Kurikulum Sekolah Rendah Di Malaysia - Kbsr Dan Kssr.docx

  • Uploaded by: Johnson Ting
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kurikulum Sekolah Rendah Di Malaysia - Kbsr Dan Kssr.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,126
  • Pages: 6
Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sistem pendidikan sekolah rendah negara terus mengalami perkembangan selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi zaman kemodenan. Kronologinya, Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan sekolah rendah di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir. Manakala pada tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan setelah dibuat penambahbaikkan ke atas kurikulum lama, kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Seterusnya apabila Falsafah Pendidikan Negara – FPN (1988) disuratkan, sekali lagi kurikulum diberi penambahbaikkan, lalu Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan namanya kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bermula pada tahun 1993. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berorientasi berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Memandangkan zaman semakin berubah, sekali lagi kurikulum baru diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard *Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dilaksanakan pada tahun 2011 hinggalah sekarang.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan ekoran terbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada tahun 1982 menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Kurikulum ini telah mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah dan dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 1983.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada asasnya berpegang pada konsep bahawa muridmurid perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman. Kurikulum Baru Sekolah Rendah dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira” ~ Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet. Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, Kurikulum Baru Sekolah Rendah memfokuskan kepada nilai-nilai kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang perkembangan diri individu pula Kurikulum Baru Sekolah Rendah meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik. Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Konsep bersepadu yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan dan kemahiran. Nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya wujudnya kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi diserapkan melalui penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahirankemahiran selain daripada penyerapan ilmu pengetahuan. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara berasingan. Kesepaduan antara teori dan praktik diutamakan. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang muridmurid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011. KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Oleh itu, pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. “KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan” ~ Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (2011) Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi,

Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni.

Kesimpulan KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahanperubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum perlu dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21.

Hal ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah kemahirankemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam teknologi dan maklumat. Kemahirankemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.

Related Documents


More Documents from "Sekolah Portal"