Amali 4 (bulan).docx

  • Uploaded by: khairaiman
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amali 4 (bulan).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,640
  • Pages: 31
PISMP JUN 2018 SEMESTER 2 BUMI & ANGKASA LEPAS (SCES3033) LAPORAN AMALI

NAMA

MUHAMMAD

KHAIR

AIMAN

BIN

KHAIRUL AZHAR NOMBOR KAD

980822-01-6949

PENGENALAN NOMBOR KAD MATRIK

2018122340059

TAJUK

LAPORAN

AMALI

PERUBAHAN FASABULAN) TARIKH HANTAR

7 FEBRUARI 2019

NAMA PENSYARAH

EN NORIZAN BIN GHAZALI

(MENGKAJI

Tajuk: Mengkaji fasa-fasa bulan Tujuan Amali: Untuk mengkaji perubahan fasa-fasa bulan Pernyataan masalah: Adakah peningkatan bilangan hari mempengaruhi fasa bulan? Pengenalan: Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi mengorbit Matahari. Selain itu, menurut Kaldera (2011), bulan juga ialah batu sfera yang mengelilingi Bumi dalam masa 27 hari. Ia berukuran suku dari magnitud bumi. Bulan merupakan objek paling terang dan terbesar di langit pada waktu malam yang terletak berhampiran bumi. Bulan tidak mempunyai cahaya sendiri tetapi memantulkan cahaya dari matahari. Sesetengah ahli astronomi percaya bulan berasal dari serpihan bumi ketika berlanggar dengan planet lain. Serpihan ini kemudian bercantum di angkasa dan membentuk sebagai bulan. Selain itu, sekiranya bulan purnama diperhatikan, didapati ada bahagian yang cerah dan bahagian yang gelap. Para saintis memanggil bahagian yang gelap itu sebagai ‘laut’. Hal ini kerana pada mulanya ahli astronomi menyangka bahaw kawasan itu adalah laut . Laut di bulan tidak seperti seperti laut di bumi. Ia kelihatan sedemikian kerana kawasan itu terdiri daripada batuan basalt. Permukaan bulan yang cerah adalah tempat bertopografi tinggi dan dipanggil ‘tanah besar’. Di permukaan bulan juga terdapat kawah yang terbentuk akibat perlanggaran dengan batuan. Purata keseluruhan jejari bulan adalah 1740 kilometer, manakala jejari teras bulan antara 300 hingga 425 kilometer. Kawasan permukaan bulan pula kira-kira 38 juta kilometer persegi, kurang daripada jumlah luas permukaan benua Asia. Seperti planet Zuhrah, Utarid, Bumi dan Marikh, bulan terdiri daripada lapisan kerak , mantel dan teras.

Menurut Guillain (2016),

pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada bumi. Bulan berputar pada paksinya, pada masa yang sama ia menlengkapkan peredaran orbitnya mengelilingi Matahari. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang

bercahaya dilihat dari bumi dalam keadaan yang berbeza-beza bentuk. Akibatnya terjadilah fasafasa bulan. Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi: Fasa Pertama :

Anak Bulan

Fasa kedua

:

Suku Pertama

Fasa Ketiga

:

Bulan Purnama

Fasa Keempat :

Suku Ketiga

Di samping itu, terdapat beberapa faktor terjadinya fasa fasa bulan kerana, 1) Pergerakan bulan berputar sambil beredar mengelilingi matahari 2) Sifat bulan sebagai pemantul cahaya 3) Sifat bulan sebagai objek legap Bentuk bulan kelihatan berubah-ubah jika diperhatikan dari bumi. Kedudukan relatif bumi, bulan dan matahari menyebabkan hanya sebahagian daripada permukaan bulan yang menerima cahaya matahari dapat dilihat dari bumi. Perubahan bentuk bulan ini mengikut satu kitaran yang mengambil masa lebih kurang satu bulan Menurut Koontz (2011), tempoh bagi kewujudan fasa yang sama ialah 29 hari. Separuh daripada permukaan bumi dan bulan sentiasa menerima cahaya matahari. Walau di mana pun kedudukan bulan, sentiasa separuh dari permukaannya menerima cahaya matahari . Kedudukan bulan yang berubah-ubah semasa mengorbit bumi menyebabkan kita tidak sentiasa dapat melihat keseluruhan permukaan bulan yang disinari cahaya matahari Pembolehubah: Manipulasi: Bilangan hari Bergerak balas: Perubahan fasa bulan Malar: Masa bulan diperhatikan, jenis kamera

Hipotesis: Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan Alat dan radas: Kamera, kertas catatan, pensel, Stellarium App

Prosedur: 1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet dicari. 2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari selama sebulan. 3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar. 4. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar. 5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan. 6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan termasuk juga sama ada hari tersebut hujan atau tidak dicatatkan ke dalam jadual dengan menggunakan nombor, perhubungan ruang dan masa. 7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.

Pemerhatian: Tarikh

Gambar bulan

Gambar

bulan

mengikut Huraian

teori 13 JAN 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(AHAD)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan : 50%

7 jamadilawal

Fasa bulan: Bulan separa pertama (diambil pada pukul 9.15 pm)

Darjah

Azimuth

:269.4 ° Darjah Altitud :52.2 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 12.21 pm hari itu

dan

masa

terbenamnya

ialah

12.15 am 14 JAN 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(ISNIN)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan : 60%

8 jamadilawal

Fasa bulan: hampir (diambil pada pukul 9.15 pm)

purnama (baru)

Darjah

Azimuth

:278.6° Darjah Altitud :60.1 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 1.04 pm hari itu dan

masa

terbenamnya

ialah

12.42 am 15 JAN 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(SELASA)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan : 65%

9 jamadilawal

(diambil pada pukul 9.30

Fasa bulan: hampir

pm)

purnama (baru) Darjah

Azimuth

:292.3 ° Darjah Altitud :66.5° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 1.49 pm hari itu dan terbenamnya 1.27 am

masa ialah

16 JAN 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(RABU)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan : 73%

10 jamadilawal

(diambil pada pukul 9.30

Fasa bulan: hampir

pm)

purnama (baru) Darjah

Azimuth

:322.9 ° (NW) Darjah Altitud :73.9 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 2.37 pm hari itu dan

masa

terbenamnya

ialah

2.14 am 17 JAN 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(KHAMIS)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan : 82%

11 jamadilawal

(diambil pada pukul 8.30

Fasa bulan: hampir

pm)

purnama (baru) Darjah

Azimuth

:

66.2 ° Darjah Altitud :46.2 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit

pada 3.28 pm hari itu dan

masa

terbenamnya

ialah

3.04 am

18 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(JUMAAT)

dapat dilihat di langit Peratus kecerahan : 90%

12 jamadilawal

(diambil pada pukul 8.45

Fasa bulan: hampir

pm)

purnama (baru) Darjah

Azimuth

:53.6 ° (NE) Darjah Altitud :56.7 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 4.24 pm hari itu

dan

terbenamnya 3.58 am

masa ialah

19 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(SABTU)

tidak dapat dilihat di langit

13 jamadilawal

Peratus kecerahan : (diambil pada pukul 7.30 pm)

96% Fasa

bulan:

purnama baru Darjah

Azimuth

:66.5 ° (ENE) Darjah Altitud :27.3 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 5.24 pm hari itu

dan

masa

terbenamnya

ialah

4.57 am 20 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(AHAD)

dapat dilihat di langit Peratus kecerahan : 100%

14 jamadilawal

Fasa (diambil pada pukul 7.30

purnama

pm)

Darjah

bulan:

Azimuth

:68.3 ° (ENE) Darjah Altitud :13.3 °

Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 6.25 pm hari itu

dan

masa

terbenamnya

ialah

5.59 am 21 JAN 2019 (ISNIN)

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan dapat dilihat di langit Peratus kecerahan :

15 jamadilawal

98% Fasa

bulan:

purnama lama Darjah

Azimuth

:70.2 ° (ENE) Darjah Altitud :-0.9 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 7.31 pm hari itu

dan

terbenamnya

masa ialah

7.02 am 22 JAN 2019 (SELASA)

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan dapat dilihat di langit Peratus kecerahan :

16 jamadilawal

93%

(diambil pada pukul 10.00

Fasa bulan: hampir

pm)

purnama (lama) Darjah

Azimuth

:73.2 ° (ENE) Darjah Altitud :19.9 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 8.33 pm hari itu

dan

masa

terbenamnya

ialah

8.05 am

23 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(RABU)

dapat

dilihat

di

langit 17

Peratus kecerahan :

jamadilawal

85% (diambil pada pukul 11.00 pm)

Fasa bulan: hampir purnama (lama) Darjah

Azimuth

:77.9° (E) Darjah Altitud :20.8 ° Bulan dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 9.30 pm hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 9.04 am

24 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(KHAMIS)

dapat

dilihat

di

langit 18

Peratus kecerahan :

jamadilawal

79% (diambil pada pukul 11.00 pm)

Fasa bulan: hampir purnama (lama) Darjah

Azimuth

:83.5 ° (E) Darjah Altitud :7.6 ° Bulan dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 10.27 pm hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 10.00 am 25 JAN 2019 (JUMAAT)

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan tidak dapat dilihat di langit

19

Peratus kecerahan :

jamadilawal

70%

(diambil pada pukul 9.00

Fasa bulan: hampir

pm)

purnama (lama) Darjah

Azimuth

:86.4 ° (E) Darjah Altitud :-34.6 ° Bulan tidak dapat lihat kerana bulan terbit pada 11.20 pm

hari

itu

dan

masa terbenamnya ialah 10.53 am 26 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(SABTU)

dapat

dilihat

di

langit 20

Peratus kecerahan :

jamadilawal

66% (diambil pada pukul 6.45 am)

Fasa bulan: hampir purnama (lama) Darjah

Azimuth

:266.5 ° (SW) Darjah Altitud :71.7 ° Bulan dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 12.00 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 11.43 am

27 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(AHAD)

dapat

dilihat

di

langit Peratus kecerahan :

21 jamadilawal

(diambil pada pukul 7.30 am)

55% Fasa

bulan:

purnama

separa

akhir Darjah

Azimuth

:249.1 ° (WSW) Darjah Altitud :71.7 ° Bulan dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 12.10 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 12.32 pm

28 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(ISNIN)

dapat

dilihat

di

langit 22

Peratus kecerahan

jamadilawal

: 45% (diambil pada pukul 7.30 am)

Fasa bulan: sabit lama Darjah

Azimuth:

204.7 ° (SSW) Darjah Altitud :79.2 ° Bulan dapat lihat kerana bulan terbit pada 12.59 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 1.20 pm 29 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(SELASA)

dapat

dilihat

di

langit 23

Peratus kecerahan

jamadilawal

: 36% (diambil pada pukul 6.00 am)

Fasa bulan: sabit lama Darjah

Azimuth

:118.8 ° (ESE)

Darjah Altitud :59.4 ° Bulan dapat lihat kerana bulan terbit pada 1.47 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 2.11 pm 30 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(RABU)

tidak dapat dilihat di langit kerana awan tebal

24 Peratus kecerahan

jamadilawal

: 27% (diambil pada pukul 6.00 am)

Fasa bulan: sabit lama Darjah

Azimuth

:116.9 ° (ESE) Darjah Altitud :45.8 ° Bulan dapat lihat kerana bulan terbit pada 2.36 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 2.56 pm

31 JAN 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(KHAMIS)

dapat

dilihat

di

langit 25

Peratus kecerahan

jamadilawal

: 18% Fasa bulan: sabit (diambil pada 9.45 am)

lama Darjah

Azimuth

:186.7 ° (S) Darjah Altitud :68.6 ° Bulan dapat lihat kerana bulan terbit pada 3.25 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 3.45 pm

1 FEB 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(JUMAAT)

dapat

dilihat

di

langit 26

Peratus kecerahan

jamadilawal

: 11% (diambil pada pukul 9.45 am)

Fasa bulan: sabit lama

Darjah

Azimuth

:158.3 ° (SSE) Darjah

Altitud

:65.4° Bulan dapat lihat kerana bulan terbit pada 4.15 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 4.37 pm 2 FEB 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(SABTU)

dapat

dilihat

di

langit 27

Peratus kecerahan

jamadilawal

: 4%

(diambil pada pukul 9.45 am)

Fasa bulan: sabit lama Darjah

Azimuth

:139.9° (SE) Darjah Altitud :58.0 ° Bulan dapat lihat kerana bulan terbit pada 5.04 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 5.23 pm

3 FEB 2019

Cuaca:

Langit

cerah serta bulan

(AHAD)

dapat

dilihat

di

langit Peratus kecerahan

28 jamadilawal

(diambil pada pukul 9.45 am)

: 1% Fasa bulan: sabit lama Darjah

Azimuth

:126.5° (SE) Darjah

Altitud

:49.7° Bulan dapat lihat kerana bulan terbit pada 5.53 am hari itu

dan

masa

terbenamnya ialah 6.12 pm

4 FEB 2019

Cuaca: Langit gelap serta

(ISNIN)

bulan

tidak

dapat dilihat di langit

29

Peratus

jamadilawal

kecerahan

:0% Fasa

bulan:

anak

bulan (Diambil pada pukul 9.30

Darjah

pm)

:248.4° (WSW)

Azimuth

Darjah Altitud : 35.0° Bulan

tidak

dapat

dilihat kerana bulan terbit pada 6.41 am hari itu dan masa terbenamnya 7.00 pm

ialah

5 FEB 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(SELASA)

bulan

tidak

dapat dilihat di langit

30

Peratus kecerahan:

jamadilawal

3% Fasa

bulan:

sabit

baru (waxing) Darjah

Azimuth

:252.5° (WSW) Darjah Altitud : (diambil pada pukul (9.30 pm)

25.1° Bulan

tidak

dapat

lihat kerana bulan terbit pada 7.28 am hari itu dan masa terbenamnya

ialah

7.46 pm

6 FEB 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(RABU)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan: 10%

1 jamadilakhir

(diambil pada pukul 10.30

Fasa

pm)

baru (waxing) Darjah

bulan:

sabit

Azimuth

:256.2° (WSW)

Darjah Altitud :-28.8 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 8.15 am hari itu dan

masa

terbenamnya

ialah

8.31 pm

7 FEB 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(KHAMIS)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan: 21%

2 jamadilakhir

(diambil pada pukul 8.00

Fasa

pm)

baru (waxing)

bulan:

Darjah

sabit

Azimuth

:261.2° Darjah Altitud :16.8 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 8.56 am hari itu dan terbenamnya 9.14 pm

masa ialah

8 FEB 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(JUMAAT)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan : 29%

3 jamadilakhir

(diambil pada pukul 8.05

Fasa

pm)

baru (waxing)

bulan:

Darjah

sabit

Azimuth

:263.3 ° Darjah Altitud :28.8 ° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit pada 9.36 am hari itu dan

masa

terbenamnya

ialah

9.57 pm 9 FEB 2019

Cuaca: Langit cerah serta

(SABTU)

bulan

dapat

dilihat di langit Peratus kecerahan : 39%

4 jamadilakhir

(diambil pada 9.15 pm)

Fasa

bulan:

sabit

baru (waxing) Darjah

Azimuth

:269.6 ° Darjah Altitud :19.1° Bulan

dapat

lihat

kerana bulan terbit

pada 10.19 am hari itu

dan

terbenamnya 10.40 pm

masa ialah

Perbincangan Bulan berbentuk sfera seperti bumi. Namun, apabila dilakukan pencerapan terhadap bulan, seolah-olah bulan mempunyai pelbagai bentuk. Berdasarkan teori, bulan mempunyai beberapa fasa dan dapat diperhatikan bentuk bulan yang berlainan pada setiap malam. Menurut Elkins-Tanton (2006), ketika bulan beredar mengelilingi bumi, kedudukan bulan condong 13 darjah ke arah timur dalam satu hari. Selepas 29 hari, kedudukan bulan akan kembali seperti asalnya. Seterusnya, waktu yang diperlukan oleh bulan untuk berputar juga adalah 29 hari. Oleh itu, manusia hanya dapat melihat bulan pada satu bahagian sahaja dari bumi. Selain itu, bentuk bulan yang kelihatan berbeza pada setiap malam adalah kerana peredaran tersebut menyebabkan bahagian bulan yang memantulkan cahaya matahari adalah berbeza. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa fasa-fasa bulan disebabkan oleh peredaran bulan mengelilingi bumi. Berikut merupakan fasa-fasa bulan dan penerangan mengenainya : 1.

Anak bulan

-

Bulan berada di antara bumi dengan matahari. Cahaya matahari hanya terkena pada

bahagian belakang bulan manakala bahagian hadapan bulan yang gelap menghadap ke arah bumi menyebabkannya tidak kelihatan. 2.

Bulan sabit baru

-

Ketika matahari terbenam, bulan sabit akan kelihatan di langit di sebelah barat.

3.

Bulan separa pertama

-

Bulan melengkapkan satu per empat peredaran di orbitnya. Separuh bulan kelihatan di

langit di sebelah selatan ketika matahari terbenam. 4.

Bulan hampir purnama (baru)

-

Cahaya matahari terpancar pada sebahagian besar bahagian hadapan bulan.

5.

Bulan purnama

-

Bulan berada tepat di belakang bumi (bukan dalam bayangan bumi). Cahaya matahari

terpancar pada bahagian hadapan bulan dengan jelas. 6.

Bulan hampir purnama (lama)

-

Selepas 2 hingga 3 hari bulan mengambang, sebahagian permukaan bulan yang

memantulkan cahaya matahari tidak kelihatan.

7.

Bulan separa akhir

-

Bulan bergerak ke arah matahari, melengkapkan kira-kira tiga per empat orbitnya.

8.

Bulan sabit lama

-

Bulan kelihatan kecil dan terbit di sebelah timur. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, gambar yang diambil tidak begitu jelas

dan tidak dapat dikenalpasti fasa-fasanya dengan tepat disebabkan oleh faktor kualiti kamera yang digunakan. Oleh itu, bagi menentukan fasa-fasa dengan lebih tepat, pemerhatian yang lebih teliti dilakukan terhadap gambar bulan tersebut berdasarkan perhitungan hari dalam takwim qamari. Rajah di bawah menunjukkan fasa-fasa bulan:

Di samping itu, terdapat juga kejadian-kejadian lain yang berlaku kepada bulan seperti air pasang surut dan gerhana bulan. Air pasang surut ialah kejadian aras air tinggi dan aras air rendah di laut. Menurut Cheshire (2011), air pasang surut berlaku kerana daya emparan ( daya yang cuba untuk keluar daripada bulatan ketika objek sedang berpusing bulatan tersebut) dan daya graviti bulan dan matahari. Apabila bulan, bumi dan matahari berada pada garisan lurus, daya tarikan adalah paling besar. Pada ketika itu, air laut yang tertarik naik ke arah bulan dipanggil air pasang. Walaupun air pasang surut berlaku pada waktu yang berbeza pada setiap hari, tetapi kejadian ini berlaku secara tetap sebanyak dua kali sehari. Ketika bumi membuat satu pusingan selama sehari, air pasang berlaku sekali kerana daya graviti dan juga sekali lagi kerana

daya emparan. Pengetahuan tentang pasang surut sangat diperlukan dalam pengangkutan air, kegiatan di pelabuhan, pembangunan di daerah pesisir pantai, dan lain-lain. Kerana sifat pasang laut yang berkala, maka ia dapat diramalkan.Terdapat juga kajian astronomi yang dilakukan mengenai teori Pasang Surut. Berdasarkan pemerhatian yang didapati, fasa bulan bermula pada 13 Jan iaitu bulan separa pertama, bulan hampir purnama baru dari 14 Jan hingga 18 Jan, bulan purnama baru adalah pada 19 Jan, bulan purnama pada 20 Jan, bulan purnama lama adalah pada 21 Jan, dari 22 Jan sehingga 26 Jan adalah bulan hampir purnama lama, separa purnama akhir 27 Jan, bulan sabit lama (waning), 28 Jan sehingga 3 Feb. Pada 4 Feb 2019 iaitu anak bulan, bulan sabit baru (waxing) pada 5 Feb hingga 9 Feb, Pada kesemua tarikh, bulan kelihatan sewaktu pemerhatian dijalankan kecuali pada 6,7 dan 24 Feb. Ini adalah kerana pengkaji telah membuat pencarian terlebih dahulu di dalam internet tentang waktu terbit dn terbenamnya bulan bagi setiap hari. Namun begitu, semasa pemerhatian dijalankan, pelbagai halangan yang perlu ditempuh oleh pengkaji. Antaranya disebabkan langit gelap, langit yang cerah dan juga ada di antaranya disebabkan oleh bulan belum terbit atau ada yang telah terbenam ketika pemerhatian tersebut dijalankan. Menurut Seefelder (2002), bulan adalah satelit yang tidak boleh memancarkan cahaya sendiri. Cahaya yang dilihat daripada bumi merupakan cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari hari ke hari, bentuk dan ukuran cahaya bulan berubah-ubah sesuai dengan posisi bulan terhadap matahari dan bumi. Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, ada bahagian bulan yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan yang menerima cahaya. Kami telah membuat pemerhatian terhadap fasa-fasa bulan daripada 13 Jan 2019 hingga 9 Feb 2019 di sekitar kawasan IPGK Temenggong Ibrahim. Pada 4 Feb 2019, bulan berada dalam fasa anak bulan. Anak bulan berlaku apabila bahagian bulan yang tidak diterangi cahaya matahari menghadap bumi. Dalam fasa ini, bulan berada di antara matahari dan bumi. Ketika itu, bulan tidak dapat dilihat dari bumi. Semasa membuat pemerhatian dalam fasa ini, bulan tidak dapat dilihat di langit disebabkan masa terbit bulan dan terbenam bulan adalah lewat daripada masa pemerhatian kami tetapkan. Tambahan pula, semasa bulan berada dalam fasa anak bulan langitnya gelap serta bulan tidak dapat dilihat. Fasa seterusnya ialah bulan sabit baru yang berlaku pada 5 Feb sehingga 9 Feb. Dalam fasa ini, bahagian kanan bulan disinari cahaya matahari. Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya. Fasa ini berlaku antara anak bulan dan bulan separa.

Semasa membuat pemerhatian ini bulan tidak dapat dilihat di langit disebabkan masa terbenam bulan adalah lebih awal daripada masa pemerhatian kami tetapkan. Fasa bulan pada 13 Jan ialah fasa bulan separa pertama. Dalam fasa ini, separuh daripada di bahagian kiri diterangi cahaya matahari. Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan memasuki fasa seterusnya. Bulan juga tidak dapat dilihat di langit pada kedua-dua hari ini disebabkan oleh langit yang gelap. Selain itu, kami juga dapat memerhatikan fasa seterusnya iaitu purnama baru pada 19 Jan 2019. Fasa bulan purnama baru terjadi apabila bahagian permukaan bulan yang menghadap bumi semakin bertambah. Purnama baru ini menyebabkan fasa bulan separa beransur-ansur berubah menjadi fasa bulan purnama baru. Sepanjang tempoh ini, bulan dapat dilihat kerana masa terbit dan terbenamnya awal serta langit juga cerah pada ketika itu. Di samping itu, Bermula dari 20 Jan 2019 fasa bulan adalah bulan purnama penuh. Dalam fasa ini, bulan diterangi cahaya matahari sepenuhnya. Bahagian yang diterangi cahaya matahari mengadap bumi. Bulan dapat dilihat di langit yang cerah dan bersih tanpa awan. Dari sini lengkapnya kitaran bulan selama 15 hari. Menurut Sparrow (2001), setiap hari, bulan akan terbit dan terbenam lewat anggaran dalam 51 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan kelihatan pada waktu malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit cerah dan bersih tanpa awan. Oleh itu, kita boleh melihat bulan dalam bentuk bulatan dari bumi. Bulan di langit terlalu cerah pada hari tersebut. Pada 21 Jan 2019 bulan adalah dalam fasa purnama lama. Selepas bulan purnama, seluruh bahagian bulan yang disinari matahari kelihatan semakin kecil dari bumi. Ini menyebabkan bulan berubah kepada fasa bulan purnama lama. Bulan juga tidak kelihatan selama empat hari ini. Hal ini berlaku disebabkan langit kurang cerah dan kehadiran awan pada malam tersebut. Pada 27 Jan, bulan berada dalam fasa separa purnama akhir. Peredaran bulan yang seterusnya menyebabkan bahagian permukaan bulan disinari cahaya matahari yang menghadap ke bumi semakin bertambah. Bulan separa Ini menyebabkan fasa bulan beransur-ansur berubah dari bulan sabit baru ke bulan separa. Bulan dapat dilihat di langit pada kedua-dua hari ini disebabkan masa terbit dan terbenam bulan adalah selari dengan masa perhatian kami.

Fasa seterusnya yang kami perhatikan ialah bulan sabit lama 28 Jan hingga 3 Feb 2019. Dalam fasa ini, kurang daripada separuh pada bahagian kiri Bulan diterangi cahaya matahari. Cahaya matahari yang memancar ke bulan semakin berkurangan. Akhir sekali, gerhana berlaku apabila terdapat sebuah objek selestial yang menghalang sedikit atau kesemua cahaya dari objek selestial yang lain. Menurut Ovason (2013), gerhana bulan berlaku apabila bumi melindungi bulan daripada cahaya matahari. Bayang-bayang bumi akan terbentuk di permukaan bulan. Gerhana ini berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan lurus. Gerhana bulan berlaku pada waktu malam apabila bulan berada pada fasa bulan purnama. Gerhana bulan boleh berlaku sehingga tiga kali dalam setahun. Tempoh fenomena gerhana bulan biasanya berlaku sehingga beberapa jam. Kesimpulan Fasa-fasa bulan dapat dikaji melalui pemerhatian dan perhitungan hari dalam takwim qamari.

RUJUKAN Cheshire, G. (2011). Daya dan Gerakan. Kuala Lumpur: ITBM. Elkins-Tanton, L. T. (2006). The Earth and the Moon. New York: Infobase Publishing. Guillain, C. (2016). Moon Phases. Singapore: Raintree. Kaldera, R. (2011). Moon Phase Astrology: The Lunar Key to Your Destiny. Chicago: Simon and Schuster. Koontz, R. M. (2011). Hide and Seek Moon: The Moon Phases. Mexico: Capstone. Ovason, D. (2013). The Book Of The Eclipse. Washington : Random House. Seefelder, W. (2002). Lunar Transfer Orbits Utilizing Solar Perturbations and Ballistic Capture. Germany: Herbert Utz Verlag. Sparrow, G. (2001). Moon: Exploring the solar system. United Kingdom: Heinemann Library.

Related Documents

Amali
October 2019 41
Amali 4 (bulan).docx
April 2020 9
Amali
October 2019 41
Amali Anith.docx
April 2020 34
Amali Penebat.docx
October 2019 36
Amali Jahitan.docx
April 2020 28

More Documents from "nur anith aqilah"