PENERAPAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM MENGHADAPI CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Muhammad Khair Aiman Bin Khairul Azhar Muhammad Najmi Bin Mohd Khairi Nur Bahiyah Binti Abdul Wahab IPGK Temenggong Ibrahim
Abstrak Pemikiran komputasional ialah proses pemikiran yang menganalisa sesuatu corak permasalahan yang melibatkan pencarian formula pada sesuatu situasi kritikal dan menyatakan penyelesaian seperti yang dilaksanakan oleh sebuah komputer. Kertas konsep ini akan mengetengahkan model penerapan amalan pemikiran komputasional ke dalam pemikiran pelajar berasaskan teori pembelajaran konstruktivism melalui pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri (Inquiry based learning) dan pembelajaran berasaskan otak (brain based learning). Idea ini tercetus apabila masalah pemikiran manusia yang lambat serta kurang kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah di waktu kritikal dan menyelesaikan masalah dengan idea yang kurang tepat. Model pemikiran komputasional dapat direalisasikan dalam sesi PdP dengan pendedahan aktiviti-aktiviti yang melibatkan beberapa elemen komputasional seperti logik (logic), Algorithma (Algorithm), Leraian (Decompose), Pengecaman Corak (Pattern Recognation), Peniskalaan (Abstraction) dan Penilaian (Evaluation). Oleh itu, pemikiran komputasional yang diterapkan dalam kalangan pelajar di negara ini akan mampu menjadikan mereka lebih berdaya cipta dan mampu menjadi saingan kepada pelajarpelajar dari negara luar untuk berfikiran secara inovatif dan kritis serta mampu meningkatkan kualiti pendidikan negara. Selain dari itu, penerapan amalan pemikiran komputasional juga akan meningkatkan tahap kemahiran yang diperlukan di abad ke 21 iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritikal dan kreativiti serta menyiapkan pelajar dengan perubahan cabaran Revolusi Industri 4.0.
Kata Kunci: Pemikiran Komputasional, Revolusi Industri 4.0, Pembelajaran Konstruktivism, Pembelajaran Berasaskan Otak dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
1.0 2.0 3.0 4.0
PENGENALAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 ELEMEN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL KAITAN ELEMEN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DENGAN ERA INDUSTRI 4.0