PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM KBSR
DISEDIAKAN OLEH: • RAZNIZA BT MOHAMMAD • SITI NUR HANIS BINTI HAMIDAN • NURUL SUA’IDAH BINTI OTHMAN
NAMA PENSYARAH: PUAN SARIMAH BT SAAD
PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH(KBSR) 1982 – KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Tahun berikut – pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah. Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang serius kepada pembangunan kemanusiaan. Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:
“…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial” (Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5)
Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektif-objektif pendidikan di peringkat rendah juga merangkumi aspekaspek seperti yang dinyatakan. Supaya murid-murid dapat: Menguasai bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita; Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantarsekolah berkenaan;
Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan harian; Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar; Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal; Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya; Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran bagi murid-murid Islam; Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni serta menjadinkannya asas bagi amalan hidup; Menjaga kesihatan dan kecergasan diri; Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri; Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran; Mengembangkan bakat dan kretiviti; Memupuk semangat patrotisme; Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.
PERUBAHAN DALAM KBSR 1988 – KBSR telah disemak semula bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya. KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.
PERUBAHAN DALAM KBSR KURIKULUM
Kemahiran Hidup
Kajian Tempatan
Sains
BUDAYA SEKOLAH
Penggunaan sempoa
Pembaharuan kepada Bahasa, Pend.Islam, Pend.Moral, Pend.Jasmani
Suasana sekolah
Unsur kesepaduan
Unsur patriotisme Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Matematik, Sains dan semua mata Pelajaran teknikal bagi Tahun 1(mulai 2003)
• Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa perubahanperubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktif seperti yang berikut: Secara am Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran; Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas dalam aktiviti harian; Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada yang paling asas kepada yang paling kompleks)mengikut tajuk; penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.
Secara khusus Pengintegrasian unsur penyelesaian masalah dan arithmatic perniagaan dalam topik, “Wang,Ukuran Panjang dan Berat”; Pembahagian mata pelajaran Alam dan Manusia kepada dua mata pelajaran baru, iaitu Sains dan Kajian Tempatan; Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan semua mata pelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah mulai Januari 2003.
PROSES PELAKSANAAN KBSR
• Fokus kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian.
Prinsip KBSR Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan individu Secara menyeluruh
Pendekatan bersepadu PRINSIP-PRINSIP KBSR Pendidikan yang sama Untuk semua murid
Pendidikan seumur hidup
Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu • Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan secara wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Ia berlaku melalui 4 cara, iaitu:
penyerapan Penggabungjalinan kemahiran
•Dalam satu mata Pelajaran •Antara mata pelajaran
Kesepaduan antara dua unsur •Pelbagai bidang Ilmu dalam mata pelajaran &merentasi pelajaran •Nilai dalam mata pelajaran
•Kurikulum dan korikulum •Pengetahuan dan amalan
Unsur merentasi kurikulum
Prinsip 2: perkembangan individu secara menyuluruh • Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaran yang memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid. PRINSIP 2: PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH
Semua mata pelajaran Keperluan murid
jasmani emosi
rohani
intelek
PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU
• Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. • Ini bermakna, setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain. • Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bole sepak yang handal bukan sahaja perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara bermain yang berkesan) dan kemahira (cth:cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini juga perlu memupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin, berbakti untuk sekolah dan negara, dan sebagainya.
Prinsip 3: pendidikan seumur hidup PRINSIP 3: PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP
Peranan Sekolah (Institusi formal)
GURU Menyampaikan Ilmu&kemahiran
Memupuk budaya mereka
• a)
b)
Secara am, sekolah mempunyai dua peranan: Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.apabila tamat persekolahan nanti, proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing. Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua murid • Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan; yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.
PRINSIP 4 : PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA MURID Tahap persekolahan yang sama
Kurikulum sama
Struktur KBSR Bidang •Komunikasi
komponen
Tahap 1 •Kemahiran asas •Bahasa Malaysia •Bahasa Inggeris •Bahasa Cina •Bahasa Tamil
•Manusia dan Alam •Kerohanian •Nilai dan sikap Keliling
•Perkembangan Diri Individu
Mata Pelajaran
•Kemahiran hidup •Kesenian dan Kesihatan •Kokurikulum
•Pendidikan Islam •Pendidikan Moral •Pendidikan Muzik •Pendidikan Seni •Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Tahap 2 •Bahasa Malaysia •Bahasa Inggeris •Bahasa Cina •Bahasa Tamil •Pendidikan Islam •Pendidikan Moral •Sains •Kajian Tempatan •Kemahiran Hidup •Kemahiran hidup •Pendidikan muzik •Pendidikan seni •Pendidikan jasmani •dan kesihatan
Bidang pelajaran •BIDANG KOMUNIKASI Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M ( membaca, menulis dan mengira) Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan Matematik. Bahasa melayu Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.
Bahasa inggeris • Diajar sebagai bahasa kedua • Bertujuan untuk melengkapkan murid denagn ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di dalam atau di luar bilik darjah
Bahasa cina Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi masa-masa tertentu. Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk menguasai kemahiran asas berbahasa dalam bahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis. Bahasa tamil Berfungsi sebagai bahasa komunikasi. Bertujuan untuk menghasilkan murid yang berupaya berkomunikasi dalama bahasa tamil sama ada secara lisan atau bertulis.
Matematik Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep, bahasa dan kemahiran prosedur yang merentasi 3 bidang kemahiran iaitu nombor dan operasi, ukuran dan sukatan serta masalah bercerita. Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan kebolehan murid dari segi konsep nombor dan kemahiran mengira. Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan berdisiplin.
•
BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING Komponen kerohanian, dan nilai dan sikap. Mata pelajaran dalam bidang ini ialah : pendidikan islam, pendidikan moral, sains dan kajian tempatan.
Pendidikan islam Mengandungi 3 bahagian iaitu : 1) Asuhan tilawah al quran – berfokus kepada aspek mengenal, menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga menitik beratkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran. 2) Asas ‘ulum syar’iah – merangkumi 3 aspek : -akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui rukun iman dan rukun islam. -ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan. -sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian. 3) Asas akhlak islamiah – berfokuskan kepada pembentukkan peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah laku muslim dan mukmin. Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Pendidikan moral Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan. Penghayatan dan amalan nilai murni.
Sains Terdiri daripada dua perspektif iaitu : -bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid dapat memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupan seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan yang sedia ada. -Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah : mengembangkan kemahiran menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental) Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif
Kajian tempatan Tunggak utama bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid Dapat memupuk kemahiran sosial, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Bertujuan untuk melahirkan murid yang taat setia kepada negara, cintakan tanah air, bangga menjadi rakyat dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.
• BIDANG PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan penghayataan kesenian dan kesihatan. Meliputi mata pelajaran : kemahiran hidup, pendidikan muzik, pendidikan jasmani dan kesihatan.
Kemahiran hidup Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu murid-murid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang dikendalikan. Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas, keusahawanan, dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, pengurusan wang, masa dan kerja dengan berkesan. Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu : -merekacipta -Mengurus diri dan kerja -Mengusahaniaga barang -Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil
Pendidikan seni Melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni yang mencakupi 3 aspek iaitu : a) Pemerhatian yang aktif dan terperinci. b) Interaksi yang inovatif dan kreatif dengan alat dan bahan. c) Penghayatan karya seni dan alam sekitar. Untuk mencapai tujuan di atas, sukatan pelajaran diatur untuk memberi fokus kepada empat kegiatan berikut : 1) Melukis dan membuat gambar 2) Membuat rekaan corak. 3) Membina dan membuat binaan. 4) Mengenal kraf tradisional.
Pendidikan muzik Skop kurikulum berbentuk asas dan umum dengan fokus asas dan umum dengan berfokuskan amali yang menyeronokkan. Merangkumi 3 bidang iaitu : Nyanyian Muzik dan gerakan Permainan alat muzik.
Pendidikan jasmani dan kesihatan Menitik beratkan unsur sihat dan aktif Sukatan pelajaran mencakupi 3 aspek utama iaitu : a) Penglibatan yang aktif dan selamat. b) Interaksi yang berkesan dengan rakan sebaya, alat dan bahan. c) Dokumentasi dan penyimpanan rekod penglibatan murid. Kandungan mata pelajaran, disusun untuk meliputi 4 tajuk seperti : 1) Perkembagan fizikal dan pergerakan. 2) Sukan dan rekreasi. 3) Jagaan keselamatan. 4) Jagaan dan sayangi diri sendiri.
Kokurikulum Pembelajaran yang dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dan berasaskan gerakerja yang terancang, merangkumi 3 aspek iaitu : a)Pasukan berpakaian seragam. b)Persatuan atau kelab. c)Sukan dan permainan.
Penekanan KBSR
KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN ASAS PRINSIP MUDAH ALIH
PENEKANAN DALAM KBSR
NILAI MERENTASI KURIKULUM BAHASA MERENTASI KURIKULUM
PATRIOTISME MERENTASI KURIKULUM
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN SAINS DAN TEKNOLOGI MERENTASI KURIKULUM STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID PENILAIAN BERTERUSAN
Kemahiran asas 1. Terdiri daripada 3 kemahiran asas iaitu membaca, mengiran dan menulis. 2. Asas-asas membaca dan menulis ialah : o Mendengar o Menyebut o Mengenal o Membentuk lambang, huruf dan perkataan. 3. Asas mengira : o Membilang o Mengenal angka o Menggunakan operasi-operasi matematik seperti tambah, tolak, bahagi dan darab.
Kemahiran berfikir • Bertujuan membolehkan murid memahami, menilai dan meng aplikasikan maklumat yang diterima agar membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Nilai merentasi kurikulum • Penanaman dan pemupukan nilai-nilai seelok-eloknya dilaksanakan dalam semua mata pelajaran. • Semua guru bertanggungjawab untuk membantu dalam usaha membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. • Guru sebagai rol model untuk membentuk sahsiah murid.
Bahasa merentasi kurikulum 1. Memandangkan bahasa malaysia masih lagi merupakan bahasa pengatar bagi sekolahsekolah rendah rendah kecuali mata pelajaran tertentu, maka setiap murid seharusnya mencapai taraf penguasaan yang baik bagi aspek-aspek seperti sebutan, struktur ayat, tatabahasa istilah dan laras bahasa. Guru bertanggungjawab untuk mengembangkan dan mengukuhkan penguasaan bahasa melayu murid-murid Patriotisme merentasi kurikulum 1. Guru bertanggungjawab memupuk semangat partriotisme dalam diri murid dalam semua mata pelajaran di samping aktiviti kurikulum dan khidmat masyarakat.
Sains dan teknologi 1. Terdapat 4 unsur utama iaitu : Pengetahuan saintifik yang merangkumi fakta, prinsip, dan konsep Kemahiran saintifik yang menegaskan ketepatan, kejujuran dan keselamatan Kemahiran saintifik termasuk proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu Penggunaan teknolgi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip mudah alih • Merujuk kepada dua perkara iaitu: Pengkaedahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran Organisasi bilik darjah. 2. Guru tidak terikatdenagn sukatan pelajaran sebaliknay diberi kebebasan untuk mengajar tajuk-tajuk yang selaras dengan kebolehan , pengalaman dan persekitaran murid.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid 1. Bermaksud bahawa guru seelok-eloknya berfokuskan kepada murid-murid serta melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. 2. Guru hendaklah merancang pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat murid dan sesuai dengan kebolehan mereka. Penilaian berterusan 1. Dikenali sebagi penilaian formatif yang dijalankan sepanjang tahun, 2. Bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesan perkembangan dan kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap. Pemulihan dan pengayaan 1. Pemulihan dijalankan pada murid-murid tertentu yang menghadapi masalah dalam satu-satu mata pelajaran. 2. Pengayaan diberi sebgai pengukuhan kepada murid-murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran agar dapat mengembangkan ciri-ciri kretiviti, minat, bakat, daya ingin tahu, sifat berdikari dan sebagainya.
Strategi pengajaran dan pembelajaran 1. Strategi p&p kbsr adalah berpusatkan murid, mengambil kira faktor perbezaan individu dan berasaskan kebolehan murid yang berbezabeza. 2. Guru hendaklah mengambil tindakan seperti berikut : Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan meransang pembelajaran. Mengamalkan prinsip-prisip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Suasana dan persekitaran yang meransang pembelajaran
1. Dibahagikan kepada dua aspek iaitu: fizikal dan sosio-emosi. fizikal Suasana dan persekitaran Sosio emosi •Mewujudkan kemesraan •Memahami kehendak murid •Mendorong murid belajar
•Ruang pembelajaran •Sudut pembelajaran & sudut kerja •Ruang pameran hasil kerja •Bahan rujukan •Bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencabar
Faktor fizikal • Merujuk kepada : 1. Ruang pembelajaran yang disusun secara kreatif dengan perabot asas seperti kerusi dan meja. 2. Sudut pembelajaran dan sudut kerja yang dilengkapi dengan perabot dan bahan pembelajaran interaktif dan manipulatif agar memberi murid peluang untuk membuat percubaan dan penerokaan 3. Ruang pamran untuk hasil kerja murid. 4. Bahan rujukan berbentuk bahan cetak atau bahan media untuk penggunaan murid. 5. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai serta dapat mencabar kebolehan murid.
Faktor sosio emosi • Merangumi unsur-unsur berikut : 1.Pertuturan dan perlakuan guru yang berbudi bahasa dan bersopan agar dapat memupuk kemesraan dan suasana pembelajaran yang kondusif. 2.Keprihatinan guru terhadap kehendak murid yang berbeza-beza. 3.Kebolehan guru untuk memberi galakan dan dorongan kepada murid.
PENGLIBATAN MURID YANG AKTIF PENGUASAAN KEMAHIRAN BELAJAR DAN BERFIKIR
PENGHARGAAN KE ATAS USAHA MURID
PENILAIAN BERTERUSAN PENILAIAN KENDIRI & PENAMBAHBAIKKAN PRINSIP-PRINSIP DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PELUANG MEMBUAT KEPUTUSAN
PENEROKAAN CARA-CARA PENYEMPURNAAN TUGASAN
PEROLEHAN PELBAGAI PENGALAMAN
ANTARA PRINSIP-PRINSIP PENTING YANG HARUS DIPATUHI GURU DALAM PROSES P& P 1. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum 2. Penilaian yang berterusan diberi penekanan bagi semua mata pelajaran 3. Penilaian kendiri ke arah penambahbaikan bertujuan untuk meningkatkan perkembangan murid 4. Penerokaan cara-cara penyempurnaan tugasan yang diberikan. 5. Perolehan pelbagai pengalaman bagi mengukuhkan kefahaman dan penguasaan kemahiran tertentu
6. 7.
8.
Peluang membuat keputusan secara rasional dan keupayaan mempertahankan keputusan Penghargaan kepada hasil kerja murid bagi memupuk dan meningkatkan lagi sifat yakin diri, daya saing yang sihat dan berani. Penguasaan kemahiran belajar dan berfikir agar murid lebih berupaya mengurus pembelajaran masingmasing dengan lebih berkesan lagi.
• Bagi memastikan keberkesanan p&p beberapa teknik disyorkan: 1. Main peranan 2. Tunjuk ajar 3. Lakonan 4. Simulasi 5. Sumbang saran 6. Bercerita 7. Lawatan 8. Permainan 9. Projek
Penilaian Penilaian bermaksud “proses pengumpulan idea atau maklumat secara sistematik bertujuan untuk membuat pertimbangan dan selanjutnya membuat keputusan”. Proses bersistematik bererti “mempunyai prosedur atau langkah-langkah tetentu yang perlu diikuti”. Maklumat merujuk kepada “data berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif boleh diperolehi melalui ujian lisan manakala data kualitatif diperolehi melalui temubual, pemerhatian, dan sebagainya”.
• Pertimbangan bermaksud “ melihat semula data yang dikumpul dari pelbagai perspektif”. • Membuat keputusan bererti “ membuat tindakan susulan seperti melaksanakan akiviti pemulihan, penganugerahan sijil, tawaran ke sekolah berasrama penuh dan sebagainya”. • Penilaian boleh dikatakan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan pendidikan mengenai penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid.
Penilaian boleh dikategori kan kepada dua jenis iaitu formatif dan sumatif.
Jenis penilaian
Tujuan
Penilaian formatif
•Mengesan pencapaian dan perkembangan murid : 1.Sepanjang tahun semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2.Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar. •Mengenalpasti kelemahan murid berhubung dengan satu-satu kemahiran bagi melaksanakan aktiviti pemulihan.
Penilaian sumatif
•Melihata tahap pencapaian murid pada akhir satu-satu tempoh pembelajaran, misalnya peperiksaan akhir tahun, UPSR, SPM dan sebagainya.
Penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS) CIRI-CIRI HURAIAN dikendalikan oleh guru
bertujuan untuk menilai perkembangan murid-murid
berbentuk formatif dan sumatif
dijalankan secara berterusan bagi mendiagnos dan mengesan pencapaian murid
mengesan pencapaian keseluruhan murid
merangkumi aspek-aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek.
bersifat sistematik
terdiri daripada urutan langkah-langkah seperti merancang, melaksana, menganalisis, melapor dan membuat tindakan susulan
berbentuk rujukan kriteria
menilai murid berdasarkan kriteria yang telah ditentukan
menggunakan pelbagai kaedah
contoh : pemerhatian, ujian lisan, ujian bertulis dan sebagainya.
•
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) merupakan penilaian sumatif yang dikendalikan
oleh kementerian pelajaran malaysia, untuk menguji pencapaian murid-murid darjah 6. • mata pelajaran yang diuji ialah b.melayu,b.inggeris, sains, matematik. bagi mata pelajran pend. islam penilaian asas fardu ain (PAFA) dikendalikan bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna seperti yang telah ditetapkan oleh syarak.
BANDING BEZA PKBS DAN UPSR ASPEK PKBS UPSR bentuk
formatif
sumatif
tujuan
menilai pencapaian hanya menilai dan perkembangan pencapaian menyeluruh
kaedah
formal dan tidak formal (ujian lisan formal dan bertulis) ( pemerhatian, ujian lisan, ujian bertulis)
cara pelaksanaan
berterusan, terancang : terancang dan sertamengikut masa dan meta tarikh yang telah ditetapkan
tempoh pelaksanaan
dari tahun 1 hingga pada akhir tahun 6 tahun 6
ASPEK
PKBS
UPSR
penilaian
kognitif, afektif, psikomotor, kognitif, afektif, psikomotor, kemahiran kemahiran (berbahasa, ( berbahasa, mengira, sosial, mengira) saintifik, amali, belajar) perkembangan (minat, bakat,siakp), penghayatan nilai, kesihatan diri. amalan fardu ain (dilaporkan dalam penyata keputusan upsr)
cara pengrekodan
markah, gred, skala kadar
cara pelaporan
lisan atau bertulis (gred atau gred markah)
perkara yang direkod
kemajuan, pencapaian, pencapaian kekuatan diri, kelemahan diri
perkara yang dilapor
kemajuan, pencapaia n
markah, gred
pencapaian
TINDAKAN SUSULAN • Tujuan utama penilaian ialah untuk membuat tindakan susulan • Terdapat 3 tindakan susulan yag biasa dilakukan oleh guru iaitu : 1.pengukuhan 2.pemulihan 3.pengayaan
PENGUKUHAN • Merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman dan penguasaan murid serta mendorong mereka untuk belajar dengan lebih tekun lagi • Untuk mencapai tujuan ini guru akan menyediakan dan menambahakan pelbagai latihan sebagai pengukuhan
PENGAYAAN • Aktiviti p&p tambahan dan pelbagai bertujuan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman murid. • Merangkumi latihan dan aktiviti p&p yang terancang dan bersifat lebih mencabar
PEMULIHAN • Aktiviti p&p yang diberikan kepada murid yang gagal menguasai atau menghadapi masalah tetentu berkaitan dengan kemahiran 3M • Pemulihan dalam kelas adalah bagi murid yang mengalami masalah ringan dan dijalankan oleh guru kelas sendiri dalam bilik darjah yang berkenaan. • Manakala, pemulihan khas dikendalikan oleh guru pemulihan khas bagi murid yang menghadapi masalah serius dalam pembelajaran.
IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat komprehensif dan mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.
Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikan negara kita akan setanding dengan sistem pendidikan negara-negara membangun yang lain di dunia ini.