Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2) Latihan m/s : 16 Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada Kaedah Talaqqi-Musyafahah , Tasmi’, Takrir & Tadarus
Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah
ًَوقُرْءَانًا فَ َرقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النّاسِ عَلَى مُ ْكثٍ وَنَ ّزلْنَاهُ تَنْزِْيل 106 : سورة السراء Maksudnya : “ Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”
ُفَإِذَا قَرَأْنَا ُه فَاتِّب ْع قُرْءَانَه
18 : سورة القيامة
Maksudnya : “ Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.”
إِنّ الَ أَمَرَنِيْ أَنْ َأقْرَأَ عَلَيْكَ القرآن: ّقَالَ ِلُبَي
ِ]عَنْ أَنَسِ ْبنِ مَالِكٍ أَنّ رَ ُسوْ َل ال
[ ك قَا َل الُ َسمّاكَ لِيْ فَجَعَلَ أُبَي يَبْكِي َ َ آلُ َسمّانِيْ ل: قَالَ أُبَي َروَا ُه الُبخَارِي Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada Ubay : “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu” Ubay berkata :
Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “Allah
telah memilih dan menamakan kamu disisiku ” Maka Ubay pun menangis.
1
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
ّ مِنْ عَْب ِد الِ بْنِ َمسْ ُعوْد وَسَالِمٍ وَمُعَاذِ وَأُبَي: ٍ ُخذُوْا القُرْآنَ ِمنْ َأرْبَعَة:
ّ]قال النّبِي [ ٍبْنِ كَ ْعب
َروَا ُه الُبخَارِي Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : “Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab”
Dalil Kaedah Tasmi’
ُ ِاقْرَأْ عَلَيّ القُرْآ َن قُلْت: ّ قَالَ لِ يْ النّبِي: َ]عن عَْب ِد الِ بْ نِ مَسْ ُعوْد رَضِ َى الُ عَنْ ُه قَال َ إِنّي أُ ِحبّ أَ نْ أَ ْسمَعَهُ ِم نْ غَيْرِي فافتتح تُ ُس ْورَة: َ آقْ َرأُ عَلَْي كَ وَعَلَْي كَ أُنْ ِزلَ ؟ قَال: ِشهِْيدٍ َوجِئْنَا بِكَك عَلَى َه ُؤلَء َ " فَكَيْفَكِإذَا جِئْنَا مِن ْك كُلّ أُمّةٍ ِب: النّسكَاءِ فََلمّاك بَلَغَت ْك [ِك فَالتَ َفتّ ِإلَيْ ِه فَإِذَا عَيْنَاهُ َتذْ ِرفَان َ ُ َحسْب: ََشهِْيدًا " قَال َروَاهُ الُبخَارِي Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata kepadaku : “ Bacalah Al Quran kepadaku” Aku berkata : Adakah aku perlu membaca kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi : “Sesungguhnya aku suka mendengar bacaan daripada orang lain” Maka aku membuka surah Al Nisa’ ,tatkala sampai kepada ayat : " ش ِهيْدًا َ ِش ِهْيدٍ وَ ِجْئنَا بِ كَ َعلَى َهؤُ َلء َ ِ" فَ َكْي فَ ِإذَا ِجْئنَا مِ ْن ُكلّ أُ ّمةٍ ب Nabi berkata : “Cukup!” Maka aku berpaling kepadanya dan mengalir airmata dari keduadua matanya
2
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
القُرْآ نَ كُلّ عَا مٍ مَرّةً فَعَرَ ضَ عَلَْي ِه ]عَ نْ أَبِ يْ هُرَيْ َر َة قَالَ :كَا نَ يَعْرِ ضُ َعلَى النّبِيّ مَرّتَيْ نِ فِ ْي العَا مِ اّلذِي قُبِ ضَ فِيْ هِ َوكَا نَ يَعْتَكِ فُ كُلّ عَا مٍ َعشْرًا فَاعْتَكَ فَ ِعشْرِيْ نَ فِ يْ ض فِيْهِ[ العَامِ اّلذِي قُبِ َ َروَا ُه الُبخَارِي Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) Al Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat beliau dibentangi Al quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun di bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.
Dalil Kaedah Takrir
]عَ نْ عَاِئشَةَ أُمّ ا ُلؤْمِنِيْ نَ أَّنهَا قَالَ تْ َأوّلُ مَا ُبدِىءَ بِ ِه رَ ُسوْلُ الِ
مِ َن الوَحْ يِ ال ّرؤْيَا
ال صّالِحَ ُة فِ ْي الّنوْ ِم فَكَا نَ لَ يَرَى رُؤْيًا ِإلّ جَا َء تْ مِثْ َل فَلَ قِ ال صّبْحِ ُثمّ حُبّ بَ ِإلَيْ هِ الَلَءُ ت العَدَ ِد قَبْلَ أَ نْ يَْنزِ عَ ِإلَى َوكَا نَ َيخُْلوْ بِغَارِ حِرَا ٍء فَيََتحَنّ ثُ فِيْ هِ وَ ُه َو التّعَبّدُ اللّيَالِ يْ َذوَا ِ أَ ْهلِ هِ وَيَتَ َزوّدُ لِ َذلِ كَ ُثمّ يَرْجِ عُ ِإلَى َخدِْيجَ َة فَيَتَ َزوّدُ ِلمِثِْلهَا حَتّى جَاءَ هِ الَقّ وَ ُه َو فِ يْ غَارِ ك فَقَالَ اِقْرَأْ قَالَ مَا أَنَا بِقَا ِرئٍ قَا َل فَأَ َخذَنِ يْ فَغَطّنِ يْ حَتّ ى َبلَ غَ مِنّ ي حِرَا ٍء َفجَا َء هُ ا َللَ ُ ل ْهدُ ُثمّ َأرْ سَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ قُلْ تُ مَا أَنَا بِقَا ِرئٍ فََأ َخذَنِ يْ فَغَطّنِ ْي الثّانِيَةَ حَتّى بَلَ غَ مِنّي اَ ل ْهدُ ثُمّ َأرْ سَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ فَقُلْ تُ مَا أَنَا بِقَا ِرئٍ فَأَ َخذَنِ ْي فَغَطّنِ يْ الثّالِثَةَ ثُمّ َأرْ سَلَنِيْ اَ فَقَالَ اِقْرَأْ بِا ْس ِم رَبّكَ اّلذِيْ َخلَقَ خََل َق الِنْسَانَ مِنْ عََلقٍ ِاقْرَأْ َورَبّكَ ا َلكْرَمُ ...إل آخر الديث[
3
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
َروَا ُه الُبخَارِي Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Mu’minin r.a katanya : “Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’ . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira’ hingga ke suatu ketika dating kepadanya al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’ tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : “Bacalah!” Jawab Nabi : “Aku tidak pandai membaca” . Kata Nabi selanjutnya menceritakan “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku merasa payah dan sukar” .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya berkata :
ُك ا َلكْرَم َ ّاِقْرَأْ بِا ْسمِ رَبّكَ اّل ِذيْ خَلَقَ خََل َق الِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ ِاقْرَأْ َورَب
Dalil Tadarus
َس قَالَ كَا َن رَ ُسوْلُ ال َأ ْجوَدَ النّا سِ َوكَا نَ َأ ْجوَدُ مَا يَ ُكوْ نُ فِ يْ رَ َمضَا ن ٍ ] عَ نْ ابْ نِ عَبّا ِحِْينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ وَكَانَ يَلْقَا ُه فِيْ كُلّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَُيدَارِسُهُ القُرْآ َن فَلَرَ ُس ْو ُل ال [َِأ ْجوَدُ بِالَيْرِ ِمنَ الرّْيحِ الُرْسََلة َروَا ُه الُبخَارِي Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w adalah seorang yang amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.”
4
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
5
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Latihan m/s : 25 1) Anda dikehendaki membuat pengurusan grafik banding beza antara Model 6 Bulan Khatam Al Quran dengan Model Tasmi’ Khatam Al Quran. PERBEZAAN
MODEL 6 BULAN
MODEL TASMI’
Tumpuan kepada penguasaan bacaan Al Quran untuk tahun 1 dan aspek khatam Al Quran untuk tahun 2 – 6
Tumpuan kepada bimbingan & rekod perkembangan bacaan Al Quran murid secara individu
Tempohnya hanyalah pada 6 bulan pertama bagi setiap tahun (Jan-Jun)
Dibimbing secara berterusan
Dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan
Dilakukan diluar waktu persekolahan
Proses P&P dijalankan secara individu menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah
Menggunakan kaedah tasmi’ & seterusnya pencapaian murid dinilai.
Dikendalikan oleh GPI & 3 orang guru j QAF dalam satu masa
Pembimbing terdiri dari guru j QAF .Akan tetapi pihak sekolah boleh melantik GPI atau guru akademik lain
Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan Iqra’ (6 bulan pertama)
Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan juzu’ 1
Penilaian bacaan Iqra’ direkodkan pada setiap bulan.
6
Pencapaian bacaan murid direkod dan dinilai sekurangkurangnya sekali seminggu
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
2) Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua-dua model diatas dengan
menjelaskan
permasalahan
yang
dihadapi
serta
cadangan
penyelesaiannya Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh saya ketika melaksanakan kedua-dua model tersebut. Antara permasalahan tersebut ialah : •
Model 6 Bulan Khatam Al-Quran. 1. Bilangan murid ramai dalam satu kumpulan. Cara penyelesaian : Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diajar serentak mengikut tahap penguasaan murid. Murid yang mempunyai tahap yang tinggi dikehendaki mengajar murid tahap yang rendah atau dikenali sebagai pembimbing rakan al-Quran. 2. Kawalan murid semasa sesi pembelajaran. Cara penyelesaian : Ketika sesi murid membaca al-Quran di hadapan guru, murid-murid yang lain dikehendaki menulis latihan dalam buku latihan.
•
Model Tasmik 1. Bilangan guru pembimbing tidak mencukupi. Cara penyelesaian : Guru Besar telah menawarkan kepada guru-guru akademik yang lain untuk menjadi guru pembimbing. 2. Buku Iqra’ tidak mencukupi. Cara penyelesaian : Sekolah telah menfotostatkan buku iqra’ dan dibekalkan kepada murid.
7
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Latihan m/s : 28 Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam cAsim riwayat Hafs torik Syatibi
رسول ال أب بن كعب عبد الرحن السلمى
عثمان بن عفان
عبد ال بن مسعود
علي بن أب طالب
زيد بن ثابت
عبد الرحن السلمى
عبد الرحن السلمى
عبد الرحن السلمى
عبد الرحن السلمى
زر بن حبيش السدي
زر بن حبيش السدي
زر بن حبيش السدي
أبو عمرو الشيبان عاصم بن أب النجود السدى حفص بن سليمان بن الغية
شعبة 8
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Latihan m/s : 32 Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil pada ayat 4 surah al Muzzamil
(
ًوَ َرتّ ِل القُرْآنَ تَ ْرِتيْل
o Mujahid Bin Jabar Al Makkiy ( الكى
)
) ماهد بن جب
Diriwayatkan daripada Ibn Juraij daripada Mujahid Bin Jabar Al Makkiy bahawa beliau telah menafsirkan ayat 4 surah al Muzammil : “ Mengelokkan / berlembut-lembut dalam bacaan”
o Al Dhahak ( ) الضحاك Diriwayatkan daripada Jabir daripada Al Dhahak katanya : “ Menjelaskan bacaan huruf demi huruf ”
o Ibnu Abbas ( عباس
) ابن
“ Menjelaskan bacaan dengan sejelas-jelasnya ”
o Tafsir Al Qurtuby ( تفسي
)القرطب
“ Jangan bergopoh-gapah ketika membaca Al Quran bahkan bacalah dengan perlahanlahan dan jelas disamping taddabur (meneliti) maknanya ”. Diriwayatkan daripada Al Hasan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melintasi dan mendengar bacaan seorang lelaki yang membaca ayat Al Quran sambil menangis . Maka sabda Rasulullah : “ Adalah kamu semua mendengar kepada firman Allah taala yang berbunyi : ( ً ? ) وَ َرّتلِ ال ُقرْآنَ تَ ْرِتْيلMaka inilah (yang dinamakan) Tartil.
o Tafsir Ibnu Kathir ( كثي
) تفسي ابن
“ Bacalah Al-Quran dengan bacaan yang lembut dan perlahan supaya mudah ke atas kamu untuk memahami Al-Quran dan tadabbur (meneliti) maknanya”.
9
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
o Tafsir Al Khazin ( الازن
) تفسي
“Tatkala Allah taala memerintahkan kamu dengan solat pada waktu malam , disertakannya dengan membaca Al Quran secara tartil sehingga dapatlah orang yang bersembahyang itu hadir (khusyu’) dalam hati mereka , berfikir dan meneliliti
pada
hakikat ayat dan maksud-maksudnya .Apabila sampai kepada ayat untuk mengingati Allah ,hatinya dapat merasakan keagungan Allah dan apabila sampai kepada ayat-ayat untuk balasan baik dan buruk terhasil pengharapan dan perasaan takut. Manakala tatkala sampai kepada ayat kisah-kisah dan perumpamaan terhasillah pengi’tibaran.Maka akan tersinarlah hatinya dengan cahaya makrifatullah . Adapun dengan membaca secara laju akan menunjukkan (si pembaca) tidak tadabbur kepada makna ayat-ayat dan inilah yang dimaksudkan dengan perkataan tartil itu.”
o Tafsir Al Nasafi ( النسفي
) تفسي
“ Menjelaskan dan menghuraikan bacaan dengan sejelas-jelasnya ataupun membaca dengan tenang dengan menjelaskan satu-satu huruf, menjaga waqaf dan memanjangkan harakat ” (yang perlu dipanjangkan)
10
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Latihan m/s : 36 Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro’ yang boleh dibaca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Hukum ro’ yang boleh dibaca dua wajah bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian : 1) Bahagian Pertama Ro’ yang boleh dibaca secara tafkhim & tarqiq akan tetapi tarqiq lebih utama. Bahagian ini dibahagikan kepada 4 jenis : 1.1. Huruf Ro’ yang diwaqafkan dengan sukun dan selepasnya huruf ya’ yang dihazaf untuk meringankan bacaan .Terdapat hanya dua kalimah didalam Al Quran iaitu :
(
ِ ) وَُن ُذرyang didahului dengan huruf wau, dan (َِيسْر
).
Ditarqiqkan pada kedua-duanya ini kerana melihat kepada asal iaitu huruf ya’ yang dihazaf untuk meringankan bacaan dan dan melihat ketika dibaca wasal bahawa ianya ditarqiqkan kerana berbaris kasrah maka berlakunya keadaan waqaf sebagaimana wasal.Adapun ianya dibaca dengan tafkhim bukan kerana melihat kepada asal dan bacaan wasal , akan tetapi dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dengan sukun bersama-sama dihazafkan huruf ya’. 1.2. Huruf Ro’ yang diwaqafkan dengan sukun dan selepasnya huruf ya’ yang dihazaf dengan sebab bina’ ( Hazaf huruf illah iaitu ya’).Terdapat hanya satu kalimah sahaja iaitu :
(
ِ ) أَسْرsama ada didahului dengan huruf fa’ atau ( ) أن.
Ditarqiqkan pada kedua-duanya ini kerana melihat kepada asal iaitu huruf ya’ yang dihazaf dengan sebab bina’ dan dan melihat ketika dibaca wasal bahawa ianya ditarqiqkan kerana berbaris kasrah maka berlakunya keadaan waqaf sebagaimana wasal .Adapun ianya dibaca dengan tafkhim bukan kerana melihat kepada asal dan bacaan
11
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
wasal , akan tetapi dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dengan sukun bersama-sama dihazafkan huruf ya’. 1.3. Huruf Ro’yang diwaqafkan dengan sukun dan sebelum huruf ro’ itu terdapat huruf mati daripada huruf isti’la’ dan sebelum huruf mati terdapat huruf yang berbaris bawah dan jika dalam keadaan wasal berbaris bawah. Terdapat hanya satu tempat di dalam Al-Quran iaitu:
(
ِ) القِطْر
Ditarqiqkan bacaan ini kerana melihat kepada tarqiqnya ro’ itu apabila dibaca secara wasal dan dilihat juga kepada kasrah yang ada sebelum huruf sakin daripada huruf isti’la’ (huruf tho’) dengan mengabaikan pandangan terhadap huruf sakin isti’la’ yang berada di tengah-tengah huruf itu. Adapun ianya dibaca dengan tafkhim kerana dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dan tidak dikira dengan wasal. Dianggap juga huruf sakin yang berada di antara dua kasrah iaitu huruf tho’ sebagai benteng untuk mencegah daripada dibaca secara tarqiq. Ini kerana huruf tho’ merupakan salah satu huruf isti’la’ yang kuat. 1.4. Ro’ mati di tengah kalimah selepas huruf yang berbaris bawah asal dan selepasnya terdapat huruf isti’la’ yang juga berbaris bawah dalam satu kalimah tersebut. Terdapat hanya satu lafaz di dalam Al-Quran iaitu:
(
ٍ) فِرْق
Ditarqiqkan pada bacaan ini kerana melihat kepada kasrah yang ada sebelumnya dan bukan melihat kepada huruf isti’la’ yang ada selepasnya dengan sebab huruf isti’la’ itu berbaris bawah. Baris kasrah menjadikan huruf isti’la’ itu pada martabat yang lemah untuk ditafkhimkan ro’, maka di sini tarqiq ro’ lebih sesuai. Adapun ianya dibaca dengan tafkhim kerana melihat kepada huruf isti’la’ selepasnya dan bukan melihat kepada baris kasrah yang berada sebelumnya dan juga bukan melihat kepada huruf isti’la’ yang berbaris bawah. 2) Bahagian Kedua Ro’ yang boleh dibaca secara tafkhim & tarqiq akan tetapi Bahagian ini dibahagikan pula kepada 2 jenis :
12
tafkhim
lebih utama.
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
2.1. Ro’ yang diwaqafkan padanya dengan sukun dan sebelum ro’ itu terdapat huruf isti’la’yang sakin dan sebelum huruf isti’la’ yang sakin itu
terdapat huruf yang
berbaris bawah. Huruf ro’ ini jika dalam keadaan wasal ia dibaca dengan baris atas. Terdapat hanya satu tempat di dalam Al-Quran iaitu:
(
َ) ِمصْر
Ditafkhimkan pada bacaan ini kerana melihat kepada keadaannya ketika wasal yang mana wajib dibaca dengan tafkhim dengan mengabaikan pandangan terhadap kasrah yang berada sebelum huruf isti’la’ yang memisahkan diantara kasrah dan huruf ro’.Huruf ist’la’ ini dikira sebagai benteng untuk mencegah daripada bacaan tarqiq. Adapun ianya dibaca dengan tarqiq kerana tidak melihat kepada keadaannya ketika wasal, akan tetapi dikira sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dan juga dii’tibarkan kasrah yang wujud sebelum huruf isti’la’ sebagai penyebab yang mewajibkan bacaan tarqiq tanpa melihat kepada huruf isti’la’.
2.2.
Ro’ yang diwaqafkan padanya dengan sukun dan sebelumnya huruf berbaris fatah atau dhomah atau sakin yang didahului dengan baris fatah atau dhomah .Huruf ro’ ini dalam keadaan wasal ianya berbaris kasrah.
o Sebelum ro’ berbaris atas
(
ِ) الَبشَر
o Sebelum ro’ berbaris dhommah
(
ِ) بِالّنذُر
o Sebelum ro’ sakin yang didahului dengan baris fatah (
, ِ) وَال َفجْرِ وَال َعصْر
o Sebelum ro’ sakin yang didahului dengan baris dhommah
(
ِ) العُسْر
Ditafkhimkan pada bacaan ini kerana tidak melihat kepada keadaannya ketika wasal , akan tetapi dilihat kepada sukun yang mendatang dan juga dikira tafkhim kerana tidak ada sebelumnya apa-apa yang membolehkannya dibaca dengan tarqiq. Adapun ianya dibaca dengan tarqiq kerana melihat kepada keadaannya ketika wasal yang mana ianya wajib
13
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
ditarqiqkan dengan sebab ianya berbaris kasrah..Hukum ketika waqaf ini dii’tibarkan sama sebagaimana semasa wasal.
14
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain , mutaqaribain , mutajanisain.
MUTAMASILAI N
MUTAQARIBAI N
MUTAJANISAIN
Berlaku diantara dua huruf yang bersamaan dari segi makhraj dan sifat.
Berlaku diantara huruf-huruf yang berhampiran dari segi makhraj dan sifat.
Berlaku diantara dua huruf yang bersamaan dari segi makhraj tetapi berlainan sifat.
Hukum bacaannya Wajib Idgham mengikut bacaan Riwayat Hafs
Hukum
bacaannya Izhar mengikut Riwayat Hafs kecuali huruf lam dan ro’ wajib diidghamkan secara Idgham Kamil tanpa dengung.
Hukum bacaannya Izhar mengikut bacaan Riwayat Hafs , kecuali pada enam tempat dari tiga makhraj wajib dibaca Idgham.
Dinamakan juga dengan nama Idgham Al Mutamasilaini Saghir
Dinamakan juga dengan Idgham Al Mutaqaribaini Saghir
Dinamakan juga dengan Idgham
15
Al Mutajanisaini Saghir
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Latihan m/s : 39 Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut : mad wajib , mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin & mad taczim. Mad Wajib Muttasil Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah yang sama.. Ia dinamakan mad wajib kerana para qurra’ telah bersepakat memadkannya lebih daripada mad asli iaitu dengan empat, lima atau enam harakat. Ia juga dinamakan mad muttasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berangkai dalam satu kalimah Mad Jaiz Munfasil Huruf mad berada di akhir kalimah yang pertama dan huruf hamzah berada diawal kalimah berikutnya , maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan(munfasil) dalam dua kalimah. Ia juga dinamakan mad jaiz (harus) kerana para Qurra’ berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya , diantaranya ada yang membacanya dengan kadar dua harakat ,ada yang membacanya dengan empat atau lima dan ada yang membacanya dengan enam harakat. Dinamakan munfasil (berasingan) pula kerana terpisahnya sebab iaitu huruf hamzah dengan huruf mad dalam dua kalimah. Mad Lazim Selepas huruf mad terdapat huruf bertanda sukun asli wujud dikala bacaan bersambung atau berhenti bacaan diatasnya , yakni tanda sukun ini sebagai sebab bacaan mad lazim dalam dua keadaan dan kerana semua qurra’ bersepakat ia lazim (mesti) dibaca dengan kadar mad enam harakat maka ia dinamakan mad lazim. Mad ini terbahagi kepada dua iaitu : o
Mad Lazim Kalimi
i)
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal =
Mad lazim yang berlaku dalam satu
kalimah yang bertasydid
ii)
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf kalimah yang tidak bertasydid
16
=
Mad lazim yang berlaku dalam satu
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
o
Mad Lazim Harfi
i)
Mad Lazim Harfi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf yang bertasydid
ii)
Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
= Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf
yang tidak bertasydid Mad Farq Mad terdapat pada huruf hamzah istifham (pertanyaan) diawal kalimah pada ketika pertemuannya dengan huruf hamzah wasal (bersambung) , maka bacaan hamzah istifham dimadkan dengan kadar enam harakat kerana huruf hamzah wasal (bersambung) diibdalkan(ditukar) menjadi huruf mad alif dan diikuti dengan huruf lam bertanda sukun. Dinamakan dengan mad farq (membezakan) kerana membezakan diantara ayat al istifham (pertanyaan) dan al khabar (pemberitaan).Ianya juga dinamakan dengan nama Mad Lazim Kalimi. Mad Tamkin Terdapat dua pendapat : 1) Iaitu satu tempoh yang sekejap dalam kadar dua harakat yang wajib dimadkan untuk menceraikan diantara dua huruf wau ( ) وseperti ( ) ءامنوا و عملواatau dua huruf ya’ ( ي
) seperti ( )فيي يوميينkerana bimbang berlakunya idgham atau isqath (gugur) . Ianya juga dii’tibarkan dengan Mad Tabie1 2) Mad pada huruf ya’ ( ) يpertama bertasydid serta berbaris bawah yang diikuti dengan huruf ya’( ) يkedua sebagai huruf mad , maka bacaannya tetap dengan dua harakat pada bacaannya bersambung dengan huruf yang berikutnya. Dinamakan dengan mad tamkin kerana mad ini keluar secara tetap dengan sebab syiddah. 2
Mad Taczim Mad pada perkataan (
)ل
yang
bererti
“tidak”
ketika
pertemuaannya
dengan
perkataan ( ) إلهyang terdapat pada kalimah Tauhid. Bagi mereka yang membaca Mad
1 2
Lihat Al Idhaah fi Usul Qiraah ,hlm 20 Lihat Haqqul Tilawah hlm. 136
17
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Munfasil dengan kadar dua harakat (torik Jazari)
, apabila perkataan ( )ل
dalam
kalimah Tauhid , ianya dibaca dengan kadar enam harakat. Ianya juga dinamakan dengan nama mad mubalaghah (berlebihan) kerana melebihkan penafian Tuhan selain Allah s.a.w.
18
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Latihan m/s : 40 Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat didalam Al Quran & kenapakah ditempat-tempat tersebut kita disunnahkan waqaf.
Waqaf Jibril 3 Waqaf ini dinamakan dengan nama Waqaf Jibril kerana malaikat Jibril mewaqafkan bacaan pada tempat-tempat ini dan bacaan waqaf ini telah diikuti oleh Nabi s.a.w. Jadi oleh kerana itulah ianya disunnahkan waqaf pada tempat-tempat tersebut. Di dalam Al Quran terdapat sepuluh tempat yang telah disepakati oleh para ulama’ iaitu : 1) Surah Al Baqarah ayat 148
اينما تكونوا. فا ستبقو الخيرات 2) Surah Ali Imran ayat 95
فاتبعوا ملة ابراهيم. قل صدق ال
3) Surah Al Maidah ayat 48
الى ال مرجعكم. فا ستبقو الخيرات
4) Surah Al Maidah ayat 116
ان كنت. سبحانك ما يكون لي أت اقول ما ليس لي بحق
5) Surah Yusuf ayat 108
على بصيرة انا ومن التبعني. قل هذه سبيلي ادعوا الى ال
6) Surah Ar Racd ayat 17
الذين اسجابوا لربهم الحسنى. كذلك يضرب ال المثال
3
Muhammad Bin Shahadah Al Ghul , Bughyatu cIbadi al Rahman Litahqiq Tajwid Al Quran , Dar Ibn Qayyim , Al Mamlakah Al cArabiyyah Al Sucudiyyah , 1999M , hlm. 66-67
19
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
7) Surah Al Nahl ayat 5
لكم فيها دفء.والنعام خلقها
8) Surah Al Sajadah ayat 18
أفمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا ل يستوون
9) Surah Yasin ayat 76
10) Surah Al Nazicaat ayat 23
فقال انا ربكم العلى. فحشر فنادى.ثم ادبر يسعى
Akan tetapi berlaku perbezaan pendapat bagi sesetengah ulama’ dalam menentukan waqaf Jibril ini.Sebagai contoh dalam kitab Haqqu Al Tilawah4 terdapat dua ayat yang berbeza dengan ayat-ayat di atas iaitu : 1) Surah Al Maidah ayat 116 (dengan menggantikan ayat 48 dalam Surah Al Maidah)
ل الِ مَرْجِعُ ُكمْ َجمِيْعًا َ َولَكِن لّيَبُْلوَ ُكمْ فِيْمَا ءَاتَا ُكمْ فَاسْتَبِقُوا الَْيرَات * ِإ 2) Surah Al Qadr ayat 3-4 (dengan menggantikan ayat 76 dalam Surah Yasin)
ح فِْيهَا ُ لَيْلَ ُة القَ ْدرِ خَيْرٌ مِنْ َألْفِ َشهْرٍ * تَنَزّلُ ا َللَكئِكَةُ وَ ال ّر ْو Namun begitu masih banyak lagi perselisihan dan perbezaan yang terdapat dalam kitabkitab ilmu Tajwid yang sebahagiannya tidak disebut disini.
4
Husni Shaykh cUsman , Haqqu Al Tilawah , Maktabah Al Manar , Al Urdun , 1990M , hlm. 49
20
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Latihan m/s : 42 Layari laman web qquran (www.qquran.com) a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama Qari Mesir yang terkenal 1) Sheikh Muhammad Sidik Al Minshawi Sheikh Muhammad Sidik Minshawi di lahirkan pada tahun 1920 dan meninggal dunia pada tahun 1969. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik. Sewaktu hidup beliau memberikan sumbangan yang besar kepada
bidang al-Quran.
Beliau telah menghafaz al-Quran ketika berumur 11 tahun dengan Sheikh Muhammad AlNamki sebelum beliau belajar berkenaan hukum-hukum bacaan dengan Sheikh Muhammad Abu Al-cAla dan Sheikh Muhammad Sacudi di Kaherah. Beliau telah menziarahi beberapa negara Arab dan negara Islam dan beliau sangat dihormati oleh sebahagian negara-negara tersebut. Beliau telah meninggalkan lebih dari 150 rakaman bacaan al-Quran dengan stesen radio Republik Arab Mesir dan stesen radio yang lain. Beliau di ibaratkan dengan pepatah arab yg bermaksud " anak kepada angsa yang pandai berenang" kerana beliau sebenarnya mewarisi bacaan yang baik dan ilmu alQuran daripada ayahnya yang juga seorang yang mahir dalam bidang al-Quran dan mempunyai sejarah yang tersendiri dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan salah seorang yang sanggup menghabiskan kehidupannya dengan Al Quran dan tidak ada tolok bandingannya di dalam dunia tilawah Al Quran.
2) Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi dilahirkan pada awal bulan Zulhijjah tahun 1330 bersamaan 17 September 1917 di kampung Shoubra An-Namlah ,Thanta di Muhafazah Gharbiyyah, Mesir . Beliau mula menghafaz al-Quran sejak berusia 8 tahun dan menerima pendidikan di Al-Azhar. Kemudian beliau banyak meluangkan masa untuk mempelajari ilmu al-Quran kerana beliau juga mempunyai suara dan bacaan al-Quran yang baik.Beliau pernah mendapat tempat pertama didalam peperiksaan pemilihan untuk
21
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
bacaan didalam siaran Radio pada tahun 1944 . Disamping itu, beliau pernah menjadi Qari masjid Al-Ahmadi dan masjid Al-Husaini serta pernah menjadi wakil kepada Qari-Qari di Mesir. Beliau di antara orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs daripada 'Asim pada tahun 1961. Kemudian pada tahun 1964 beliau telah merakam bacaan riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan al Mushaf al Muallim (mushaf guru) . Beliau juga telah dilantik sebagai ketua bagi Persatuan Qari-Qari Dunia Islam. Pernah menyampaikan bacaan pada muktamarmuktamar. Beliau juga banyak menziarahi negara-negara arab , negara-negara Islam Asia dan negara-negara Afrika serta telah mengislamkan ramai orang. Beliau juga merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan pertubuhan Qari al-Quran di Mesir dan menjaga kepentingan mereka serta menyediakan jalan hidup yang baik. Beliau juga menyeru kepentingan penubuhan institut tahfiz alQuran di setiap bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjidmasjid dan institut-institut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah. Pada akhir hayat beliau, beliau berusaha memantapkan masjid-masjid, maahadmaahad agama dan sekolah-sekolah tahfiz di tanah kelahirannya. Beliau telah mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan penghafaz-penghafaz alQuran dan derma untuk semua kegiatan yang baik. Beliau wafat pada petang hari Isnin 16 Muharram bersamaan 24 November 1980 .
Antara tulisan beliau :
1.
أحكام قراءة القرآن الكري
2.
القراءات العشر من الشاطبية و الدرة
3.
البتداء معال الهتداء إل معرفة الوقف و
4.
الفتح الكبي ف الستعاذة و التكبي
5.
أحسن الثر ف تاريخ القراء الربعة عشر
22
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
6.
مع القرآن الكري
7.
قراءة ورش عن نافع الدن
8.
قراءة الدورى عن أب عمرو البصري
9.
نور القلوب ف قراءة المام يعقوب
10.
السبيل اليسر ف قراءة المام أب جعفر
11.
حسن السرة ف المع بي الشاطبية و الدرة
12.
النهج الديد ف علم التجويد
13. Dan juga artikel-artikel beliau didalam majalah
لواء السلم
Sheikh Abdul Basit Muhammad Abdul Samad Kelahiran & Nasabnya Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kampung Al Maracizah yang terletak di bandar Armanat di Muhafazah Qina di selatan Mesir. Beliau dibesarkan di sebuah kawasan yang penduduknya mementingkan pendidikan tahfiz dan tajwid Al Quran. Datuknya adalah merupakan seorang yang kuat beribadat dan menitikberatkan hafazan dan hukum hakam Al Quran. Begitu juga ayahnya yang merupakan seorang ulama’ Tajwid. Sebahagian
adik beradiknya juga merupakan penghafaz Al Quran dengan ini
mendorong beliau menghafaz Al Quran ketika umurnya mencecah 6 tahun. Pada masa itu juga beliau telah meminta untuk belajar dengan seorang sheikh yang bernama Sheikh Al Amir di Armanat dan sheikh tersebut telah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana beliau melihat terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kelayakan beliau untuk berkecimpung dalam bidang Al Quran di samping bakat beliau yang boleh digilap ketika sheikhnya mendengar beliau membaca Al Quran. Sheikhnya iaitu Sheikh Al Amir menyatakan bahawa beliau juga mempunyai kepintaran, keistimewaan serta cepat
23
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
menguasai apa yang diajar disebabkan keprihatinan dan kesungguhan yang jitu daripada beliau dalam mengikuti apa yang diajar oleh sheikhnya. Beliau juga meneliti setiap hukum hakam di dalam makhraj lafaz-lafaz, waqaf dan ibtida’ di samping kelunakan suaranya yang sedap didengar. Begitu juga ketika beliau pulang ke rumah, beliau mengalunkan apa yang dipelajari daripada sheikhnya dengan suara yang merdu sehingga akan berhenti setiap orang yang mendengarnya. Sheikh Abdul Basit telah berkata dalam karangannya “ Ketika umurku 10 tahun aku telah dapat menyempurnakan hafazan Al-Quran yang tercurah ke atas lidahku seperti sungai yang mengalir dan bapaku adalah seorang pegawai di Kementerian Perhubungan. Manakala datukku merupakan seorang ulamak maka aku meminta daripada mereka berdua untuk mempelajari ilmu qiraat dan mereka menyarankanku supaya pergi ke bandar Tanta di Al-Wajhu Al-Bahri untuk mentalaqqi segala ilmu-ilmu Al-Quran dan Qiraat di hadapan Sheikh Muhammad Salim, akan tetapi jarak di antara Armanat yang merupakan salah satu bandar di selatan Mesir dengan Tanta yang merupakan salah satu bandar di Al Wajhu Al Bahri amatlah jauh. Walaupun demikian, demi memikirkan matlamat dan masa depanku, aku teruskan juga untuk bermusafir. Sehari sebelum bertolak ke Tanta aku mendapat tahu Sheikh Muhammad Salim akan datang ke Armanat untuk menetap di situ sebagai seorang guru Qiraat di sebuah maahad agama di Armanat. Ahli kampung Armanat telah telah menyambutnya dengan meriah kerana mereka mengetahui kemampuan beliau dalam bidang Al-Quran dan keilmuan. Takdir seolah-olah telah menetapkan bahawa sheikh ini datang pada masa yang sesuai. Maka ahli kampung juga telah menubuhkan satu persatuan Al-Quran di Asfun Al-Mutacinah yang mana di situ diadakan kelas tahfiz dan diajar ilmu Al-Quran dan Qiraat. Di situlah aku mempelajari segala ilmu Al-Quran di samping aku menghafaz matan Al-Shatibiyyah yang merupakan matan khas dalam ilmu qiraat”. Setelah beliau mencecah umur 12 tahun, beliau memulakan penyebaran dakwah di setiap bandar-bandar dan kampung-kampung di Muhafazah Qina khususnya di Asfun Mutacinah dengan bantuan Sheikh Mohammad Salim di setiap tempat yang beliau pergi. Di penghujung tahun 1951 Sheikh Al Dhiba’ yang merupakan salah seorang gurunya telah meminta beliau untuk menjadi Qari di siaran Radio akan tetapi beliau ingin menangguhkannya kerana memikirkan kepada kampung dan ahli keluarganya. Ini kerana proses rakaman memerlukan jadual yang khusus. Namun begitu Sheikh Al Dhiba’ berjaya juga merakamkan bacaan beliau ketika sambutan Maulid Sayyidah Zainab. Disinilah bermulanya kemasyhuran beliau dan rakaman ini telah dikemukakan kepada Lujnah Penyiaran. Pada tahun 1951 ini juga beliau telah merakamkan bacaannya di Radio dan seterusnya menjadi salah seorang yang terkenal didalam bidang tilawah Al Quran.
24
Mohd Nameri b. Hamzah MPTAR
Beliau telah wafat pada hari Rabu, 30 November 1988 setelah sekian lama mengidap penyakit kencing manis dan hati. Pada hari kematiannya puluhan ribu peminatpeminatnya, duta-duta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara mengiringi jenazahnya dan kewafatannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam dunia tilawah Al-Quran.
b) Pilih satu tokoh Al Quran Mesir yang anda minati & nyatakan sumbangannya terhadap Al Quran. Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi. Sumbangannya terhadap Al-Quran : 1. Qari di Masjid Ahmadi dan Masjid Husaini. 2. Orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs daripada 'Asim pada tahun 1961. 3. merakam bacaan riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan al Mushaf al Muallim (mushaf guru). 4. Ketua bagi Persatuan Qari-Qari Dunia Islam. 5. Merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan pertubuhan Qari al-Quran di Mesir. 6. Menubuhkan institut tahfiz al-Quran di setiap bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan institut-institut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah. 7. Mewasiatkan
1/3
daripada hartanya
untuk
ahli-ahli al-Quran
dan
penghafaz-penghafaz al-Quran dan menderma untuk semua kegiatan yang baik.
25