Pen Gurus An Bilik Darjah

  • Uploaded by: siti noraini hamzah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pen Gurus An Bilik Darjah as PDF for free.

More details

  • Words: 565
  • Pages: 2
Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat dimana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. 1.Konsep pengurusan bilik darjah Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk P&P yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar. Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah,mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Mengurus Rutin Bilik darjah Mengurus Aktiviti Penilaian

Mnegurus aktiviti murid

Elemen pengururusan: Mengelola

Mengurus Keadaan Fizikal dan

Mengurus bahanbehan pelajaran

kemudahan Mengurus Aktiviti Kumpulan

Mengurus disiplin Bilik Darjah

2.Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah berkesan Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi sosial dan aktiviti antara guru dan murid-muridnya.Interaksi sosial ini bergantung kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang bergantung kepada 3 perkara berikut: i)Interaksi guru dengan murid ii)Interaksi murid dengan murid iii)Interaksi murid dengan bahan pembelajaran

Terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada corak dan suasana interaksi bilik darjah,Ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain. a)Fizikal Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif seperti mempunyai lampu, bilik darjah yang dihias cantik serta di atur kemas dengan pelbagai alat bantu mengajar, kebersihan kelas yang baik, saiz kelas yang luas, pengudaraaan dan pencahayaan yang baik, susunan kerusi dan meja yang bersesuaian dan kemudahan yang mencukupi dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah yang kondusif mendorong kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran b)Sosial Perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid memberi pengaruh besar terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aktiviti berkumpulan. Biasanya murid-murid yang berada dalam kelas sosial yang sama atau hampir sama lebih mudah bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Guru haruslah mengenalpasti corak interaksi sosial murid-murid di dalam kelasnya bagi memudahkan pemahagian aktiviti berkumpulan.Corak interaksi ini boleh di kenalpasti melalaui kaedah kajian Sosiometri. c)Emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka. Gaya kepimpinan guru yang autoritarian misalnya mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman –mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang tertekan dan tidak kondusif. Gaya kepimpinan guru yang demokratik misalnya guru yang berkongsi tanggungjawab dengan murid melalui galakan dan bukanya desakan akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekaligus menjurus kepada pencapaian murid yang tinggi. Guru yang penyayang,lucu dan tidak pilih kasih akan mendekatkan murid-murid kepada guru tersebut,murid-murid akan lebih mudah menumpukan perhatian,menerima arahan dan nasihat guru,lebih mudah berdamping dan berkongsi masalah dengan guru mereka.Melalui kaedah ini emosi murid-murid akan lebih terkawal dan matlamat sesuatu P&P itu akan lebih mudah tercapai. Guru hendaklah secara terus menerus memberi motivasi ,memeberi teguran, galakan dan membina suasana positif dalam bilik darjah, melibatkan secara aktifsemua pelajar dalam sesuatu aktiviti,membina hubungan yang baik dengan pelajar serta membentuk komunikasi dua hala yang baik antara murid-murid dan guru.

Related Documents


More Documents from ""