Apresiasi Seni

  • Uploaded by: miss iza
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Apresiasi Seni as PDF for free.

More details

  • Words: 1,435
  • Pages: 11
APRESIASI SENI DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining”

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

Menurut Chapman (1978) “if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character”

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa “…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration…”

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

OBJEKTIF APRESIASI a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.

Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni: Mengikut John A. Michael dalam bukunya “art and adolescence” ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik: Secara penerangan

Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-

Secara pemerhatian

nilai estetika dan pengaruh Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-

Secara perbandingan

gambar Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan

Secara penghasilan

kesedaran Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman masalah nilainilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Secara perbincangan dan perbandingan Secara proses inkuiri penemuan (discovery) Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni Secara menyediakansetting/set induksi Secara membesarkan gambar Secara mengolah bahan-bahan sebenar Secara aktiviti permainan seni Secara lawatan/pameran Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

KAEDAH MELIHAT SENI Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik

a. KAEDAH HEDONISTIC Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: •

Suka/tidak



Tertarik/tidak



Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.

Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. d. KAEDAH NORMISTIK Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. KAEDAH ELEKTIK Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa c) Tafsiran d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. MENGANALISA i.

Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur

ii.

Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana

iii.

Menghauraikan stail sesuatu karya

C. TAFSIRAN i.

Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk

ii.

menjelaskan makna tersebut D. PENILAIAN i.

Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi

ii.

Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI

Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra, menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada Negara, kebersihan dan kesabaran, tekun, kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat, bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

BUTIRAN BIDANG Bidang

Objektif

Seni Dalam Kehidupan

a) Memahami tentang kepelbagaian kegunaan dan kesan seni dalam

kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya b) Membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi dalam penghasilan barangan seni c) Memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek estetik dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya d) Mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni Seni Dalam Komunikasi (Seni Halus) Reka Bentuk Rumah Tradisional

Perkembangan Seni

a) Mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan, arca, cetakan dan sebagainya a) Memahami beberapa cirri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di Negara ini.

a) Menambah pengetahuan dan penghargaan tentang:

Dalam Budaya Kebangsaan

i.

Sejarah perkembangan seni dalam Negara

ii.

Keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi

iii.

Sumbangan dalam konteks warisan dan budaya dan

iv.

Sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni serta budaya b) Membolehkan pelajar mempunyai daya tkritikan yang lebih rasional tentang seni budaya kebangsaan

Hasil Seni Rakyat

a) Mengetahui keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi



Peralatan

b) Mengetahui peranan keris dalam konteks budaya melayu



Kraf tekat

c) Memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam konteks



budaya kebangsaan Tenunan d) Memahai jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam konteks



Bangunan



Alat permainan

budaya kebangsaan dan e) Memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional dan alat permainan

Perkembangan Seni Lukis Moden Malaysia

a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang: I. Sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni dalam Negara II. Keistimewaan ciri estetik dan fungsi

III. Sumbangan dalam konteks warisan budaya dan IV. Sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap perkembangan seni dan budaya

a) Menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah air

Seni Dalam Budaya

dengan krafluar Negara

Lain:

b) Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang:

Kraf Dan Seni Halus i.

Hasil katya seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dan

ii.

Garakan seni halus dalam budaya lain dari segi persamaan dan kelainannya dengan seni halus tempatan

Related Documents

Apresiasi Seni
June 2020 27
Apresiasi
May 2020 26
Apresiasi Drama
June 2020 22
Seni
December 2019 47
Seni
May 2020 37

More Documents from ""