Amali 2(bulan).docx

  • Uploaded by: Nur Atillah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amali 2(bulan).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,501
  • Pages: 14
Tajuk Fasa bulan dan waktu terbit dan terbenam bulan

Tujuan Mengkaji fasa-fasa bulan dan waktu terbit dan terbenam bulan

Pengenalan

Bulan merupakan satelit semula jadi yang paling hampir dengan Bumi. Bulan dapat dilihat dengan mata kasar disebabkan pantulan daripada cahaya matahari. Bulan turut beredar mengelilingi Bumi

seperti mana Bumi beredar mengelilingi Matahari. Sambil berputar 360

darjah mengelilingi Bumi pada jarak 384 000 km di atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, ia mengambil masa lebih sedikit 27 hari. Fenomena ini menyebabkan permukaan bulan yang sama dapat dilihat daripada bumi. Peredaran bulan mengelilingi Bumi turut menyebabkan berlakunya fasa-fasa Bulan. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan dan bentuk bulan yang berlainan dapat dilihat sepanjang pusingan bulan pada diorbitnya mengelilingi bumi. Bentuk atau fasa bulan yang berbagai dapat dilihat dari bumi mengikut tempat dan keadaan tertentu. Fasa bulan boleh di bahagikan kepada 8 fasa iaitu: i.

Anak bulan

ii

Bulan sabit

iii.

Bulan separa

iv.

Bulan hampir purnama

v.

Bulan purnama

vi.

Bulan purnama lama

vii.

Bulan separa lama

viii.

Bulan sabit lama

FASA-FASA BULAN

Hipotesis Perubahan fasa bulan akan dapat diperhatikan dengan peningkatan hari

Pembolehubah Dimanipulasi

: Bilangan hari

Pembolehubah Bergerak balas

: Perubahan fasa bulan

Pembolehubah Dimalarkan

: Jenis kamera yang digunakan

Bahan dan radas Kamera digital, Pen, Kertas, Bulan

Prosedur 1. Keadaan langit diperhatikan untuk mengkaji waktu terbit dan terbenam, kecerahan dan fasa-fasa bulan. 2. Pemerhatian dirancang dengan merujuk kepada waktu terbit dan waktu terbenam bulan. 3. Fasa-fasa bulan diperhatikan dalam satu tempoh waktu untuk satu kitaran lengkap dan dilakarkan di atas kertas. 4. Fasa-fasa bulan diperhatikan dengan mata kasar dan gambar bulan ditangkap menggunakan kamera digital. 5. Bulan yang telah diperhatikan direkodkan.

Keputusan

Tarikh / hari

Isnin

Gambar bulan

Fasa bulan

Pemerhatian

Bulan sabit (15%)

Bulan sabit baru

19 Februari 2018

mulai kelihatan

Selasa

Permukaan bulan

20 Februari 2018

Bulan sabit (24%)

sabit baru yang nampak semakin bertambah

Rabu 21 Februari 2018

Bulan sabit kelihatan Bulan sabit (30%)

sama seperti semalam

Khamis 22 Februari 2018

Bulan sabit semakin Bulan sabit (42%)

bertambah kelihatan

Jumaat

Bulan sabit (48%)

Bulan sabit semakin

23 Februari 2018

terang

Sabtu

Bulan kelihatan

24 Februari 2018

Bulan separa (50%)

berubah bentuk kepada separa bulat

Ahad

Bulan hampir

Bulan hampir

25 Februari 2018

purnama (65%)

purnama mula terbentuk

Isnin

Bulan hampir

Permukaan bulan

26 Februari 2018

purnama (75%)

hampir purnama yang nampak bertambah jelas

Selasa

Bulan hampir

Bentuk bulan hampir

purnama (85%)

sama namun

27 Februari 2018

mempunyai sedikit pertambahan kejelasan

Rabu 28 Februari 2018

Bulan hampir

Permukaan bulan

purnama (92%)

yang nampak semakin membesar

Khamis 1 Mac 2018

Bentuk bulan hampir Bulan hampir

menyerupai bulan

purnama (98%)

purnama

Jumaat 2 Mac 2018

Bulan berbentuk Bulan purnama

bulat dan besar serta

(100%)

Memancarkan cahaya yang terang

Bulan masih Sabtu

Bulan purnama lama

kelihatan seperti

3 Mac 2018

(98%)

bulan purnama

Ahad 4 Mac 2018

Bentuk purnama Bulan purnama lama

bulan semakin

(92%)

mengecil

Isnin 5 Mac 2018

Bulan menghampiri Bulan purnama lama

bentuk separa

(85%)

Selasa 6 Mac 2018

Bulan semakin Bulan purnama lama (75%)

mengecil

Bulan sama seperti Rabu

Bulan purnama lama

hari semalam

7 Mac 2018

(65%)

Khamis

Bulan purnama lama

Bulan semakin

8 Mac 2018

(65%)

mengecil

Jumaat

Bulan purnama lama

Bulan hampir

9 Mac 2018

(62%)

kelihatan seperti bulan separa

Sabtu 10 Mac 2018

Bulan separa lama

Bulan berbentuk

(50%)

separuh

Bulan sabit lama

Bulan mula

(42%)

melengkung

Ahad 11 Mac 2018

Isnin

Bulan sabit lama

Bulan kelihatan

12 Mac 2018

(30%)

seperti hari sebelumnya

Bulan menghampiri Selasa

Bulan sabit lama

13 Mac 2018

(0%)

bentuk sabit

Bulan sabit kelihatan Rabu

Bulan sabit lama

semakin berkuran di

14 Mac 2018

(15%)

langit

Bulan sabit mula Khamis

Bulan sabit lama

sukar kelihatan di

15 Mac 2018

(10%)

langit

Bulan sabit kelihatan Jumaat

Bulan sabit lama

sedikit sahaja di

16 Mac 2018

(3%)

langit

Sabtu

Bulan sabit lama

Bulan hampir tidak

17 Mac 2018

(1%)

kelihatan

Ahad

Anak bulan

Bulan tidak kelihatan

18 Mac 2018

(0%)

di langit

Perbincangan Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu selama sebulan. Daripada 19 Februari hingga 18 Mac, terdapat pelbagai fasa bulan yang dapat dilihat. Fasa bulan yang diperhatikan dinamakan mengikut urutan iaitu Anak Bulan/Bulan Baru (New Moon), Bulan Sabit Baru (Waxing Crescent), Bulan Separa Pertama (First Quarter), Bulan Purnama Baru (Waxing Gibbous), Bulan Purnama/Penuh (Full Moon), Bulan Purnama Lama (Waning Gibbous), Bulan Separa Akhir (Last Quarter), Bulan Sabit Lama (Waning Crescent).

Kesemua gambar yang diperhatikan diambil di perkarangan asrama IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu. Bermula daripada 25 Februari 2018 sehingga ke 17 Mac 2018, fasa-fasa bulan adalah daripada hampir purnama, purnama, purnama lama, separa lama (tua) dan pada 22 Mac 2014 adalah bulan sabit lama (tua) . Kemudian bulan tidak kelihatan dan bulan baru mula terbentuk. Namun, ada sesetengah hari bulan adalah sukar untuk dilihat dan kami terpaksa menunggu lama sampai larut malam untuk memerhatikan bulan. Hal ini adalah kerana langit yang gelap, kehadiran awan yang tebal pada malam tersebut dan ianya juga dipengaruhi oleh masa terbit dan terbenam bulan . Perubahan-perubahan fasa bulan yang diperhatikan bermula daripada 19 Februari 2018 sehingga ke 18 Mac 2018 dan kesemua fasa bulan iaitu daripada anak bulan, sabit baru, separa baru, hampir purnama, purnama, selepas purnama, separa lama dan bulan sabit lama berjaya diperhatikan dan foto bulan ditangkap. Bulan kelihatan cerah kerana cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari hari ke hari, bentuk dan ukuran cahaya bulan ini turut berubah-ubah dengan posisi bulan menghadap matahari dan bumi. Pada saat ijtimak, seluruh bahagian bumi tidak menerima cahaya matahari kerana bumi, bulan dan matahari sejajar tetapi bukan pada satah yang sama. Ini adalah keadaan di mana anak bulan baru terbentuk dan bermulalah fasa baru bulan. Bulan tidak kelihatan daripada bumi yang diistilahkan sebagai bulan baru. ini dapat dilihat pada 18 Mac 2018. Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, hanya sebahagian bulan yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat pelbagai bentuk bulan

seperti bentuk sabit. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan. Ini terjadi pada 19 hingga 23 Februari 2018. Semakin jauh bulan meninggalkan ijtimak, semakin besar cahaya bulan yang tampak daripada bumi dan ini memperlihatkan fasa bulan sebelum purnama. Fasa ini yang dapat dilihat melalui pemerhatian adalah 25 Februari dan 1 Mac. Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan seperti purnama. Ini dapat dilihat pada 2 Mac. Semasa berlakunya bulan penuh, terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa tarikan graiviti akan berkurang. Dengan itu, hidupan-hidupan akuatik terutamanya di laut akan lebih cenderung untuk timbul ke permukaan laut. Oleh sebab itu juga terdapat ramai pemancing-pemancing ikan akan turun ke laut apabila berlakunya bulan penuh.

Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama dan kemudian sabit lama . Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Oleh itu, walaupun awan tidak hadir di langit, kita tetap tidak boleh melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari selalu terbit dan terbenam secara teratur namun jikalau kita melihat bulan di waktu yang salah pada malam hari, maka kita tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut. Ini kerana setiap malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenam pada waktunya yang tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam matahari. Bulan boleh kelihatan hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung pada cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terik atau pun tidak. Bulan tidak kelihatan di waktu siang apabila bulan penuh, bulan baru dan juga beberapa hari sebelum dan selepas bulan baru. Bulan juga boleh kelihatan pada waktu malam apabila bulan memasuki fasa bulan purnama iaitu pada pertengahan bulan. Bulan hanya tidak kelihatan pada waktu malam semasa kemunculan bulan bagi fasa bulan baru kerana terbitnya bulan hampir sama dengan terbitnya matahari dan begitu juga terbenam bulan hampir sama dengan terbenam matahari. Jadi, pada waktu malam setelah bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan di waktu malam. Bulan kelihatan pada waktu malam kecuali pada tarikh fasa bulan baru. Setiap hari,

bulan akan terbit dan terbenam lewat 51 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan kelihatan pada waktu malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit cerah dan tidak mempunyai awan

Kesimpulan Perubahan hari akan mempengaruhi fasa-fasa bulan yang kelihatan. Hipotesis diterima.

Rujukan

Badariah binti Hamzah, C. S. (2012). Fizik Tingkatan 5. Shah Alam: Zeti Enterprise.

Mustafa, M. K. (2014). Bahan Bantu Belajar Fizik. Selangor.

Mohd Yusof Nasution. (1979). Dasar-dasar Fizika Elektrik dan Fizika Moden Untuk S.T.P 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Musa, R., & Abdullah, N. (2015). LEMBARAN PRAKTIS: 942/2: GEOGRAFI STPM. Puchong, Selangor: LOCAL PUBLICATIONS.

Poh Liong Yong, S. N. (1997). Fizik STPM Jilid 2 (3rd ed.). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Angkasa Malaysia.2013. Fasa-fasa bulan.Retrived from http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/74

Atiera. 2012. Fasa-fasa bulan. Retrived from http://atieatira.blogspot.my/p/fasa-fasa-bulan.html

Related Documents

Amali
October 2019 41
Amali
October 2019 41
Amali Anith.docx
April 2020 34
Amali Penebat.docx
October 2019 36
Amali Jahitan.docx
April 2020 28
Amali Makmal
October 2019 49

More Documents from ""

Refleks1 Sdpdocx.docx
December 2019 14
Amali 2(bulan).docx
December 2019 26
Tugas Indri.pptx
December 2019 16
Lp Secctio Caesaria
October 2019 75