11.0 PENGENALAN Pada masa kini, sukan di Malaysia sedang berkembang pesat dan telah memasuki era baharu di mana sukan telah banyak menawarkan ruang kerjaya, perniagaan dan pengeluaran barangan bagi memenuhi keperluan Negara. Kerajaan Malaysia telah membelanjakan berbilion ringgit Malaysia untuk membina infrastruktur sukan dan programprogram pembangunan sukan bagi persiapan atlet untuk ke temasya yang besar seperti Sukan Sea, Komanwel dan Olimpik. Selain daripada itu, pelbagai usaha telah dilakukan pihak kerajaan untuk membantu atlit Negara bukan hanya dari segi latihan dan kewangan tetapi juga dari segi masa hadapan dan kerjaya mereka 2.0 PEMBANGUNAN ATLET DALAM SUKAN Atlet dapat dibangunkan melalui pelbagai program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Harre (1982) mendefinisikan latihan sukan sebagai satu persiapan ahlisukan untuk persembahan peringkat tertinggi. Latihan adalah proses peningkatan kemampuan atlet yang dilaksanakan berasaskan prinsip-prinsip saintifik iaitu dari segi pembangunan fizikal, mental, teknikal dan taktikal seseorang atlet. Tambahan lagi, jelas sekali bidang sains kini memberikan satu impak yang besar dalam pembangunan atlet pada era moden sekarang. Komponen-komponen seperti anatomi, fisiologi, biokimia, biomekanik dan pertumbuhan merupakan komponen penting yang perlu diambil berat tahap peningkatannya bagi membangunkan prestasi atlet. Kedua, dalam melaksanakan satu program latihan pembangunan sukan, Teori Periodisasi atau penjadualan latihan (periodization of training) yang mula muncul pada era 50-an akan menjadi satu asas bagi program pembangunan atlit. Periodisasi adalah satu perancangan latihan dan pertandingan yang disusun dengan baik untuk mencapai prestasi puncak (peak performance) dalam masa yang ditetapkan. Prestasi puncak ini dapat dicapai dengan cara memanipulasi Volume dan intensiti sesuatu latihan. Seseorang atlet yang memanfaatkan periodisasi ini di dalam program latihan mereka akan mendapatkan prestasi puncak pada masa yang tepat di mana mereka memerlukan prestasi ini sebelum pertandingan yang bakal disertai. Selain itu, atlet juga dapat mencapai kesan latihan yang optimal. Sebagai contoh, sekiranya seseorang atlet mengamalkan satu periodisasi secara berterusan di mana periodisasi ini akan membangunkan tahap kecergasan beliau. Beliau akan mendapat kesan yang optimal sekiranya berlatih secara berterusan. Sekiranya program latihan yang tak mengikut periodisasi dilakukan, latihan yang diberikan akan tidak berkesan ke atas atlet.
Dalam periodisasi ini, jurulatih memainkan peranan yang penting dan kemampuan merancang satu program latihan yang efektif adalah bergantung kepada jurulatih. Pelatih berperanan untuk menyediakan atlet dalam proses latihan yang berlangsung dalam jangka masa panjang (Long Term) ataupun jangka masa pendek (Short Term). Kebiasaannya, bagi jangka masa panjang ia mengambil masa selama 4 hingga 12 tahun. Manakala jangka masa pendek mengambil masa setahun atau kurang daripada setahun yang tersusun dalam suatu periodisasi. Perancangan periodisasi jangka masa panjang bergantung kepada tujuan pencapaian (Goal) pada setiap peringkat kejohanan samada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
RAJAH 1: CONTOH PERIODISASI LATIHAN Dalam membangunkan atlet dalam sukan, cara pemakanan atlet merupakan salah satu aspek penting yang boleh mempengaruhi prestasi atlet tersebut. Pemakanan sukan adalah bidang kajian yang mengaplikasikan strategi pemakanan untuk mengalakkan kesihatan, adaptasi kepada latihan, pemulihan segera dari sesi latihan dan prestasi optimum semasa pertandingan. Pemakanan sukan bagi individu yang aktif secara fizikal dapat dilihat dari dua aspek iaitu pemakanan bagi pertandingan dan pemakanan bagi latihan. Prestasi fizikal yang cemerlang dalam sukan bergantung kepada dua faktor utama iaitu genetic dan status latihan. Pemakanan sukan mampu memberikan kelebihan yang signifikan terhadap prestasi atlit. Apabila seorang atlit kekurangan nutrient tertentu, prestasi fizikal atlit akan terganggu kerana bekalan tenaga yang tidak mencukupi, ketidakupayaan untuk menjana
metabolisme secara optimal ketika bersenam serta kekurangan sintesis tisu badan dan enzim. Maka, jelas sekali bahawa prestasi fizikal boleh ditingkatkan melalui makanan yang baik. Contohnya, peningkatan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan dapat meningkatkan kualiti latihan atlit. Atlit akan dapat berlatih dengan lebih lama dan melambatkan rasa kelesuan ketika latihan. Berikut adalah contoh pengambilan karbohidrat sebelum, semasa dan selepas latihan.
RAJAH 2: CONTOH PEMAKANAN SUKAN
Semasa pertandingan, atlit akan menggunakan sumber tenaga dari system tenaga yang berbeza bergantung kepada jenis, intensity dan jangka masa aktiviti tersebut. Contohnya, untuk aktiviti berintensiti tinggi dan tidak melebihi 3 minit seperti larian 200m, sumber tenaga akan dbekalkan oleh glukosa dalam darah dan glikogen otot. Manakala,aktivit yang melebihi 5 minit seperti bolasepak glikogen, hati dan lemak yang akan membekalkan tenaga. Semasa pertandingan, atlit perlu mengambil cecair yang tinggi kandungan karobohidrat dan rendah kandungan lemak untuk mengelakkan ketidakselesaan perut.
3.0 USAHA KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN ATLET DALAM SUKAN Dalam meningkatkan usaha dalam membangunkan atlet negara yang lebih kompetif dan mempunyai prestasi fizikal yang baik, pihak kerajaan telah menubuhkan lebih banyak pusat latihan di seluruh Negara. Dalam usaha ini, pihak kerajaan telah menubuhkan satu pusat latihan di setiap daerah dalam negara Malaysia. Tambahan lagi, setiap negeri di Malaysia sekarang telah menubuhkan satu akademi bagi sukan yang ingin difokuskan. Sebagai contoh, usaha kerajaan dalam membangunkan atlet baharu bolasepak iaitu dengan menubuhkan akademi seperti di Terengganu yang dikenali sebagai Young Titans manakala di Janda Baik pada satu masa dahulu wujudnya akademi Frenz yang banyak melahirkan bintang bolasepak negara seperti Hadi Fayyadh dan Daniel Amier. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan yang jelas mendatangkan hasil kepada negara apabila berjaya mencungkil permata bolasepak ini. Namun begitu, sukan akuatik seperti terjun mempunyai kemudahan yang terhad dan tertumpu di pusat Bandar sahaja. Ini boleh dilihat di Terengganu yang mempunyai cuma satu pusat akuatik di Bandar Kuala Terengganu. Usaha yang kedua oleh pihak kerajaan adalah dengan menyediakan program latihan yang berkualiti di mana jurulatih-jurulatih di Malaysia didedahkan kepada system latihan terkini. Ini adalah penting kerana ia dapat mengeluarkan pemain daripada tradisi latihan kuno dan lebih kepada latihan yang moden di mana latihan itu boleh melatih setiap komponen penting dalam sukan yang dipertandingkan. Jurulatih juga turut dihantar ke kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian dan juga Kursus Sains Sukan. Kursus-kursus seperti ini akan meningkatkan kemahiran kejurlatihan dan kepegawaian serta dapat meningkatkan ilmu sains sukan dalam diri jurulatih di mana ilmu ini dapat diterapkan ke atas pemain untuk meningkatkan prestasi mereka. Selain itu, pihak Kerajaan juga membenarkan kemasukan jurulatih luar seperti di JDT Fc di mana Luciano Figueroa iaitu bangsa asing telah berjaya menerajui pasukan itu musim ini. Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan lebih banyak pertandingan sepanjang tahun. Perkara ini boleh dilihat di sekolah di mana dahulu pertandingan bolasepak Cuma diadakan sekali namun pada era moden ini, bolasepak diberikan pendedahan awal kepada budak sekolah yang menyertai pertandingan di peringkat sekolah. Pertandingan ini juga bertindak sebagai penilaian program latihan yang telah dilaksanakan kepada atlet. Rajah 3 menunjukkan jumlah pertandingan bertambah di peringkat antarabangsa dan ini menunjukkan perkembangan yang
positif kepada industry sukan negara kerana
pertandingan ini menjadi satu platform yang dapat membantu atlet cilik dalam menimba pengalaman dan kemahiran di mata dunia.
RAJAH 3: JUMLAH PERTANDINGAN 4.0 PENUTUP Oleh itu, pembangunan atlet dalam sukan adalah amat penting kepada negara. Ini adalah kerana yang paling utamanya sukan adalah antara satu platform yang digunakan dalam menyatupadukan masyarakat. Sukan juga sekiranya mempunyai pembangunan atlet yang berkesan dan bagus, sukan akan mampu mengangkat martabat negara. Sebagai contoh, Dato’ Lee Chong Wei dan juga Dato’ Nicol Ann David pernah menjadi symbol kebanggaan negara daam sukan. Selain itu, jika terdapatnya pembangunan atlet ini, sukan mampu mewujudkan satu peluang kerajaan di mana ia membantu rakyat untuk hidup lebih senang dan negara dapat mencapai negara maju seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020
5.0 RUJUKAN Abdul Ghaffar Taib (1998). Sukan:. Pemangkin Kemajuan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Azaman Ahmad (2000), Pengaruh Sains Dalam Sukan, Universiti Kebangsaan Malaysia Harre, R dan Lamd, R,, (1982), The Studies in Sport Science, Great Britain: Basil Blackwell