Jerebu

  • Uploaded by: siti noraini hamzah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jerebu as PDF for free.

More details

  • Words: 762
  • Pages: 4
Jerebu Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi pemandangan langit. Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.dan menyumbang kepada masalah pernafasan. Jerebu tebal dikenali sebagai asbut. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal.

Punca Kebakaran hutan Kebakaran gambut Pembakaran terbuka Asap perindustrian Asap kenderaan

Kesan-Kesan Jerebu Kesihatan

Karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam mengancam kesihatan manusia terutamanya golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asthma, alahan, pneumonia dan

penyakit paru-paru. Namun begitu,individu yang sihat turut berpotensi untuk medapat penyakit berpunca daripada jerebu. Aktiviti Harian

Aktiviti seharian manusia tersekat,begitu juga dengan aktiviti luar seperti sukan olahraga dan pertanian. Sektor Ekonomi

Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia turut menjejaskan sektor ekonomi negara terutamanya industri pelancongan yang merupakan antara punca pendapatan yang berpotensi di Malaysia. Industri ini terjejas teruk kerana para pelancong bimbang dengan keselamatan mereka dalam keadaan jerebu. Alam sekitar

Jerebu yang teruk boleh menjejaskan pemandangan alam sekitar.Akibat daripada habuk-habuk yang menutupi daun dan dahan pokok, proses fotosintesis tersekat sekaligus membantutkan pertumbuhan pokok. Keselamatan

Jerebu yang tebal juga mengancam keselamatan terutamanya kepada pemandu kenderaan di mana tahap penglihatan yang terhad menyukarkan pemandu memandu kenderaan yang mana keadaan ini berpotensi untuk menyebabkan kemalangan.

Kajian kes Jerebu yang melanda Asia Tenggara pada Jun-Oktober 1997 merupakan jerebu paling teruk pernah di alami di kawasan ini dalam sejarah.Ia meninggalkan kesan buruk terbesar dalam sejarah pencemaran alam sekitar. Jerebu 1997 ini berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Dianggarkan 750,000 hektar hutan terbakar. Kerugian ekonomi bagi negara-negara terbabit seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, sebahagian Thailand dan Filipina bukannya sedikit. Semua sektor pengangkutan udara, darat dan air, pembinaan, pelancongan, perhutanan dan pertanian telah terjejas teruk. Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak 34 bilion ringgit dari sektor pertanian dan perlancongan sahaja. Ini tidak termasuk lain-lain sektor. Kesihatan manusia juga telah terjejas, dianggarkan lebih 20 juta

penduduk di rantau ini dikatakan mengalami penyakit berkaitan pernafasan sepanjang kejadian itu. Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya semua pusat perubatan bersiap sedia berikutan ramai penduduk datang mendapatkan rawatan. Fenomena ini telah berlanjutan beberapa lama sehinggalah usaha pembenihan awan terpaksa di lakukan bagi mengurangkan partikel jerebu dari udara.

Langkah mengatasi Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti oleh semua warganegara Malaysia. Larangan Pembakaran Terbuka

Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.

Pembenihan Awan

Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi. Kempen Hijau

Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Perjanjian antara negara

Akibat jerebu yang teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada tahun 2002.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) IPU adalah sejenis ukuran yang digunakan untuk mengukur kualiti udara, semakin banyak zarah-zarah ini berkumpul maka semakin tinggi bacaan IPU. Berikut adalah jadual bacaan IPU:IPU

Keadaan

0-50

Baik

51-100

Sederhana

101-200

Tidak Sihat

201-300

Sangat Tidak Sihat

>300

Berbahaya

Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.

Related Documents

Jerebu
December 2019 31
Jerebu
June 2020 19
Jerebu
June 2020 22
Jerebu
May 2020 21
Presentation Jerebu
June 2020 13

More Documents from "RAZALI SAMAD"