nih Islam terima kenapa perlu ada system Takaful kat Malaysia nih.. Cumanya nasihat aku sikit jadilah seorang Islam yang benar benar beriman kepada Allah dan agamanya dan sentiasa sensitif dengan segala perkara yg melibatkan kehidupan kita seharian supaya iman dan amal ibadah kita tidak dicemari oleh unsur - unsur yg Allah murka dan larang... Ingat.. kehidupan kita bukan sekadar atas dunia ini nun jauh di sana.. akhirat bakal menanti cuma tak tau bila masa , sampai masa takkan sorang pun terlepas.. setiap saat dan setiap perlakuan kita akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.. Mudah-mudahan dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah dan Allah sentiasa menaungi kita dengan rahmat dan redha-Nya.. Aku rasa setakat tuh lah dulu just untuk penerangan dan maklumat korang semua ler. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tak baik tuh datang dari kelemahan dan kesilapan aku sendiri.. minta maaf kalau ade terkasar bahasa.. mudah-mudahan dengan sedikit usaha aku ke arah nak sampaikan pemahaman system muamalat Islam yang aku tau nih dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah dan mudah-mudahan Allah menjaga dan memelihara diri kita dari segala perkara yg haram dan syubhat

Related Documents


More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31