Mutiara Minda

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mutiara Minda as PDF for free.

More details

  • Words: 721
  • Pages: 2
Buat tatapan sahabat yang disayangi tatapan untukku jua

kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

MUTIARA MINDA Teringat pesan ayahanda...

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat... Peringatan buat diriku yang sering lupa........ Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orangorang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak

Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, emt, TITAS,C++, ... * kita yakin semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! Siapa kita....????

ibu utama A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu: 1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP. 3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

. Beberapa kata renungan dari Qur'an : orang yang tidak melakukan sholat pada : Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anakanaknya. Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran: Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

Be r pesan -pesan lah kepada kebenar an dan Kesa bar an

Related Documents

Mutiara Minda
November 2019 47
Mutiara
November 2019 60
Peta Minda
June 2020 30
Ufuk Minda
November 2019 28
Minda Pagi
November 2019 34
Iman Mutiara
November 2019 19

More Documents from ""

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31