Pembangunan Politik

  • Uploaded by: NURUL SYUHADA BT ISMAIL HAJAR
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pembangunan Politik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,193
  • Pages: 35
UMS 1122 HUBUNGAN ETNIK Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik

Kandungan Kuliah    



 

Pendahaluan Definisi Pembangunan Politik Sejarah Perkembangan Politik di Malaysia Demografi Penduduk dan wilayah-kesan kepada pembangunan Politik Politik perkauman dan Pemufakatan politik-realiti kepada hubungan etnik Cabaran dalam pembangunan Politik Integrasi dalam pembangunan Politik

Pendahaluan 



Pembangunan Politik merupakan sebahagian dari kepelbagaian pembangunan yang perlu wujud dalam konteks sebuah negara. Pembangunan politik didalam sesebuah negara terbentuk melalui latarbelakang sejarah, struktur politik, sosial dan ekonomi.dan ia berubah mengikut kesesuaian keperluan, kepentingan dan permasalahan sesebuah negara yang berkembang seiring dengan perubahan persekitaran dalaman atau luaran.

Definisi Pembangunan Politik 

Pembangunan politik merujuk kepada satu sifat sistem dan tingkah laku tertentu bagi mencapai kejayaan yang dicirikan oleh penyertaan massa dalam proses politik, peraturan,undang-undang yang universal serta menjadikan merit sebagai kriteria utama menilai kebolehan seseorang.



Pembangunan politik merujuk kepada suatu sistem yang bersifat nasional, dengan menggunakan prosedur yang standard untuk mempertahankan kestabilan dan menguruskan segala sumber ekonomi yang produktif untuk kepentingan bersama dan dikaitkan dengan pembangunan sebuah negara bangsa.



Definisi; “Pembangunan Politik bererti modenisasi politik,modenisasi politik merujuk membangunkan sistem politik demokrasi Barat sebagai model pembangunan politik dinegara membangun.

Sejarah Perkembangan dan Pembangunan Politik 



Sebelum kehadiran British Sistem Politik menjurus kepada sistem beraja-feudal/monarki mutlak s/a di negeri-negeri melayu atau di Sabah dan Sarawak Setelah kehadiran Brititish telah mencetuskan landskap baru terhadap perkembangan pembangunan politik-wujudnya persatuan/pertubuhan/parti-parti politik terutamnya pada akhir abad ke 19.

Sambungan… 



Kemunculan persatuan, kesatuan /pertubuhan di akhir abad ke 19 lebih bercorak sosial, kebajikan, sukan, pelajaran atau keagamaan dan masih belum kearah politik atau gerakan kesedaran semangat nasionalisme. Menjelang abad ke 20 kesedaran kebangsaan dikalangan orang melayu mula muncul dan selepas perang dunia kedua wujudnya keinginan untuk berjuang melalui pertubuhan politik.

Sambungan… Persatuan di Kalangan orang Melayu terbahagi kepada 2:a. Berpendidikan Melayu- benci British b. Berpendidikan Inggeris-kerjasama British Jangka Panjang; Politik. Jangka Pendek ; budaya, sosial dan agama.



sambungan 

Perang Dunia 2, Penjajahan Jepun, Malayan Union dan Pertubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Tujuan Perlembagaan 1948 ke arah bekerajaan sendiri); merupakan “Turning Point” dalam gerakan dan Pembangunan Politik

Sebelum perang-Persatuan bercorak politik        

Kesatuan Melayu Singapura (1926) Persatuan Melayu Melaka (1937) Kesatuan Melayu Pulau Pinang(1938) Persatuan Melayu Pahang (1938) Persatuan melayu Selangor(1938) Persatuan melayu N.Sembilan (1938) Kesatuan Melayu Johor (1939) Persatuan Melayu Kelantan (1939)

Saberkas – Kedah (1944) Namun Persatuan ini lebih bercorak kenegerian.  Kesatuan Melayu Muda (1938) radikal dan bersifat nasional iaitu memperjuangkan kemerdekaan dan bergabung dengan Indonesia- “melayu raya”. 

Perkembangan Selepas Perang 

   

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)1945 UMNO - 1946 Angkatan Pemuda Insaf (API)-1946 Hizbul Muslimin -1948

Perkembangan Persatuan India   





Persatuan India Taiping( 1906) Persatuan India Selangor (1909) Persatuan India Melaka,N.S, Singapura (1923). Centaral India Association of Malaya (CIAM)1937 Malayan India Congress (MIC)-1946

Persatuan Cina 



 

Penubuhan Persatuan merupakan tradisi masyarakat Cina bagi menjaga kepentingan komuniti mereka; cth. Ghee Hin dan Hai San Persatuan Pertubuhan Politik sebelum perang dunia ke2 lebih menjurus ke arah perkembangan politik di negeri China. Antaranya ; Chung Hwi Tang (1903) Tung Meng Hui (1906)

Kuomintang (KMT)-1912  Malayan Chinese Assocition (MCA)-1949 (matlamat utama adalah untuk membendung PKM,Perpaduan Kaum,Kebajikan etnik cina). 

Sarawak 

 

 

Kepelbagaian kaum mempengaruhi perkembangan politik di Sarawak Persatuan Melayu Sarawak (1939) Sarawak United People Party(SUPP)-1959; parti politik berbilang kaum. Parti Negara Sarawak (PANAS) 1960-parti melayu Barisan Jati Sarawak (Berjasa) 1961-memperjuangkan kebajikan etnik bumiputera,memelihara dan memperkembangkan perasaan muhibah dan harmonis antara kaum)

Samb… Sarawak National Party (SNAP) 1961menjaga kepentingan etnik Dayak  Parti Pesaka Anak Sarawak (pesaka) 1962menyatukan etnik Dayak.  Sarawak Chinese Association (SCA)-1962 menjaga kepentingan etnik cina. 

Sabah  





Parti Kebangsaan Melayu Labuan(1946) Barisan Pemuda Society (Barip) 1946(menjaga kepentingan Bumiputera) Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)-1961. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu(USNO)-1961(menjaga kepentingan orang Islam)









Parti Pasok Momogun (1962)-Kepentingan Murut dan Dusun. Sabah National Party(SANAP)-1962(etnik cina) Pasok Momogun+UNKO= United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO) SANAP+Parti-parti kecil cina=Sabah Chinese Association-1965

Samb. 

Ogos 1962 parti politik perkauman memutuskan untuk bersatu dan membentuk kerjasama (UNKO,USNO,SCA dan Sabah India Congress) bagi menyokong gagasan pembentukan Malaysia berasaskan Model kerjasama UMNO-MCA-MIC

Demografi Penduduk Keluasan Malaysia 340,000 KM  Terbahagi kepada dua wilayah; a. Semenanjung b. Sabah & Sarawak  Jumlah Penduduk 26,121.7 Juta (2005) 

Jumlah Penduduk Megikut Negeri 2005        

Johor 3,101.2 Kedah 1,848.1 Kelantan 1,505.6 Melaka 713.0 N.S 946.3 Pahang 1,427.0 Perak 2,256.4 Perlis 224.5

Samb….       

Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu W.P K.L W.P Labuan

1,468.8 2,931.7 2,312.6 4,736.1 1,016.5 1,556.2 83.5

Penduduk Mengikut Kumpulan etnik 

  

Pada Tahun 2005 Bilangan Penduduk Malaysia Berjumlah 26,127.7 Juta Semenanjung berjumlah 20,983.0 Juta Sabah berjumlah 2,931.7 juta Sarawak berjumlah 2,312.6 juta

Peratusan mengikut Etnik    

Melayu dan Bumiputera Cina India Lain-lain

65.9 % 25.3% 7.5% 1.3%

Justeru, itu pengalaman sejarah, keadaan geografi dan demografi penduduk telah mewarnai aspek perkembangan dan pembangunan politik di Malaysia, khususnya dalam idea dan matlamat penubuhan sesebuah parti politik yang lebih menampakkan sifat perkauman

Politik Perkauman 



Atas sifat sedemikian, setiap kumpulan etnik membentuk parti-parti politik untuk melindungi kepentingan mereka. Walaupun terdapat parti politik yang menampakan keterbukaan kepada semua kaum, tetapi ia tidak memperolehi sambutan – akhirnya ia dikuasai oleh kumpulan etnik tertentu

Contoh…   



Parti Keadilan- di kuasai oleh etnik melayu Parti DAP- di Kuasai oleh etnik Cina Parti Progresif Rakyat(PPP)-dikuasai oleh etnik India PAS- dikuasai oleh etnik melayu

Pemuafakatan Politik 

Pemuafakatan politik-merujuk kepada pembentukan satu persetujuan bersama-sama antara parti-parti politik diatas semangat perundingan didalam sesuatu masalah atau isu yang muncul, untuk dicari jalan penyelesaian secara harmonis.





Kerjasama awal adalah antara UMNO, MIC dan MCA semasa pilihanraya perseketuan 1955 yang membentuk Parti Perikatan. Pada 1974 maka ditubuhkan Barisan Nasional yang menerima kehadiaran Parti-parti Politik dari Sabah dan Sarawak

Cabaran Pembangunan Politik 

Perbezaan ideologi, Agama, keturunan, budaya,nilai, cara hidup,jurang ekonomi, kelompok etnik dan wilayah boleh membawa kepada pertumpahan darah atau peperangan jika tidak ditangani melalui satu mekanisme yang berkesan.eg. Melalui pemuafakatan Politik, Integrasi Politik

Integrasi dalam pembangunan Politik 



Kestabilan politik akan membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan Negara, justeru itu betapa pentingnya fokus pembangunan politik adalah untuk mewujudkan satu masyarakat yang padu dalam semua segi kehidupan. Integrasi politik politik menjurus kepada proses membawa berbagai unit sosial, budaya,ekonomi dan politik dalam unit yang sama-membentuk identiti nasional

Matlamat Akhir integrasi 



Membina dan mengukuhkan semangat kesetian terhadap negara dikalangan setiap rakyat tanpa mengira bangsa, agama, bahasa dan budaya hidup. Berusaha untuk mencapai matlamat dan kepentingan bersama sehingga setiap etnik warga berbangga dengan identiti yang sama.

Kesimpulan 







Pembangunan Politik di Malysia di bentuk oleh sejarah,nilai, budaya,demografi,geografi Ia bersifat dinamik dan sentiasa akan melalui perubahan mengikut kesesuaian waktu dan peristiwa yang berlaku. Malaysia sebuah negara berasaskan sistem demokrasi, politik etnik dan pemufakatan politik merupakan ciri penting dalam pembangunan politik di Malaysia. Kepelbagaian sosio-politik harus difahami oleh semua etnik, ke arah mengekalkan hubungan yang harmonis bagi pembentukan sebuah masyarakat malaysia yang bersatu melalui satu identiti yang dibanggakan oleh warganya.

Related Documents

Pembangunan Politik
April 2020 15
Bab 5 - Pembangunan Politik
December 2019 14
Politik
November 2019 41
Politik
June 2020 29
Politik
April 2020 29

More Documents from ""

Tactik Jahat
June 2020 27
Pluraliti Masyarakat M3
April 2020 35
Optima Kelajuan
December 2019 38
Dan Hubungan Etnik
April 2020 37
Jenis Mesin Ngisar
December 2019 43
Bahan Alat
December 2019 31