Pembentukan Dan Pelaksanaan Kbsr

  • Uploaded by: miss iza
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembentukan Dan Pelaksanaan Kbsr as PDF for free.

More details

  • Words: 1,718
  • Pages: 28
DISEDIAKAN OLEH:  RAZNIZA BT MOHAMMAD  NURUL SUA’IDAH BINTI OTHMAN  SITI NUR HANIS BINTI HAMIDAN

NAMA PENSYARAH: PUAN SARIMAH BT SAAD

PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH(KBSR) 1982 – KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. Tahun berikut – pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah. Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang serius kepada pembangunan kemanusiaan. Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah seperti yang ternyata dalam huraian matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:

“…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial” (Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5)

Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektifobjektif pendidikan di peringkat rendah juga merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan. Supaya murid-murid dapat:  Menguasai bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita;  Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantarsekolah berkenaan;

 Menguasai kemahiran asas mengira dan      

menggunakannya dalam kehidupan harian; Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar; Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal; Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya; Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran bagi murid-murid Islam; Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

 Mengamalkan sikap dan perlakuan yang

     

berpandukan nilai murni serta menjadinkannya asas bagi amalan hidup; Menjaga kesihatan dan kecergasan diri; Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri; Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran; Mengembangkan bakat dan kretiviti; Memupuk semangat patrotisme; Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

PERUBAHAN DALAM KBSR 1988 – KBSR telah disemak semula bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya. KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.

PERUBAHAN DALAM KBSR

KURIKULUM

Kemahiran Hidup

Kajian Tempatan

Sains

BUDAYA SEKOLAH

Penggunaan sempoa

Pembaharuan kepada Bahasa, Pend.Islam, Pend.Moral, Pend.Jasmani

Suasana sekolah

Unsur kesepaduan

Unsur patriotisme Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Matematik, Sains dan semua mata Pelajaran teknikal bagi Tahun 1(mulai 2003)

 Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa

perubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat dari dua persperktif seperti yang berikut: Secara am  Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran;  Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas dalam aktiviti harian;  Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada yang paling asas kepada yang paling kompleks)mengikut tajuk;  penyemakan semula sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.

Secara khusus  Pengintegrasian unsur penyelesaian masalah dan arithmatic perniagaan dalam topik, “Wang,Ukuran Panjang dan Berat”;  Pembahagian mata pelajaran Alam dan Manusia kepada dua mata pelajaran baru, iaitu Sains dan Kajian Tempatan;  Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan semua mata pelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah rendah mulai Januari 2003.

PROSES PELAKSANAAN KBSR

 Fokus kepada prinsip, struktur, bidang

pelajaran, penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian.

Prinsip KBSR Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan individu Secara menyeluruh

Pendekatan bersepadu PRINSIP-PRINSIP KBSR Pendidikan yang sama Untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup

Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu  Ia merupakan satu pendekatan di mana unsurunsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan secara wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Ia berlaku melalui 4 cara, iaitu: penyerapan Penggabungjalinan kemahiran

•Dalam satu mata Pelajaran •Antara mata pelajaran

Kesepaduan antara dua unsur •Pelbagai bidang Ilmu dalam mata pelajaran &merentasi pelajaran •Nilai dalam mata pelajaran

•Kurikulum dan korikulum •Pengetahuan dan amalan

Unsur merentasi kurikulum

Prinsip 2: perkembangan individu secara menyuluruh  Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaran yang memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluanPRINSIP jasmani, 2: emosi, rohani dan intelek murid. PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA MENYELURUH

Semua mata pelajaran Keperluan murid

jasmani emosi

rohani

intelek

PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU

 Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak

boleh dikembangkan secara berasingan.  Ini bermakna, setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain.  Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bole sepak yang handal bukan sahaja perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara bermain yang berkesan) dan kemahira (cth:cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini juga perlu memupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin, berbakti untuk sekolah dan negara, dan sebagainya.

Prinsip 3: pendidikan seumur hidup PRINSIP 3: PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP Peranan Sekolah (Institusi formal) GURU Menyampaikan Ilmu&kemahiran

Memupuk budaya mereka

 a)

b)

Secara am, sekolah mempunyai dua peranan: Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.apabila tamat persekolahan nanti, proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing. Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua murid  Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan; yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja. PRINSIP 4 : PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA MURID Tahap persekolahan yang sama

Kurikulum sama

Struktur KBSR Bidang •Komunikasi

komponen

Tahap 1 •Kemahiran asas •Bahasa Malaysia •Bahasa Inggeris •Bahasa Cina •Bahasa Tamil

•Manusia dan Alam •Kerohanian •Nilai dan sikap Keliling

•Perkembangan Diri Individu

Mata Pelajaran

•Kemahiran hidup •Kesenian dan Kesihatan •Kokurikulum

•Pendidikan Islam •Pendidikan Moral •Pendidikan Muzik •Pendidikan Seni •Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Tahap 2 •Bahasa Malaysia •Bahasa Inggeris •Bahasa Cina •Bahasa Tamil •Pendidikan Islam •Pendidikan Moral •Sains •Kajian Tempatan •Kemahiran Hidup •Kemahiran hidup •Pendidikan muzik •Pendidikan seni •Pendidikan jasmani •dan kesihatan

Bidang pelajaran •BIDANG KOMUNIKASI Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M ( membaca, menulis dan mengira) Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan Matematik. Bahasa melayu Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan. Bahasa inggeris Diajar sebagai bahasa kedua Bertujuan untuk melengkapkan murid denagn ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di dalam atau di luar bilik darjah

Bahasa cina  Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi masa-masa tertentu.  Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk menguasai kemahiran

asas berbahasa dalam bahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis. Bahasa tamil  Berfungsi sebagai bahasa komunikasi.  Bertujuan untuk menghasilkan murid yang berupaya berkomunikasi

dalama bahasa tamil sama ada secara lisan atau bertulis. Matematik  Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep, bahasa dan

kemahiran prosedur yang merentasi 3 bidang kemahiran iaitu nombor dan operasi, ukuran dan sukatan serta masalah bercerita.  Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan kebolehan murid dari

segi konsep nombor dan kemahiran mengira.  Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah

harian secara berkesan dan berdisiplin.

  

BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING Komponen kerohanian, dan nilai dan sikap. Mata pelajaran dalam bidang ini ialah : pendidikan islam, pendidikan moral, sains dan kajian tempatan.

Pendidikan islam  Mengandungi 3 bahagian iaitu : 1) Asuhan tilawah al quran – berfokus kepada aspek mengenal, menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga menitik beratkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran. 2) Asas ‘ulum syar’iah – merangkumi 3 aspek : -akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui rukun iman dan rukun islam. -ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan. -sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian. 3) Asas akhlak islamiah – berfokuskan kepada pembentukkan peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah laku muslim dan mukmin. 

Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Pendidikan moral  Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukun negara.  Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid.  Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan. Penghayatan dan amalan nilai murni. Sains  Terdiri daripada dua perspektif iaitu : -bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid dapat memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupan seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan yang sedia ada. -Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah : mengembangkan kemahiran menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental)  Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif

Kajian tempatan  Tunggak utama bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid  Dapat memupuk kemahiran sosial, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.  Bertujuan untuk melahirkan murid yang taat setia kepada negara, cintakan tanah air, bangga menjadi rakyat dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.

BIDANG PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU  Komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan.  Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan penghayataan kesenian dan kesihatan.  Meliputi mata pelajaran : kemahiran hidup, pendidikan muzik, pendidikan jasmani dan kesihatan. 

Kemahiran hidup  Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu muridmurid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang dikendalikan.  Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas, keusahawanan, dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, pengurusan wang, masa dan kerja dengan berkesan.  Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu : -merekacipta -Mengurus diri dan kerja -Mengusahaniaga barang -Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil

IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat komprehensif dan mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.

Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikan negara kita akan setanding dengan sistem pendidikan negara-negara membangun yang lain di dunia ini.

Related Documents


More Documents from "AndiIswoyo"